30 August 2010

Resensi: Secubit Halwa Penawar Jiwa 100 Kisah kehidupan


Tajuk Buku: Secubit Halwa Penawar Jiwa 100 Kisah kehidupan
Pengarang: Zakaria Sungib
Penerbit: Galeri Ilmu
Tarikh Dibaca: 27-8-2010

TENTANG PENGARANG: (daripada kulit buku)
Zakaria Sungib, anak kelahiran Johor Bahru, berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang kewartawanan dan penulisan. Mendapat inspirasi daripada siri buku Chicken Soup for the Soul yang telah membentuk ramai manusia, beliau mengumpulkan kisah-kisah kehidupan yang membawa nafas Islam. Beliau memilih kisah-kisah yang bukan sahaja mengandungi nilai keislaman yang universal tetapi juga membawa nilai Islam yang tinggi.

BLURB BUKU:

Cerita mempunyai kuasa dan pengaruh tersendiri. Melalui himpunan 100 buah kisah di dalam buku ini, pembaca akan menemui kisah-kisah yang dekat dengan diri masing-masing. Kisah yang terkesan di hati. Kisah yang mencetuskan inspirasi, menjernihkan jiwa, seterusnya memberi motivasi.

Pelbagai kisah yang diceritakan oleh ramai penerita ini merupakan koleksi 'halwa jiwa' yang memberi kesan penawar kepada keluh-kesah, kekeliruan dan tekanan hidup seharian. Kisah-kisah itu mengajar tentang kesyukuran, kesabaran, ketabahan, pengorbanan, kasih-sayang dan sifat-sifat lain yang diredhai.

Pada setiap kisah itu ada hikmah yang Allah datangkan sebagai bahan pembelajaran di universiti kehidupan.


ULASAN JAMILAH
100 Kisah Kehidupan saya pinjam daripada seorang rakan universiti. Lama sudah saya tertarik untuk mendapatkan 100 Kisah Kehidupan, cuma belum lagi tangan ini mahu menyentuh buku ini yang terpamer di kedai-kedai. Justeru, apabila ada orang mempelawa saya membaca buku ini, sudah seperti anak lapar yang dihulur setuju. Lalu, buku ini ada di tangan saya.

Kisah yang terkandung adalah kisah kehidupan. Kisah insan-insan yang melalui ujian menempuh kehidupan. Kebanyakannya kisah mereka yang sakit dan bagaimana mereka melalui kesakitan itu. Ada sebahagiannya pernah saya ikuti seperti kisah Atiq Wazif dan Kak Za.. Kisah ada dibahagiakan kepada lapan siri iaitu:

* Tentang Insan luar biasa
* Tentang alam di kecil
* Tentang ujian Hidup
* Tentang restu ibu bapa
* Tentang Hidayah Tuhan
* Tentang Daya Usaha
* Tentang Kasih Sayang
* Universiti Kehidupan

Semua kisah yang terkandung punya pengajaran dan saya tidak sedar bermula dengan muka satu, saya terus terpaku di kerusi dan membelek helai demi helai hingga muka terakhir selama hampir dua jam. Saya tidak dapat behenti untuk terus membacanya sampai akhir. Saya terbuai bersama-sama kisah yang ada suka, duka, kecewa, semangat...

Saya tertarik untuk berkongsi sedikit sedutan daripada kisah Resepi Hidup Tenang dalam buku ini:

"Salah satu petua kesihatan Kak Esah, jangan tidur lepas Subuh. Dia sentiasa bangun pagi sebelum subuh dan tidak tidur selepas subuh. Kalau mahu tidur juga dia akan menunggu tengahari sedikit. Itu pun sekadar beberapa minit kerana banyak tidur siang boleh melemahkan badan. -100 Kisah Kehidupan m/s:24

"Umi Esah sangat menjaga waktu makan. misalnya pukul 10 pagi, dia tidak akan makan buah mangga untuk menjaga perut supaya tidak rosak."

Hanya satu yang saya kongsi, namun hakikatnya banyak kisah yang terkandung seribu pengajaran dalam buku ini. Pasti tidak rugi membacanya. Sesungguhnya jika saya terasa susah. lebih ramai yang berganda susahnya namun mereka berserah kepada ALlah pemilik diri atas segala yang berlaku.

Selamat membaca

29 August 2010

Main-main

Dalam kamus dia tiada perkataan serius. Kalau boleh semuanya mahu santai dan lepas. Kata dia serius hanya menyekat kreativiti dia. Dia mahu sebebas burung.

Sedang dia sedar keberadaan dia di dunia ini seketika cuma. Selepas ini, dia akan mati. Jadi, kenapa dia mahu main-main? Adakah dia tidak sengaja mengingkari apa yang pasti akan terjadi.

Nak bergurau tidak salah tetapi perlu sedar yang tidak semua perkara boleh dibuat main.

p/s: maaf tiada catatan jejak rasul.

PERKEMBANGAN TEKAD: Bergerak Satu Tapak

Alhamdulillah... Pagi Ahad yang nyaman 19 Ramadhan aku mendapat maklum balas tentang manuskrip yang sedang aku hasilkan. Kata Ustaz Editor, beliau sudah emelkan pada aku, 24 Jun yang lalu maklum balasnya.. Mungkin aku yang terlepas pandang... Semalam aku menghantar e-mel setelah tiga bulan berlalu dan mendapat balasannya pagi ini.

Alhamdulillah..

Bagi yang belum mengetahui, sebenarnya, aku dalam proses melahirkan anak sulung aku. Hampir setahun menghamilinya, namun sampai sekarang belum matang. Insya Allah "TEKAD" akan menjadi anak sulung aku dalam penulisan novel.. Doakan aku. =) Secara kasar, manuskrip itu sudah siap sepenuhnya namun aku sebagai seorang yang baru pertama kali menghasilkann manuskrip memerlukan editing dan pembaikan sebelum mendapat hasilnya. Aku sangat menghargai jika ada yang sudi menjadi pengkritik untuk novel ini kerana aku tidak dapat menilai karya sendiri dan sangat mentah dalam bidang ini.

Doakan agar perjalanan manuskrip ini dapat direntas dan impian aku untuk melihat novel ini tercapai..

Perjalanannya untuk sampai penamat masih panjang.. Banyak tangga yang perlu didaki. Terima kasih buat yang mendoakan dalam diam.. Terus menembak doa agar novel ini dapat diterbitkan sekurang-kurangnya tahun depan. Insya Allah..

2011, Insya Allah..

=)

Entri Paling Merapu.. Aku hanya tulis tanpa fikir. Tak Perlu Baca!!!

Ada banyak kata-kata yang mahu aku nukilkan.. Ada banyak cerita yang mahu aku luahkan.. Maka, aku hanya mencatat dan terus mencatat hingga hilang semua perasaan. Sesungguhnya aku hanya manusia kecil... Aku hanya manusia yang tumpang berteduh di bawah lembayung rahmat Ilahi..

Aku bukan manusia sempurna. Seperti orang lain, aku punya banyak kelemahan yang kadang tertonjol, selalu tersembunyi...

Aku manusia ego yang susah menegur orang lain. Aku sangat susah untuk melemparkan walau hanya sekuntum senyum kala berpapasan. Aku seolah-olah tidak mengenal orang hinggalah dia sendiri yang menegur..Sebenarnya aku malu.. Aku malu kerana aku manusia kecil.. Adakah aku terpedaya dengan diri sendiri? Aku tahu aku perlu jadi manusia peramah, namun aku tidak.. Aku takut untuk menjadi manusia peramah dan aku tidak suka bercakap. Aku tidak suka melonta bicara.... Tolonglah... Aku sangat takut untuk bercakap banyak kerana aku tahu sepuluh patah aku cakap mungkin hanya tiga yang bermanfaat. Aku takut dengan kata-kata aku manusia terasa, terluka..

Apabila menulis aku tidak kisah perasaan orang.. Aku biarlah pena berbicara sepuas hati...

Aku sebenarnya akan jadi sedih secara tiba-tiba apabila orang kata: Kamu seorang sahajakah? Entahlah! Aku dilihat selamba ini sebenarnya seorang perasa.. Aku bukan mudah menerima semua perkara namun kehidupan aku dahulu dan kini mengajar aku untuk menerima apa sahaja di depan mata.. Aku tidak banyak berfikir apa-apa.. mengikut aliran masa...

Aku tidak pernah rasa sendiri walaupun sering dilihat berjalan seorang.. Ke kelas... Di dataran.. ke maktabah.. shopping.. beli buku... Aku ada Allah menemani setiap langkah aku.. Insya Allah...

Aku sangat suka kalau orang ajak aku ke sana, sini, sebab aku suka berjalan-jalan.. Aku tidak dapat berikan yang lain, hanya itu sedikit.. Aku hanya manusia kecil, sahabat....

Manusia emosi yang bernama aku ini suka mencebik muka.. Aku sangat jarang melemparkan senyum hinggakan orang yang tidka kenal hanya nampak riak sedih pada mata aku. Aku sedar dan tahu itu... Aku bukan manusia riang seperti orang lain.. Aku tahu orang lain yang sibuk, yang punya banyak masalah... mamapu bersifat riang kerana mereka ada perasaan mahu memberi..

Aku hanya manusia yang banyak menerima.. Aku manusia kecil cuma, sahabat...

Aku tidak mampu membantu kalian, aku tidak mampu melontar pendapat pada kenyataan kalian, aku tidak repon pada kata-kata kalian.. Aku bukan manusia baik...

Ah, entah mengapa pantas benar jemari mahu mengukir dan terus menutur kata dan aku membiarkan akal terus bersuara dan jemari mengetik mengeluarkan semua yang ada... Biarlah siapa yang membaca, siapa yang melihat.. Aku tetap mahu mencoret biar hilang segala rasa...

Mungkin orang lihat aku manusia pelik yang suka bersendiri.. Tetapi aku sangat takut untuk menyusahkan orang.. Mungkin aku suka pergi tempat yang orang lain tidak minat... Aku suka berlama-lama di kedai buku.. membelek-dari rak ke rak tanpa jemu.. Aku bukan manusia yang suka shopping baju... aksesori wanita... Maafkan aku jika sering dilihat bosan...

Aku ini manusia kecil...

Jatuhlah si air mata...

Kadang kita malu untuk menangis.. Biarkan.. Biarkan air mata mengalir membasahi pipi supaya tenang hatimu tanpa nestapa dan duka.. Jadikanlah bahu ini tempat kau bersandar dan melepaskan segala keresahan itu.. Namun ada lagi Yang Lebih Setia Mendengar.. Itulah Allah yang suka mendengar rintihan hamba-Nya.. Bukankah air mata yang mengalir kerana takutkan Allah itu menjadi saksi di Akhirat kelak?

Hati yang keras menyebabkan jasad kaku dan air mata juga tidak mahu turun melaju. Aku bukan mahu mengajar kamu menjadi seorang yang asyik mengalun sendu, namun ada ketika jatuhkanlah air mata, supaya basah hatimu.. Agar tenang jiwamu..

Diri.. kadang dalam hidup yang singkat ini kamu melalui fasa yang menyebabkan kamu sentiasa mahu bermain dengan air mata.. Ketika itu tumpahkanlah ia tanpa malu... Biarkan ia menganak sungai.. Biarkan ia bebas mengalir agar turut membasuh matamu...

...
(fasa demi fasa.. laluan demi laluan.. manakah akhirnya?)

28 August 2010

Cikgu Mat Zaini

Entahlah. hari ini ingatan aku melayang terkenang cikgu Ekonomi aku ini. Aku jadi rindu untuk mendengar suaranya, melihat wajahnya.. Aku rindukan seorang cikgu yang menabur semangat untuk aku terus berada dalam arena penulisan.

Beliau cikgu yang sangat istimewa. Dilihat seperti garang namun sangat baiki hati. Cikgu Zaini mengajar Ekonomi Asas, Bahasa Melayu di SMKA Baling ketika aku belajar di sana. Sekarang cikgu di sekolah biasa dan sudah naik jawatan.

Lama aku tidak menghubungi cikgu..

Cikgu banyak berjasa dengan aku.

Cikgu menghantarkan aku ke Tol untuk aku ke Perkampungan Penulis Muda 2006
Cikgu berikan semangat untuk aku menulis sesuatu. Dalam bicaranya ada ilham.

Cikgu kata masa cuti, pergi stesen bas, bersajak di sini.. Yang ini aku tak boleh lupa sangat-sangat.
Cikgu pinjamkan komputer makmal bahasa untuk aku menaip esei yang memenangi tempat keempat sempena bertemakan budi bahasa.
Ekonomi antara subjek yang aku cinta belajar sebab tertarik dengan cara mengajarnya. Teringat ujian pertama aku mendapat 100%. hm.. cikgu Zaini..
Setiap pagi aku akan perhati kereta cikgu. Sudah datang atau belum. Kereta Mercedez atau Wira hitam yang hitam.. Dulu aku ingat nombor pendaftarannya. Sekarang dah lupa..Nombor telefon pun sudah separuh ingat.
Cikgulah yang menghantar aku ke kuiz KOMSAS dan menunggu hingga selesai. Walaupun kalah, kenangan dengan cikgu ada.
Cikgu yang menganjurkan aku baca buku Minda Melayu dan The Art of The War.

Cikgu, saya rindu mendengar kata-kata cikgu. Jika suatu hari novel yang saya hasilkan sudha di tangan, tentu saya dedikasikan untuk cikgu yang sentiasa ada dalam hati saya...

Terima kasih cikgu..

jamilahcakapsikit: Tiba-tiba sangat rindukan cikgu Mat Zaini Abdullah yang istimewa di mata Jamilah..

Ujian itu Memang Milik Kita




Ujian + Sabar = Redha
Ini sebuah catatan untuk merefleksi diri. Sebuah coretan yang mengikut aliran jemari. Aku mahu berbicara dengan diri sendiri lewat dinihari ini. Bersediakah aku menghadapi ujian Ilahi yang diperuntukkan dengan diri.

Ujian. Tribulasi. Mehnah. Semuanya membawa satu erti. Allah tidak memberikan ujian yang tidak terdaya ditanggung diri. Maka, kamu akan tahu jauh atau dekatnya dirimu dengan Allah apabila sedang diuji. Memang! Ketika diujilah kita akan sedar yang Allah sebenarnya sangat dekat dengan diri dan membantu kita menghadapi ujian itu. Bagaimana kita tidak sabar menghadapi ujian?

Mungkin ada yang beranggapan jika mereka tidak diuji, maka Allah tidak ingat akan dia. Astagfirullah... Sedarlah yang tidak diuji dengan kesusahan, kesakitan, rasa sibuk hingga tiada masa, itu juga satu ujian. Allah mengujimu tentang masa. Diberinya kelapangan supaya dilihat bagaimana kita memanfaatkan masa. Diberikannya sihat supaya kita kuat untuk beribadat. Dikurniakan kita kesenangan supaya kita membantu orang.

Kita selalu dengar orang berkata: "Allah tidak sesuatu melainkan yang mampu ditanggung."  Benar! Biarlah sesakit mana, sesusah mana, sesedih mana ujian yang melanda adalah perkara yang kena dengan diri kita. Kerana itulah Allah menganjurkan kita untuk meminta kepada-Nya supaya diberikan kekuatan.

"Allah, jauhkan kami daripada rasa lemah, malas, bakhil, resah gelisah, hutang.."

Setiap hari kita berdoa dengan doa-doa yang memohon diberi kekuatan menghadapi ujian. Maka, bersabarlah walau apa yang terjadi kerana dalam setiap kesusahan diiringi kesenangan..

Kita hilang duit RM50, Allah ganti dengan RM100.

Kita sakit, Allah berikan kita rasa berharganya sebuah kesihatan.

Allah, sesungguhnya ujian apa pun yang Engkau turunkan sememangnya milik aku. Adakah aku bersyukur dengan isyarat kasih sayangmu.. Jangan sesekali mengeluh wahai diri... Kerana ia hanya mengurangkan kekuatan untuk melawan ujian. Benar syaitan akan mengejar daripada segenap jihat, namun berusahalah kita, bermujahadahlah wahai diri untuk melaluinya...

Subhanallah.... Setelah ujian itu dilalui, kerana dekatnya Allah dengan hamba. Sayangnya Allah pada kita..

Alhamdulillah.

Monolog: Jamilah Mohd Norddin
28-8-2010 @ Qamar Cantik 1-1
~Allah, cantiknya aturan-Mu~

27 August 2010

Geng Bilik Bacaan (GBB) SMKAB: Catatan Akak Feliz...

Tadi aku sengaja menggoogle kata 'villa igauan' dan aku bertemu dengan blog akak feliz yang rupa-rupanya bercerita tentang kenangan GBB.. Maafkan akak feliz, lama tak jenguk blog kamu..

Akak Feliz atau nama asalnya Saadiah turut berkongsi pengalaman kami sebagai ahli bilik bacaan.. Masih ingat tentang Geng Bilik Bacaan.Boleh membacanya kembali dengan mengetik di sini. Catatan Kak Feliz boleh dibaca di sini..

Serius aku jadi makin  rindu dengan mar, mas, Saadiah, Alang, Liyana.. Semuanya.. Seronok sangat andai kita berpeluang bertemu dalam satu liqa' yang sangat manis. Siapakah yang mahu buat nasi minyak dahulu? Kita berkumpul di sana.... Kenangan kami ada kalanya muncul tanpa dipinta satu demi satu. Tingkap kenangan yang terkuak menjadikan aku kerinduan.. Senyum sendiri terkenang memori kita.. Ingin aku nukil, tidak satu kata keluar. Insya Allah, jika ilham itu datang dna mendesak, aku catatkan sedikit demi sedikit kisah kami.. Kenangan GBB..

"HU...
baru sahaja sebentar tadi akak feliz terbaca satu entry dari kawan akak feliz yang sangat rapat. Dia juga seorang blogger yang penulisannya sangat cantik dan santai. Seronok akak feliz baca entry dia.
Dalam entry GBB SMKAB(GENG BILIK BACAAN) tu, terkenanglah zaman akak feliz dengan blogger villa igauan ni masa kami sekolah dulu. Dalam kumpulan tu ada 6 orang, akak feliz, villa igauan, marziah cikgu seni, mastura cikgu tadika, liyana cikgu KH dan Alang orang ekonomi. Banyak la kenangan yang telah berlaku dalam bilik bacaan asrama tu. Kena tegur dengan ustaz sebab buat bilik bacaan macam tempat tidur.... Hik! Malu pulak bila fikir-fikir balik. Dalam bilik tu juga kami bergurau senda... baca buku sambil tidur..... Terbongkang bergelimpangan di atas lantai atau pun di atas kerusi... Kesimpulannya, macam-macam la kami buat!" -Akak Feliz

Boleh menjenguk ke blog Akak Feliz sekarang!

MEMANDANG MEREKA....




Pemuda perlukan tangan yang menghulur didikan.
Dalam kehidupan kita sebagai manusia ada ruang-ruang kosong yang perlu diisi dan dipenuhi. Lapangan kerja, media elektronik, media massa, hiburan dan semua bidang yang ada perlu diisi dengan sesuatu.

Betapa peranan orang Barat untuk menakluk penduduk timur bukannya lagi dengan menggunakan kekerasan, tetapi menyucuk jarum-jarum halus termasuklah hiburan. Mereka menyasarkan golongan muda belia untuk disuntik dengan virus hiburan tanpa batas. Lihatlah betapa berjayanya mereka apabila anak muda sekarang dan muzik seakan dua entiti yang tidak dapat dipisahkan.

Baik! Kita tidak boleh salahkan muzik kerana muzik itu bermanfaat jika membawa kita dekat dengan Allah. Bagaimana orang dulu menggunakan muzik sebagai cara untuk dekat dengan Allah? Sebagaimana yang boleh dibaca dalam Advencer si Peniup Ney oleh Faisal Teharani...

Peranan mereka yang tidak memahami hubungan muzik dan cara mendekatkan diri kepada Allah, menjauhkan jarak muzik dengan umat Islam. Ada golongan pandai agama menolak kehadiran muzik. Ini menjadikan jarak muzik yang baik dengan kita makin jauh.

Lihatlah bagaimana Barat menggunakan lompong ini dengan menyediakan muzik-muzik yang menyesat lagi melalaikan. Muzik yang menjadikan kita lagha dan tidak ingat Allah. Tergeleng-geleng, terangguk-angguk mengikut alunan muzik.. malah terkinja-terkinja menari.. Astagfirullah...

Di manakah golongan yang memahami agama? Mereka tidak boleh menolak muzik secara total kerana anak muda mendambakan itu. Satu solusi berupa muzik seperti nasyid yang memberi pengajaran, alunan selawat dan sebagainya boleh mengisi kekosongan itu. Jika kita hanya berkata ini tidak boleh, itu haram, ini jijik tanpa menyediakan solusi tidak memberi makna. Anak muda itu senang berubah dan berminat dengan sesuatu yang dekat dengan jiwanya...

Kita lihat pula dalam aspek media. Tidak kiralah media elektronik mahupun media massa. Lambakan majalah-majalah menceritakan kehidupan artis lebih menjadi pilihan golongan muda. Bagaimana mahu mendekatkan mereka dengan majalah yang lebih islami? Tentulah majalah itu tidak sekadar memuatkan fakta hitam putih dan berjela. Anak muda itu lebih sukakan pengisian bercerita, santai dan senang diterima akal mereka. Jangan asyik menghentam namun mendidik.

Idola. Model. Siapakah model anak-anak kita? Rata-ratanya artis, pelakon, artis barat, ahli sukan.. Di manakah kedudukan para tok guru, golongan agama, dalam jiwa mereka. Mereka akan dekat dengan seseorang yang dekat dengan mereka. Para pendakwah perlu tahu dan cakna dengan uslub untuk mendekati golongan ini. Kadang mereka malu. Tetapi mereka mahu. Mahu berubah, namun takut diperli kawan.Mereka perlukan seseorang yang dapat membimbing sebenarnya...

Wahai yang memahami agama dan belajar dalam bidang agama. Kalianlah yang akan mengisi kekosongan tidak kira dalam media, penerbitan, penulisan, politiik, sosial dan sebagainya. Jika kalian diam, ada golongan lain yang akan mengisinya dengan perkara lain.

Titik..

Mengetik mengikut alur jemari.... Hanya tahu bicara di sini, apa sudha kau laku wahai diri?

26 August 2010

ISTIMEWA: TERIMA KASIH ATAS INGATAN KALIAN>>>

Buat yang menghantar mesej di Facebook, sms, dan menghantar pesanan di blog ini, terima kasih saya ucapkan.. Semoga Allah merahmati kalian dengan doa-doa yang disampaikan. Jua semoga doa itu termakbuk untuk diri kalian juga.. Dimurahkan rezeki, dilanjutkan usia dalam iman, Islam dan teguh pada jalan yang Satu.. 

Hari lahir yang manis dengan pertemuan berulang dengan Marziah.. Allah , Engkau Maha Mengetahui.. =)





Terima kasih buat semua yang ingat.. Terharu sangat-sangat.. Sesungguhnya hadiah yang paling berharga ialah persahabatan kita. Semoga Allah redha. =)




Hadiah yang bernilai seumur usia. Terima kasih Ainul dengan pemberian yang manis.. =) Ainul memang cool!




Tersenyum aku melihat kekreatifan Ainul Salasiah ini.. Dilekatkan ucapan-ucapan yang membuatkan aku senyum sendiri. =)




Malam yang manis: Ramadhan, malam Jumaat, sebelum hujan, terima kasih kak husni, Habibah dan Rokiah menanti 12 tengah malam dan menyediakan tiramisu yang sedap itu.. =)









Buku biru dan hijau untuk diri sendiri. Beg daripada Rokiah.. Oppss... aku terdengar perbualannya petang itu tetapi bersikap selamba.. haha.. T-shirt oren daripada Habibah.. =) Terima kasih kalian.




Jumaat itu kami ke Masji Jamek dan Kak Husni menghadiahkan aku ini.. =) Syukran ya Ukhti.. Smeoga rantaian ini kekal dan ukhti mendapat sahamnya.. =)





24-8-2010: Aku sengaja memeriksa kotak surat di Mahalah. Oh.. ada surat untuk Jamilah.. Kejutan yang manis daripada Mastura.. Tersenyum aku hingga ke telinga.. =) Terharu sangat-sangat dengan ingatan dia. Patutlah meminta alamat mahalah aku, ada surat pada hari lahir rupanya.. =)





Isi dalam yang aku sangat suka sampai terasa lenguh urat senyum.. hehe.



kkIni pemberian istimewa Kak Ema: Roomate aku dahulu.. Aku suka.. Cantik dan berwarna biru.. 









Durrah Nur Aqilah: Ketakutan-ketakutan Aku

Ada masa aku terlalu asyik dengan gumpalan awan cita yang aku bina dalam kepala hinggakan aku terlupa yang aku masih berpijak di bumi hijau. Aku melihat awan biru itu sangat cantik dan bermacam-macam corak hingga aku tidak teringat yang rumput itu mendamaikan hati  jika aku pandang di pagi hari..

Adakah aku yang terlalu memandang awan yang jauh itu???

Kalau disebut tentang mimpi aku juara. Bercakap tentang cita-cita aku boleh masuk sama. Namun apabila diminta untuk dikota apa yang dikata aku hanya mampu mendiam seribu bahasa tanpa satu suara yang hadir dalam diri..

Aku terkelu sendiri....

Bagaimana aku mahu memperkatakan sesuatu yang aku tidak lakukan? Mungkin di sinilah letaknya ketakutan aku kerana aku sebenarnya takut apabila aku sering berbicara tentang sesuatu yang tidak aku lakukan..

Pastinya Allah akan menguji dengan apa yang kita lakukan.. Supaya kita dapat rasakan apa yang kita lakukan, Biar dapat kita letakkan kaki kita dalam sesuatu situasi itu. Hanya bercakap sahaja, kanak-kanak juga mampu lakukan, namun untuk dikota, hanya segelintir yang berjaya...


JANJI.
Sampai satu ketika aku takut membuat janji. Aku sangat takut banyak sangat berjanji kerana aku sudah banyak memungkiri janji..

Aku kata itu, kata ini, akhirnya lain yang aku lakukan..

Tetapi kalau tidak berjanji seakan tidak memberi harapan..

Ya, sebelum meletak harapan perlu sedar akan kemampuan diri..

Jangan terasa nak panjat pokok kelapa kalau tidak mampu.. Hm...

KATA-KATA YANG AKU UCAPKAN
Aku kadang-kadang ketika emosi tengah memberontak untuk bercakap, keluarlah segala cerita.. Kadang termasuklah cerita-cerita manusia lain..,

Bukankah itu seperti memakan daging saudara aku sendiri???

Wahai diri.. sedarlah.. jangan asyik membuka aib orang jika kamu tidak mahu aib sendiri terbuka.. Ada perkara yang perlu disimpan daripada didedahkan.. Segala percakapan dan tulisan akan dinilai di hari pembalasan.. Astagfirullah...

25 August 2010

Pelajaran Tentang Cinta

Aku tidak berhasrat untuk bercerita panjang tentang cinta namun terasa rugi apabila tidak berkongsi ilmu yang aku dapat pada hari ini.. Memang hati sudah terpaut pada pelajaran yang disampaikan yang biarpun  tiada dalam silibus, ia berguna dalam kehidupan sehari-hari.. Ada baiknya juga saya berkongsi kisah begini daripada asyik mencoret kisah peribadi. Titik. Kembali kepada tajuk.

Ustaz berkongsi kata-kata yang mahu aku tampal di sini.
"Beautiful in the eyes of the holder."
"Cinta itu buta."

Mungkin kita akan tersenyum mendengar perkataan cinta. Ya, cinta boleh menggerakkan seseorang untuk berusaha hingga berjaya. Berkorban apa sahaja dan bersemangat melakukan apa sahaja. Aku tidak pernah menafikan kuasa cinta yang mana mereka yang mengalaminya akan tahu manisnya cinta.

Jangan sempitkan pemikiran dengan cinta muluk lelaki dan wanita yang bercinta tanpa batas. Namun luaskanlah pandangan hingga nampak betapa cinta meliputi rasa kasih kita kepada Allah, Rasulullah, para sahabat, ulama', ibu bapa, sahabat dan semuanya. Kerana cinta kita tidak akan berkira dengan orang yang kita cinta. Sentiasa mahu berada dekat dengan dia..

Aku ingin berkongsi sedikit yang aku tahu tentang bagaimana mahu menyemai cinta kita kepada Rasulullah sedangkan kita belum pernah bersua dengan baginda. Mungkin ada yang pernah melawat makam baginda, itu satu anugerah.. Bagi kita, kenalilah Rasulullah dan semailah cinta dengan membaca sirah baginda dan mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan kita. Jika kita tidak boleh lakukan semua jangan tinggalkan semua.. Aku percaya jika kita menghadam sirah baginda, makin terasa tebal cinta kita kepada Kekasih Allah ini.. Subhanallah.

Bagaimana sebuah cerita yang kita mafhum, Laila Majnun.. Cinta antara Qaisy dan Laila yang terpisah apabila Lailah berkahwin dengan amir. Qaisy membawa diri ke hujung kota. Sedang dalam masa yang sama Laila juga menderita.

Maka, Amir bertanya kepada Laila akan hal itu dan bersedia untuk menceraikan Laila jika Qaisy di bawa kepada baginda.

Apabila dibawa dan amir melihat keadaan Qaisy yang kurus, dan cengkung dia berkata kepada Laila,

"Inikah lelaki yang kamu cintai itu?"

Apa kata Laila? "Lihatlah dengan pandangan aku dan bukannya dengan pandangan Tuanku."

Magisnya kuasa cinta.. Begitulah cinta perlu disemai dalam setiap langkah kita... Kalau kita tidak cinta dengan subjek yang dipelajari, tidak mungkin kita akan membuatnya dengan bersungguh-sungguh, nmaun dengan cinta.. Biarlah sesusah mana kita akan berusaha...

Titik.

Semoga cinta menggerakkan aku untuk berusaha.. Cinta untuk melihat ayah tersenyum pada hari Konvokesyen pada 2013.. Amin....

*Tulisan ini sudah ditambah dan dikurangkan.. idea asal ialah pelajaran ustaz Adli hari ini tentang cinta...

24 August 2010

TAK TAHAN

Aku tidak dapat menahan nafsu untuk memiliki buku-buku baru lagi. bukannya tidak sedar yang yuran belum dilunasi, namun degil apabila wang ada di tangan hari ini.. Dua hari.. Ada lima buku aku tangkap di booth DAWAMA. Belum termasuk esok. hmmm.. Tidak dapat puasa buku..Walaupun tidak tahu bila nak dibaca...

Aku tak dapat melawan keinginan diri yang suka membeli buku.

sob! sob! sob!

Aku spesis manusia yang suka beli buku untuk dibaca berbanding pinjam.. Puas walaupun baca hanya sekali. Kerana aku sedar ini dapat aku tinggalkan apabila aku mati kelak.. Bukan kereta, bukan rumah, bukan wang, bukan harta.. Buku yang aku beli untuk kita semua...

Hm.. bilalah buku akan melepasi

AIR SOYA + NASI KERABU

Ini cerita yang tiada motif,
Cerita seorang manusia yang makan ikut suka diri,
Padahnya....

****

Tarikh Kejadian: 23-8-2010
Masa Kejadian: Maghrib-Lepas solat Tarawih

SERIK!

Selepas ini aku akan setia membeli makanan di CAFE SAFIYYAH dan bukannya di Bazar Ramadhan.Kejadian yang terjadi ini terasa menginsafkan diri. Sob! Sob! Salah sendiri yang suka-suki iftor dengan sesuatu yang aku tidak biasa, maka natijah...

Tanggunglah sepanjang malam...

Aku dan diri sendiri ke bazar semalam untuk mencari juadah iftor dan memilih sebungkus soya panas dan sebungkus nasi kerabu. Terasa sedap dan teringin untuk makan.

Maka, aku hanya minum air terlebih dahulu dan solat Maghrib.. sebelum menjamah makanan yang dibeli.

Minum air dahulu. Habiskan sebungkus soya panas yang sudah sejuk. Kemudian mula memakan nasi kerabu. Makan sesuap. Rasa lain di tekak. Suap kedua, ketiga, ketiga.. aku paksakan diri untuk menyudahkan hingga suapan terakhir.

Ketika berjalan untuk ke bilik air untuk membasuh tangan, tekak terasa kembang.. Huh! Adakah kerana percampuran nasi kerabu dan air soya yang aku lakukan tadi..

LOYA!!!

Huh! Malangnya tidak apa yang mahu keluar walaupun aku memaksanya untuk keluar. Mengalir air mata pun tidak ada yang mahu meninggalkan tekak.Buat tidak tahu sahaja. Ke masjid juga kerana sudah berjanji dengan kawan kakak untuk mengambil bukunya daripada beliau.

Tetapi memang hebat penangan nasi kerabu -air soya yang aku jamah semalam.. huhu...

SERIK aku dibuatnya.. Mungkin sistem penghadaman terkejut dengan apa yang aku masukkan hingga dia meronta untuk menendangnya kembali. hm..

Titik.

Cerita tiada motif...

23 August 2010

Jika Terakhir Buatku~Saujana~

Jika Terakhir Buatku
Artis: Saujana
Album: Nota Cinta

oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
mencintai yang lain lebih dariMu
*Inilah kadang-kadang realiti kita. Kerana terlalu asyik dengan nikmat yang Allah beri, kita lupa menyerahkan cinta kepada yang sepatutnya. Diberikan rasa cinta itu kepada yang bukan miliknya. Layakkah kita bergelar hamba? Apakah yang sudah kita lakukan dengan status kita sebagai khalifah. Sekadar duduk sahajakah? Hanya memerhati di celah-celah dinding? Allahurabbi.. Kamu terlalu mencintai yang bukan sepatutnya.Kita mahu mencari kebenaran namun tidak kita temukan jalan pulang. Sedih di hati padamkanlah dengan rasa rindu untuk beribadah kepadanya.. Ketahuilah yang kehidupan seorang Muslim itu ibadah selagi benar niatnya.
oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara
Kala hidayah menyapa, kita enak sujud di tikar sejadah bersama deraian air mata penuh keinsafan. Tidak mustahil hidayah itu kembali menjauh apabila kita melupakan Allah. Sesungguhnya ALlah dekat dengan yang meminta kepada-Nya. Dia mendekati kita dengan kadar kita bergerak kepada-Nya. Adakah aku sudah berbuat sesuatu untuk mendekatkan diri dengan Allah? Diri terlalu asyik dengan kerja dunia hingga tidak sedar hidayah makin jauh daripada diri.. Allah....
hari ini ku bimbangi
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas
dan sujud mengabdi
padaMu oh Tuhan

berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
hanya padaMu Tuhan
Aku suka bahagian ini... Mendengarnya banyak kali bisa mengalirkan air mata... Adakah hidayah yang Allah pinjamkan selamanya akan jadi milik kita? Ilham yang Allah pinjamkan akan selamanya kita miliki? Kekuatan yang Allah pinjamkan tidak selamanya kekal... Apakah jika nyawa aku takat ini aku menjadi seseorang yang bersedia menghadap Ilahi.. Ya Allah jauhkan aku daripada penyakit al-Wahn: cinta dunia dan takut mati. Sesungguhnya mati itu kerehatan bagi yang beriman dan seksaan bagi insan berdosa....

oh Tuhan berikan daku petunjukMu
untukku meniti ke jalan redhaMu
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
taubat nasuha setulus untukMu
oh tuhan...

hanya kasihMu Tuhan
ampunanMu ku damba
Allah, semoga hidayah-Mu milikku, sahabat-sahabatku, ahli keluargaku, insan yang menyayangiku, mereka yang membaca entri ini, sahabat mayaku dan semua umat Islam. Semoga hidayah Allah milik kita semua.. Allahuakbar...
Lagu:Putra Aiman/Mustaqim
Lirik: Putra Aiman/Mustaqim

*kredit lirik di sini.

Durrah Nur Aqilah: Suatu Masa Bernama Hari Konvokesyen




Dapatkah kita melalui hari konvokesyen bersama-sama????

" Hari itu kamu semua segak dalam jubah konvokesyen. Kamu sama-sama beratur dalam CAC untuk menerima skrol yang menandakan tamatnya ijazah kamu dalam bidang masing-masing. Kemudian kamu bergambar bersama-sama. Bersama bunga di tangan... Dengan jemari yang sudah bersalut cincin permata.. Ah,kamu dapat graduasi bersama-sama hari itu. Itulah saat terindah dalam hidup kalian. Kamu bersenda gurau, saling mengusik yang menambah bahagia. Kamu jadi terlupa, ada seseorang yang tiada di tepi kamu semua. Ketawa terhenti. Senyuman tak jadi. Kamu teringat pada dia yang tiada. Rancangan untuk bergambar di tangga besar kamu batalkan...Rupanya hari itu aku sudah tiada di sisi kamu.. Aku terbang terbang jauh.... JAUHHHH....."
***
Aku percaya bagi yang bernama pelajar menantikan saat indah bernama hari konvokesyen ini. Siapakah yang hanya mahu belajar tanpa melalui hari ini? Mungkin ini semester terakhir, mungkin juga ini semester pertama bagi kamu. Tetapi tetap termasuk dalam matlamat belajar untuk melalui hari graduasi bersama-sama teman-teman seangkatan.

"Adakah kita semua akan grad sama-sama?"

Mungkin ya, dan tidak mustahil tidak. Mungkin kala itu aku tiada lagi bersama-sama kalian kerana aku tidak menamatkan pengajian tidak kiralah atas alasan apa sekalipun. Mungkin kita tidak dapat graduasi sama-sama kerana aku sudah terbang ke mana-mana dan tiada lagi di sini. Siapa tahu kita tidak dapat bersama-sama bergambar ketika hari konvokesyen kerana aku bukan di dunia lagi...

Aku tidak mahu berjanji untuk grad bersama-sama dalam keadaan aku hari ini. Diri yang tenggelam timbul, dengan subjek yang masih banyak untuk dilunasi, dapatkah aku graduasi bersama-sama kalian. Kerana itu aku senyap ketika kalian berkata:

"Kita grad bersama-sama."

Entah kenapa aku rasakan frasa itu seperti sebuah peluru hidup yang tepat kena pada dada yang menjadikannya berdarah. Pedih dan sakit peluru itu mampukah ia sembuah atau akan terus berdarah? Aku mahu, aku ingin, namun aku tidak pasti dapatkah kita grad sama-sama.

Mengapakah aku menulis tentang ini? Entahlah, aku hanya mahu mengingatkan diri yang aku belum pasti akan graduasi. Berapa ramai yang meninggal dunia tanpa sempat graduasi. Tanpa sempat peperiksaan terakhir? Tanpa dapat menghabiskan Ramadhan ini...

Titik.

Cerpen: Graduasi

Mira terduduk. Khabar apakah lagi yang dibawa sahabatnya ini. Berulang kali mengulang perkara yang sama. Mira jadi sesak dada. Bagaimana akan dipujuk sahabatnya yang seorang ini. Mira mahu Sumayyah graduasi bersama-samanya tiga tahun lagi. Namun mengapa khabar itu lagi yang didengarnya.

"Mira, aku nak berhenti belajar. Muktamad."
Terkelu. Mira mengucap dalam hati. Perasaan apakah yang sedang bermain dalam jiwa Sumayyah. Manakah Sumayyah yang dia kenal dahulu? Sumayyah yang tidak mengenal erti putus asa dan hanya tahu erti berusaha walaupun berulang kali gagal mendatangi diri. Di manakah Sumayyah yang tekal melalui segala masalah yang datang bagaikan air yang mengalir dari bukit tinggi tanpa henti. Inikah Sumayyah yang dahulu.

"Tetapi atas alasan apa?"
Mira bertanya soalan yang terfikir di minda, Hanya itu yang mahu dia tahu. Sumayyah! Sumayyah! Badai apakah yang melanda jiwanya hinggakan keputusan yang sangat tidak bijak itulah yang mahu diambil.

"Aku cuma bosan. Jemu menjadi pelajar. Aku mahu bebas. Menjadi diri aku sendiri yang tidak terikat dengan silibus, pensyarah, kerja khusus.. Semuanya.. Aku penat, Mira. Melayan hati, melayan orang sekeliling. Aku hanya mahu berhenti. Titik."

Suara Sumayyah penuh emosi. Aku kenal nada suara itu. Lantunan kata-kata yang terkandung kekecewaan. Apakah sebenarnya yang berlaku? Sudah lima tahun kami kenal dan hanya ada dua semester sebelum graduasi. Apakah yang dapat dibantu untuk mengembalikan semangat Sumayya? Mira tahu, tidak cukup hanya dengan berdoa.

Tidak menunggu balasan Mira, Sumayyah bangkit dengan wajah keruh. Tiada senyuman seperti selalu. Tiada salam dan pelukan. Mira seakan merasakan yang Sumayyah akan makin jauh. Entah jauh dalam dunia realiti atau semakin menjauhi hati. Namun Mira tekad, Sumayyah perlu menghadiri majlis konvokesyen bersama-samanya.

***
 Setelah dua tahun.
Hari graduasi UIAM.

Air mata Mira menitis bercampur ria dan duka yang tidak dapat disembunyikan lagi.Rupa-rupanya Sumayyah menyimpan rahsia besar selama ini. Rahsia tentang diri sendiri yang menyebabkan dia mengundur diri daripada alam pelajaran. Walaupun sedih yang teramat, Mira hanya mampu berdoa agar Allah terus memberikan kebagiaan buat sahabatnya, Sumayyah.. 

p/s: Adakah aku juga sempat graduasi bersama-sama mereka? Andainya aku tiada pada hari itu, hanya kalungan tahniah dapat aku sampaikan daripada jauh.......

Tidak Boleh Berhenti..

Lagi rancak aku kata aku mahu menutup blog a.k.a diari ini makin banyak kata yang mahu aku luahkan. Makin aku brsemangat untuk mengemaskini cerita-cerita baru, terasa kosong diri dan hanya terkaku di depan lappy, kadang tanpa walau sebaris kata.

Yang, penting aku tidak dapat berhenti daripada meluah kata pada blog ini... Benarlah blog ini kisah peribadi, namun aku tetap mahu menukil supaya dapat aku baca suatu hari nanti. Semoga perkongsian aku di sini ada juga yang akan dijadikan perkongsian bagi yang membaca..

Memang berkali-kali aku tutup,tukar url, namun aku tetap kembali.. Blog ini ada makna sendiri.. Ada cerita yan terluah yang tidak mampu aku ucap dengan mulut sendiri.. Blog ini tempat latihan aku menulis supaya tangan tidak kaku...

Kisah-kisah aku mungkin hanya biasa.. Tiada tazkirah menyentuh hati, tiada kata semangat meningkat motivasi, hanya kisah seorang yang bernama Jamilah.. Apa yang aku tulis itulah yang aku maksudkan.. Apa yang aku nukil, itulah perasaan.. Walau kerap aku menafikan...

Titik...

jamilahkomen: Akan terus juga menulis di sini lantaran aku sedar aku tidak boleh berhenti selagi denyut nadi belum terhenti...

22 August 2010

BANGKITLAH WAHAI DIRI!!!

Manusia boleh memotivasikan diri sendiri kerana dialah yang paling dekat selain Allah yang sentiasa memerhati. Jamilah, bersyukurkah kamu jika kamu sekadar membiarkan sedikit pinjaman ilham kepadamu sekadar terapung-apung di udara tanpa kamu bebaskan ia terbang dan hinggap di hati-hati manusia yang membaca. Kamu jangan asyik berkata.
"Ah, aku tak pandai berkata-kata."
"Em... aku ini manusia kecil cuma."

Jamilah, ketahuilah yang mana kehadiranmu ke dunia ini akan dipersoalkan segala apa yang kamu lakukan termasuklah akan hal ilham yang Allah pinjamkan itu? Mengapakah kamu tidak sebarkan kepada orang lain? Adakah kamu sudah lakukan bahagian kamu?

Kata kamu mahu jadi penulis, Jamilah. Sedang aku hanya pandai mengatur kata menjadi puisi yang kadang hanya luahan hati dan mungkin tidak jadi. Ketahuilah kamu perlu rasa beruntung kerana Allah pinjamkan ilham itu. Berpa ramai yang berkata mereka tidak mampu menulis walaupun pandai berbicara. Berapa ramai yang mahu jadi penulis namun Allah tidak pinjamnkan kekuatan dan ilham kepadanya.

"Semangat tidak mati. Hanya kelihatan begini apabila terhenti."

Jamilah, bangkit! Bangkit! Bangkit!

Usiamu bukan makin panjang. Sebarkan ilmu juga mendapat pahala selagi kamu sebarkan perkara yang baik.. Menulislah kerana Allah dan mencoret sesuatu yang mendidik masyarakat. Sekali kamu ditolak, sepuluh kali kamu perlu memberi...

BERSEMANGAT!! Kata kamu nak jadi penulis!!!

Sekian.

Salam sayang.
Lu'luah nur jamilah
~Pemilik Rumah Puisi.~
22-08-2010

21 August 2010

Ditembak di Hati.

Masa Kejadian: 1141-12.00
Tempat: e-mel yahoo, dalam hati.
Tarikh: 21-08-2010

Aku petik perbualan aku dengan Sayyidah Muizzah Ahmad syukri a.k.a kak eja yang merupakan pelajar Law IIUM dan seorang penulis yang sudah menghasilkan novel ketika berusia 21 tahun..

Terasa ditembak di kepala.. Pedih dan kena.. Sekadar berkongsi dengan kalian..

Kak Eja: penulisan kamu bagaimana?
Aku: dah lama tidak menulis le akak..dan lama tidak menghantar ke mana..
kak eja:menulislah dik...walaupun sedikit..ilmu yang ada harus disebarkan biar memanfaatkan masyarakat.. kasihan masyarakat kita dik...

Aku: Akak... terima kasih atas nasihat yang sangat-sangat-sangat bermakna tu.. sekarang hanya menulis di blog sahaja. untuk menghasilkan sebuah cerpen pun tidak lepas..

kak eja :Kalau sebuah cerpen tidak lepas, puisi pasti lepas. menulis di blog juga bagus.tapi jika boleh diperluaskan skopnya lebih baik.akak yakin kamu boleh buat...

Aku: Sudah hilang kekuatan nak menembusi majalah seperti dulu-dulu..Tetapi siapa tahu setelah 'ditembak' penghuluwati akan kembali semangat itu..Insya Allah.

kak eja: hahaha..akak tidak berniat menembak kamu dik..cuma masyarakat memerlukan kamu dan ilmu kamu
menyebarkan ilmu itu kan pahala juga namanya... kekuatan itu tidak pernah hilang dik...yang jadikan ia seakan hilang adalah apabila kita berhenti.peluh tidak akan merembes kalau kita duduk-duduk saja.

Hakikatnya hanya malas yang menyebabkan karya aku tidak berjalan dan aku tidak menembusi mana-mana majalah lagi.. Semangat boleh dibaja, malas yang perlu dibanteras dulu.. Insya Allah.

Menulislah kerana Allah.. Selamat berkarya semula.

Tentang 20 Ogos...




Mati makin menjengah...
20 Ogos  yang hadir saban tahun aku biarkan berlalu seperti hari-hari lain..

Ia sama seperti tarikh yang lain, namun tanggal ini bertambah satu angka dalam jumlah tahun aku dihadirkan atas muka bumi ini... Aku tidak menyambut kelahiran dan ia bukan tradisi dalam keluarga aku untuk meraikan hari lahir sesiapa sahaja. Mungkin juga tidak ingat... Namun insya Allah aku ingat tarikh keramat ahli keluargaku ini...

Aku juga seronok jika hari ini seperti hari-hari lain, namun aku suka apabila mendapat tahu aku ada sahabat yang mana tarikh hari lahirnya juga 20 ogos.. Kemudian aku tahu seorang blogger yang sangat suka membaca, Kak Welma juga lahir tanggal 20 Ogos. Kemudian semalam aku terbaca dalam satu blog, tarikh lahir kawannya 20-ogos. Aku jadi seperti mahu kenal dengan mereka yang berkongsi tarikh pada 20 Ogos.. Apakah ada persamaan? Haha.. Berapa ramai orang yang dilahirkan pada 20-Ogos...

