06 September 2010

Cerpen: Warkah Buat Seulas Bibir

 Warkah Buat Seulas Bibir
Jamilah Mohd Norddin

 Assalamualaikum, wahai si merah sang bibir..

Hari ini saya layangkan surat kecil ini buat kamu wahai sang bibir. Kerana saya takut kerana kamu saya akan terlontar ke dalam api yang panasnya tidak dapat saya ceritakan. Api yang mana kalau jatuh serpihannya di bumi boleh terbakar seisi dunia. Bagaimana kalau jasad saya yang terlontar dalam api besar itu? Saya tidak mahu.. Ya Allah, jauhkanlah...

Maka, saya menukil catatan kecil buat kamu, wahai sang bibir..

Benar kita -saya, kamu, dan semua- tentu biasa dengar tentang ini:

"Mulut tempayan bolehlah ditutup, ini mulut manusia."
"Dia macam murai tercabut ekor."
 "Ish.. mulut!!! Tak ada insurans langsung."

Saya pasti kamu pernah mendengar tentang ini. Ketahuilah, bahawa kamu beri banyak manfaat, namun kamu boleh juga membuatkan saya menderita..

Bukan saya menyekat kamu untuk berkata-kata.. Jika baik, cakaplah sebanyak mana kerana kata-kata yang baik itu akan menjadi sampai buat sanga penyampai. Namun bagaiaman yang kamu cakapkan itu hanyalah sebuah rapuan dan kata-kata yang menyakitkan.. Kamu kutuk orang, kamu ceritakan aib orang, kamu buka keburukan yang patut kamu sembunyikan, kamu komen itu-ini, kamu tidak puas hati dengan apa yang diberi.... Kenapa kamu wahai bibir???

Tidak sedarkah kamu yang Allah takdirkan untuk kamu itulah yang terbaik.. Jangan kata kamu tidak mampu menghadapi dan melawan kerana setiap yang berlaku itu Allah tahu apakah yang terbaik untuk kita... Tidaklah Allah berikan kita lebih daripada kita mampu. Jika ada pun, itulah namanya ujian.. Bukankah semua yang terjadi pada kita juga adalah ujian yang kita kena hadapi.

Wahai lisan,
Kamu kena ingat yang Allah kurniakan hanya satu mulut supaya kita ingat untuk banyak melihat, mendengar, merasa, berjalan... dan mengeluarkan yang baik sahaja dengan lisan.. Bukannya suarakan semuanya.. Saya tidak sangkal yang kita perlu bercerita banyak perkara, namun jangan sampai apa yang kita kata seolah-olah kita marahkan apa yang Allah beri, komen apa yang Allah takdirkan untuk kita..

Memang susah untuk mendidik sekeping hati, namun bukankah kita yang perlu menjaga sekeping hati milik kita ini, jika tidak siapa lagi.

Baik, saya sudah sampaikan pesanan saya untuk kamu. Wahai lisan, bersuaralah yang hanya menyenangkan, yang menyebabkan manusia senang bukannya sakit hati pada kamu. Beranilah bersuara yang BENAR bukan hanya BICARA BELAKANG...

Sekian,
Jasad bernama Jamilah kepada kamu sang lisan.

No comments: