09 August 2010

Secubit Rasa Pagi Isnin

Alhamdulillah.. Masih Allah panjangkan usia aku...

Terasa tidak mahu bergerak ke mana-mana pagi ini. Sambil telinga melayan dendangan Syifa dan Munif bertajuk TEKAD KITA, aku membuka seketika buku untuk perbentangan Adab Islami esok, Sambil itu sempat lagi aku menconteng di sini. Biasalah, kalau ada pet, itu dijadikan tempay bersembang, maka aku jadikan blog ini tempat aku mencurah dan menulis apa sahaja. HUUU.

Aku belum habis menonton 3 idiots tapi, memang dia mahu mengajar kita yang ke sekolah bukan untuk peperiksaan sahaja... Buat sesuatu yang kita minat, yang datang kenangan, yang mengajar bukan setakat hafal-hafal dan hafal setiap apa yang diajar tanpa faham. Perkataan faham dan hafal sangat berbeza... Kita tak bolehkan salah sesiapa namun mungkin kita sudah disoktrin sejak sekolah rendah untuk belajar sebab nak periksa.Belajar kuat-kuat hanya nak periksa. Akhirnya, keluar periksa.. lupa semua.. Itu yang aku rasa..

Kalau nak ingat Allah, bukan kena hampir peperiksaan sahaja baca Yasin, solat Hajat hari-hari, mulut tak lekang doa, tak henti zikir, tapi kita perlu ingat kepada Allah bila-bila masa sahaja. Bagaimana Allah mahu menolong kita jika kita sendiri tidak ingat kepada Allah.

Dalam persahabatan, perasaan memberi itu penting. Menerima apa yang ada pada sahabat tanpa prejudis. Membantu sahabat yang dalam kesusahan dan berusaha membuatkan dia tersenyum akan membuatkan kita bahagia. Tidak ada kegembiraan lain selain membuat sahabat kita ria dan tersenyum. Tidak apa kamu sedikit derita atau sedih, gembirakan hati dia, kamu bahagia... Sebagaimana kita lakukan kepada orang, itulah yang kembali kepada kita.

Apabila kita buat orang tersenyum, kita akan bahagia. Namun jika kita sudah melukakan sengaja atau tidak hati sahabat, selamanya kita tidak tenang. gelisah, sedih.... Hati akan rasa serabut dan tidak ada apa yang dapat dilakukan. Itu sahabat, bagaimana dengan keluarga. Meninggalkan keluarga tanpa berita,rasa suka tidak berada di rumah, tidak melayan mak ayah dengan baik.. bagaimana jika anak kita lakukan itu kepada kita... =(

Antara minat dan kehendak ibu bapa memang kadang-kadang akan jadi suatu dilema dalam diri. Minat seni namun Mak Ayah nak kita jadi doktor. Tak mahu belajar di universiti dalam negara, maka ayah tak benarkan ke luar negara... Bagaimana ya mahu selesaikan masalah begini? Itulah perlunya diplomasi.. Perbincangan yang teliti sebelum menyesal di kemudian hari.



Bukan mudah mendidik hati, tapi tidak mustahil merubah diri.... =)

No comments: