01 October 2010

Tidak Paham!

Banyak perkara dalam dunia ini yang aku tidak faham dan banyak benda yang aku sengaja buat-buat tidak mengerti. Sesungguhnya dalam melalui hidup yang walaupun singkat aku tidak boleh cepat melatah. Sejak aku membesar aku takut pada sesuatu yang bernama 'kehilangan'

Semasa sekolah rendah dan menengah aku sudah melalui beberapa fasa kehilangan yang walaupun sebenarnya pedih aku masih bertahan. Malah, dengan kesedihan dan kekecewaan aku menghasilkan karya-karya aku yang menembusi media cetak.

Aku sekarang dan aku dahulu seperti dua jasad yang punya hati yang berbeza. Hatiku sudah lemah dengan kesedihan dan perpisahan. Aku tidak punya cukup kekuatan untuk melaluinya dan lebih cepat melatah.

Aku jadi sensitif pada kalimah "perpisahan' dan yang sewaktu dengannya.

Macam aku pernah cakap, aku hidup dalam garis linear dan bukannya berliku seperti orang lain, jadi aku kurang mengerti pada makna sedih. Dalam wajah duka dan mendung aku, sebenarnya aku sengaja sembunyikan senyuman yang selalu mahu terukir. Aku mahu orang di sebelahku tersenyum walaupun aku tidak pandai membuatkan orang tersenyum...

Aku tidak rela melihat sahabatku berduka....

Benar, secara automatik, emosiku terganggu jika melihat ada kawan aku yang bersendiri. Mungkin kerana aku faham pahit jika hidup bersendiri, maka aku tidak mahu orang yang aku sayang turut merasakannya. Aku sedih jika melihat teman yang aku sayang berjalan seorang diri walaupun hanya untuk ke kelas. Aku tidak kisah jika itu aku, kerana aku sudah biasa begitu, namun aku tidak bisa melihat orang lain begitu.

Sungguh!

Benar banyak perkara yang aku tidak mampu untuk faham hingga sekarang mengapa terjadi begitu. Perkara yang hanya aku boleh catatkan dalam diari peribadi.

MENGAPA???????????


Nota Kecil Hujung Entri: Masa tidak dapat diundur

No comments: