31 October 2010

YANG SEBENARNYA...




Selagi tak imtihan, tak sentuhlah buku! Hanya pergi kelas.


Tempoh yang dinamakan minggu belajar (study week) membuatkan aku terasa bosan kerana tidak perlu ke kelas sedangkan hari-hari biasa yang memerlukan aku hadir ke kelas, aku pernah culas tanpa alasan. Sela masa antara satu kertas peperiksaan dengan satu yang lain merupakan tempoh yang diberikan untuk aku hangatkan pelajaran yang selama ini tidak pernah aku ulang baca. Sesungguhnya ini ruang dan peluang...

Difikir-fikirkan masa ini aku lapang. Ada banyak perkara yang boleh aku lakukan selain hanya menghadap nota, buku teks, dan helaian-helaian slaid subjek yang aku belajar.Daripada pagi santak petang aku bebas melakukan apa yang aku mahu, tanpa halangan -ke kelas-. Tetapi sampai satu tahap, aku buntu dengan apa yang aku lakukan.

Jelajah blog daripada satu blog ke satu blog, cuba membaca fasa-fasa adab arabi yang tidak semuanya aku faham, menghadam SOCA yang penuh dengan fakta dan kadang aku tidak tidak salin dengan lengkap notanya. -belajar tanpa buku teks-, sempat lagi main facebook, lepak di bilik tivi, lepak di astaka.... Sesungguhnya hari aku sehari dua ini dipenuhi dengan ini. Untuk hanya terperap dalam bilik, aku akan bosan dan cepat mengantuk!

Lihat! Sebenarnya ada banyak masa lapang dan banyak lagi perkara yang boleh aku lakukan! Mendadak datang ingatan aku tentang peristiwa yang terjadi tahun lepas. Kematian  seorang pelajar dalam fatrah peperiksaan! Walaupun aku tidak mengenali insan itu, kesannya terasa dalam. -Al fatihah buat beliau- Betapa dalam sibuk kita dengan fatrah peperiksaan ini, kita tidak boleh tertallu ananiah. Aku seorang ananiah! Apa khabar rakan di sebelah kita? Kaifahalukum, ya asdiqaie?

Apabila aku lapang, aku teringat manisnya apabila berada dalam masa sesak. Ketika bertempur antara masa peperiksaan dan assignment yang belum disiapkan. Kalut menyiapkan assignment kerana deadline sudah tiba. Berjaga kerana belum membaca sedangkan imtihan akan datang. Tetapi.... ketika aku lapang, aku biarkan masa terus berlalu bagaikan aliran sungai yang mengalir tanpa halangan... Terus berlalu.... Ketika dihimpit sedikit kekalutan, barulah datang sebuah penyesalan... Sesungguhnya dunia akhir zaman ini masanya tersangat pantas berlalu.. Tanpa kita sedar hari-hari berlalu.. minggu demi minggy terasa seperti hari-hari yang berlalu.. Cepat sahaja tempoh setahun berlalu... Sedarkah, wahai diri?

Sekadar coretan malam hari,
31-10-2010
10:35p.m
Qamar Cinta 1-1, IIUM



Nota Kecil Hujung Entri:

2 comments:

Tyra Hanim said...

betul tu akak,



bace coretan ase macam bace cerpen, flow dari satu point ke satu point (=

Jamilah said...

Tyra Hanim,

=)

*dah lama tak menulis cerpen..