03 September 2010

BLING-BLING 8

Minggu Penulis Remaja 2007
 Aku menconteng lagi. Lagi dan lagi walaupun tiada sebarang motif. Hanya mahu menggerakkan jemari...

Kagum aku dengan Kak Munirah... Sudah masuk buku kedua.. Insya Allah.. Bakal menemui pembaca anak keduanya..

Encik Hilal Asyraf sedang menambah-nambah buku yang sedang dikarangnya..

kak Eja sedang menyudahkan buku kedua dan ketiga...

Aidil??

Ghazali???

Ina???

Kak Safura???

Kak Nik???

Kak Dayah???

Kak Fiza????

Kak Syarifah???

Syafiq??

Hafizul???

Azriq???

Kak Syidah???

kak Dayat??

Kak Iffa????

Semuanya tentu sedang menulis sekarang.. Menulis untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat. Sedang aku.. Semalam hampir menitik air mata apabila tidak satu kata yang keluar sedangkan aku mahu menyudahkan bab 1-3 manuskrip sebelum balik... Baca Ahmad Syauqi satu pun tak faham.. Maka, fikiran jahat pun datang..Dan sememangnya aku takut fikiran jahat itu jadi satu kenyataan..

Allah..

Haha.. Bukan emosi pun sebenarnya.. Sengaja mahu mengingatkan diri untuk terus menulis.. Walaupun tiada lagi karya yang muncul di majalah, Insya Allah aku belum bersara daripada bidang penulisan..

Nota Kecil Hujung Entri: Target 2011 semoga tercapai.. Amin.

7 comments:

AinuL HayaT said...

salam sastera,

Akak....ina pun hadapi masalah yang sama :(

Dalam hati ni, hanya Allah yang tahu betapa rindunya nak kembali menulis macam dulu...rindu sangat...baru-baru ni dengan izin Allah, Alhamdulillah...ina berpeluang sertai Bengkel Menulis oleh PTS anjuran PMIUPM...dapat ina jumpa senior2 yang minat menulis :) ramai juga (maksudnya lebih dari seorang...hihi) yang suka menulis di upm ni...

Peluang memang banyak...PTS contohnya mencari-cari penulis muda yang berbakat untuk menghasilkan buku...

Jika ditanya ina...perlu istiqamah urus masa di varsiti ini..terlalu banyak program untuk pelajar baru ni..ina perlu banyak bersabar...hgehe

Bergerak majulah akak...akak mampu...ina doakan target 2011 akak menjadi realiti...insyaAllah :)

:: Kak Munirah...ina kagum dengan dia :) makin bersinar bintang itu...

Anonymous said...

salaam kedua-dua sahabat MPRku,
sebetulnya saya juga sama..bahkan mungkin rasa kecewa ini lebih teruk dari kalian. akan tetapi saya berfikir, mengapa jadi begitu? kerana kita membandingkan diri kita dengan orang lain (jelas ia memang berlaku-tidak boleh disangkal) apa yang kita mahukan adalah lahirnya sebuah karya untuk dikongsi oleh masyarakat. adakah cukup setakat itu? tidak! ianya lebih dari itu sebenarnya...dan saya sekarang sedang berusaha ke arah itu, memperdalami segala-galanya dengan izin Allah di sini. percayalah, kita ini adalah pencari, dan apabila ketemu, kita tetap pencari...yang sudah bertemu...

jamilah said...

AiNul HAyat,

Ya, ada dengar tentang bengkel itu...

Terus melangkah selagi kaki masih kuat... Biar berkali rebah kita terus bangkit kerana satu amanah itu.

=)

p/s: hihi, sesaja menconteng ikut suka hati...

jamilah said...

cik Anon, a.k.a kawan MPR saya,

Wassalam..

Bukan membandingkan sebenarnya, hanya melihat kejayaan orang lain supaya dapat juga membakar semangat diri untuk sama bergerak..

..ya, kita semua pencari..

Tapi sedikit tidak faham... apa masudnya yang sudah bertemu... ???

Anonymous said...

Maaf...siapa cik Anon ya?
ya..perbandingan itu tetap ada....apabila melihat kejayaan orang lain, kemudian kita melihat diri kita? bukankah itu asas perbandingan?
sudah bertemu itu adalah hakikat yang x akan kita ketemu, kerna hakikat kebenaran sejati milik Allah...itulah yang akan membezakan kita dengan orang lain...bahkan ianya lebih dari itu dan sulit untuk dibincangkan disini. akan tetapi percayalah, bukan sekadar berkongsi ilmu dengan manusia lain.... bukankah itu klise untuk mengangkat kita kedepan?

Anonymous said...

salam...ya, bersetujulah...dan percayalah...hari itu akan tiba...kita hanya satu kumpulan yang lewat tiba untuk memikul hasil yang lebih...saya pernah bertanya pada seseorang tentang penulisan berbunyi begini;
"Saya sudah lakukan sesuatu yang pelik dan lain, adakah saya dianggap berjaya?" jawabnya tidak.
saya bertanya kepada dia pula "Saya sudah lakukan sesuatu yang berbeda, adakah saya berjaya?" jawabnya juga tidak. dan akhirnya saya bertanya kepada dia juga. "Adakah saya berbeza dari mereka?" dan jawapannya adalah... tidak....
saya tersenyum...yang membezakan kita dari mereka salah satunya adalah kernana kelainan, dan keberanian...jadi marilah mulai saat ini kita sangkal apa yang mereka sakukan sekiranya salah secara terang-terangan dengan keberanian...

Jamilah said...

cik Anon, terima kasih dengan perkongsian ini..