01 August 2010

Sebiru Awan Hari Ini

Pagi satuogos2010 di Safiyyah IIUM

Aku suka melihat awan biru dan pepohon menghijau yang ada di sekeliling. Aku ucapkan terima kasih kepada mak cik-mak cik cleaner yang tugas mereka menanam pokok-pokok yang menyubur di bumi IIUM. Tentulah bersyukur kerana Allah memberikan cuaca yang sangat menarik di Malaysia dan tumbuhan yang menyejukkan dan meredakan kekacauan jiwa..

Awan.
Apabila aku lihat birunya awan membolehkan aku lupa segala masalah. Melihat awan yang dan langit yang Allah tegakkan tanpa tiang. Subhanallah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia penciptaannya... Aku pernah terfikir untuk pergi jauh, sejauh jarak awan yang tidak mampu aku sampai. Aku mahu melarikan diri sejauh-jauhnya. Tetapi itu dahulu. Aku sedar yang aku tidak mungkin sampai ke awan apatah lagi langit. JAdi aku bersyukur kerana Allah jadikan aku sebagai manusia yang berada di bumi..

Aku kadang-kadang suka melihat awan yang bermacam bentuk... Semuanya boleh membuatkan aku tersenyum walaupun mungkin pipi mengalir air mata. Aku suka melihat awan kemudiannya memberi tafsiran bentuk sendiri.. Bear, muka orang, ah.. macam-macam bentuk sebenarnya awan ini.. Dan tidak jemu mata memandang kerana bentuknya tidak sama...

Namun apabila  melihat awan hitam mengandung air, turut terasa dalam hati.. Subhanallah.. Apa yang ada di sekeliling kita memang bisa menggugah emosi dan mengubah perasaan aku... Aku tenang melihat hujan yang turun.... Airnya yang mengalir menyejukkan tubuh dan memberi kesegaran kepada tumbuhan.. Alhamdulillah...

jamilahcakapsikit: ambillah masa mentadabbur langit.. tumbuhan hijau... semuanya mengagumkan.. Subhanallah!

No comments: