Skip to main content

Binalah Pendinding

Aku memang tidak kisah jika ustaz tidak mengajar dalam kelasnya kerana hari ini aku dapat pengajaran tentang cara membina pendinding diri. Ya, kita kerap dengar orang itu kena histeria, orang ini kena buatan orang, orang itu kena itu, kena ini... Alkisahnya ustaz katakan yang jika kita bina pendinding tiada jin yang dapat merempuh sekatan itu untuk mengganggu kita.

CARANYA:
1. Baca ayat Kursi
2.Baca ayat terakhir surah al-Baqarah.
3. Baca tiga Qul
(amalkan pagi dan petang: Insya Allah dibaca pagi, selamat daripada gangguan hingga petang dan baca petang selamat hingga esoknya.)

Sebenarnya jin itu tiada kekuatan jika kita tidak melayannya. Hanya masyarakat kita yang selalu membuat cerita besar tentang perkara ini. Sebenarnya, jika bina kekuatan @ pendinding, Insya Allah selamat. Kita jangan melawan jin, tetapi meminta pelindungan daripada Allah. Pemilik diri kita dan semua makhluk..

CARA PRAKTIKAL PAYAH NAK AMAL!!!
-Masuk rumah bagi salam (assalamualaikum) walaupun tiada orang. Kemudian baca al-fatihah dan tiga kali al-Ikhlas.. Insya Allah jin lari.. termasuklah kita masuk kenderaan... Mudah aku kongsikan namun memang payah untuk amal... Dikatakan juga amalan ini dapat membantu kemurahan rezeki...

BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
Setelah azan dan iqamat seperti yang biasa kita lakukan, baca surah al-Qadr bagi dan hembuskan pada ubun-ubunnya bagi melindungi bayi daripada zina.. Besarnya dosa zina hinggakan malaikat tidak sudi memandang pelakunya.

Kata ustaz lagi, kalau orang yang amal ayat-ayat tertentu boleh nampak jin.. Ustaz ada pengalaman dengan seorang alim dari selatan Thai yang punya kelebihan ini.. Ya, memang beliau banyak beramal.. Namun kita melihat jin bukannya seperti kita melihat manusia namun secara basariah.. Rasa tak sedap hati gitu...

Kemudian, ustaz kata lagi yang di tempat-tempat maksiat ada jin yang menunggu. Sebab itu jika sekali ke sana, kita rasa nak pergi lagi. Ada kisah yang mana dia mahu bertaubat, tapi masih melakukan aktiviti ke pusat pelacuran. Masya Allah. Syaitan sudah melekat di urat tengkuknya.

Kalaupun mungkin keluarga kita ada belaan yang mencari tuan, jika kita ada pendinding, Insya Allah kita tak kena.. Yang penting, bina pendinding diri sendiri...

Tetapi kita beramal jangan hendak dapatkan sesuatu. Contohnya, buat amalan banyak-banyak sebab nak dapat khadam.. Tetapi lakukan kerana mardathillah...

Ustaz kata, boleh, tak salah jika kita ada kelebihan itu untuk jadi tukang ubat a.k.a. bomoh, tetapi takut jika amalan kita berkurang kerana mengejar duit. Kita nak tolong lebih tak boleh jika yang datang berubat tidak solat, tidak ada pendinding.. setakat mana.. Kata ustaz yang penting ikhlas lakukan dan masing-masing bina pendinding...

Sekian, aku kongsikan pelajaran yang aku dapat kali ini. Mungkin hanya perkongsian kecil, namun aku suka sebarkan di sini supaya lebih ramai yang dapat manfaat dan sama-sama kita amalkan... Banyak sebenarnya yang ustaz ceritakan, tetapi biasalah jika tidak dicatat hampir separuh hilang...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub