08 October 2010

KENALKAH AKU DENGAN DIRI SENDIRI?

Lokasi Kejadian: Bangunan IRK, Kelas LEADERSHIP.
Tarikh: 7 Oktober 2010
Masa Ditulis: 0255

Usai kelas leadership akan ada cerita untuk aku jadikan modal menulis entri baru. Kelas Leadership ini kalau aku boleh ponteng setiap minggu memang akan aku lakukan, aku hadir dengan hati yang berat (sungguh). Alasannya mudah. Perlu siapkan proposal, dan aku akan menjadi seperti **** ******* kalau berada dalam kumpula yang ramai. Sungguh aku tidak tahu bagaimana untuk mula berbicara, untuk berbincang dan akhirnya aku seperti mandur gila kuasa yang hanya melihat orang buat kerja. Mujur aku sudah letakkan posisi itu. Lega... Seperti hilang satu batu atas bahu.

Bukan itu yang mahu aku ceritakan. Aktiviti malam ini walaupun sudah pernah aku lakukan, namun tetap aku mahu berkongsi. Tentu kalian sudah pernah melaluinya.


  1. Kak Ezny agihkan kertas yang mengandungi tiga kertas kecil

  2. Kertas pertama: Lukis sesuatu yang kamu gambarkan tentang diri kamu

  3. Kertas kedua: Lukis sesuatu yang selalu orang gambarkan diri kamu

  4. Kertas ketiga: Lukis sesuatu yang orang salah anggap tentang kamu.



Kita perlu tulis perkara yang diarahkan, kemudian, Kak Ezny pilih secara rawak... Alkisahnya, tanpa rela namaku ternaik.. Lihat gambar pertama aku sudah tahu gambar siapa. Ada juga tekaan mereka tentang aku yang tepat.. Alhamdulillah.. Sekurangnya aku belajar sesuatu.. Apa yang orang anggap dengan penampilan aku dan apa yang aku anggap dengan diri aku.. Titik.


Nak tahu apa yang aku lukis:

  1. Kertas 1: Buku terbuka

  2. Kertas 2: Pensel (nak lukis pen macam tak reti)

  3. Question marks (?)

Malangnya baru kertas pertama ada orang yang dapat mengagak siapakah pemilik kertas itu... Betul pula tu.. Nasib baik muka aku setebal opera cina... Ish... aku buat selamba badak hingga kak Ezny umumkan nama aku.. Haha... =) 



Aku suka dengan satu simbol yang seorang brothers lukis untuk gambarkan dirinya Gambar awan. Bulan bintang, matahari.. Haha, aku ada terfikir, mujur tidak melukisnya sebab itu memang tidak menggambarkan diri aku pun. Haha... Memang happening kelas malam ni dengan aktiviti itu....

Kata-kata Kak Ezny secara tanpa sedar mencucuk jantung... Kita sibuk fikirkan hal lain hingga lupa melihat dan berbicara dengan diri sendiri. Kita tidak lihat apa kurangnya kita, apa orang pandang tentang kita, apa yang perlu kita baiki.. Huh! Rasa seperti mahu menyorok bawah meja tadi....

Sebenarnya, adakah aku mengenali diri aku sendiri???

Nota Kecil Hujung Entri: Optimistik!

1 comment:

Jamilah said...

Da,

Itu perlanbangan untuk diri budak tu... tak ingat apa makna yang dia cakap.