19 October 2010

ENTRI SESI PAGI: JEMARI YANG BERBICARA~

Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku nafas yang dapat dihela hinggakan aku masih tetap menulis manuskrip yang letaknya di bawah meja cuma. Bagaimana agaknya jika sedar-sedar aku bukan lagi bangun di alam dunia, tetapi dalam sebuah alam baru yang bernama ALam Barzakh! Bersediakah aku?

Allah memberikan kehidupan pada aku pada kadar yang Allah tetapkan. Masa kematian itu telah tertulis. Sebagai manusia yang masih diberi peluang untuk hidup. optimislah!

Perlu sedar yang hidup ini sangat singkat berbanding kehidupan  dalam alam lain. Masa yang singkat itu adakah dapat dipergunakan dengan sebaiknya. Sungguh, aku  banyak habiskan masa dengan bermain dengan PERASAAN.

Kadang aku sedar yang aku hanya bermain-main dengan diri sendiri, namun, ada masanya perkara itu tidak mampu dikawal oleh akal yang ada kalanya tidak berfungsi dengan sepatutnya. Akal yang mengikut kata hati yang hanya mahukan terbaik, namun tersasar daripada landasan sepatutnya.

Maka, aku menulis perasaan itu dalam manuskrip supaya aku sedar sikap dan permainan itu.

Aku menulis dan apabila sampai masa aku terasa tulisan itu sudah seperti sampah, aku akan memadamnya seperti aku mahu ia terpadam daripada ingatan aku.

Optimis! Senyum! Ceria!

Aku tertanya-tanya, adakah Jamilah yang ceria sebelum ini? Yang aku sedar Jamilah memang wajahnya mencerut sahaja, kecuali apabila dia tersengih. Haha. Aku rasa Jamilah hari inilah Jamilah yang semalam. Hm, mungkin sebab Jamilah hari ini banyak bermain dengan perasaan, maka itulah yang tergambar dalam tulisannya.

Awas, apa yang dia tulis kadang jujur kadang hanya mainan jemari yang mengetik pada papan kekunci. Jangan percaya pada apa yang dia tulis dalam manuskrip ini. Walaupun ada yang kata nak kenal Jamilah baca apa yang dia tulis, tapi tak semuanya dapat dipercaya. TApi betulkah?

Okeylah, aku tak faham motif entri ini ditulis.

Titik.

Nota Kecil Hujung Entri:

No comments: