Aku hanya seseorang yang cuba menangkap cahaya yang ada di sekeliling. Aku sedar yang paling jauh itu masa silam. Jadi aku tidak mahu jadikan masa silam aku sebagai penghalang untuk aku melangkah ke depan dan bersama cahaya yang ada di sekeliling aku. Namun cahaya itu langsung tidak mendatangi aku makin menjauh andai aku mahu menghampirinya. Aku jadi sedih dengan keadaan itu. Adakah relung hati ini terlalu kelam hinggakan nur itu tidak dapat meresapinya. Apakah yang dapat aku lakukan untuk menghalang kegelapan terus menghuni kamar hati ini.
Emak selalu bercerita tentang Luqman al-Hakim kepada aku. Kata Mak, "Mak namakan kamu Luqman al-Hakim supaya kamu punya hikmah seperti Luqman. Mak nak anak Mak menjadi seseorang yang berbakti dan memberi sumbangan kepada agama dan bangsa. Mak nak anak mak ni berjaya dunia akhirat. Nama yang baik beri maksud yang baik untuk pekerti."
Aku akan diam jika emak memulakan hujahnya . Senakal-nakal aku yang suka menghabiskan masa di luar rumah bersama-sama teman sebaya, aku masih ada rasa kasih dan hormat kepada seorang emak yang membesarkan aku. Aku tahu sejarah hidup mak. Aku sedar kepayahan emak membesarkan aku. Cuma aku mahu mencari keseronokan bersama rakan sebaya.
Tetapi itu dulu. Sebelum aku mendapat tawaran ke Universiti Islam Kedah (UNIK) Aku bukannya rela ke sini sebenarnya, namun menurut kehendak seorang emak yang mahu anaknya melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Kata Mak, bidang professional kamu boleh belajar setelah mendalami ilmu agama kelak. Aku menurut. Aku ikut kata-kata emak yang aku sayang. Aku takut mak tidak redha dengan apa yang aku buat. Kelak satu kerja yang aku lakukan tiada keberkatan. Aku tidak mahu begitu. Aku dambakan redha seorang Mak untuk meneruskan kehidupan.
Aku ke UNIK dengan satu matlamat. Mahu mendalami ilmu agama walaupun mungkin tidak setara mereka yang mendalami ilmu agama lebih lama. Mahu meneroka kelebihan yang Allah kurniakan kepada diri. Mahu, mahu dan mahu... (biarlah rahsia selagi belum tiba masanya)
"Mak, Luqman akan ikut apa sahaja cakap mak. Mak ratu di hati Luqman, dan mak lebih tahu keperluan anak Mak. Maafkan Luqman pernah mengecewakan Mak dengan maa silam Luqman. Luqman sedang mencari cahaya di UNIK. Luqman perlukan doa dan redha Mak. Luqman mahu jadi seperti yang mak mahu Luqman jadi. Luqman mahu jadi anak yang ingat kepada Mak. Luqman sayangkan Mak."
"Cahaya, datanglah dalam diri. Kegelapan, menjauhlah!!! Aku penat bermain dengan perasaan sendiri."

Comments
Nama yang tertera tidak ada kaitan dengan yang hidup dan mati.. Sedang cuba mmebina sebuah watak untuk cerita saya sebenarnya...
Dan nama Luqman itu sedap didengar dan mudah disebut.
:)