30 September 2010

PEMIMPIN???

 Adakah seronok menjadi seorang pemimpin? Aku suka melihat pemimpin, namun aku suka mengelak jika disuruh menjadi pemimpin kerana aku tidak suka menjadi orang yang dipimpin. Aku tiada kredibiliti dan sangat mahu mengelak jika disuruh menjadi walau hanya menjadi pemimpin dalam sebuah kumpulan yang kecil.

Keputusan sudah diambil demi kemaslahatan bersama. Aku mengundur kerana  aku tidak layak untuk berada dalam posisi itu. Aku benci untuk berada dalam situasi serba salah dan tidak kena. Aku teerasa seperti orang b****. Seandainya dapat aku lari aku akan larikan diri sejauhnya.

Bagaimana aku mahu menghalang kenangan lama daripada bertandang setiap kali memandang wajah nan satu itu. Aku tidak diajar menjadi pendendam namun kenangan yang tercatat dalam diari aku terus lekat dalam jiwa dan akal aku. Bukan mudah untuk aku lupakan... Tidak sakit dan pedih namun lukanya terasa berdarah semula. PERIT.

Namun aku percaya Allah sudah mentakdirkan yang terbaik untuk aku. Mungkin aku terlalu memandang kepada keburukan. Mungkin aku yang mengenang kepada kepahitan. Aku yang bersalah kerana menukilkan peristiwa itu dalam diari yang membuatkan aku tidak lupa kejadian itu?

Kalau aku mampu untuk ponteng pada setiap kelas, aku rela daripada terpaksa melihat wajah itu. Dulu aku sudah suka kerana dapat melarikan diri, namun kini aku perlu berhadapan dengannya saban minggu hingga hujung semester. Walaupun hanya lagi tiga pertemuan aku rasa lebih rela tidak melihat wajahnya.


Nota Kecil Hujung Entri: Ya Allah, perasaan apakah ini?

29 September 2010

Manusia di Kerusi Belakang ...


MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI JUGA PERLU!
LOKASI: Dalam kelas survey, baris belakang sekali
HARI: Selasa dan Khamis.

Ada seorang budak yang namanya terpaksa dirahsiakan dan suka duduk di bahagian belakang dalam kelas SURVEY suka main-main ketika ustaz Ghassan Taha Yaseen mengajar. Dia langsung tidak tumpukan perhatin malah boleh pula dia main-main. Buku teks dia tak pernah (dulu awal-awal dia skema, bawa buku), suka kacau kawan sebelah dia yang bernama Habibah dan Ema Noor Jihan..

Hari itu -Selasa: 28 September 2010- dia main-main lagi. Nak tahu apa yang dia buat? Dia melukis kartun dalam buku panjang SURVEY yang sepatutnya ada nota berkaitan SURVEY. Tetapi ketika Ustaz Ghassan Taha Yaseen sedang berikan penerangan tentang tamadun Islam di depan, dia melukis kartun yang sememangnya tidak cantik.

Ustaz cakap, tangannya merayap dalam buku latihan. Entah sajak apa lagi yang dia tulis entahlah. Entah rapuan apa lagi yang dia conteng aku pun tak tahulah. Yang pastinya dia tidak tumpuka dalam pelajaran.

Mana nak faham kalau tidak dengar apa yang ustaz cakap?

***

Sudah. Satu sahaja cerita yang aku nak buka hari ini. Bukannya hari itu sahaja, hari lain pun tidak tumpukan perhatian. Kalaupun tidak faham, bacalah sebelum ke kelas. ini tidak, main-main. Ketika orang lain bentangkan, dia di belakang menceceh entah apa. Kaacau kawan sebelah.. Ish... Perangai apakah yang kamu ini, wahai diri?

Sudah beberapa minggu pengetahuan tentang SURVEY langsung tidak bertambah walaupun ke kelas hari-hari. Mid-term aku main tulis apa yang terlintas dalam kepala. Main-main dalam jawab soalan. 

Ini aku sebut untuk satu subjek sahaja. SORF, TILAWAH, SOCA, ADAB ARABI, ADAB ISLAMI.. Apa cerita dalam kelas itu? Ada masa tumpu, selebihnya hanya main-main..

Astagfirullah...

Tidak ingatkah pada ayah yang berpanas hujan kerja di rumah? Masuk rimba, panjat atap rumah, buat kerja itu ini... Kakak yang kena masukkan duit apabila poket sendiri sudah kering..

KAMU LUPAKAH WAHAI JAMILAH???

kamu itu bukannya anak jutawan. Ayah hantar kamu ke UIAM bukan hanya untuk pergi kelas, namun belajar supaya kelak jadi seorang manusia. Bukannya suka tidur dalam bilik, baca buku cerita, main internet...

JAMILAH!!!!!!!!

Lagi lima minggu sahaja sebelum final. Aku sudah nampak bayangan peperiksaan yang akan kamu tempuh namun kalau diri sendiri yang tidak gerakkan jasad itu, jangan harap kamu dapat ilmu yang kamu cari.

Kamu hanya dapat penat pergi kelas.... Sedang di manakah ilmu yang sepatutnya terisi dalam dada???

Gagal! Jangan kerana sekali kamu gagal, kamu mahu gagal selamanya. Biarlah kamu hanya single major dalam masa empat tahun. Kamu gagal ketika semester pertama. Namun kamu perlu bangun. Kamu kena ingat yang ada lagi tiga tahun kamu di sini. Dan kamu seorang PEMINJAM PTPTN yang kamu perlu bayar semula dan jika tidak mencapai had, ia boleh ditarik semula.

JAMILAH,

Berhentilah main-main dalam kelas. Sombong dengan lecturer. Tidak senonoh dalam kelas... 

"Ilmu itu cahaya."

Kamu ingat itu.!!!!!

29-9-2010
ITD 
0945pm

basikal baharu


Bukan basikal sebenar

Langit yang cerah seperti memberi harapan baru untuk dia. Jendela dibiarkan luas, membiarkan angin menderu menyejukkan batang tubuh yang terasa hangat. Beberapa kali sudah dia mengelap mata, mungkin ada habuk yang melekat. Sedang di  tangan tidak lepas memegang tisu. Sungguh dia tidak menjangka kenangan lama kembali menjengah.

Dia ternampak seorang anak kecil yang girang. Ini kisah suatu petang ketika dia berada di tahun dua sekolah rendah. Walaupun berada di kelas nombor dua, dia seronok apabila setiap kali peperiksaan dia mendapat nombor satu. Itulah anak kecil berusia lapan tahun yang namanya Jamilah.


Ketika tahun satu, ayah dan mak tidak menjanjikan apa-apa setelah dia mendapat nombor satu. Dan dia tidak pernah mahu meminta, walaupun dia merupakan anak bongsu. Bagi Jamilah, dia hanya pelajar kelas nombor dua. Sekolah petang juga nombor satu milik dia. Sekolah pagi milik dia. Dia seronok apabila dapat naik pentas walaupun hadiahnya bukannya pingat, hanya buku tulis dan kotak pensel. Dia suka.

Tahun ini -darjah dua- mak dan ayah janjikan dia sebuah basikal jika dia dapat nombor satu lagi. Mana tidaknya sekarang dia hanya meminjam basikal kakak. Mana tidak seronok seorang pelajar berusia lapan tahun ditawarkan hadiah sebuah basikal.. Jamilah tersenyum riang..


Pergi kedai Cina Aping (kedai basikal) jamilah sudah melihat basikal yang menjadi idamannya... Basikal warna merah berbintik hitam. Hanya sebuah basikal Rally biasa.

Akhirnya, hujung tahun Jamilah mendapat nombor satu lagi. Betapa sukanya dia kerana akan mendapat hadiah basikal.. 


Hujung tahun, ayah bawakan dia ke kedai Aping. Pilih sendiri basikal yang Jamilah mahukan. Ayah membayar secara tunai. Betapa seronoknya Jamilah ketika membawa pulang basikal itu.

Mahu ditunjuk pada Mak. Pada kakak-kakak..


Oh, basikal itu dijaga dengan begitu baik.

Hadiah kerana mendapat nombor satu.


Namun siapa sangka itulah hadiah terakhir mak untuk anaknya.... Mak hanya melihat beberapa bulan dan Jamilah sudah tidak ingat sempatkah mak menaiki basikal barunya itu.

Mak sudah dijemput Ilahi ketika Jamilah kerana umurnya hanya takat itu.. Semua kita akan mati, Allahlah yang tahu tarikhnya....


Cahaya kilat yang terpancar mengejutkan gadis yang masih di kerusi meja belajarnya. Guruh yang berdentum menyentakkan dia daripada kembali ke zaman anaknya. Cepat-cepat dicapai daun jendela, menutup rapat tingkap sebelum hujan turun.


Nota Kecil Hujung Entri: mengimbau kenangan

29-9-2010

Sekarang satu demi satu keadaan berubah dan aku perlu bersedia menghadapi apa-apa yang berlaku.. Hanya berharap aku dapat menghadapinya dengan sabar..

Kadang aku rasa tidak kuat, namun aku tidak sanggup melepaskan orang yang aku sayang..

Aku sayang mereka semua.. Aku mahu lihat mereka senyum dan aku tidak kisah diri aku.. Biar terbengkalai hidup, biar terbuang, aku mahu lihat senyuman mereka yang aku sayang.. Benar.. Aku tidak mahu lebih daripada itu...

28 September 2010

CORETAN DI PAGI HARI!!!

AKU


Apabila aku terasa tidak tahu apa yang mahu ditulis, aku biarkan sahaja jemari mengetik mana-mana kekunci yang dia mahu. Aku biarkan apa sahaja kata terluah di sini, walaupun kadang hanya coretan kosong. Menulis adalah terapi untuk aku? Ha, benarkah???

Hanya berbaki lima minggu sebelum final exam. Dan jika dikira semester -termasuk short sem- sudah empat semester aku di sini. Namun apa yang aku sudah buat? Apa yang aku lakukan perubahan? Apa yang aku lakukan pembaikan? Adakah aku betulkan hati yang serapuh kaca itu? Bagaimana aku tatang sang hati?Adakah aku baiki hubungan dengan Pemilik Cinta yang sentiasa memberikan kita rezeki. Adakah?? Adakah?? Adakah???

Kadang tidak semua persoalan terjawab dengan mudah. Ada ketikanya aku tidak mampu menjawab persoalan yang ditanya oleh diri sendiri. SIfir mudah kehidupan aku lupa..

"Kita tersenyum apabila membuatkan orang tersenyum, Kita menangis apabila melukakan"

Maka, bagaimanakah untuk mengelakkan hal itu? Kadang tanpa sedar ia terjadi. Dalam lelucon ada jiwa terasa dan luka. Dalam ketawa rupanya ada derita. Sedang aku hanya suka tanpa sebarang rasa. Aku biarkan sahaja seperti  tiada perasaaan.

KISAH SEORANG DIA

Hari-hari penuh nyaman dengan hujan yang mencurah meninggalkan bekas dalam dirinya.. Rupanya hatinya turut menangis. Sampai kadang tanpa sedar bantal alas tidurnya basah dek air mata yang terus berjurai tanpa tertahan-tahan... Sungguh dia tidak sangka semuanya terjadi dalam masa yang singkat.

Kemudian dia terlena bersama air mata dan bangun dengan mata yang pedih. Merah. Masih berbaki dengan air mata yang  belum berhenti.

Dia jadi penat melawan perasaan yang bergelut dengan kekutan diri. Dia mahu menganggap apa yang berlaku hanyalah sebuah mimpi yang akan berlalu apabila dia terjaga. Namun sesungguhnya itulah realiti. Dia sedang menghadapi konflik dengan dirinya lagi.

Dari kejauhan, aku hanya mampu menabur doa setaman agar dia terus tabah melalui fasa ini. Aku hanya mengharapkan hatinya terus seteguh karang.

Okey, titik... Aku merapu sahaja. Tidak berkenaan diri sendiri dan siapa-siapa.

Nota Kecil Hujung Entri: Aku tidak sempurna... Kita tidak sempurna, namun perlu terus hidup!

27 September 2010

SEMINAR PENULISAN: PERKONGSIAN NISAH HARON

 Tarikh: 25-9-2010
Lokasi: Sekolah Menengah Islam Al-Amin

Aku suka dengan perkongsian oleh Kak Nisah Haron. Beliau merupakan salah seorang mentor aku ketika mengikuti Minggu Penulis Remaja Tiga tahun lalu. Salah seorang penulis yang boleh dikatakan lebih tiga aku bertemu sejak kali pertama dipertemukan di Perkampungan Penulis Muda di NUBE Negeri Sembilan.

Baik, kita masuk kepada topik. Saya sekadar mahu menggaris hitamkan perkara penting yang dinyatakan oleh puan Nisah kerana hakikatnya banyak ilmu yang dikutip pada perkongsiannya..

  • Kita menulis kerana ada sesuatu yang bergolak dalam perasaan. Kerana ada ketidak puasan hati dalam jiwa, maka kita menulis.

  • Kejayaan dalam bidang akademik hanyalah catatan atas kertas, bagaimanakah kita manfaatkan ilmu yang kita dapat?

  • Yang penting ada minat, semua boleh tulis.

  • Ada keberanian untuk menulis dan menembus majalah dan akhbar. (Ada tiga tembok yang perlu kita tembusi, pertama kalau menulis diari dikira lepas tembok pertama, kerana kita menulis dengan ebbas namun tidak mahu dibaca orang. Apabila kita mula menulis di laman sesawang, kita melepasi tembok kedua, kerana kita boleh membenarkan orang membaca karya kita tanpa kita di hadapanyya. Apabila kita menembusi majalah dan akhbar kita menembusi tembok ketiga kerana kita membenarkan diri kita dikritik. Cuba benarkan ornag lain baca karya kita, dan kita di sebelah)

Kata HAMKA, menulis itu satu propaganda.Kerana kita menulis apa yang kita yakin!

Ada satu petua yang dikongsikan oleh Kak Nisah dan aku mahu panjangkan di sini:

Petua untuk menulis: Sikit-sikit, Sungguh-sungguh, selalu

Ingat, kita adalah wartawan yang menulis apa yang fakta sahaja, tetapi kita  adalah pengarang yang perlu kreatif dalam penyampaian.  Kita boleh memggunakan bahasa santai namun mendidik.

Aku suka dengan saranan Kak Nisah yang katanya akan disampaikan dalam mana-mana bengkelnya.

"Tinggikan bahasa kita, jika bukan kita, siapa lagi?"

Menurut beliau, untuk menulis mesej juga beliau suka menggunakan bahasa standard, bukannya bahasa pasar dan daerah kecuali mereka yang sudah sangat rapat. Beliau pelik dengan anak muda yang langsung tidak berenggang dengan telefon genggam seolah-olah mereka lebih sibuk daripada seorang usahawan.

Sekurang-kurangnya dalam hidup bacalah sekali SEJARAH MELAYU. Jika kita tidak membacanya, orang lain yang akan membaca. Bukankah itu parah?



akhirnya, saya masukkan proses kreatif yang digariskan oleh kak Nisah:

  1. Kumpul bahan

  2. Peram/proses

  3. menulis draf pertama (usah hiraukan kesalahan bahasa)

  4. simpan

  5. edit/semak

  6. tulis semula.

Karya yang disemak berkali-kali itu lebih baik.

=)

BAGAIMANA MAHU DAPAT IDEA DAN TEKAL MENULIS:
  • Sediakan bank idea (tulis apa sahaja dalam satu folder @ fail)

  • Baca dan olah apa yang dibaca menjadi idea. Kurang baca, kurang idea.

Alhamdulillah.

kredit gambar: Bikash Nur Idris



Nota Kecil Hujung Entri: Perkongsian Kak Nisah. Apa yang diperkatakan oleh Ummu Itqan pula akan menyusul.

SEMINAR PENULISAN: PERKONGSIAN HILAL ASYRAF




Pemilik langitilahi.com
 Aku mahu catatkan semula apa yang aku dapat berseminar selama beberapa jam sebagai perkongsian untuk semua dan ingatan untuk diri sendiri supaya tidak lupa. Maka, aku nukilkan semula di sini.. Pada lembaran yang setia mendengar aku berbicara ini..

Aku hanya mahu berkongsi isi utama yang diperkatakan oleh saudara Hilal Asyraf dalam seminar tersebut. Beliau mulakan dengan menyentuh persoalan penulisan itu sendiri dan dakwah sebelum memotivasikan peserta dengan kelebihan menulis.Sememangnya menulis itu  merupakan suatu amal jariah yang berantai sekiranya ada yang membaca apa yang kita tulis. Tidak kiralah dalam media cetak atau blog, facebook, hatta pada cebisan kertas kecil.. Selagi kita tulis perkara yang baik dan ada yang membaca, ada saham untuk kita.

Kedua, penulis itu terus hidup walaupun walaupun jasadnya sudah terkubur. Lihatnya bagaimana kita masih mengenali Imam Ghazali, Imam Syafei dan ulama' silam keranan mereka meninggalkan tulisan,, Tulisan yang menjadi rujukan kita pula.

Ketiga, penulisan adalah satu modal yang baik untuk dekatkan diri kita kepada Allah. Dengan menulis tazkirah contohnya, secara tidak langsung kita turut menasihati diri kita sendiri...

BAGAIMANA MAHU DAPAT IDEA.
Soalan yang kerap ditanya kepada penulis.. Kata Hilal, antaranya ada tiga cara.

  • Cipta rangka -tulis apa yang mahu ditulis dan ia akan makin berkembang.

  • Ambil kata-kata orang lain -bacalah Fanzuru-

  • Mengolah daripada apa yang dilihat di sekeliling -Contohnya novel HERO (akan diterbitkan) adalah ilham setelah melihat poster bubble Gum di dinding kelas. (Hilal kata kalau ada idea, dia akan ambil buku dan terus tulis walaupun dalam kelas.. Haha.. aku suka yang ini)


MENGAPA KITA MENULIS??
  • untuk dapat ramai pengikut (kalau blog followers)

  • Mahu popular

  • Mahu dapat banyak duit?

  • Dakwah?

  •  Fikirkan apa tujuanmu berada atas jalan penulisan... 

Kita mungkin kata kita tak ada bakat dalam hidup ini. Kita hanay manusia biasa, sedangkan kemampuan kita menjalani hidup juga adalah satu bakat. Tak semua orang pandai bercakap, menulis.. maka berakhlak mulia adalah satu bakat juga.. =) Lihat, indahnya Islam..

Sesungguhnya jangan kita hanya melihat dakwah itu hanya apabila seseorang itu keluar ke medan amal. Bukankah dengan menulis juga boleh berdakwah. tulis perkara yang baik. Ajak kepada ajaran islam yang benar..

Dalam semua kata-kata Hilal, aku tersentuh dengan satu katanya:

"Hakikatnya kita semua pendakwah, apakah yang kita seru. Adakah kita sekadar mahu menulis perkara yang remeh dan menulis perkara yang tidak betul."

Terasa ditembak pada dada. Menulis hakikatnya perlu berhati-hati juga supaya  apa yang kita tulis bukanlah lagha semata-mata.. Cinta tak berkesudahan, cerita yang hanya terawang-awang.. naudzubillah.. Lorongkan kami ke jalan yang betul.

Penulis ini penting sebenarnya.. Lihat, daripada penulisan itulah terhasilnya lagu, filem, komik, ceramah dan manusia yang hebat juga terhasil kerana mereka membaca apa yang tertulis dan amal hingga menjadi hebat.

Nak tunggu baikkah mahu nak menulis? Aku suka memetik kata-kata sir kepada Hilal:

"perempuan yang tidak suka mencuci kukunya, ketika dia mencuci pakaian, dia turut mencuci kukunya."

Sebagai kesimpulan, aku petik kata-kata akhir yang ditulis Hilal dalam kertas kerjanya:

"Sepatutnya penulis yang memahami perkara ini (Islam sebagai cara hidup) memandang lebih jauh, Bukankah di hujung jarinya dia sedang mencorak dunia? Kita hendak memenuhkan rak buku di kedai-kedai dengan buku yang bagaimana? Yang meruntuhkan masyarakat atau yang membinanya?"




Autograf..


Alhamdulillah... Semoga perkongsian ini dapat diperluaskan bagi yang membacanya. Sebenarnya semua orang boleh menulis. JOM MENULIS!!!

kredit gambar: http://wewr.wordpress.com/

Nota Kecil Hujung Entri: Alhamdulillah, tertulis juga entri ini, sekadar mahu berkongsi apa yang saya dapat. Ada sambungan sesi Kak Nisah Haron dan Ummu Itqan pula.

MENGAPA BEGINI?????




BENARKAH???
 Sesuatu yang terjadi hingga mengejutkan seluruh urat nadi.
Adakah aku sekadar memerhati,
Melihat dari sisi?

Sebuah persoalan yang membuatkan akal tersentak,
Adakah benar ini akhirnya?

Apa yang dapat aku kata,
Apa yang mampu aku hurai,
Sungguh aku TIDAK RELA....

Beginikah akhirnya?
Sungguh hati enggan menerima walaupun seribu kali diberita.
Sungguh aku tidak dapat menerima....

Jamilah
~ITD~
27-9-2010

Nota Kecil Hujung Entri: Mungkin kita sayangkan sesuatu berlebihan, dan mungkin tidak tidak menyukai sesuatu berlebihan.. Sediakan diri dengan sebarang kejutan...

25 September 2010

SEMINAR PENULISAN ISLAMI BERSAMA TIGA PENULIS.

TArikh: 25 September 2010
Lokasi: SM Islam Al-Amin

Alhamdulillah.

Akhirnya hari yang dinanti berakhir sudah. Walaupun tidak berpeluang bertemu Faisal Tehrani, aku suka dengan penyampaian Kak Nisah yang penuh motivasi. Aku ceritakan pengalaman ini daripada mula hingga akhir...

Semalam entah apa yang aku lakukan hingga melelapkan mata hanya pada pukul 4.30 pagi. Bangun solat Subuh sudah lambat dan sangat mengantuk. Aku baring atas kati dengan hajat untuk lena seketika. Aku berjanji dengan Umairah untuk bertemu pada pukul 8 suku di Bus Stand Safiyyah.

Malang sekali apabila ketika aku terjaga dan melihat jam sudah lapan lima minit. Masya Allah... Mujur sahaja baju sudah diseterika dan aku sudah mandi. Jika tidak memang kalut. Sudah ada mesej daripada Umairah menanti yang tidak aku sedari.. Akhirnya aku hanya sampai ke bus stand Safiyyah pada jam 8 setengah.. Lewat lima belas minit...

Terus mengambil teksi dan menuju ke Sekolah Menengah Islam al-Amin.. Alhamdulillah, hanya RM3.40 daripada Mahallah Safiyyah ke sekolah ini.. Sampai pintu pagar, terus telefon Kak Arash a.k.a Ummu Itqan untuk mengetahui lokasi seminar..

Oh, di dewan seminar atas surau..

Awal juga sampai apabila hanya ada seorang dua yang berada dalam bilik tersebut. Tunggu-paling belakang-nampak Hilal-Kena ambil peluang ambil autograf, hehe-bawa tiga buku ambil dua autograf je-

Buat muka tsetebal tembok China dan ajak Umairah sekali untuk menemani. Mujur aku tidak ikut idea gila untuk bawa semua buku yang aku beli.. hihi..

Hilal tanya bagaimana dengan Fanzuru? Aku kata ok.. Haha, aku tak ada jawapan walaupun sebenarnya aku suka sebab dia petik kata-kata orang dan jadikan satu artikel.. Menarik...

Ketika penyampaian, seperti biasa, dengan penuh semangat dan gaya Hilal memberi penyampaian. Penulis biasanya menyampaikan dengan uslub yang sama dengan apa yang beliau tuliskan. Jadi ia mudah diterima oleh pendengar..

Nanti aku kongsikan penyampaiannya.. Ini sekadar cerita..

Tamat sesi Hilal tanpa sebarang gambar yang terakam. Baru rasa menyesal setelah selesai program..

Berhenti rehat seketika dan dihidangkan bihun goreng dan teh ais sebelum seminar disambung...

Sesi dengan Kak Nisah sangat bermotivasi. Aku suka dengan cara penyampaian beliau. Memang padat maklumat yang diterima.. Alhamdulillah..

Aku kongsikan satu demi satu kelak isinya... Ambil masa untuk tulis..

Akhir sekali sesi perkongsian bersama Ummu Itqan.Yang ini aku sedikit terperangkap apabila Ummu Itqan berbicara soal Pelan Tindakan...

Ditanya pula aku.. Selamba jawab 2011 mahu terbitkan buku.. Siap ada bulan Ogos lagi.. Doakan semoga dipermudahkan.. Tiga bab yang belum lepas gawang gol editor ini... Semoga Allah permudahkan.. Amin. Cabaran untuk diri juga sebenarnya.. Tiada yang mustahil kan?

Kesimpulannya, alhamdulillah... Aku lapangkan masa aku untuk ke Al-Amin dan menadah ilmu. Kak Rebecca Ilham, penulis cerpen juga matan MPR itu juga ada... Ada seorang puan yang sedang menyiapkan bukun untuk diterbitkan bulan November.. Subhanallah..

Ada adik kecil berusia 13 tahun..

Ada sahabat baru dari Ipoh, UKM, sekolah al-Amin sendiri.. Semuanya dengan satu tekad. Mahu menyebar dakwah dengan menulis..

Sungguh penulis itu tidak mati selagi karyanya tercetak.

Catatan,
Jamilah Mohd Norddin,
1719

Nota Kecil Hujung Entri: Nanti aku kongsikan isi seminarnya pula..Satu demi satu.. 

HATI-HATILAH

 Suatu ketika dahulu aku langsung tidak mengenal siapa itu Toha Hussein, siapa penulis dalam dunia sastera arab.. Walaupun pernah belajar sedikit tentang dunia sastera Arab ketika di CFS IIUM dua tahun lalu, tidak banyak yang aku tahu.. Hanya aku suka mendegar sajak Ustaz Majid yang terasa segar dengan riman belakangnya yang terjaga..

Masuk IIUM dan belajar Adab Arabi dan Adab Islami barulah saya mula tahu sedikit sebanyak..

Siapakah Taha Hussein?
Apa itu orientalis?
Apakah mazhab sastera?
Apakah bezanya Adab dan Manhaj sastera?

Sedikit akal terbuka dan membuatkan diri lebih waspada untuk melihat karya sastera. Walaupun kadang aku tidak faham apa diterang ustaz, tidak tahu apa yang dibaca.. ada juga satu dua perkataan yang aku faham... Belum tertulis lagi tentang mazhab sastera yang aku belajar baru-baru ini..

Sekarang sudah masuk tentang manhaj sastera: Manhaj As-Syak Ad-De Carte yang dipopularkan oleh Taha Hussein.. Susah juga untuk faham.. Kata-kata dalam manhaj ini yang popular ialah: "Aku ragu, maka aku wujud.." Agak tersimpang dengan ajaran Islam..

Nota Kecil Hujung Entri: Nota mula untuk ingatkan sedikit diri apa yang aku belajar.. Ahmad Syauqi belum pun aku uliti.....

24 September 2010

CALON SUAMI???

Maaflah jika tajuk seperti sedikit kontroversi.. sekadar catatan kecil.. =)
21 tahun usia ranum kala ini menyaksikan ada sudah sahabat seusia yang diikat dengan tali pertunangan, disunting menjadi suami, menjadi ibu kepada anak yang comel.. 21 tahun bagi aku adalah usia yang masih muda... Muda untuk berfikir tentang itu.

Pemikiranku belum sampai di situ.

Mengapa aku mencoret tentang ini? Kisahnya aku dan Humaira satu hari ditakdirkan untuk bertemu di ITD setelah lama tidak bersua. Maka, aku mengikutnya ke Nusaybah –sekali lagi memanjat tangga cerun itu- Alhamdulillah, kami sempat iftor bersama-sama di sana..

Sedang menunggu makanan yang ditempah, Humaira mengajukan satu soalan maut yang membuatkan aku terkedu dan kaku.

“Jamilah dah fikir tentang calon suami?”

*Sengih macam kopi terlebih gula*

“Belum terfikir tentang itu.”

Aku tergamam sendiri. Huh, bagaimana mahu dijawab soalan yang lebih susah daripada soalan mid-term survey ini? Terasa sukar untuk menjawabnya kerana aku bukan tidak pernah memikirkan namun belum punya jawapan untuk itu.

“Nak suami bagaimana?”

“Pandai tulis, faham saya..” Huh, benarkah itu jawapan aku? Haha.. Aku pun tidak tahu. Hanya spontan jawapan yang terbit daripada bibir.. Semuan orang mahukan seseorang yang dapat memahami dia, tapi haruskah begitu? Bukankah kita yang perlu fahami orang sebelum orang fahami kita..

Apabila kita memberi kita akan lebih banyak menerima...

Mungkinkah kita perlukan orang yang mencintai kita melebihi kita cinta padanya.. Pasangan biasanya yang berlawanan dengan kita... (berdasarkan pemerhatian dalam keluarga..) Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu untuk hambanya.

Akal kanak-kanak aku belum sampai tahap untuk berfikir tentang “calon suami”. YA, itulah kenyataannya.. Aku tahu kita kena merancang calon bagaimanakah yang kita mahu, namun akal aku tidak sampai ke situ. Masih di bangku persekolahan.. Suka baca kisah orang yang sudah berkahwin tidak sama dengan memikirkan hal itu secara serius.

Ya...

Aku mungkin manusia tipikal yang mahu habiskan degree dahulu sebelum fikirkan hal ini. Kerana aku sentiasa percaya yang jodoh sudah Allah tetapkan, rezeki sudah Allah tentukan, ajal maut semuanya sudha tercatat.. Kita harus melalui kehidupan yang ada depan kita dahulu. Aku tidak mahu serabutkan lagi akal kanak-kanak aku dengan perkara itu..

Titik.

Catatan hati,
JAMILAH MOHD NORDDIN
23:09/24-9-2010
Qamar Cinta 1-1, IIUM

Nota Kecil Hujung Entri: Ya Allah, berikan kami penyejuk mata yang menenangkan.. Itu doa kita, namun adakah kita berusaha seiring doa yang kita lontarkan saban hari...

Tampal Gigi

 Tarikh: 24 September 2010
Lokasi: Dental IIUM

Pagi yang tenang sambil melayan Maher Zain.. Berjaya untuk tidak lena lepas Subuh setelah seminggu itu rutinnya.. haha..

Tekad. Hari ini perlu ke klinik gigi sebelum gigi ini bertambah rosak dan perlu dicabut.

TIDAK... (walaupun seronok cabut gigi, dapat MC.. =) )




Ini cabut gigikah???
Alhamdulillah, hari ini aku menyempurnakan rawatan gigi. Ke Dental Gigi kali ketiga untuk semester ini. Doktor pun sudah ingat aku. Doktor kata sudah tidak ada lagi kan gigi yang rosak? Semua sudah dihapuskan.

*senyum*

Mujur sahaja aku sedikit awal, jika tidak parah juga mahu menunggu lama-lama untuk bertemu doktor gigi.. Adalah setengah jam menunggu sebelum dipanggil..

Selesai juga akhirnya..

Semoga ini yang terakhir. Itulah sudah tua baru mahu jaga gigi.. Payahlah begitu. Dulu mak tiap-tiap minggu bawa ke Klinik Gigi, sudah besar, tak pandai jaga juga..

huhu..

Nota Kecil Hujung Entri: contang pagi jumaat.. Sekadar rekod diri sendiri.

23 September 2010

Redha.

 Redha,
Aku terus berjuang,
Jatuh
Bangun
Gagal
Bertahan.

Seorang Jamilah tidak harus mengalah,
Jangan kata penat atau susah
Bergerak apa perlu kau kerjakan
Kelak kau dapat apa kamu mahukan.

Jangan terlalu melihat belakang..

Sunyi,
JAMILAH MOHD NORDDIN
~kembara mencari makna diri!~

Nota Kecil Hujung Entri: Menulis apabila terasa mahu menulis/

Tekad.

aku nekad untuk ke bengkel Hilal n faisal tehrani dan meninggalkan kelas..

-Alhamdulillah, aku doakan kak husni sihat-sihat n bahagia selalu.. Aku tak boleh selalu ada di sampingmu, tetapi sedia membantu apabila kak husni perlukan.. Aku takut mengganggu.. itu sebenarnya..

-Aku rasa lemah sekarang. Cuba kuatlan diri dengan zikir.. assignment banyak sebenarnya..

-nak susun jadual..

-leader leadership... aku tak mampu.. benar sangat tidak mampu.

-ya Allah, bantulah aku.. =)

JANGAN BACA !!!




Mahu bebas terbang di udara
Aku membiarkan pena berbicara mengikut kehendaknya.. Sudah berapa banyak entri yang aku tulis bertarikh 23-9-2010. Sungguh aku menulis ini sebagai terapi dan sekadar mengungkap suara harti. Tidak ada yang penting.

Usai Subuh, sambung lena disebabkan semalam kurang berjaya menjadi seorang yang suka tidur. Ya, ada kalanya aku menjadi burung hantu yang berjaga malam hari dan siangnya tidur..

Alhamdulillah, sudah dapat markah mid-term untuk Survey dan SOCA. Sungguh aku tidak peduli apa yang aku dapat..

Kecewa dengan perangai diri sendiri yang main-main dalam kelas Survey.. Sangat mengantuk dan tidak tumpu. aku hanya main-main... Sedih sangat dengan apa berlaku...

=(

Ya, aku sekadar mencatat apa yang mahu digerak jemari.. Sudah selesai satu minggu yang masih kosong walaupun orang lain sibuk dengan assignment.. Aku masih begitu..

Ya, masih begitu..

Tulis motivasi untuk diri sendiri namun tidak bergerak..

Baca buku itu ini, kemudian habis...

Entahlah....

Minggu ini jadi jadi gembira. Mulutku banyak bicara dan aktif pula... Bukan selalu aku berperangai begitu..

Tidak pasti kenapa...

Ya Allah.. apakah yang aku lakukan untuk diri ini??????????????

Titik..

Nota Kecil Hujung Entri: Tangisan sangat bermakna tika kita perlukannya... Need the tears...

Habiskan Juga!!!

Tarikh Kejadian: 22-9-2010
Lokasi: Kelas Adab Arabi, HS LR11

Semalam terasa kelas sangat ceria dengan perkongsian bermacam-macam cerita oleh ustaz Adli. Cerita yang cuba untuk menyuntik perasaan yang akhirnya membuatkan aku terasa seperti ada bom meletup atas kepala. Tepat kena sasaran dengan apa yang bermain-main dalam fikiran aku minggu lepas. Syukurlah perkara itu sudah aku singkirkan daripada agenda hidup.

"Kesusahan itu lebih baik dirasa ketika muda. Kalau kamu jatuh ketika muda kamu boleh bangun semula. Yang penting kamu nak!!! Habiskan BA. Nak ulang semula amat payah! Nilai manusia yang ada BA dan tiada BA tidak sama. Jika dengan BA boleh menjadi pegawai, tanpa BA hanya kerani." -ustaz Adli, kelas adab arabi, 22-9-2010
Terasa benar dengan kata-kata ustaz kali ini. Cerita ustaz tentang bagaimana ada seorang pelajarnya yang berkahwin dan bercerai ketika masih belajar menyentuh ulu hati. Seorang pelajar ini yang berkahwin ketika tahun pertama namun bercerai ketika tahun akhir atas faktor keluarga. Dia sudah mempunyai anak, namun tidak punya biaya untuk menghantar anak itu ke nurseri. Setelah berbincang ustaz benarkan anak itu masuk ke dalam kelas. Subhanallah.. Anak itu tidak menangis dan seakan-akan mengeri ibunya yang mahu belajar. Dia belajar hingga akhirnya tamat dan menjadi guru J-Qaf dan sudah mendirikan rumah tangga semula...

Aku refleks semula fikiran gila yang datang minggu lepas. Akal gila yang bertandang saban semester. Mahu itu ini, namun aku takut untuk bertindak. Mujur sahaja fikiran itu sudah lari pada minggu ini dan aku kembali mahu terus berjuang.

Maka, mendengar kata ustaz, aku berkata kepada diri.

"Biarlah grad lebih lambat, jatuh, lalui apa sahaja, kena habiskan juga apa yang sudah aku mulakan. Bukankah ini yang aku mahu dan Allah sudah lorongkan jalannya?"

Insya Allah... Aku berdoa perjalanan akademik aku sampai ke hujung. Jangan ditanya apa mahu aku kerja setelah graduasi kerana aku mahu belajar sastera arab... Walaupun hakikatnya banyak yang aku tidak faham, namun apabila ustaz menerangkan sekurangnya ada input yang dapat aku petik.

Orang lain lalui macam-macam ujian untuk habiskan BA, sedang aku yang Allah buka laluan senang tidak tahu bersyukur lagikah? Berangan mahu tukar universiti lagi. Sudah berada dalam tempat baik, mahu cari yang bagaimana lagi?

Ustaz kata lagi: Kalau sekali kamu berhenti contohnya, bukan mudah nak mengulang semula. Katalah kamu berhenti tengah jalan, nak mula BA semula sangat payah.

Sesungguhnya kepayahan hanya sedikit dibanding dengan kesenangan. Allah berikan kesusahan untuk kita lalui semasa belajar, bukankah ada kesenangan setelah kita graduasi?

Cuba lihat Rasulullah, Allah uji baginda dengan kehidupan yatim piatu sejak kecil, dengan macam-macam ujian adalah untuk membina kekuatan baginda. Dengan ujian itu, baginda akhirnya menjadi satu sosok yang dipandang mulia hingga Allah abadikan nama baginda dalam solawat... Subhanallah.

Dalam konteks Malaysia pula, dulu ketika dijajah Jepun memang kita sangat susah. Namun lihat setelah itu pemuda melayu jadi satu bangsa yang kuat pertahankan tanah air ketika British datang.

Bukankah bersama kesusahan ada kesenangan.. Lihat kembali surah al-Insyirah....

Alhamdulillah..

Akhirnya ditulis oleh:
Jamilah Mohd Norddin
Qamar Cinta 1-1
IIUM

Nota Kecil Hujung Entri:  Ini catatan berdasarkan kata ustaz Adli dalam adab arabi. Hanya tambahan sana sini oleh aku..

22 September 2010

Memuja Seni?

Tentu kalian pernah terdengar mereka yang menjadi hamba seni. Sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli sebuah lukisan yang kita lihat hanya seperti contengan yang tidak terkandung sebarang makna. Jika seorang biasa melihat, mereka akan menganggap gilakah orang itu menghabiskan sejumlah wang hanya untuk sebuah lukisan begitu. Kemudian kita tentu akan ditempelak sebagai seorang yang buta seni. Betapa jika kita cintakan sesuatu mana kita kira wang dilaburkan untuk itu.

Contoh ustaz membuatkan saya tersenyum:

"Lihat sahaja seorang yang sanggup memberli seekor ayam serama yang bernilai RM50,000 (contoh) dan menjaganya lagak menjaga seorang anak. Sedangkan ayam tersebut jika disembelih dagingnya hanya boleh dimakan seorang, itupun mungkin tidak kenyang."

Betapa cinta yang membuta tuli akan menyebabkan gelap pandangan pada kebenaran. Bayangkan kita melihat lukisan Monalisa yang sangat dipuja barat itu...


  • seorang wanita yang duduk atas kerusi

  • Yahudi



Kita hanya melihat gambar wanita itu. Sedangkan mereka menilai harga lukisan itu sebagai tidak ternilai. Mengapa???

Adakah mereka lakukan tanpa sebarang agenda? Tentu ada sebab untuk mereka mengangkat lukisan Monalisa yang dilukis Leonardo da Vinci itu. Hinggakan aku pernah terbaca ada di sebuah muzium yang menayangkan lukisan-lukisan tidak senonoh atas dasar seni.

Bagaimana Islam menyebut tentang hal ini? Islam tidak pernah menghalang kreativiti seorang Muslim hinggakan banyak ayat dalam al-Quran yang menyeru kita berfikir, memikirkan, merenung, mentadabbur, melihat alam... Banyak suruhan Allah supaya kita berfikir.. Dengan berfikir akan lahir kreativiti dan menjadikan kita kreatif.

Cuma jangan sampai melampaui batas. Memuja seni hingga berlakunya pembaziran.Melakukan perkara yang dilarang atas tiket seni. Sungguh Allah melarang itu.

Jadi, wahai para penulis, para penyair, para penulis, para ahli seni sekalian, gunakalanlah anugerah yang Allah pinjamkan itu untuk mengungkap rasa cinta kepada Allah dan Rasul, suruhan kepada kebaikan dan mencegah kejahatan.

Bukan sekadar main-main dan memuja seni tanpa tujuan.

Catatan,
Jamilah Mohd Norddin
22-9-2010
10:45
Qamar Cantik 1-1, IIUM

Nota Kecil Hujung Entri:

21 September 2010

BLING! BLING! 8

Lokasi: ITD
Tarikh: 21-9-2010
Masa: 08:58p.m

Baik! Aku rasa nak menconteng lagi. Sepertinya aku sudah tiada kerja lain untuk dilakukan. Aku hanya mahu meluah kata, jadi aku menggerakkan jemari yang ramah bersuara...

2013.
Tarikh sepatutnya aku graduasi.
Dapatkah aku menamatkan pengajian pada tahun itu?
Insya Allah...
Dengan izin Dia..

2013.
Tarikh sepatutnya aku bergelar graduan bahasa Arab pengkhususan sastera arab...
Adakah aku graduasi dengan gelaran itu?
Atau pelajar jurusan lain..
Jauhkan aku daripada bisikan nakal itu Ya Allah..
Aku aku berjuang hingga akhirnya walau mungkin sedikit lewat..

2010.
Aku belum mulakan subjek asas..
Nahw.
Sorf.
Aku galak untuk belajar Adab... walaupun aku main-main.
Aku suka mendengar ustaz bicara kemudian kata-kata itu hilang.
Benar.
Adakah aku menamatkan tahun ini dengan air mata?
Mungkin...

2011.
???
>>>
..........
(Aku tidak tahu)

Kadang kita tidak menduga apa yang akan berlaku.

contengan,
JAMILAH.

Catatan Yang Sengaja Ditulis...

BANGUN!!!
 Ini coretan mengikut arus jemari tetap mahu menukil satu dua kata walaupun hakikatnya hanya contengan biasa...

Minggu yang banyak dihabiskan dengan lena. Entah apalah yang saya cari dengan banyak tidur itu. Adakah dengan tidur saya dapat menyelesaikan masalah. Adakah kerana dengan  lena saya sering kerana senang, maka, saya suka lena.. Allah.. Buruknya perangai seorang yang suka lena selepas Subuh.. Manakan tidak, lagi sejam untuk ke kelas barulah bersiap untuk bangun, seterika baju, mandi, bergerak ke kelas..

Hidup kosong...

Aku suka melihat orang yang bekerja. Sedang aku hanya duduk goyang kaki dan online sepanjang masa.. Aku tersentuh melihat seseorang semalam.. Ya Allah... Sukanya aku melihat dia.. Terharu..

Okey, saya tahu sekarang semua masuk fasa sibuk dan saya dapati banyak program menarik untuk saya hadiri minggu ini...

Ya.. Tidak sabar untuk ke bengkel penulisan bersama Hilal Asyraf dan Faisal Tehrani.. Talk... Konsert..

Haha, assignment masih terperuk dalam locker...

Aku kembali menjadi manusia yang pentingkan diri... Aku malu nak menghadap muka dia tadi.. Entah rasa salah apa yang menyerbu muka walaupun aku sudah rindu... Ada rasa takut dan segan tiba-tiba bertandang... Maafkan aku...

Kadang-kadang ada perasaan datang untuk aku menjauhkan diri.. Ada ketika aku suka ada orang berdampingan dengan aku.. Hidup rasa terisi.. Sesungguhnya...

Bila aku fikirkan apakah yang aku buat hingga tidur hingga sembab muka... Tidur.. online.. makan.. tidur.. ke kelas mengantuk..

Aku jadi teringat, seseorang yang aku tidak ingat siapa pernah menyebut yang mana kalau suka tidur itu boleh melemahkan sistem tubuh dan senang sakit...

~luahan hati Jamilah~
ITD
0833pm

Nota Kecil Hujung Entri: Jangan sampai datang amaran baru nak sedar.. Berapa kali aku kata tak elok tidur lepas subuh dan asar, wahai jamilahku sayang!!!! Buruk benar dan badan mudah lemah!

20 September 2010

SAJA???

Every step have goal!!!
 Aku sering memberi jawapan 'saja' pada setiap persoalan yang dilemparkan orang kepada aku. Benar.

"Kenapa datang awal?" Tanya ustaz Wan Fadzli dalam kelas Tilawah petang tadi.

"Sengaja saja datang awal." (jawapan lain untuk saja). Jawab aku.

Dalam kelas Tarikh adab Islami pula ustaz Adli katakan tentang ini. Orang Muslim tidak lakukan sesuatu tanpa tujuan. Semuanya ada sebab kita melakukan.

Kemudian aku terfikir sendiri dengan apa yang aku lakukan sehari-hari.

Banyak benda lagha..

Sia-sia..

Main-main..

Mereka harapkan kamu jadi insan berguna kamu masih main-main..

Fikirkanlah, Jamilah.

pesanan untuk Jamilah Mohd Norddin.
20-09-2010
ITD
Nota Kecil Hujung Entri:

Dedikasi: Hari Istimewa Kak Husni



Tiada kata berjela.
Tiada madah berbunga
Tiada blanket party
Tiada sambutan segala..

Hanya sebaris kata
Bermakna...

Selamat Hari Lahir
Happy birthday..

Doaku, 
Allah berikan Kak Husni senyuman paling manis..
Kejayaan Hakiki...

Harapanku,
Kak Husni bahagia..

Pintaku,
fighto!!!

Moga-moga,
Kak Husni dapat gapai segala impian dan harapan..

Dedikasi,
Jamilah Mohd Norddin

18 September 2010

Hidup Atas Garis Linear...

Allah uji manusia dalam banyak bentuk. Kadan kita sedar yang kita diuji kadang kita tak tahu yang sebenarnya Allah sedang menguji kita. Keadaan ini mungkin berlaku dalam kehidupan dan ya.. berlaku dalam kehidupan saya..

Saya tidak bila bilakah saya terfikir tentang ini.. Mungkin semalam.. Saya terasa yang saya berada dalam sebuah garis lurus kehidupan. Saya tidak melalui ujian yang dilalui orang lain. Saya melalui hidup sehari-hari dengan senang.  Tanpa diduga, tanpa sedih, tanpa ragu-ragu.. tanpa perasaan.. Saya meneruskan langkah sehari-hari kerana saya masih punya nyawa.

Ya, Allah mungkinkah diri ini sedang diuji sebenarnya apabila berfikiran begitu???

Orang lain sibuk, saya rileks..
Orang kelek buku, saya belek novel
Orang buat assignment, saya update blog..
Orang buat itu.. saya tengok tepi..

Saya sedar dengan apa yang saya buat kadang-kadang saya tidak dapat kawal perlakuan saya sehari-hari... Saya diam namun boleh bertukar menjadi loyar buruk.. Saya jarang senyum kadang boleh gembira... 

Kadang-kadang saya sendiri tidak faham dengan diri sendiri...

Orang suka saya rasa mahu nak menangis.
Orang sedih, saya tersenyum macam kerang lama..

Adakah sebenarnya Allah sedang menguji saya apabila saya berperasaan begitu? Rasa rasa saya sedang melalui hidup yang sangat senang... Saya ada banyak masa rehat.. main..

Adakah saya tidak sedar yang saya akan melalui kehidupan lain.. Sedakan aku, YA Allah...

Tidak keterlaluan saya kata saya cemburu dengan orang lain... Namun saya padam dengan ingatkan diri saya adalah saya dan saya tidak mampu menjadi orang lain. Jika saya menjadi oranglain hanya seketika, saya akan kembali menjadi Jamilah..

Saya perlu hidup sebagai seorang jamilah..

Hidupnya atas garis linear yang tidak bengkok...

Rapuhkan jambatan yang sedang dititinya? Dia tidak tahu
Kuatkan tali yang dipegangnya? Dia tidak ambil peduli...

Puas..
Saya sudah tulis rasa yang bergelut dalam diri. Adakah saya sedang berada atas garis linear itu???? Mungkin senang mungkin payah

Monolog,
Jamilah Mohd Norddin
Qamar Cinta 1-1 Safiyyah
Nota Kecil Hujung Entri:

Cerita Bercerita: Kak Husni...

 Jumaat. 17 September 2010. Lagi tiga hari 20 September 2010. Hari lahir Kak Husni... Allah tahu yang lebih baik. Sambutan yang sepatutnya malam 20 September 2010 menjadi hari ini.. Alhamdulillah... Ini sekdar catatan perjalanan aku hari ini.. Jumaat yang sama seperti jumaat yang lain.. Hanya catatan supaya aku ingat apabila aku menyelak lembaran blog ini..

Pagi.
Bangun pagi, layan laptop sampai tengahari.. Makan maggi sambil layan blog.. Ah, permulaan hari dengan benda yang tidak berkhasiat.. Tahu tapi masih tetap teruskan juga amalan itu.. Maafkan aku Kak Husni tidak melayan dengan baik sepanjang Kak Husni bersama-sama saya di Qamar Cinta 1-1 Safiyyah.. Sungguh aku tidak membuat yang terbaik untuk orang lain.

Petang.
Pukul tiga. Makan di cafe (tengahari) kemudian pergi maktabah untuk hantar buku.. Maka di sinilah kisah bermula.. Aku tetap mahu bercerita.. hihi...

Alkisah maka aku, Masthura dan Bib ke kedai fotostat untuk memprint beberapa gambar untuk assignmentnya.. Selesai, Bib mahu ke Giant untuk membeli kadbord bagi menampal gambar untuk assignmentnya.. Kami mengajak Kak Husni untuk bersama-sama... Tiba-tiba, rancangan untuk itu dibatalkan dan kami menukar rancangan...

Cadangan untuk membeli barang untuk hari lahir kak Husni.. Mana boleh Kak Husni ikut. Bocor rahsia. Ainul telah kami ajak untuk sertai kami. Kak Husni telefon.. Bib sengaja tekankan yang Ainul nak ikut, maka Kak Husni tak boleh ikut sebab sudah cukup bilangan.. =)

Pendek cerita, kami pergi ke Giant Batu Caves.. Sedang mencari barang... TIBA-TIBA!!!!!

"KAK HUSNI!!!"

Silap tidak maklumkan pada Rokiah rancangan kami.. Memang semua terkejut dengan kehadiran Kak Husni di Giant.. Maka berlakulah adegan sembunyi-sembunyi.. haha.. the rest is history...

Aku datang dengan teksi, balik dengan motosikal. Terus ke Asma'. Aku lupakan terus apa yang sedang lakukan. HAndset ada di mahalah.. Memanglah aku cari nahas.. Ainul telefon Kak Husni.. terpaksa.. Dan aku melarikan diri jauh-jauh khuatir kak Husni dengar..

Maaf tau Kak Husni jika saya overdose depan Fakhriyah tadi.. Mungkin sebab dia rapat dengan Kak Husni, saya jadi tak segan dengan dia.. MAAF!!! Sebab tak benarkan kak Husni  makan bihun sup Asma' dan mengada-ngada ajak Kak Husni balik.. Maaf!!! MAaf!!! MAaf!!!

Aku memang takut kalau orang marah atau merajuk sebab nanti aku tak reti pujuk. Akhirnya aku yang akan membisu.. Bukan mudah tadi nak mengajak Kak Husni ke tempat kejadian...

Haha..

Alhamdulillah.. majlis sambutan hari lahir kak husni selesai sudah.. Ainul, Kak Ain, Bib, Mas, Rokiah... Terima kasih menyediakan segala-galanya.. Saya hanya tumpang makan dan tangkap gambar. hehe..

Walaupun majlisnya awal, tak mengapa kan???

Maaf!!! 

For everything that I am wrong,.... Sometimes I am not care your feeling... Your anger.. Your sickness... Actually, I am not a good friend to everybody... I am Jamilah that full with sins.... And I am not a complete human... 

Ukhuwah fillah.

Nota Kecil Hujung Entri: Serius saya tak pandai cakap.. haha..maaf le. Saya lagi senang berbicara dengan mata pena sebab saya tidak pandai menyusun kata yang sedap ditelinga sampai di jiwa.

Titik

17 September 2010

Untuk Bib...

Assalamualaikum, Bib...

Kenapa Bib delete blog? Ha?

Hehe, sengaja aku mulakan entri untuk  hang dengan pertanyaan itu. Memang itu tujuan kami tulis entri ni pun. Kami nak hang tahu yang  kami sangat tidak suka dan puas hati apabila  hang delete blog semalam. Tak puas hati sangat sebab dekat mana pula kami nak baca tulisan hang nanti. Ish.

*muka masam*

Bib, nanti hang akan rasa nak menulis. Percayalah! Tak patutlah hang tutup blog. Kami akan rindukan tulisan, kata-kata lontaran seorang Bib...

*senyum sedikit*

Bib, nanti kamu buka ye semula blog tu... Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......... Saya akan rasa nak baca tulisan kamu. Nak lihat apa yang kamu tulis. Kamu boleh menhulis dengan baik dan punya makna.

Kenapa kamu padam blog?

*marah*

haha, bib... inti entri ni nak suruh kamu buka semula blog kamu..... Tak kisahlah update jarang-jarang... Jangan padam blog tu... Winduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

Nak baca...........................................

Hambik kau, bib.. Jamilah dah tulis entri untuk Bib buka semula blog.. Jangan lupa ye....

Nota Kecil Hujung Entri: Musafir sudah hentikan permusafirannya??? Janganlah,... Terus bermusafir.

...Tidak Dapat Menulis...

Beberapa kali menulis entri baru namun tidak dipanjangkan lagi. Memang hari ini rasa tak dapat nak menulis walau hanya satu entri. Pagi tadi semangat bercerita tentang versus. Hanya itu, kemudian aku sudah hilang kata.

Haha, kalau betul aku nak tukar universiti macam best. Tapi aku masih sayangkan universiti ini.. Masjidnya, ITD, library... kelas.. mahallah.. selesa bagi aku. Aku dapat teruskan belajar di sini sudah satu rahmat yang besar bagi aku. Selalu, perang perasaan itu selalu bertarung dalam diri. Memilih yang terbaik untuk diri namun tidak punya daya untuk meneruskan. Aku sering tertanya-tanya, adakah aku akan graduasi sebagai pelajar bahasa Arab???

Mungkin ya, mungkin tidak...

Ada beberapa kemungkinan yang bermain dalam fikiran namun aku tidak dapat cerita... Haha.. Sengaja aku buka sedikit jendela kata, namun tidak mahu teruskan...

Kita tak tahu kan esok lusa bagaimana????

Tentang novel juga aku mula tak sentuh... Sedikit demi sedikit aku kikis semangat yang ada dalam diri. Aku hidupkan kehidupan lama... Buang tebiat? Tidak... Aku adalah aku..

Titik.
Nota Kecil Hujung Entri: Aku kalah bermain dengan perasaan sendiri. Maaf aku suka menulis luahan rasa di sini. Aku sudah tidak punya diari!

16 September 2010

Balik.

Aku dah balik UIA
Tapi rasa macam sama gak.. buku tak sentuh. main tenet lagi/.

Sedih sangat.rasa nak nangis. si ri us. Rasa nak nangis sangat-sangat ni.;. sejak semalam. mungkin penat tak habis lagi, so emosi kurang betul.

Hm... YA Allah bantulah aku buat perubahan

Aku hanya mahu jadi diri sendiri. orang baik.

tapi dengan keluarga pun kau tak boleh baik.

dalam keluarga aku dah jadi macam perosak pun...

Ya Allah... aku tahu,,,,

aku tak tahu berusaha/

aku tak reti menghargai,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

sooooooooooo deeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Bukan Senang Nak Jadi Baik...

Alhamdulillah, kembali sudah aku ke bumi IIUM. Tempat belajar kesayangan hamba.. Sayang? Benarkah aku menghargai kehadiran aku ke bumi bertuah ini?

Balik rumah, satu habuk assignment aku tak sentuh. Okey, aku sentuh buku. Baca novel dan mengemas ruang bacaan aku, Itu sahaja dan yang lain masa aku habiskan dengan tidur di siang hari dan menyelusur alam maya pada malamnya.. Duduk rumah aku terasa macam au habiskan masa dengan lebih tidak efisyen berbanding jika aku berada di IIUM. Serius. Makanya aku pulang awal sebab ada assignment tunggu (huh, tak mula lagi, sangat rileks... Assignmnet adab islami memang tak jumpa lagi novel Faridah Hanom... haha) Aku kan memang manusia yang rileks..

Sejak dalam perjalanan ke rumah kaka tempoh hari, aku mengulang baca versus by Hlovate. Entahlah, terasa nak baca.. Rasa nak ulang dan ulang baca. Ada bab yang akan aku skip dan ada bahagian yang aku baca berulang. Buku tu aku dah lipat sana sini, dah mula conteng.. Hm, have something hidden in the story that I should explore...


Bukan senang nak jadi baik! Ayat AO yang buatkan aku melihat kembali diri sendiri. Ya, bukan senang nak jadi baik. Kalau pakai tudung labuh tapi tak solat, belum cukup baik. Kalau buka aurat solat cukup, belum cukup baik.. Kesimpulannya, masuklah Islam secara keseluruhan... (al-Baqarah:208)
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."

Aku hanya ulang sampai bab 68 sebab bab seterusnya mula menceritakan bab-bab kebahagiaan AO dan Minn Eddina yang akan berkahwin. Aku suka ulang baca part perubahan AO menjadi baik. Bagaimana seorang budak skate lepak tepi jalan berubah 360 darjah jadi seorang yang taat beragama. Pada mulanya mungkin AO berubah kerana Minn Eddina namun akhirnya perubahan itu kerana Allah. Dia berubah kerana kesedaran.

Minn Edina, seorang skatter perempuan yang gantung skate sebab wasiat atok. Aku tahu tidak mudah bagi dia untuk keluar daripada sebuah dia yang memang dia cinta. Bukan mudah nak tinggal. Bukan senang nak mumjahadah lawan syaitan.. Akhirnya bagaimana Minn Eddina yang terpaku dengan perubahan AO turut berubah. Berubah kerana Allah.

Ada kata-kata dalam versus yang sudah aku highlightkan sebab sangat punya big value  untuk aku sendiri dan akan aku kongsikan nanti. Insya Allah...

Bukan senang nak jadi baik!

Ayat tu dah macam bertalun dekat telinga. Nak tinggalkan dunia lama dan masuk dunia baru. Namun kita kena berubah sebab Allah dah gariskan dalam al-Quran dan Hadith bagaimana nak jadi baik. Guideline yang kena ikut.

 "C'mon, Minn. You've made it through from being an Ed'Sassin to a Minn. Why stop from being a better Minn?"-m/s:270: versus by hlovate

Jadi aku tak boleh berhenti untuk berubah. Memang! Kata Konsisten tu payah nak melekat dalam perbuatan, tapi kalau benda kecil yang kita buat secara berterusan kan lebih baik daripada berubah hanya untuk 24 jam kemudian kembali ke dunia lama...

Kalau kata nak berubah, kena kadang-kadang pinjam telinga kuali untuk dengar kata-kata orang. Kena konsisten apa yang sudah dibuat dan kena percaya yang kita boleh lakukan perubahan.. Memang kalau bukan kita yang lalui benda tu, kita tak akan rasa betapa susahnya nak berubah..

Ya, memang susah nak berubah tapi tidak mustahil untuk berubah!!!

Monolog pagi,
Jamilah Mohd Norddin.
Qamar Cantik 1-1 IIUM.

Nota Kecil Hujung Entri:Kalau berubah kena kuat luar dan dalam!!! Kadang berubah, lepas tu kembali dunia lama.. Syaitan tu kan tak akan berhenti goda manusia? 

15 September 2010

Sebelum Ku Langkahkan Kaki...

 Aku percaya kalian mesti perasan macam-macam isu yang berputar sekeliling kita.

Itu...

Ini...

Begitu...

Begini...

Sampai kadang-kadang jadi takut nak keluar daripada rumah sendiri... Tetapi yang belih penting nak keluar rumah sebutlah dahulu nama Allah..

بسم الله توكلت على الله
Kita keluarlah daripada pintu rumah dan bergerak atas nama allah.. Semoga allah lindungi perjalanan kita, pekerjaan sehari-hari kita,..

Sesungguhnya Allah dekat dengan hamba yang dekat dan menghampiri-Nya...

Nota Kecil Hujung Entri: Akan kembali kepada kehidupan lama

14 September 2010

..Sepanjang Perjalanan...

 Alhamdulillah, walaupun pagi aku dihabiskan dengan melenakan diri, hari ini sampai juga ke rumah kakak sulung aku di Parit Buntar Perak.. Bukan itu yang aku mahu tuliskan sangat, namun ketika mahu pulang, aku dan ahli rombongan ditunjukkan dengan pantai Tanjung Piandang..

Sangat suka meghala lensa ke sana ke mari walaupun bukannya terer untuk menangkap gambar.. Bukannya pantai sangat tapi laut yang terbentang saujana mata memandang.. Matahari, laut, batu-batu yang banyak.. Subhanallah.. membuatkan aku tersenyum sendiri..

Subhanallah,
Pada alam yang kau ciptakan terbentang pada mataku
Pada tumbuhan yang kau ciptakan dan aku pandang hari-hari,
Semuanya terkandung rahsia penciptaan
Yang menceritakan kebesaranmu...

Sejauh mana aku lari,
Engkau sentiasa dekat.

Memang rasa sangat seronok.. sentuh air laut.. rasa angin laut,... Kalau malam-malam tentunya lagi menarik.

Hanya dalam setengah jam kami berada di situ sebab perlu pulang ke Mahang pula.. Namun cukuplah untuk membuatkan aku tersenyum.. =)

titik.


Nota Kecil Hujung Entri: Rasa kekok nak menulis petang ni. Hm, aku tak reti nak tulis skema-skema... hanya tulis apa terlintas dan rasa nak tulis ja..

Geng Bilik Bacaan: Reunion Tiga Orang

 Hm, aku tak retilah nak tulis skema. Maka, aku kena tulis menggunakan bahasa sendiri semula..

Ini cerita reunion Geng Bilik Bacaan yang berlangsung semalam. Sepatutnya ada enam orang ahli yang akan bertemu. Destinasinya rumah Aci Mas di Charok Nau Baling.. Namun disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan lagi, hanya kami bertiga -aku, Saadiah dan Aci Mas- yang melepak bersama-sama di rumahnya hingga petang. Mujur sempat kejar bas terakhir untuk kembali ke kampung,, Hm...

Untuk rekod ini tambang terkini untuk ke Baling. Aku kan penyokong kenderaan awam, jadi terpaksalah menerima tambang yang sudah naik 40% daripada zaman aku sekolah dulu-dulu..

Mahang-Kulim: RM4.00
Kulim-Baling: RM7.40 (Ketika zaman sekolah 2002-2006: Kulim-Batu 42 = RM4.70)

Tiga jam juga aku berada dalam bas untuk sampai ke Baling. Demi bertemu teman yang dirindui, maka aku teruskan perjalanan.. Balik semalam terus pengsan.. zzz...

Sampai Pulai, Saadiah juga menggunakan bas yang sama dengan aku.. Memang sebab bas yang aku naik itu trip pertama yang akan ke Baling. 10:45 pagi. Sampai Baling sudah pukul 12:30 tengahari, kemudian terus ke rumah Mastura menggunakan teksi. Tambangnya RM8.00 sebab bukan pelajar sekolah.. Hoh, kalau di UIAM dah boleh sampai Giant kot.. huhu..

Sampai sahaja, memang Mastura terkejut sebab dia sedang memasak di dapur bersama Apainya dan Bapak.. Memang dia sudah jadi suri rumah sebelum Insya Allah akan berangkat ke bumi ENgland,, Amin..

Hanya duduk-duduk sambil habiskan kuih raya di rumah Mastura, kemudian makan nasi, lepak-lepak, tangkap gambar, balik.. IStimewa sebab Mastura yang bawa kami turun daripada rumahnya menggunakan motosikal.. haha.. Budak kecil bawa orang besar. Memang baguslah..

sampai Stesen bas, terus tengok jadual bas.. 5:45 petang.. sempat lagi sambar majalah yang ada : ANIS: sambil tunggu bas..

Tetiba...

Oppss... Terjumpa Nadia, kawan aku di UIAM... tak sangka la pula.. Hajat hati nak singgah rumah Rokiah, namun dibatalkan sebab dia tiada di rumah petang semalam.. Tengak lepak di stesen bas sambil minum Radix koko + keropok tak berkhasiat dia tiba-tiba menegur..

Ah, memang rindu sama Nadia sebab lama kot tak nampak dia walaupun satu kuliah.. Aku masih merangkak, dia dah berlari... hihi.. Nadia mahu menukar tiket untuk awalkan namun tiket pula dah habis.. Kejap je jumpa, salam kemudian dia dah berlalu.. Bas kami pun kebetulannya dah sampai.

Dalam bas, sempat juga aku lena sekejap sebab memang dah mengantuk.. Sampai Kulim dah hampir jam 8.00 malam. Agak malang sebab bas hanya tinggalkan aku tepi jalan dan aku perlu berjalan untuk ke stesen bas. Takut tak takut aku ingat Allah ada.. Jalan tanpa tengok kiri kanan dan laju-laju hingga sampai stesen bas... Ambil wudhuk untuk solat Maghrib yang sudha tinggal sedikit apabila tiba-tiba ada mesej masuk.

"Aku jadi pergi esok." -Liyana

Alamak, aku dah balik daripada reunion kami.. Liyana ingatkan kami akan ke Baling esok, sedangkan aku ke Baling hari ini... Memang bukan rezeki untuk kami jumpa tahun ini. Insya ALlah lain kali.. MArziah juga mahu sertai sebenarnya tetapi disebabkan satu hal, terpaksa batalkan hasrat... Alang pula aku tiada nombor koteknya yang terbaru untuk hubungi.. Hm.;.

Sampai Kulim ayah yang jemput bas sudah tiada.. Inilah yang buat aku tidak mahu menyokong kenderaan awam ketika berada di kampung halaman.. Tidak banyak kenderaan kecuali teksi yang aku tak sanggup naik.. Naik sekali macam duit untuk makan seminggu.

Tamatlah sudah pertemuan kami bertiga... Alhamdulillah, allah berikan juga kesempatan walau tak lama, tak banyak yang aku sembang, asal jumpa muka aku sudah bahagia.. Alhamdulillah...

kata Mastura, bilik bacaan sudah tak macam dulu. Tak seperti ketika ada orang menginap di sana.. hihi...

Nota Kecil Hujung Entri:

13 September 2010

Geng Bilik Bacaan: Reunion

 Pagi yang tenang ditemani alunan album nota cinta oleh Saujana. AH, rindunya untuk bertemu mereka yang sama-sama melepak dalam bilik bacaan suatu ketika dahulu. Terasa ada bunga-bunga mawar sedang berkembang dalam diri sekarang.. =)

Seingat saya belum pernah kami bertemu ketika Syawal, kalau ada pun pertemuan yang dihadiri oleh seorang dua daripada kami, dan tentunya saya yang perlu turun ke Baling disebabkan mereka berada di Baling dan agak susah untuk datang ke Kulim. Saya tidak kisah akan hal itu, asal sahaja saya dapat bertemu mereka.

Saya sengaja mahu bertemu mereka kerana desakan rindu yang melanda jiwa. Walaupun saya tahu bukan saya yang akan bercakap banyak, cukuplah ada pertemuan antaara kami supaya ikatan hati yang bersatu tidak terputus. Indahnya ukhuwah bilik bacaan suatu ketika dahulu..

Tetapi pertemuan ini juga mungkin tidak dihadiri semua ahli disebabkan Alang tidak dapat saya hubungi. Saya tidak punya nombor telefon untuk menghubungi beliau. Marziah pula belum tentu akan dapat pelepasan daripada mak untuk pergi ke Baling.. Mungkin hanya saya, Saadiah, Liyana dan Mastura yang akan bertemu. Insya Allah.. Semoga ia jadi kenyataan..

usai pertemuan ini, pasti saya akan nukilkan di sini kerana ia sebuah memori yang tidak mahu saya lupaka. Ya, saya sedar jika tida saya catatkan, memori yang ada akan hilang ditiup angin seperti debu yang berterbangan di tepi jalan ketika cuaca panas.

Ya, Insya Allah, jam sembilan ini saya akan memulakan perjalanan menuju Baling, daerah saya menuntut ilmu selama lima tahun sebagai pelajar sekolah menengah.. Hingga ada yang menyangka saya orang Baling.. Ah, tidak....
Nota Kecil Hujung Entri

RESENSI: Curahan Cinta di Niagara

Petang semalam macam tak ada kerja nak buat. Dah bosan tahap gaban main internet, jadi aku carilah novel untuk baca.. Hm, curahan cinta di Niagara belum pernah aku sentuh walau dah lama beli. Sengaja aku simpan untuk baca di rumah.. Aku mula baca . Si ri us tak boleh hentikan bacaan hingga ayat terakhir.. Nak tahu ke cerita seterusnya..

Jujur aku kata, jalan cerita dan ayatnya biasa sahaja. Namun aku suka sebab ini cerita orang yang sudah berkahwin. Memang seronok baca banding kalau baca orang bercinta sebelum ikatan sah. Berbeza sih.. Betul!

Kata-kata Mira (watak utama) yang sering diulang-ulang terasa dekat dengan diri... "Allah datangkan ujian dalam berbagai bentuk" Itu kata-kata kak Fisa kepada Wira, heroin cerita ini...

Berlatar belakangkan Amerika pada awal cerita memang aku suka. Jika luar negara yang menjadi latar, aku tidak berfikir dua kali untuk mendapatkan buku itu.. suka kot...

Baik, ia cerita Mira yang sambung belajar di Amerika. Bagaimana dia seorang yang bertudung boleh membuka tudung di Amerika kerana tidak tahan dengan pandangan orang sana. Namun, hidayah Allah datang kadang tanpa kita duga dan allah beri kepada sesiapa yang Dia mahu. Cara Mira mendapat hidayah sangat mengesankan.

Bagaimana satu hari ketika dia dan Faris (kawan universiti) mahu keluar menonton wayang, Mira yang keluar dengan berblous lengan panjang dan berseluar jeans terasa seperti tidak mengenakan seurat benang ketika dia mahu keluar pintu rumahnya menuju kepada Faris yang menunggu. Lalu dia berpatah kembali dan mengenakan baju kurung, namun perasaan itu masih sama. Dia kembali dan cuba untuk tidak peduli. Namun perasaan itu masih ada dan ketika Faris yang tersentuh tangannya, dia terasa tangan itu sangat panas dan dia tidak tahan. Dia berpatah balik dan mengenakan tudung yang meutup seluruh auratnya. Barulah terasa tenang. Dari situlah dia kembali bertudung dan cuba menjadi muslimah yang baik..

Aku tidaklah dapat ceritakan semua yang ada dalam novel ini, namun itu antara part yang aku sukalah...

Novel ini juga ceritakan tentang kesetiaan seorang isteri yang setelah diakad nikahkan menjadi isteri yang baik kepada seorang suami yang kurang upaya. Terharu dengan kesabaran Mira melayan Faris yang emosinya mudah terganggu kerana tidak mampu menjadi suami yang sempurna. Dimarah, diherdik, dia sabar.. Sabar lagi isteri Nabi Ayyub...

Kemudian, Faris meninggal dan dia perlu menikah dengan Farhan, bekas abang atas wasiat Faris sendiri. Walaupun dia cuba lari, pernikahan tetap dijalankan..

Maka, biasalah.. cerita adalah konfliknya...,.. Maka ia berlangsung hingga akhirnya mereka bahagia dan mendapat anak..

Ya, pengakhiran yang klise namun itulah yang kita mahu.. Bahagia..

Cerita ini mengajar aku bahawa kita perlu terima semua yang Allah beri walau kita tidak suka sebab sesuatu Allah beri berserta sebab.. Bukan sengaja.. Sabar dengan ujian allah akan dibalas dengan gembira walaupun untuk rasa gembira lambat.. Jangan sesekali mengeluh...

Hm.. betullah cerita ini memang sangat menarik dan rasa macam seronoknya sudah berkahwin.. haha.. Tapi tanggungjawab orang yang sudah berkahwin sangat berat dan aku tahu belum layak bahu ini memikul...

Penangan suka baca buku orang yang dah kahwin, rasa macam best orang yang kahwin, walau banyak halangan, dengan sabar semua dapat diatasi.. Allah maha adil...

Kalau cinta sebelum nikah pula... akan menghasilkan jemu akhirnya... Naudzubillah..

Lindungilah perasaan ini, Ya allah..

12 September 2010

Mengisi Gelas Kehidupan

Kalau saya tiada, tulisan saya di blog-bloglah yang saya tinggalkan buat semua. Coretan dan catatan yang kadangkala sangat biasa, ada ketika cuba mencetus motivasi gaya saya sendiri.

Pertanyaan untuk diri dan sesiapa yang membaca: "Sudah mulakan puasa enam? Puasa yang ditinggal sudah mula ganti? jangan tunggu Rejab yang akan datang pula."

Baik, sebenarnya, manuskrip seterusnya saya mahu kongsikan tentang "Gelas Kehidupan" Bukan idea saya sebenarnya namun saya kongsikan tazkirah yang diberikan saudara Hilal Asyraf ketika beliau berkunjung ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru-baru ini. Saya ceritakan semula dalam versi saya dengan olahan sendiri.

wahai diri,
Ketahuilah bahawa kehidupan yang sedang kita jalani boleh diibaratkan dengan macam-macam perkara maujud yang ada dalam kehidupan sekeliling. Ada ketika seperti roda, pelangi, rel keretapi.. macam-macamlah yang orang umpamakan dengan kehidupan ini. Mari kita umpakan kehidupan ini seperti sebuah gelas pula. Gelas kaca yang perlu kita penuhkan.

Bayangkan, Allah berikan kita sebuah gelas bagi setiap orang untuk kita isi. Dengan air zam-zam (kebaikan) atau air coke (kejahatan). Allah tetapkan masa akhirnya yang kita sama sekali tidak tahu, hanya perlu kita isikannya. Allah sediakan Al-Quran dan As Sunnah sebagai buku panduan dan kita perlu mengikutnya supaya tidak sesat.

Maka, kita hadir di dunia fana ini.

Kita lakukan kebaikan, kadang bercampur juga keburukan yang terselit kerana godaan syaitan. Maka, air coke dan air zam-zam bercampur. Mana mungkin begitu kerana yang baik dan buruk seperti minyak dan air yang tidak menyatu.

Maka, buanglah 'air coke' daripada kehidupanmu dan cuci kembali gelas kehidupanmu dengan sabun pencuci taubat. Memang kita manusia biasa, yang tidak mungkin terlepas daripada kesilapan. Namun kebiasaan melakukan taubat dan menyucikan kembali kehidupan kita, Kita perlu sedar yang Allah akan ambil gelas yang diberikan kadang tanpa amaran. Dalam tidur, ketika solat, memandu kereta, tepi jalan.. allah, kita tidak tahu bagaimanakah berakhirnya hidup kita.

Jadi, wahai diri, penuhkanlah gelas kehidupanmu hanya dengan air zam-zam, bukannya air coke. Supaya kamu kelak menghadap Allah dengan qalbun salim.. Dengan penuh ketenangan...

Amin, ya Rabb.. Sesungguhnya kehidupan ini hanya tiga ketika: semalam, hari ini dan esok.. Jangan sampai kita mati sebelum gelas kita dipenuhkan dengan air zam-zam..

Mari kita koreksi diri..

Monolog,
Jamilah Mohd Norddin
Kamar peraduan, Kedah

Nota Kecil Hujung Entri: Jangan hanya tahu menulis itu ini, sedang praktikalnya semua gagal!

11 September 2010

Peluang Kedua

Tadahkan tanganmu
Rendahkan hatimu
Pohon pada Yang Satu
Pasti diberinya apa kamu perlu.

Kerana kita sentiasa diberi peluang kedua
Selagi nafas masih di dada...

Teguhkan diri pada jalan yang satu
Wahai kamu....

Kembali merajut cinta
Dalam untaian tasbih yang sentiasa bermain di jemari...

Aku mahu terus menulis

aku tahu yang aku tak patut delete semua entri dalam jamilahnorddin.blogspot.com tu.. Tapi tak tahulah aku rasa macam puas pulak bila tengok blog tu dah kosong dan aku akan penuhkan semula dengan entri baru. Mungkin itu satu transformasi aku untuk berusaha menulis dengan lebih konsisten. memang aku tiada halangan untuk update blog setiap hari.. Insya allah.. kalau mahu kan semuanya jadi..

Aku nak usaha tulis dengan baik. Menulis menggunakan indera yang Allah berikan pada aku. Menulis untuk diri sendiri. Menulis supaya diri nampak apa yang perlu aku lakukan.

Ya, aku macam di awangan kalau aku hanya cakap tanpa lakukan apa-apa.

Sirius..

Hm..

Titik

Henti membebel sekejap.

Menatang Kasih Seorang Ibu

 Masa: 20:32-21:24
Tarikh: 3 Syawal 1431
Lokasi: kamar Peraduan, Kedah

Tangan ibu menyapu kepala sang anak yang kelihatannya seperti mahu demam. Saya memerhati ralit. Sang anak dalam keadaan terbaring memandang wajah ibu dengan wajah sayu. Namun tersenyum dalam kepucatan wajah kerana ibu menemaninya. 

Kala ibu terlepas kata memarahi adik yang sibuk menyepahkan barang mainan, api marahnya cepat padam. Cepat dipujuknya sang anak.

"adik budak pandai. lepas main kemaskan semula."

Adik kembali senyum dan menyusun barang mainannya dalam kotak. Ibu peluk adik penuh kasih sayang.

Cinta ibu mana yang tidak tertumpah pada zuriat yang dibawanya selama sembilan bulan, kemudian dengan segala kesukaran melahirkan pula anak itu ke dunia. Subhanallah.. Ibulah yang bersama-sama menyaksikan anak itu membesar depan mata tanpa sedikit rasa jemu. Marahnya kerana sayang, leterannya kerana mahukan anaknya jadi yang terbaik, rajuknya kerana salah sang anak... Ibu.. Sedalam mana kata-katanya adalah untuk kebaikan sang anak.

Bayangkan kalau sekiranya ibu jemu dengan kerenah kita. Kita yang selalu menangis tengah malam kerana laparkan susu. Kita yang hanya tahu menangis ketika belum tahu berkata-kata. Nakalnya kita ketika kecil dengan kerenah yang perlukan ibu untuk sabar. Menanti kita kerana takut ketika mula tadika. Memujuk kita ketika darjah satu. Menghantar kita ke sekolah asrama, sanggup mengorbankan wang kerana kita diterima masuk universiti hingga akhirnya kita bekerja dan bekeluarga...

Di manakah ibu saat itu???

Saya bawa kalian melawat ke rumah orang tua yang menempatkan ibu tua yang ditinggalkan. Di manakah sang anak yang dilahirkan? Mana kamu wahai zuriat yang allah berikan pada aku dan aku besarkan kamu? kamu besar kamu lupakan aku??? ya Allah, bagaimanakah perasaan ibu-ibu itu? Mereka tentunya mahukan anak-anak ada di sisi mereka terutamanya dalam suasana Aidililfitri begini..

Saya seperti dapat merasa hati yang calar itu renyuk seperti kertas yang digumpal sepenuh hati.. Kertas yang dicarik menggunakan pisau hingga hancur. Retak hati ibu... mana mungkin diberitakan kepada sang anak akan sedih dan deritanya...

Masya Allah...

Ketika ibu susah, di manakah sang anak? kala ibu derita, mampukah kita berada di sisi mereka untuk menenangkan? Adakah kita jadi anak yang pentingkan keluarga sendiri?

naudzubillah..

Ya Allah jauhkan kami daripada menderhakai ibu kami...
Bersyukurlah yang masih punya kasih ibu,
Mampu menatap bening wajah cinta ibu,
Mengucup sayang di pipi ibu,
Mencium mesra tangan ibu..

jangan sampai hilang nikmat itu barulah datang sebuah sesalan..

Monolog,
jamilah Mohd Norddin

Nota Kecil Hujung Entri: Kalaupun ibu tiada lagi, jadilah anak soleh/solehah yang mendoakan mereka di perkampungan abadi... Saham itu sampai kepada mereka, insya Allah..

Menatang Kasih Seorang Ibu

 Masa: 20:32-21:24
Tarikh: 3 Syawal 1431
Lokasi: kamar Peraduan, Kedah

Tangan ibu menyapu kepala sang anak yang kelihatannya seperti mahu demam. Saya memerhati ralit. Sang anak dalam keadaan terbaring memandang wajah ibu dengan wajah sayu. Namun tersenyum dalam kepucatan wajah kerana ibu menemaninya. 

Kala ibu terlepas kata memarahi adik yang sibuk menyepahkan barang mainan, api marahnya cepat padam. Cepat dipujuknya sang anak.

"adik budak pandai. lepas main kemaskan semula."

Adik kembali senyum dan menyusun barang mainannya dalam kotak. Ibu peluk adik penuh kasih sayang.

Cinta ibu mana yang tidak tertumpah pada zuriat yang dibawanya selama sembilan bulan, kemudian dengan segala kesukaran melahirkan pula anak itu ke dunia. Subhanallah.. Ibulah yang bersama-sama menyaksikan anak itu membesar depan mata tanpa sedikit rasa jemu. Marahnya kerana sayang, leterannya kerana mahukan anaknya jadi yang terbaik, rajuknya kerana salah sang anak... Ibu.. Sedalam mana kata-katanya adalah untuk kebaikan sang anak.

Bayangkan kalau sekiranya ibu jemu dengan kerenah kita. Kita yang selalu menangis tengah malam kerana laparkan susu. Kita yang hanya tahu menangis ketika belum tahu berkata-kata. Nakalnya kita ketika kecil dengan kerenah yang perlukan ibu untuk sabar. Menanti kita kerana takut ketika mula tadika. Memujuk kita ketika darjah satu. Menghantar kita ke sekolah asrama, sanggup mengorbankan wang kerana kita diterima masuk universiti hingga akhirnya kita bekerja dan bekeluarga...

Di manakah ibu saat itu???

Saya bawa kalian melawat ke rumah orang tua yang menempatkan ibu tua yang ditinggalkan. Di manakah sang anak yang dilahirkan? Mana kamu wahai zuriat yang allah berikan pada aku dan aku besarkan kamu? kamu besar kamu lupakan aku??? ya Allah, bagaimanakah perasaan ibu-ibu itu? Mereka tentunya mahukan anak-anak ada di sisi mereka terutamanya dalam suasana Aidililfitri begini..

Saya seperti dapat merasa hati yang calar itu renyuk seperti kertas yang digumpal sepenuh hati.. Kertas yang dicarik menggunakan pisau hingga hancur. Retak hati ibu... mana mungkin diberitakan kepada sang anak akan sedih dan deritanya...

Masya Allah...

Ketika ibu susah, di manakah sang anak? kala ibu derita, mampukah kita berada di sisi mereka untuk menenangkan? Adakah kita jadi anak yang pentingkan keluarga sendiri?

naudzubillah..

Ya Allah jauhkan kami daripada menderhakai ibu kami...
Bersyukurlah yang masih punya kasih ibu,
Mampu menatap bening wajah cinta ibu,
Mengucup sayang di pipi ibu,
Mencium mesra tangan ibu..

jangan sampai hilang nikmat itu barulah datang sebuah sesalan..

Monolog,
jamilah Mohd Norddin

Nota Kecil Hujung Entri: Kalaupun ibu tiada lagi, jadilah anak soleh/solehah yang mendoakan mereka di perkampungan abadi... Saham itu sampai kepada mereka, insya Allah..