24 October 2010

RESENSI BUKU: MA YAN

Apabila lama saya tidak menulis resensi buku, maknanya sudah lama saya tidak menghabiskan bacaan sebuah buku. Jika membaca sekalipun hanya separuh tanpa menyudahkan bacaan. Itulah hakikatnya.

Namun saya habiskan juga membaca novel 'ma yan' ini. Sudah lama sebenarnya mahu membacanya namun aku sering terlena dengan novelnya sekali. Pagi ini, aku berjaya menyudahkannya. Maka aku mahu kongsikan kisah yang menyentuh hati ini.

Kisah Ma Ya yang mahu saya kongsikan ini sebuah buku yang sangat istimewa. Istimewa di hati saya, istimewa jalan ceritanya.

Ini cerita gadis yang mementingkan pendidikan namun kalah dengan kemiskinan. Kisah pengorbanan seorang ibu yang akan memberi apa sahaja yang dia ada demi anak yang sangat disayangi. Kisah masyarakat di China yang masih mengganggap pendidikan lebih penting kepada seorang anak lelaki. Kisah anak yang mahu belajar.

Ma Ya. Namanya sudah menjadi magis bagi saya. Saya kagum dengan kesungguhan Ma Yan mengumpul dua yuan untuk membeli sebatang pen. Harga dua yuan itu adalah dengan berlapar selama lebih dua minggu dengan hanya nasi kosong tanpa lauk. Hanya kerana sebatang pen yang mahu Ma Yan beli, dia sanggup berlapar.

Keistimewaan Ma Yan adalah dia suka menulis diari. Dia akan mencatat peristiwa yang terjadi di sekelilingnya dan yang meninggalkan kesan dalam hatinya. Pengorbanan ibu, impian untuk berjaya, kegagalan... semuanya dia catatkan dalam sebuah buku catatan.

Kemuncak kisahnya apabila Ma Yan terpaksa berhenti sekolah apabila ibunya tidak mampu menyara pengajiannya. Mereka tiada wang.

Namun keadaan berubah dengan kedatangan seorang asing yang datang ke kampung mereka.. Dan dengan peristiwa inilah kita mengenali Ma Ya hari ini....

=]

Mahu baca? Novelnya pendek sahaja namun sangat bermakna. Saya jadi terinspirasi untuk terus menukil selagi berdaya. Walaupun apa yang saya tulis hanya contengan, coretan peribadi, saya berharap ia berguna untuk diri saya. Mengingatkan saya bukan hanya di atas namun pernah jatuh kecundang. Maka, saya belajar untuk bangun, berdiri tegak.

Jika kamu mahu menulis, tulislah! Tuliskan apa sahaja untuk dikongsi dengan masyarakat kerana jemari yang berbicara atau mata pena yang ternukil atas kertas itu sangat berharga.. Harta kita.



Nota Kecil Hujung Entri:

No comments: