Skip to main content

Bling! Bling! 9

Adakah aku perlu rasa menyesal kerana tidak pulang ke desa kelahiran minggu ini? Bukankah aku yang membatalkan hasrat ini secar tiba-tiba. Kerana aku merasakan tidakperlu untuk aku pulang ke kampung. Walaupun sudah memberitahu kakak untuk membeli tiket kembali ke Kuala Lumpur, Khamis itu secara tiba-tiba aku menukar fikiran.

Aku tidak mahu balik selagi belum final. Bukan sebab assignment, bukan sebab aku malas, sebab aku belum mahu pulang. Mungkin ketika aku berkata aku mahu pulang kerana aku rindukan almari yang menanti aku menambah beratnya, namun kau merasakan cukuplah dia seberat itu;. Sampai masa aku akan isikan dia dengan benda baru.. Mungkin ketika aku katakan aku mahu pulang, aku teringat pada kamar yang tentu terbiar dan berhabuk tanpa sesiapa yang jaga. Dan semut-semut akan menghuni mana-mana ruang yang dapat dimasuki. Semoga mereka tidak menumpang kotak dan menyelit pada celah-celah buku aku.

Baik! Sudah hari Ahad hari ini. Cuti masih sama seperti cuti sebelum ini. Katil dan laptop teman utama aku. Makan sudah berkilo-kilo, tidur sudah hingga sembap mata, namun kewajipan kamu sudahkah kamu tunaikan? Jangan sia-siakan pembatalan kamu untuk balik kampung dengan hanya lena... Kalaulah ayah tahu....

Sebenarnya aku juga tidak sabar untuk pulang. Aku rindukan tiga kanak-kanak yang ada di rumah.. Aqilah, Syauqi, Syafiqah.. RIndu rindu yang menusuk tiba-tiba bisa membuatkan mata terasa ada habuk yang masuk, namun aku perlu bertahan. Aku akan kembali apabila tiba masanya.

Titik. Cukup dulu aku meluah rasa...

Nota Kecil Hujung Entri: Buah kepada sebuah kesabaran itu sangat manis!

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub