12 October 2010

Durrah Nur Aqilah: Pelangi Yang Dicari

Aku sengaja berjalan dalam renyai hujan hari itu. Kelas SURVEY yang baru usai merupakan kelas terakhir hari ini.

Khamis.

Inilah hari yang dinanti-nanti kerana esok tiada lagi kelas yang perlu dia hadiri. Aku tersenyum sendiri membaca mesej yang dihantar Lu'luah, sahabat sejak aku di sekolah menengah. Mesej biasa yang sudah beribu-ribu orang sudah mendapatnya. Namun aku tetap terasa istimewa kerana ini datangnya daripada Lu'luah, temanku yang sangat istimewa.

"Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita"

Aku tersenyum. Lu'luah seakan tahu yang hatiku sekarang sedang mencari kekuatan untuk membina semangat yang terasa menjunam jatuh. Maha Baiknya Allah yang memberikan sahabat yang sangat baik kepadaku. Allah tarik sahabat baikku suatu ketika namun Lu'luah  masih setia ada bersamaku. Alhamdulillah.

Hujan yang renyai-renyai tidak diendah. Kaki melangkah menuju Mahallah Safiyyah yang hanya beberapa meter daripada kelas. kaki melangkah sambil mata menyapu ciptaan Allah di sekeliling. Mataku menangkap sesuatu yang indah. Tujuh jaluran warna.


"Pelangi... Subhanallah."

Cantik pelangi kalau kita lihat. Kalau orang dahulu selalu marah jika mahu tunjuk pelangi dengan jari. Namun semuanya mitos. Aku mendongak lama. Pelangi itu membuahkan senyuman manis pada ulas bibir. Kamera yang tersedia dalam beg sandang diambil.

Snap!



Pelangi pak cik Guuglee

Siap! Pelangi hari ini akan diabadikan dalam NIKON L21 milikku. Walaupun hanya sebuah kamera digital murah, namun kamera inilah yang berjasa kepadaku. Merakam memori sepanjang perjalananku bersama-sama teman dan keluarga.

Aku meneruskan langkah menuju Mahallah Safiyyah. Hari ini aku tersenyum lebar dan gembira melihat PELANGI. Pelangi yang tertera dalam mesej dan pelangi cnatik di kaki langit..

Durrah tersenyum lagi.("_________________")

No comments: