31 October 2010

YANG SEBENARNYA...




Selagi tak imtihan, tak sentuhlah buku! Hanya pergi kelas.


Tempoh yang dinamakan minggu belajar (study week) membuatkan aku terasa bosan kerana tidak perlu ke kelas sedangkan hari-hari biasa yang memerlukan aku hadir ke kelas, aku pernah culas tanpa alasan. Sela masa antara satu kertas peperiksaan dengan satu yang lain merupakan tempoh yang diberikan untuk aku hangatkan pelajaran yang selama ini tidak pernah aku ulang baca. Sesungguhnya ini ruang dan peluang...

Difikir-fikirkan masa ini aku lapang. Ada banyak perkara yang boleh aku lakukan selain hanya menghadap nota, buku teks, dan helaian-helaian slaid subjek yang aku belajar.Daripada pagi santak petang aku bebas melakukan apa yang aku mahu, tanpa halangan -ke kelas-. Tetapi sampai satu tahap, aku buntu dengan apa yang aku lakukan.

Jelajah blog daripada satu blog ke satu blog, cuba membaca fasa-fasa adab arabi yang tidak semuanya aku faham, menghadam SOCA yang penuh dengan fakta dan kadang aku tidak tidak salin dengan lengkap notanya. -belajar tanpa buku teks-, sempat lagi main facebook, lepak di bilik tivi, lepak di astaka.... Sesungguhnya hari aku sehari dua ini dipenuhi dengan ini. Untuk hanya terperap dalam bilik, aku akan bosan dan cepat mengantuk!

Lihat! Sebenarnya ada banyak masa lapang dan banyak lagi perkara yang boleh aku lakukan! Mendadak datang ingatan aku tentang peristiwa yang terjadi tahun lepas. Kematian  seorang pelajar dalam fatrah peperiksaan! Walaupun aku tidak mengenali insan itu, kesannya terasa dalam. -Al fatihah buat beliau- Betapa dalam sibuk kita dengan fatrah peperiksaan ini, kita tidak boleh tertallu ananiah. Aku seorang ananiah! Apa khabar rakan di sebelah kita? Kaifahalukum, ya asdiqaie?

Apabila aku lapang, aku teringat manisnya apabila berada dalam masa sesak. Ketika bertempur antara masa peperiksaan dan assignment yang belum disiapkan. Kalut menyiapkan assignment kerana deadline sudah tiba. Berjaga kerana belum membaca sedangkan imtihan akan datang. Tetapi.... ketika aku lapang, aku biarkan masa terus berlalu bagaikan aliran sungai yang mengalir tanpa halangan... Terus berlalu.... Ketika dihimpit sedikit kekalutan, barulah datang sebuah penyesalan... Sesungguhnya dunia akhir zaman ini masanya tersangat pantas berlalu.. Tanpa kita sedar hari-hari berlalu.. minggu demi minggy terasa seperti hari-hari yang berlalu.. Cepat sahaja tempoh setahun berlalu... Sedarkah, wahai diri?

Sekadar coretan malam hari,
31-10-2010
10:35p.m
Qamar Cinta 1-1, IIUM



Nota Kecil Hujung Entri:

Lima Belas Yang Menurunkan Bala

Jangan sampai kita hampir tenggelam baru sedar!
"Daripada Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah RAsulullah bersabada: "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka, iaitu: 
  • Apabila harta negara hanya akan beredar pada orang-orang tertentu
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  • Zakat dijadikan hutang
  • Suami menurut kehendak isteri
  • Anak derhaka terhadap ibunya
  • Sedangkan anak itu berbaik-baik dengan kawannya
  • Anak itu menjauhkan diri daripada ayahnya
  • Suara ditinggikan di dalam masjid
  • Orang paling terhina menjadi ketua dalam kalangan sesuatu kaum
  • Seseorang itu dimuliakan kerana takut akan kejahatannya
  • Khamar diminum secara terbuka
  • Kain sutera dipakai kaum lelaki
  • Para artis disanjung.
  • Muzik banyak dimainkan
  • Generasi akhir zaman menyalahkan generasi pertama (sahabat)
Maka apabila ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain. 

(Hadith Riwayat Tarmidzi)

KITA. Aku. Kamu. Kita semua. Kita jijik dan jelek melihat keadaan yang berlaku hari ini. Kita manusia yang Allah hadirkan sebagai manusia akhir zaman. Dunia yang sudah ini mungkinkah sudah tidak mampu menanggung beban dosa penghuninya? Sedangkan Rasulullah telah berpesan kepada kita 1400 tahun hijrah yang lalu tentang keadaan yang berlaku pada akhir zaman.

KINI SEMUANYA BERADA DEPAN MATA KITA.

Di mana-mana sahaja berlaku bencana alam :Banjir, puting beliung, gunung berapi meletus, tsunami: Setiap negara punya masalah sosial dalam kadar yang membimbangkan. Buang anak sudah jadi biasa dalam sebuah negara yang dikatakan negara Islam. Anak bunuh ayah ibu, adik beradik boleh mati hanya berebut sebuah remote-control, artis menjadi ikon dan sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat.. sedang orang berilmu terpinggir...

Ya Allah, Aku melihat semuanya berlaku depan mata. Hari ini aku teringat akan hadith itu. Lima belas perkara yang menyebabkan bala. Lima belas perkara yang mengundang kemarahan Allah. Hari ini tidak ada siapa yang tidak kenal muzik. Tidak tahu tentang artis. Dalam senyap akal kita dididik dengan hiburan. Sesiapa yang meyertai rancangan realiti akan terkenal. Gadis Malaya. Mari Berjoget. Akademi Berangan. Macam-macam rancangan tumbuh macam peniaga yang akan banyak menjelang Ramadhan.

Aku menyedari akan hal yang terjadi. Sedang kadang diri tidak mampu mempertahankan diri sendiri. Khusyuk depan televisyen selama lima jam tidak terasa namun hanya untuk membaca satu muka al-Quran terasa berat. Bagaimana Allah mahu menurunkan Rahmat dan Berkat pada diri yang diselaputi dosa?

Aku takut. Aku yang sedar dan tahu apakah yang aku lakukan. Bercakap dengan bicara memang senang. Mengajak untuk berubah boleh dicakap. Sedang hidayah itu milik Allah... Allah.. berikan kami hidayah. 

Bagaimana wahai diri! Jangan sampai datang peringatan yang besar barulah kamu terjaga daripada sebuah lena yang panjang. Saat orang lain akan menyalahkan kamu kerana kamu tahu,kamu diam! Apakah yang kamu berikan kepada agamamu? Hanya tertawa melihat kejelikan orang lain? Masih sibuk menuding jari? Tudingkan jari itu kepada dirimu, wahai diri... Apakah yang kamu sediakan sebagai bekal menuju sebuah negeri abadi? 

Allah.... diri hanya tahu bicara dan tulis... Apa aku lakukan untuk Islam...

Monolog pagi Ahad,
31-10-2010
12:33p.m
Meja Belajar Qamar Cinta 1-1, IIUM


Nota Kecil Hujung Entri: Ya Allah, Islam akan kembali menjadi dagang sebelum ia bangkit kembali! Di manakah diri kala ini?

30 October 2010

ADAB=AKHLAK ATAU SASTERA?

Terus menconteng bagi mengelakkan aku rasa mengantuk. Kita biasa mendengar perkataan ADAB. Dalam bahasa Melayu sendiri adab diertikan dengan akhlak yang baik atau budi bahasa. Sebenarnya perkataan 'adab' telah wujud sejak zaman sebelum Islam. Apakah maknanya? Mari kita lihat perkembangan kalimah 'Adab' daripada zaman Jahili hingga Zaman Kini.


***


ZAMAN JAHILI.
Kalimah 'adab' pada zaman Jahiliah bukannya bermakna 'sastera' sebagaimana yang kita faham sekarang. Secara umumnya perkataan 'adab' bermaksud 'mendidik akhlak' atau 'peraturan' yang mana ianya berkaitan dengan akhlak.


  • Adab maknanya hidangan yang mana kita ajak orang lain untuk makan bersama. Menjadi kebiasaan orang Arab mengajak orang lain untuk makan beramai-ramai ketika musim syita'. (Al-adib=orang yang mengajak untuk makan)
  • Menurut seorang Orientalis bernama Carlo Na Lino, penggunaan adab pada zaman Jahiliah bermakna Sunnah, sirah keturunan, dan maqlub (ubah) daripada perkataan da a ba. Perkataan adab ini menujukkan kebaikan akhlak mereka.
  • Dalam kamus arab pula perkataan adab ini juga membawa erti mendidik akhlak. 
Keadaan ini menunjukan bahawa salahlah dakwaan sebahagian orientalis dan pengkaji sastera yang mengatakan bahawa syair jahili hanya mendorong kepada kejahatan. Terdapat banyak contoh yang menunjukkan mereka punya akhlah yang baik juga. 

ZAMAN ISLAM
  • Perkataan adab ketika zaman Islam menunjukkan akhlak, mendidik diri dengan pekerti mulia. Rasulullah pernah bersabda, "Allah mendidikku dengan sebaik-baik didikan." Dan orang Islam dididik dengan apa yang ada di sekelilng mereka termasuklah syair.Umar al-Khattab berkata: "" Wahai anakku, ingatkan dirimu untuk menyambung silaturahim, Dan jagalah kebaikan syair, maka ia akan memperbaiki adab kamu."
  • Dari segi syair pula, Rasulullah tidak menolak syair namun menerima syair yang mengandungi seruan kepada kebaikan dan pembaikan akhlak. Sesungguhnya, umat Arab memang dikenali dengan kepakaran mereka dalam syair. Jadi, Rasulullah mendorong mereka untuk menghasilkan syair yang menyeru kepada kebaikan. Bukan hanya syair mereka yang dipengaruhi oleh nuansa Islam, namun oenyair itu sendiri menerima Islam sebagai cara hidup mereka.

ZAMAN UMAWI.
  • Pada zaman ini, perkataan adab dimaknakan dengan tarbiah dan pendidikan. Mereka terkenal dengan kebangkitan pendidikan untuk anak-anak khalifah dan amir-amir. Mereka yang mengajar anak-anak khalifah dan Amir ini dipanggil Muaddib. 
  • Kemudian makna adab berkembang kepada dua:
    • Dari sudut akhlak: Diri dipagari dengan akhlak yang baik, mulia, berani, bersikap benar, dan menjaga kebaikan dengan manusia seluruhnya. 
    • Dari sudut ilmu: Adab sudah menjadi satu disiplin ilmu yang perlu dipelajari. Inilah yanng dikatakan ilmu sastera. Muhammad bin Ali Al-Abbasi berkata: "Kamu belajar ilmu agama, kamu menghilangkan kejahilan dalam diri. Kamu belajar sastera untuk mewarisi bukti dan contoh."

Nota Kecil Hujung Entri: Aku tak tahu betul atau tidak kefahaman yang aku baca. 

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini.

***

Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.

 Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal)

Tabaqah Pertama 
  1. Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd
  2. Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif
  3. Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd
  4. Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq
  5. Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz
  6. An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd
  7. Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain
  8. Ubaid bin Abras-Al-Asadi-Ahli Najd
  9. Al-Muhalhal 'Uda bin Rabiah-At-Taghlabi-Ahli Najd
  10. 'Uda bin Zaid-Al-'Abadi-Ahli Hairah
  11. Amru bin Kalthum-At-Taghlabi-Ahli Jazirah
  12. Antarah bin Syaddad-Al-Abasi-Ahli Najd
  13. Lubaid bin Rabiah-Al-Amiri-Ahli Najd
  14. A'sya Qais-Al-Bakari-Ahli Yamamah

Tabaqat Kedua
  1. Ahihah bin al-Jallah-Al-Ausi-Ahli Yathrib
  2. Aus bin Hajar-Al-Tamimi-Ahli Najd
  3. Al-Aswad bin Ya'far-Ad-Darimi-Ahli Iraq
  4. Al-Barraq bin Rauhan-Al-Tamimi-Ahli Najd
  5. Tamadhir binti Amru (Al-Khansa')-Al-Salmiah-Ahli Hijaz
  6. Tamim bin Abi Muqbal-Al-Amiri-Ahli Najd
  7. Taabbad Syarra-Al-Fahimi-Ahli Tahamah
  8. Al-Syanfari-Al-Azadi-Ahli Yaman
  9. Al Hutaiah -Al-Abasi-Ahli Najd
  10. Al-Mutalammas-al-Dhabaie-Ahli BAhrain
  11. Hatim-At-Taie-Ahli Najd
  12. Al-Haris bin Ibad-Al-BAkari-Ahli Iraq
  13. Hassan bin Thabit-al-Ansari-Ahli Yathrib
  14. Abu Daud-Al-Ayyadi-Ahli Iraq
  15. Khaddash bin Zuhair-Al-Amiri-Ahli Najd
  16. Khaffaf bin Nadbah-Al-Salma-Ahli Hijaz
  17. Khuwailid bin Khalid-Al-Hazali-Ahli Hijaz
  18. Daraid bin As-Sammah-Al-JAsami-Ahli Najd
  19. Ar Rabi' bin Ziyad-Al-Abasi-Ahli Najd
  20. Al-Marqash al-Asghar-Ad-Dabaie-Ahli Najd
  21. Al-Mukhbal Rabiah bin Malik-Al-Tamimi-Ahli Najd
  22. Al-Samuul bin Gharid-Al-Yahudi-Ahli Hijaz
  23. Salamah bin Jundul-Al-Tamimi-Ahli Najd
  24. Abu Qais bin al-Aslat-Al-Ausi-Ahli YAthrib
  25. Amar bin Halis-al-Tamimi-Ahli Najd
  26. Abdullah bin Rawahah-Al-Ausi-Ahli Yathrib
  27. Al-Nabighah al-Ju'di-Al-Amiri-Ahli Najd
  28. Urwah as-so'alik-Al-Abasi-Ahli Najd
  29. Amru bin Ahmar-Al-Bahali-Ahli Yamamah
  30. Amru bin al-Ahtam-Al-Tamimi-Ahli Najd
  31. Amru bin Qamiah-al-Bakari-Ahli Iraq
  32. Qais bin al-Khatim-Al-Ausi-Ahli Yathrib
  33. Kaab bin Zuhair-Al-Mazani-Ahli Hijaz
  34. Matmam bin Nuwairah-Al-Yarbuie-Ahli Najd
  35. Al-Mutankhal bin Uwaimir-Al-Hazali-Ahli Hijaz
  36. Al-Muthassab Al-Abadi-Al-Abadi-Ahli Iraq
  37. Al-Musayyib bin ALas-Al-Bakari-Ahli Iraq
  38. Asy-Syammakh bin Dharar-As-Saadi-Ahli Najd
  39. Muan bin Aus-Al-mazani-Ahli Tahamah
  40. Al-Mankhal bin al-Haris-Al-Yashkari-Ahli Iraq

Tabaqat Ketiga.
  1. Umayyah bin al-Askar-Al Bakari-Iraq
  2. Iyyas bin Al-Askar-Al-Toli-Hijjaz
  3. Hajiz bin Auf-al-Azdi-Ahli Najd
  4. Al-Haris bin Zalim-Al-Mara-Ahli Najd
  5. Salik bin Al-Salkah-As-Saadi-Ahli Najd
  6. Zuhair bin Janab-Al-Kalabi-Ahli Najd
  7. Zaid al-Khail-An-Nabhani-Ahli Najd
  8. Al-Mumazzaq al-Abdi-Al-Abadi-Ahli Yamamah
  9. Al-Findi az-Zamani-Az-Zamani-Ahli Najd
  10. Amar bin Thofil-Al-Amiri-Ahli Najd
  11. Al-Abbas bin Mardas-As-salma-Ahli Hijaz
  12. Abdullah bin Ajlan-An-Nahdi-Ahli Yaman
  13. Amru bin Ma'di Karbu-Az-Zabidi-Ahli Yaman
  14. Qais bin Zuhair-Al-Isa-Ahli Najd
  15. Luqaid bin Zara'ah-Ad-Darimi-Ahli Najd
  16. Malik bin Nuwairah-Al-Yarbu'ie-Ahli Najd
  17. Al-Mustaughir bin Rabiah-As-Saadie-Ahli Najd
  18. Yazid bin Waraqa'-Al-YArbuie-Ahli Najd

Dalam banyak-banyak nama yang tersenarai, George Zaidan telah membahagikan nama-nama penyair zaman jahili berdasarkan Tema yang disampaikan dalam syair mereka.
  • Ashab Muallaqat (10 Orang)
  • As-Syuara' al-Umara' (14 Orang)
  • As-Syuara' al-Firsan (28 Orang)
  • As-Syuara' al-Hukama' (4 Orang)
  • As-Syuara' 'Ussyaq (8 Orang)
  • As-Syuara' As-Soalik (7 Orang)
  • As-Syuara' Al-Yahudi(4 orang)
  • Al-Syuara' al-Maghnun (seorang)
  • Nisau As-Syawaair (4 orang)
  • Al-Hijaun (4 orang)
  • Al-Wasafun lil khail (4 orang)
  • Al-Mawali (seorang)
  • Sairul As-Syuara' (36 orang)

Nota Adab Arabi-Zaman Jahili-,
30-10-2010
4:17p.m,
Meja Belajar  Qamar Cinta 1-1, IIUM.

Nota Kecil Hujung Entri: buat begini boleh juga hilangkan mengantuk. :)

TIDAK MASUK.




Jangan ada rasa bosan! Ganbatee nee!!!
Aku cuba untuk menghadam kalimat-kalimat yang tertera dalam kitab. Menyelak satu demi satu helaian yang hanya terkandung  beribu-beribu perkataan yang membuatkan mata berpinar. Sungguh! Walaupun suka membaca buku cerita tidak bermakna aku akan tahan berhadapan dengan sesuatu yang bermakna 'fakta'.

Membaca buku depan televisyen adalah sesuatu yang sangat tidak efisyen. Namun untuk mengelakkan aku rasa bersalah sangat, seharian aku melarikan diri semalam. Seharian aku berkampung di bilik tivi dengan buku terbuka sedangkan mata menatap kaca televisyen. Akhirnya satu habuk tidak aku hadam apa yang aku baca. Menyelak helaian, menconteng, menghighligt, lipat-lipat helaian buku supaya mudah dibaca... Kemudian aku menonton televisyen. Istimewanya, dengan berada depan televisyen aku tidak menjadi emngantuk walaupun berjam-jam melihat helaian demi helaian kitab itu -walaupun tidak membacanya-.

Sempatlah  aku menonton drama Melayu -Aku tahu ramai tak suka menonton drama melayu-. Isinya sama.

Allah berikan hidayah dengan apa jua jalan. Allahlah yang berhak memberikan kita hidayah apabila tiba masanya.

Walau bagaimana susah sekalipun kita menerima sebuah 'pemergian' orang yang kita sayang, berusahalah untuk menerimanya kerana setiap yang hidup akan matii.

Terimalah apa jua di sekelilingmu, baik atau buruk, kerana bersamanya ada pengajaran. Ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan untuk kita belajar.

Hari ini masih cuba untuk menghadam kalimat demi kalimat itu. Ayat yang panjang dan tidak difahami. Maksud yang mungkin tersalah tangkap -malas melihat mu'jam-, fakta bukannya cerita. Hari ini lebih teruk apabila cuba untuk membaca depan laptop sambil telinga disumbat earphone...
Berusaha untuk membaca fasa-fasa sastera arab ini. -Zaman jahili, zaman Islam dan Umawi, Zaman Abbasiah 1, Zaman Abbasiah 2, dan zaman Kini- Ia ilmu baru yang perlu dipelajari. Bukankah kamu minat untuk mengetahui tentang sejarah sastera adab ini. Bagaimana ia berkembang? Bacalah!Kamu akan dapat sesuatu.

Masih cuba menghadam,
12:12p.m
30-10-2010
Qamar Cinta 1-1 



Nota Kecil Hujung Entri:

29 October 2010

BUKAN AKU TIDAK MAHU...




Bersyukur Allah pertemukan kita.
Bismillahi abda'...


Kalian, sungguh semalam aku terkedu tanpa sebaris ayat mampu aku lafazkan. Bukan aku tidak mahu berkongsi atau bercerita, tetapi semuanya yang tersusun dalam akal tidak mampu aku terjemahkan dengan kata-kata. Aku mahu berkongsi, aku ingin mengeluarkan yang tersimpan dalam diri, namun bagaimana aku mahu berbicara jika tidak mampu untuk lisan ini melafazkan.


Aku sedar semakin aku pendamkan banyak perkara semakin kepedihan itu memakan diri. Aku cuba paksa diri untuk bersuara semalam, namun aku tidak mampu mengeluarkan walau sebaris ayat untuk bercerita. Maafkan aku, kalian.


Saat aku enggan membebankan orang lain dengan diri ini, tanpa sedar aku membuatkan kalian bimbang. Aku okey, sahabatku... =) Mampu senyum seperti dahulu. Dapat ketawa seperti hari semalam. Aku sudah dapat keluar daripada sebuah kegelapan diri. Kerana aku ada insan-insan yang aku sayang. 


Aku tahu kalian tentu mahu tahu tentang kejadian malam itu. Kalau boleh aku mahu ceritakan semuanya. Aku mahu luahkan segala apa yang terjadi dengan diri aku malam itu. 


Malangnya......


Aku tidak mampu bercerita.
Aku tidak dapat meluahkan bicara.
Aku baik-baik sahaja!


Sungguh semalam aku lena bersama sebuah tangisan lantaran membuatkan kalian bimbang. Membuatkan kalian tertanya-tanya dengan diri ini......


Terima kasih bersama-sama aku saat sukar dan duka. Dalam sedih dan dia. 


Bicara tidak terlafaz,
29-10-2010
08:00a.m
Qamar Cinta 1-1, IIUM

Nota Kecil Hujung Entri: Aku bersyukur menjadi temanmu, banyak telah aku pelajari erti kehidupan... Ya Allah, seiringkanlah perjalanan ini, mengharungi hidup penuh pancaroba mencari kasihmu... Berkatilah persahabatan kami ini buat selamanya. [epilog seorang teman: AMAR]

28 October 2010

BERTUKAR WAJAH!



Ini namanya kerja ketika imtihan menjelang,
Satu petang aku di ITD menunggu sahabat untuk menghantar assignment,
Sambil tangan menggatal melakukan ini,
Maka,
Wajah blog ini bertukar lagi..

....

Semoga ia kekal di hatiku.
Aku terasa.
Sangat terasa.
Tapi mungkin aku yang bersalah juga.
Bagaimana mahu memohon maaf dengan dia?
Rasa macam nak lari terus tak balik sana.
Aku tak kuat bila dah lukakan hati orang.
Makin parah.

Contengan After Imtihan 1


Hari ini berlalu kertas Tilawah 1. Maka, buku ghayatul murid akan dikembalikan kepada tuannya dan aku sudah melepaskan satu subjek.. keputusannya... =] Tidak kisahlah bagaimana. Sekarang sudah jadi trend pula untuk aku keluar exam awal. Sedangkan aku tahu ketika sekolah selagi tidak diumumkan untuk keluar dewan peperiksaan aku akan tetap berada di situ. 



Hari ini barulah aku akan  menghantar assignment yang sepatutnya disiapkan lama dahulu. Subjek Adab Islami ini agak menguji kesabaran namun terasa manis pula menatap satu demi satu ayat dalam bahasa arab kemudian diterjemahkan dalam bahasa yang kita faham. Seronok sebenarnya novel Zainab ini. Kisah cinta antara dua darjat. Seronoklah kalau dapat baca keseluruhan novelnya. Tentunya aku mahu dalam bahasa  Melayu sebab aku tidak faham sepenuhnya jika disuruh membaca versi arabnya. 

Titik. Tak tahu nak menulis apa sebab sudah ketandusan kata-kata. 
Diconteng pada,
28-10-2010
2:34p.m
ITD

27 October 2010

Quick Update: RABU YANG HARU!

Awwalul kalam, terima kasih Kak Husni semalam. Sengaja aku menginap di bilik beliau semata-mata untuk menyiapkan assignmnet Tilawah 3010. =)

Kedua, hari ini agak haru. Sepatutnya hari ini mulanya study week bagi pelajar IIUM. Namun baru hari ini aku kalut menyiapkan terjemahan novel Zainab. Haha, sengaja benar mencari pasal . Selagi ustaz tak minta memang aku sorokkan kertas novel itu dalam almari pakaian. Apabila ustaz minta supaya menghantar barulah aku kalut menyiapkannya. Bukan menterjemah tetapi mengedit tiga bab novel yang sudah ada terjemahannya. Suka sangat buat kerja last minute. Agaknya kalau tahu mati bila, esok nak mati hari ini baru nak bersedia. Insaflah, Jamilah! Baru terasa seronok rupanya kerja menterjemah ini. =)

Ketiga, doakan aku mula periksan esok. Tilawah. Soalan tajwid. Satu habuk aku belum baca, dan belum satu perkataan lekat dalam kepala. Adakah aku akan keluar awal esok? Nantikan!

Keempat, alhamdulillah! Allah sentiasa memberikan rezeki!. :)

Kelima, salam imtihan kepada semua yang akan menduduki peperiksaan. Tidak kiralah peperiksaan apa.

Keenam. Titik. :)

Quick update,
1859
27-10-2010
Qamar Cinta 1-1.

Nota Kecil Hujung Entri: Haha, masih sempat aku menyelit untuk update... hehe.

26 October 2010

SELASA YANG TIDAK SELESA

Berulang kali menaip, namun akhirnya aku padam. Hari ini hari terakhir kelas untuk semester ini. Sepatutnya aku bersemangat untuk ke kelas. Namun ketahuilah sesungguhnya sangat berat rasa ini. Sungguh keras kaki mahu melangkah ke kelas. Hanya mahu duduk depan laptop atau tidur. 

Aku mencuba dan terus melawan perasaan yang hadir itu. Namun sesungguhnya ia belum mahu menjauhi diri ini. Terus mengasak hingga aku tersepit. Membuatkan aku lemas. Ya Allah...

Aku tahu dan sedar ia hanya sebuah permainan dalam diri. Beratus kali aku menghalau ia pergi, beribu kali ia makin kerap mendatangi diri. Lemas. Sesak. Jatuh. Diam. 

Aku tahu aku kena bangkit. Bukan terus terjelepok dalam sebuah kesedihan. 

Kala ini aku mahu menangis. Namun tiada air mata yuang mahu keluar. Aku mahu bebaskan diri daripada perasaan yang mengekang itu. Dalam perasaan itu. Aku mahu lupakan semuanya. Aku mahu lari daripada perasaan itu..

Sahabat, doakan aku dapat keluar daripada kegelapan itu. 

Setiap kita diuji dengan ujian yang berbeza. "Allah tidak uji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu." Aku mahu terus dan memujuk diri ini untuk meneruskan langkah walaupun tempang. Aku mahu bangun, sahabat! Aku tidak rela berada dalam lohong gelap itu! Aku mahu menjadi seorang "JAMILAH".

Perasaan itu! Menjauhlah daripada jasad ini! Aku tidak rela kau terus berada dalam diri. Pergilah! Sesungguhnya aku dihadirkan ke dunia dengan tujuan.

Perasaan itu, jangan dekati aku lagi!!!!!

Monolog hatiku,
26-10-2010
1045
Qamar Cinta 1-1

25 October 2010

TULIP







Sejenak mahu rehatkan minda,
Pandang tulip yang mengingatkan aku tentang kehidupan,
Bahawa
Hidup ini tidka panjang,
Kecantikan tidak kekal.
Sementara.
Aku tidak berduri,
Biasa,
Namun aku ada fungsinya.
Ada sebab aku dihadirkan ke dunia.

ITD
1823
~I love tulip~

Minggu Terakhri

 Esok kelas terakhir untuk semester ini. Selang sehari kemudiannya bermula peperiksaan akhir untuk semester ini. Aku tidak bersedia. Hanya itu yang mahu aku tuliskan. Aku bukannya seorang yang suka peperiksaan lebih-lebih lagi ianya soalan objektif yang mana saya tidak bebas merapu.

Saya suka soalan berbentuk esei sebab saya boleh melontarkna pendapat saya. Walaupun kadang saya tidak tahu jawapan, saya akan menulis apa yang terilham dalam diri saya. Apa yang muncul di benak akan saya lontarkan sebagai jawapan.

Saya tidak suka peperiksaan.

Namun setelah belajar selama satu semester inilah rutin yang akan dilalui. Selalunya minggu peperiksaan akan menjadi minggu yang pelik. Hobi pelik muncul. Minat menulis muncul. Idea mencurah untuk menconteng dan membina impian. Rasa nak tembusi pasaran dengan menghantar karya.. Ini dugaan ketika minggu peperiksaan..

Yang pasti, selamat menyambut minggu peperiksaan bagi yang melaluinya. Saya tidak sabar mahu menghabiskannya. Mujur 10 November sudah tamat. Saya tidak tahan mahu menanti lama-lama. Bukan tidak sabar mahu pulang ke kampung tetapi tidak sabar mahu menyelesaikan semester ini walau bagaimana sekalipun keputusannya. Aku sedia menerima apa sahaja.

Dalam minggu ini kena jaga diri. Perasaan akan jadi sensitif dan mudah emosi. Namun doakan aku tidak. Perasaan itu sudah terusir pergi aku aku doakan ia tidak kembali.

titik.

contengan sebelum Zuhur,
25-10-10@1:43p.m
Qamar Cinta 1-1

Nota Kecil Hujung Entri: Mencari senyuman. Memberi senyuma. Menerima senyuman. Aku rindu suara seseorang, diri seseorang. Sangat rindu dia yang lama,

24 October 2010

Nota Buat Diri!

Assalamualaikum, Jamilah...

Bagaimanakah keadaan kau sekarang? Ana harap Jamilah dilindungi Allah sentiasa dan tidak lagi memikirkan perkara negatif yang membuatkan Jamilah sedih. Jamilah perlu POSITIF! OPTIMIS! BERCITA-CITA TINGGI! BERUSAHA.

Jamilah tahu, ana sayangkan Jamilah lagak ana sayangkan diri ana sendiri. Jamilah adalah sebagian diri ana. Jika Jamilah sedih anak ana akan berduka. Maka, Jamilah perlu sentiasa ceria.

Jamilah perlu ingat yang kehidupan kita tidak panjang. Berapa ramai yang Allah tidak berikan peluang lama untuk dia hidup. Hidup pasangannya mati. Tarikh kematian kita sudah tercatat. Hanya kita tidak mengetahui. Jadi, Jamilah, bergeraklah! Jangan hanya duduk sahaja dan menghadap laptop atau melayan lena hingga langsung Jamilah tidak sedar apa yang terjadi. Tidak endah sahabat sekeliling, teman, pelajaran dan diri sendiri.

Jamilah perlu bangun demi cita-cita Jamilah. Seorang Jamilah yang mahu menjadi editor terkenal. Mahu bergelar editor untuk sebuah majalah. Maka, Jamilah perlu bergerak dan bekerja ke arah itu. Allah letakkan Jamilah di bumi UIAM bukan hanya untuk main-main, namun bersamamu ada satu misi yang tergalas.

Jamilah perlu realitikan mimpi yang Jamilah tuliskan dalam diari lima tahun lalu. Sepatutnya Jamilah sudah punya buku sendiri sekarang. Novel Jamilah sepatutnya sudah ada di pasaran. Namun apa sudah jadi? Mana sumbu semangat yang selama ini sentiasa menyala? Sudah terpadamkah Jamilah?

Masalah bukan untuk Jamilah termenung. Bersedih. Duka. Jamilah kena lawan masalah yang datang. Sahabat, duit, perasaan... Semuanya bersifat sementara. Semuanya ada jalan keluar. Hanya Jamilah perlu mencari. Allah beri kesihatan, beri ruang, beri semuanya yang Jamilah mahu, Jamilah sia-siakan segalanya? Jangan Jamilah. Sekali Allah tarik sebagaimana Allah tarik nikmat yang satu itu, Jamilah akan menyesal seumur hidup.

Jamilah, hiduplah dengan menjadi benih yang baik... Benih yang kemudiannya membesar menjadi pohon rendang yang akan menjadi tempat berteduh orang lain pula. Buahnya boleh dimakan. Jangan jadi kayu mati.

Kamu mampu. Hanya Jamilah perlu berikan peluang kepada diri untuk membuktikan yang Jamilah sebenarnya mampu lakukan. Chaiyok!

Jamilah Mohd Norddin.
Qamar Cinta 1-1
24-10-2010
07:49p.m

Nota Kecil Hujung Entri: Menyemai cinta untuk diri sendiri.

RESENSI BUKU: MA YAN

Apabila lama saya tidak menulis resensi buku, maknanya sudah lama saya tidak menghabiskan bacaan sebuah buku. Jika membaca sekalipun hanya separuh tanpa menyudahkan bacaan. Itulah hakikatnya.

Namun saya habiskan juga membaca novel 'ma yan' ini. Sudah lama sebenarnya mahu membacanya namun aku sering terlena dengan novelnya sekali. Pagi ini, aku berjaya menyudahkannya. Maka aku mahu kongsikan kisah yang menyentuh hati ini.

Kisah Ma Ya yang mahu saya kongsikan ini sebuah buku yang sangat istimewa. Istimewa di hati saya, istimewa jalan ceritanya.

Ini cerita gadis yang mementingkan pendidikan namun kalah dengan kemiskinan. Kisah pengorbanan seorang ibu yang akan memberi apa sahaja yang dia ada demi anak yang sangat disayangi. Kisah masyarakat di China yang masih mengganggap pendidikan lebih penting kepada seorang anak lelaki. Kisah anak yang mahu belajar.

Ma Ya. Namanya sudah menjadi magis bagi saya. Saya kagum dengan kesungguhan Ma Yan mengumpul dua yuan untuk membeli sebatang pen. Harga dua yuan itu adalah dengan berlapar selama lebih dua minggu dengan hanya nasi kosong tanpa lauk. Hanya kerana sebatang pen yang mahu Ma Yan beli, dia sanggup berlapar.

Keistimewaan Ma Yan adalah dia suka menulis diari. Dia akan mencatat peristiwa yang terjadi di sekelilingnya dan yang meninggalkan kesan dalam hatinya. Pengorbanan ibu, impian untuk berjaya, kegagalan... semuanya dia catatkan dalam sebuah buku catatan.

Kemuncak kisahnya apabila Ma Yan terpaksa berhenti sekolah apabila ibunya tidak mampu menyara pengajiannya. Mereka tiada wang.

Namun keadaan berubah dengan kedatangan seorang asing yang datang ke kampung mereka.. Dan dengan peristiwa inilah kita mengenali Ma Ya hari ini....

=]

Mahu baca? Novelnya pendek sahaja namun sangat bermakna. Saya jadi terinspirasi untuk terus menukil selagi berdaya. Walaupun apa yang saya tulis hanya contengan, coretan peribadi, saya berharap ia berguna untuk diri saya. Mengingatkan saya bukan hanya di atas namun pernah jatuh kecundang. Maka, saya belajar untuk bangun, berdiri tegak.

Jika kamu mahu menulis, tulislah! Tuliskan apa sahaja untuk dikongsi dengan masyarakat kerana jemari yang berbicara atau mata pena yang ternukil atas kertas itu sangat berharga.. Harta kita.



Nota Kecil Hujung Entri:

23 October 2010

KENALKAH AKU DENGAN DIRI SENDIRI? Episod 2!

Coretanku....

Siapa kata mudah menjadi seorang pendiam? Namun saya tidak mahu mengatakan pula yang mudahnya menjadi seorang yang peramah. Atas tiket seorang pendiam dan berat mulut, saya mahu luahkan tentang perasaan selama saya menjadi seorang pendiam. 


Sejak kecil (seingat saya) saya tidak banyak bercakap. Sejak tadika hingga bangku universiti saya adalah seorang pendiam dan payah untuk memulakan sebuah perkenalan. Saya mudah berbicara dengan hujung mata pena, namun saya kaku apabila berhadapan. Saya boleh menjadi ramah apabila hanya berdua, namun saya gemar menjadi pemerhati apabila saya berada dalam kumpulan yang melebihi dua orang. Saya kekok dan janggal.


Saya senang menjadi pendiam. Namun ada masanya pula keadaan  ini sangat melemaskan. Merimaskan diri sendiri juga sahabat di sekeliling saya. Saya akan fikirkan dahulu bicara sebelum saya lontarkan walaupun acapkali juga saya terlepas cakap. Apabila saya ada mood,maka akan terluahlah segala cerita. Sebenarnya orang yang pendiam lebih berterus terang kerana dia tidak banyak modal untuk bicara. Pernah beberapa kali saya dengan mudah ceritakan tentang impian, tentang kegagalan tentang sesuatu kepada seorang yang saya tidak rapat. Kemudian saya menyesal mendedahkan rahsia sendiri.. Namun kata-kata tidak dapat dipatah semula.


Saya suka mendengar jika ada sahabat yang sudi bercerita dengan saya. Saya suka mendengar coloteh sahabat saya sebab saya pasti belajar sesuatu daripada kehidupan mereka. Saya miskin pengalaman, jadi apabila ada yang berkongsi, saya rasa dihargai.Saya rasakan saya ada sahabat. =) Saya rindukan suasana itu.. Saya rindukan teman bercerita kisah mereka dengan saya.. Saya benar-benar rindukan itu... Bib, Kak Husni, Rokiah, Ainul.... Saya rindukan suasana itu.. Saya rindukan cerita kalian.. Saya rindu sama kalian...


Saya tidak pasti orang lain, namun saya sering punya masalah apabila saya mahu menceritakan sesuatu yang penting kepada orang lain. Tidak kiralah kepada keluarga atau sahabat atau sesiapa yang perlukan saya bercerita dengan mereka. Saya sangat takut jika saya menyusahkan sahabat saya... Bukan saya tidak mahu berkongsi... Saya cuba dan berkali-kali mencuba, namun segalanya tidak terucap. Saya kelemasan dalam lautan kata dan perasaan itu akhirnya hanyut dan saya kembali menjadi tasik yang tenang.


Saya tahu tentu ada sahaja yang berpendapat menjadi seorang pendiam ini mudah. Namun selama melaluinya saya tidak kata ia satu proses yang mudah. Bermain dengan perasaan kadang menyakitkan diri sendiri. Melukakan hati sendiri. Menyesakkan akal sendiri. 


Aku suka berjalan seorang diri. Aku suka ke kelas seorang diri. Aku suka bersendiri kadang atas alasan peribadi. Aku akan terasa mahu melarikan diri sebenarnya jika ada yang mula bercerita tentang sesuatu yang aku tidak suka.  Aku sesak apabila ada yang mahu bercerita tentang lecturer itu dan ini.. Kamu tahu, perasaan aku ketika itu sedih... 


sangat sedih....


Siapa kata menjadi seorang pendiam itu mudah? Namun peramah itu juga payah!





22 October 2010

Ainul Hayat: Ina Nailofar Mengajakku Berlari. =)

Tulip yang masih utuh di dalam bekas kaca.


Baik. ini adalah entri adikku di UPM a.k.a Ina Nailofar... Ahli keluarga Minggu Penulis Remaja 2007.. =)

Boleh baca entri asalnya di sini.

Aku hanya mahu memetik kata-kata yang Ina nukilkan untuk aku abadikan di sini.. =)

Ketahuilah insan bernama Cik Jamilah Mohd Norddin, 'anda berpotensi besar untuk berjaya di bumi UIAM! Baik dalam bidang akademik mahupun lapangan sasteramu...tinta pena yang akak nukilkan sentiasa memberi sumber inspirasi buat diri ini, khususnya... (",)
Ina percaya ramai lagi yang turut terkesan dengan lakaran contengan akak tu.
So, senyumlah pada mentari yang berada di hadapan" :)

Ada pantun istimewa buat akak Jamilah,

Alang-alang gunung didaki, ( mood teringin nak buat aktiviti lasak ni, hihi)
Biar sampai ke puncak tinggi, ( memang la dah penat-penat panjat kan, hehe )
Alang-alang mengejar mimpi, ( letih oooOOh lari ligan-meligan, haha )

Biar sampai ke hujung pelangi. ( InsyaAllah, ada kemanisan dipenghujungnya :)

With ♥ and prayer,
Ina Nailofar
Kolej Pendeta za'ba, UPM ( Universiti Pentarbiahan Mujahidah )
-Hanya yang terrrrrrrbaik!-

Nota Kecil Hujung Entri: Ina, akak rindukan karya kamu. :)

21 October 2010

Durrah Nur Aqilah: Pesan Mak

Aku merenung mata mak dalam-dalam. Walaupun peperiksaan akhir Sijil Pelajaran Malaysia akan bermula minggu hadapan dan aku sepatutnya pulang setelah kertas terakhir peperiksaan itu, aku tidak sanggup menahan rasa rindu menatap bening wajah mak.

Pertemuan terakhir aku dan mak. Mak pergi tepat ketika hari pertama aku melangkah ke dewan peperiksaan. Hati mana tidak luluh, jiwa mana tidak luka, namun demi mak, aku ingat pesan mak. Lalu, kata itu aku jadikan azimat menerus perjalanan. 
***

PESANAN IBU KEPADAKU

Masih terngiang-ngiang di pendengaran ini,
Suara seorang ibu,
Tatkala tekun mengasah pisau di suatu sore,
Persiapan buat menorah esok,
Mencari sesuap nasi buat keluarga.

Adik,
Belajarlah rajin-rajin,
Ubah kehidupan kita.

Kata-kata itu ku jadikan tangkal azimat,
Meneruskan sebuah kehidupan meski seringkali rebah,
Kata-kata-kata itu adalah peniup semangat,
Bekal tika aku jatuh tersungkur.

Ibu,
Walau apa yang terjadi,
Ibu tetap segar di ingatan,
Pesananmu memagari kehidupanku,
Aku pasti teguh bersama amanatmu.

Akan ku kalungkan al-Fatihah,
Jua bingkisan doa,
Dan akhlak yang baik,
Agar tenang,
Kehidupan ibu,
Di alam baru,

Al- Fatihah…
***
Sesungguhnya aku rindu tidur di ribaan mak. Makan air tangan makwalaupun hanya nasi putih berlaukkan telur goreng mata kerbau. Sangat sedap. Kini, semuanya hanya kenangan.

Aku kembali mengimbau pesanan mak yang akan sentiasa lekat dalam ingatan.

"Durrah, dalam hidup ini kita tidak akan dapat semua dalam satu masa. Ambillah masa anakku untuk belajar semua benda. Tidak semua kita akan dapat dengan pengalaman. Kerana itulah kita kena bergaul, Durrah..."


"Durrah! Hidup kamu tidak panjang. Selagi Allah berikan kamu peluang sihat, hidup, ada masa, gunakanlah sebaiknya... Hanya itu pesan mak."


"Durrah, mak sayang Durrah. Lakukan yang terbaik. Bukan untuk mak. Untuk Allah, Rasul dan agama Allah.  Durrah mesti rasa  yang Allah hadirkan kita ke bumi dengan tanggungjawab. Buatlah kerja Durrah dengan rasa ikhlas dan perasaan suka. Buang segala rasa benci dan tidak mahu. Apa sahaja, lakukan yang terbaik."


Terima kasih, mak....

Durrah, bertahanlah!

20 October 2010

Kebahagiaanku. =)

Sakura. =)

Tulip...

Burung berterbangan bebas di Udara.. =)


Aku tak tahu kenapa aku tertarik gambar ini.


Gambar-gambar yang menceritakan kebahagiaan dalam hatiku.
Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan.
Bersama kepayahan itu ada kebahagiaan. 
Akhir minggu yang aku rasa lapang. 
Aku rasa kepala ringan. Aku rasa bebas. 
Aku rasa berada di udara.

ITD,
20102010
09:22p/m

19 October 2010

Study Week???

Minggu depan minggu terakhir untuk semester ini. Minggu ini aku baru nak siapkan assignment yang sudah berbulan-bulan diberikan. Haha, selagi tak sampai deadline terbiar sahaja buku yang sudah sebulan dipinjam daripada maktabah. Ingatkan rajin membaca, rupanya assignment yang tertangguh.

Jangan ditiru tabiat tidak baik ini. Siapkan assignment awal-awal, pasti bahagia. Aku? Assignment kena beri deadline dalam masa seminggu baru akan cepat aku siapkan mungkin.

*sempat lagi aku mencelah menekan-nekan papan kekunci menulis manuskrip bawah meja ini.*

Bermula 28 Oktober 2010-10 November 2010 fatrah imtihan nihaie untuk semester ini..

Terasa cepat benar masa yang berlalu. Belajarnya banyak namun apakah agaknya yang melekat dalam kepala? Tentu sahaja yang tidak berkaitan dengan pelajaran.... Ingat, semester depan... jeng3x.... kerja besar menantimu sejak awal hari pertama kamu datang ke UIAM semula mendaftarkan diri semester 2 2010/2011. Insya Allah....

Namun, jangan mengalah, wahai Jamilah. Kamu tahu tak kamu sangat bertuah Allah takdirkan untuk kamu berada di Bumi UIAM??? Kata Ainul Hayat a.k.a  Ina Nailofar, (adikku di UPM).. Kena jadi orang bersyukur.. Dush... Semalam kena tumbuk di perut dengan ayat tu... Aku tidak bersyukur Allah letakkan aku di Bumi UIAM??? Orang lain mahu datang sini, kamu mahu lari?

Bersyukurlah, wahai diri.

Titik.

Baik, Sengaja aku mahu menconteng juga.. Manuskrip-manuskrip ini adalah catatan peribadi manusia bernama Jamilah... Maaf dengan kekacauan bahasa dan emosi dalamnya.. =)

Qamar Cinta 1-1 UIAM
2123
~Rabu, Khamis, Jumaat... Three days to go!~

Nota Kecil Hujung Entri:

ENTRI SESI PAGI: JEMARI YANG BERBICARA~

Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku nafas yang dapat dihela hinggakan aku masih tetap menulis manuskrip yang letaknya di bawah meja cuma. Bagaimana agaknya jika sedar-sedar aku bukan lagi bangun di alam dunia, tetapi dalam sebuah alam baru yang bernama ALam Barzakh! Bersediakah aku?

Allah memberikan kehidupan pada aku pada kadar yang Allah tetapkan. Masa kematian itu telah tertulis. Sebagai manusia yang masih diberi peluang untuk hidup. optimislah!

Perlu sedar yang hidup ini sangat singkat berbanding kehidupan  dalam alam lain. Masa yang singkat itu adakah dapat dipergunakan dengan sebaiknya. Sungguh, aku  banyak habiskan masa dengan bermain dengan PERASAAN.

Kadang aku sedar yang aku hanya bermain-main dengan diri sendiri, namun, ada masanya perkara itu tidak mampu dikawal oleh akal yang ada kalanya tidak berfungsi dengan sepatutnya. Akal yang mengikut kata hati yang hanya mahukan terbaik, namun tersasar daripada landasan sepatutnya.

Maka, aku menulis perasaan itu dalam manuskrip supaya aku sedar sikap dan permainan itu.

Aku menulis dan apabila sampai masa aku terasa tulisan itu sudah seperti sampah, aku akan memadamnya seperti aku mahu ia terpadam daripada ingatan aku.

Optimis! Senyum! Ceria!

Aku tertanya-tanya, adakah Jamilah yang ceria sebelum ini? Yang aku sedar Jamilah memang wajahnya mencerut sahaja, kecuali apabila dia tersengih. Haha. Aku rasa Jamilah hari inilah Jamilah yang semalam. Hm, mungkin sebab Jamilah hari ini banyak bermain dengan perasaan, maka itulah yang tergambar dalam tulisannya.

Awas, apa yang dia tulis kadang jujur kadang hanya mainan jemari yang mengetik pada papan kekunci. Jangan percaya pada apa yang dia tulis dalam manuskrip ini. Walaupun ada yang kata nak kenal Jamilah baca apa yang dia tulis, tapi tak semuanya dapat dipercaya. TApi betulkah?

Okeylah, aku tak faham motif entri ini ditulis.

Titik.

Nota Kecil Hujung Entri:

18 October 2010

YES! AKU KENA TEMBAK LAGI!!!

 gambar di sini

Hari ini ada ujian History of Adsab Arabi. Kena hafaz Hizib, tetapi jujurnya memang aku tak hafaz sebijik pun. Baru pagi tadi tengok sekali imbas sebab cuti tiga hari aku hanya tidur dan tidur. bangun dna tidur lagi. Haha.

Okey, bukan itu yang aku nak cerita sebab dah lepas pun.

"Jangan tukar universiti."

Ish.. Rasa kena tembak dekat dada. Aku senyum bila ustaz cakapkan yang ini.. Huwaaa.... Rasa betul-betul kena tembak ni.ku paling tak tahan bila ustaz kata. "Saya sepak kalau dengar kamu tak habiskan BA."

Allah, sesungguhnya DIA memberi jawapan kepada kemahuan aku. Allah mahukan untuk aku terus berada di bumi UIAM. Sungguh aku sudah lupa apa yang ustaz cakapkan tadi. Tapi isinya jangan tukar universiti.

Ustaz kata kalau tak ubah sikap kat mana-mana pun sama. Kena habiskan BA.

Maka,.  doakan untuk aku terus berada di sini..

Nota Kecil Hujung Entri: Ya, bila dan minum air dalam kuantiti yang banyak dan main air, maka aku dah sihat.. Boleh merayap hari-hari. Alhamdulillah... Tak sabar nak tamatkan  minggu ni.,

17 October 2010

ALHAMDULILLAH






Minggu ini mungkin antara minggu yang sibuk bagi aku. Biasalah jika manusia yang suka membuat kerja last minute begini. Ustaz berikan kerja untuk tiga bulan, aku buat dalam tiga hari...


Kita selalu dengar ini. Ingat Lima Sebelum Lima.
:Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit 
Hidup sebelum mati:


Manusia ini kalau tidak kena atas kepala, dia jarang nak ingat diri. Sekali merasa, barulah insaf.. Terfikir-fikir masa yang ditinggalkan. Bila dah alami, baru aku mengulang-ulang lagu demi masa, Raihan.. Haha, memang sebijik atas kepala... =)

Masa sekarang, ketika matahari memancar terik, banyakkanlah minum air kosong. Tetapi jangan diisi tenggorok itu dengan air water cooler banyak-banyak. Khuatir cepat pula sakit tekak. Haha, inilah yang aku alami. Dua hari aku menelan air water cooler, tekak sudah mula memberontak.Itu pun aku sudah minimumkan kuantiti air water cooler yang aku minum.  Amaran yang bukan selalu datang menjengah. Amaran pada tekak, kepala, .. semuanya sudah ada warning berwarna kuning...

Dan aku merasa nikmatnya setelah lama tidak disentuh belaian yang bernama 'Demam'. Haha, perlukah aku tulis entri ini? Sengaja aku mahu bercerita.

Tiga hari lalu, Mastura mesej, beritahu beliau demam... Tak sangka kami punya chemistry bab-bab deman ni. Dah sampai pada aku. Ingat lagi semasa sekolah juga begitu.. Dia demam, aku turut demam.. Dia batuk, kami berlawan batuk ketika exam... Haha..

Habis leadership semalam, sempat makan bersama-sama ahli grup dan ke Giant lagi. Kena dapatkan air mineral juga sebab memang mencari nahas jika hanya meneguk water cooler itu. Balik Giant memang aku lena.. Bangun lena-bangun-lena.. Akhirnya satu kerja tidak aku snetuh. Haha..

Tapi nak update blog masih sempat lagi, nak buat assignment fikir berulang kali.. Teruk betullah kamu ni...

Okey, doakan aku cepat sembuh. =) Hihi, demam sedikit je sebenarnya, sengaja cerita..

Moral: Banyakkan minum air mineral atau air masak bukannya air water cooler.


Nota Kecil Hujung Entri: Sihat sebelum sakit!

16 October 2010

Kamu Dapat Apa Kamu Beri...

Petang yang cerah tidak memberikan aku mood yang baik untuk mencoret manuskrip hari ini. Jari jadi keras tiba-tiba. Maka, aku hanya mengikut rentaknya berbicara.


Kelas Leadership berakhir sudah. Alhamdulillah kerana sudah selesai untuk subjek itu. Sesungguhnya aku hanya bercakap  dalam tempoh 10 saat mungkin tanpa mencelah mana-mana. Dan akulah sang kayu dalam group 28 (Group 1).


Dalam group itu memperkenalkan aku dengan rakan-rakan baru yang dedikasi, baik, cheerful... Aku tak pandai nak memasukkan diri dalam situasi itu... Akhirnya hanya memilih menjadi kayu mati. memerhati. Haha. sangat teruk.


Ahli leadership.
-Marjan
-Fida Rosli
-Zulaikha
-Nor Zulaika
-Diana
-Wani
-Kak Ema
-Rokiah
-Salman
-Zhafri.
-Aku (Jamilah)


Merekalah yang menyudahkan semua kerja. Fida, Marjan, Wani, Kaka, Diana bertungkus lumus menyiapkan proposal untuk dihantar. Aku langsung tidak menyampuk. Hadir perbincangan dan kelas leadership seolah-olah hanya sebagai syarat aku mengambil leadership kali ini.


Sesungguhnya mungkin benar aku perlu tinggal dalam gua dan bersendiri. Haha. Barulah aku tahu membuat kerja aku. 


Apa pun, group leadership ni best sangat walaupun aku tak reti nak cope dengan ahli-ahlinya. Aku memerhati kerja mereka yang sangat ringan tulang. Sanggup buat untuk selesaikan kerja... 


Aku simpulkan...
Aku dapat apa yang aku mahu. AKu yang memilih untuk begitu, maka itulah yang aku dapat. 


=)


1747
Qamar Cinta 1-1, iium.

Nota Kecil Hujung Entri: Belajarlah untuk bersosial!

15 October 2010

Quick Posting: Aku Terus Berdiri

Aku mahu terus berdiri di daerah ini.
Biar tertoreh jasad berulang kali,
Biar kering air mata bertangki-tangki
Biar darah kering pucat lesi.

Daerah ini mengajarkan aku erti persahabatan
Makna pemberian


Jangan kau percaya pada bisikan syaitan
Yang membisikkan pada kamu,
Jatuhlah!
Putus asalah!
Kerana
Aku ada Allah....

Sesungguhnya aku mahu terus berdiri di taman ilmu dan budi ini
Walau apa yang terjadi.
Tetapi tahankah jasad ini?

Sesungguhnya perancangan Allah terbaik.
Hanya tinggal aku usahakan!

15-10-2010
Qamar Cinta 1-1
IIUM.

:Hati, tenanglah... jiwa, bersatulah dengan akal... Allah, alhamdulillah 'ala kullihal!