09 August 2010

Dating di PC Fair & Pesta Pantun MAKUM.

Jam sudah hampir di angka dua pagi. Mata yang tadi berat terasa tidak mahu pejam selagi aku belum menulis sesuatu di sini. Memang mahu menulis sebelum aku hilang rasa mahu berkongsi kisah hari ini dalam diari ini...

Semalam aku sengaja menghantar pesanan ringkas kepada Sya'wana untuk mengajaknya ke PC Fair. Entahlah kenapa aku terasa nak mengajak dia bersama-sama aku kali ini. Bimbang pula mengganggu orang lain. Maka, kami bersama-sama ke KLCC hari ini. Aku yang begitu bersemangat mengajak Wana keluar seawal sembilan suku. Alkisahnya, PC Fair bermula jam sebelas pagi. Maka, dalam masa sejam, kami habiskan dengan bergambar bersama-sama.. Ya, sebelum ini aku ke sana dengan Kak Su, Ainul Humaira dan Wana menjadi orang seterusnya ke KLCC bersama-sama aku..

Alhamdulillah, jam 11 kami memulakan kembara. Mujur juga datang awal, jika tidak memang sangatlah sesak. Serabut juga dengan keramaian dan promoter yang ada di sini sana hingga menghalang laluan. Kena bersabar dan pandai mengelak daripada promoter. Bukan tak suka, tapi serabut.

Seronok sangat dapat tangkap gambar dengan wana hari ini. Almaklumlah susah nak jumpa sekarang, masing-masing sibuk setelah dia bertukar ke TAASL. Bukannya seronok pergi PC Fair tu, tapi best sebab dapat keluar dengan Wana. Hm...

Petang setelah pulang, aku tidak dapat masuk ke bilik kerana kunci ada dengan kawan aku. Maka, menumpanglah aku di bilik Sarah... Sempat tengok separuh cerita 3 idiots.. Memang sarat dengan pengajaran...... SUKA!!!

Malamnya aku ajak Sarah ke CAC untuk menonton Pesta Pantun MAKUM 2010. Ye la, aku mana pernah tengok orang berpantun secara live. Inilah peluangnya.. Seronok juga, tapi biasalah, bukan event UIA, memang terasa lain juga.. Tapi sangat seronok tengok orang pegang DSLR.. bestnyer.......  Itul pula yang aku tengok kan.. Hm..

Pantun aku suka sebab dia menunjukkan santun budaya melayu. Cakapnya berlapik, kemas dan ada susunan kata yang tersusun. Tak macam sajak yang boleh hentam sahaja nak tulis apa... Suka, tapi aku tak pandai nak reka pembayang terutamanya.. Kalau buat syair lagilah kena susun perkataan dengan tersusun kan.. Ya, sebenarnya sastera tradisional itu mahal...

Tahun ni USM yang jadi juara dan UIAM naib juara.Tempat ketiga UITM....

Titik.

Tak tahu dah nak tulis apa lagi.. Kerja tak siap, aku banyak berjalan sana sini.. Seronoknya buat benda kita suka. huhu.

No comments: