29 October 2010

BUKAN AKU TIDAK MAHU...




Bersyukur Allah pertemukan kita.
Bismillahi abda'...


Kalian, sungguh semalam aku terkedu tanpa sebaris ayat mampu aku lafazkan. Bukan aku tidak mahu berkongsi atau bercerita, tetapi semuanya yang tersusun dalam akal tidak mampu aku terjemahkan dengan kata-kata. Aku mahu berkongsi, aku ingin mengeluarkan yang tersimpan dalam diri, namun bagaimana aku mahu berbicara jika tidak mampu untuk lisan ini melafazkan.


Aku sedar semakin aku pendamkan banyak perkara semakin kepedihan itu memakan diri. Aku cuba paksa diri untuk bersuara semalam, namun aku tidak mampu mengeluarkan walau sebaris ayat untuk bercerita. Maafkan aku, kalian.


Saat aku enggan membebankan orang lain dengan diri ini, tanpa sedar aku membuatkan kalian bimbang. Aku okey, sahabatku... =) Mampu senyum seperti dahulu. Dapat ketawa seperti hari semalam. Aku sudah dapat keluar daripada sebuah kegelapan diri. Kerana aku ada insan-insan yang aku sayang. 


Aku tahu kalian tentu mahu tahu tentang kejadian malam itu. Kalau boleh aku mahu ceritakan semuanya. Aku mahu luahkan segala apa yang terjadi dengan diri aku malam itu. 


Malangnya......


Aku tidak mampu bercerita.
Aku tidak dapat meluahkan bicara.
Aku baik-baik sahaja!


Sungguh semalam aku lena bersama sebuah tangisan lantaran membuatkan kalian bimbang. Membuatkan kalian tertanya-tanya dengan diri ini......


Terima kasih bersama-sama aku saat sukar dan duka. Dalam sedih dan dia. 


Bicara tidak terlafaz,
29-10-2010
08:00a.m
Qamar Cinta 1-1, IIUM

Nota Kecil Hujung Entri: Aku bersyukur menjadi temanmu, banyak telah aku pelajari erti kehidupan... Ya Allah, seiringkanlah perjalanan ini, mengharungi hidup penuh pancaroba mencari kasihmu... Berkatilah persahabatan kami ini buat selamanya. [epilog seorang teman: AMAR]

1 comment:

Da said...

sedih mlm td....