Sekolah rendah seingat aku aku tidak mengenal sambutan hari lahir atau apa-apa sahaja yang berkaitan... Hanya ketika di sekolah menengah, setiap pelajar diraikan hari lahir mereka.. Selalunya dikumpulkan untuk tiga bulan kemudian sama-sama menyambutnya di dewan makan.. Di sini, aku mula mengenal hadiah hari lahir dan mengingat hari lahir teman-teman rapat... Sekadar ingat namun tidak pula menghulur hadiah.. Aku ingat, Mastura, Marziah, Liyana.. Mereka pernah berikan hadiah sapu tangan, buku dan istimewanya lukisan yang dilukis sendiri.. Sangat hargainya.,.. Hm.. itu sahaja yang mampu aku ingat...

Masuk matrik suasana berubah.. Aku belajar dan diajak menyambut hari kelahiran teman-teman. Aku sertai hanya sekali walaupun ada banyak sesi.. Aku kaku dan tidak reti menggembirakan hati orang.. Bagaimana aku nak sertai.. Aku takut aku termasam dan dia terasa hati.. Aku diam dan mereka tidak senang diri.. Hanya yang terakhir sebelum kami menyertai Gombak aku sertai mereka.. Aku suka melihat senyum sahabat, namun aku sentiasa takut dengan bayang sendiri. Khuatir dengan kehadiran diri akan ada yang tidak kena nanti..

Aku ingat ketika kalian bersusah payah menyambut hari lahir aku dan sarah.. Hm... Maaflah jika aku seperti hambar. Ya, aku memang tidak pandai nak menzahirkan perasaan suka dan terharu. Aku hanya jadi diam dan tunduk tanpa kata... Ah..

Terima kasih juga kepada yang membelikan aku hadiah.. Aku tidak pernah mengharapkan apa-apa hadiah kerana penerimaan kalian atas diri ini adalah kurniaan yang sangat bernilai.. Tidak dapat aku bayar dengan wang ringgit, pemberian apa sahaja... Malu rasanya apabila kalian ingat hari itu, sedangkan aku biarkan hari bermakna kalian begitu sahaja... Sahabat apakah aku ini???

Malam itu, maafkan aku.... Tetapi aku akan ingat memori itu dan rakam dalam hati walaupun tidak semua aku ingat... Doa kalian, ucapan yang manis terutamanya yang mahukan aku sentiasa tersenyum dan tidak menyendiri.. (hmm, kalau bukan meyendiri itu maknanya hilanglah seorang jamilah...) Maafkan aku jika wajah masam aku menggusarkan kalian... Mungkin kerana itu kadang aku mahu melarikan diri supaya kamu tidak terasa dengan diri ini.... Biarkan hanya aku yang melayan permainan dalam diri.. Hujan yang turun beberapa minit usai doa... malam jumaat yang hening dan sejuk... kesudian kalian berjaga walaupun ada peperiksaan... Menyediakan kek Tiramisu yang lazat... semuanya...  Aku hargai dan berdoa Allah bahagiakan kalian dunia Akhirat...


p/s: Terima kasih atas segalanya. Hehe.. Panjang aku merepek pagi ini.. Aku mahu terus menulis apa yang mahu aku cakapkan kerana aku mula sedar perasaan lebih berat apabila bercakap kerana hati mudah merenyai dan ayat tidak tersusun kala aku berbicara... Biarlah kalian hanya baca apa yang aku rapukan..

21-8-2010
1124
Qamar Cinta Jamilah

Cakap-Cakap Pagi Tentang Buku...

Aku suka membeli buku atau majalah. Walaupun aku hanya baca satu muka, saya puas apabil buku makin bertambah. Namun saya susah mahu membaca buku melainkan novel. Saya suka uslub bercerita walaupun saya tidak pandai bercerita. Saya suka melihat pengalaman orang untuk merefleks. diri sendiri. Saya sedikit tidak pandai membaca buku-buku serius...

Tetapi ustaz Adli menanam rasa mahu untuk menelaah karya-karya HAMKA. Seorang ulama' Nusantara yang turut menulis novel.. Kata ustaz, pada pandangan beliau, sasterawan sekarang belum menandingi keperibadian HAMKA. Syahsiah itu terbina seluruh hayat... Ingat itu.. Da HAMKA seorang sosok hebat.. Aku cuba untuk menelan ayat-ayat yang ditulis HAMKA walaupun baru baca satu muka, aku yang lena...

Untuk kerja Adab Arabi, aku memilih Ahmad Syauqi untuk dibuat kajian tentang syairnya.. Buku banyak namun belum mulakan apa lagi... Ah. mahu buat last minute jugakah?

Adab islami pula perlu buat perbandingan novel Faridah Hanum dan Zainab... Novel pun belum aku dapatkan lagi..

Hilal Asyraf dan Umairah Shafei mengenalkan saya dengan buku Amru Khalid. Maka, semalam aku dapatkan sebuah sebagai hadiah hari lahir.. haha, tahun ini aku hadiahkan buku untuk diri sendiri..Belum mula menghadam... moga bertemu sesuatu..

Bagi aku belilah buku walaupun tidak baca. Baca sedikit demi sedikit pun okey. Sebab aku pernah dengar orang kata apa yang kita baca hari ini mungkin bermanfaat lima atau sepuluh tahun kelak.. Jadi perlu membaca supaya tidak kosong kelak.. Subahanallah..

Buku itu teman paling rapat, dengan dengan jiwa. Kita dapat dengan apa yang kita cari.. Kita mahu tenang, tatap al-Quran, kita mahu pengalaman orang, baca novel, diari, travelog.. kita mahu belajar masak, ada banyak buku.. hm.. pendek kata kita dapat selautan ilmu dengan buku... jika kita mahu dan bergerak untuk itu.

titik..

itu sahaja,. Alhamdulillah, tercatat juga setelah semalaman hanya menatap skrin laptop tapa sebaris ayat...

20 August 2010

GBB SMKAB: Pertemuan tanpa dirancang

Aku masih ingat tahun lalu kita bertemu tanpa dirancang di Mydin Masjid Jamek. Lalu kamu serahkan kepada saya sehelai jubah yang sangat cantik..

Lalu, hari ini saya ingat kamu. Saya rindu kamu. Saya ke Masjid Jamek menemani Kak Husni.. Tanpa diduga kamu menegur..

Ah, rindunya kepada kamu..

Saya memakai baju yang kamu berikan hari ini..

Alhamdulillah, Allah temukan kita..

Terima kasih Allah...

p/s: terima kasih kak Husni dengan hadiah yang sangat bermakna itu. =)

Ainul, syukran Jazilan!!!

Tarikh berlaku: 19-8-2010
Masa: Selepas solat Asar
Lokasi berlakunya kejadian: Masjid SHAS, tingkat 3

Kamu mesej saya tanyakan masa terakhir kelas saya.. Katamu mahu bertemu saya sebentar... Saya membuat andaian sendiri, tetapi saya setuju sahaja apabila kamu kata mahu bertemu saya usai solat Asar...

Sampai di masjid, kamu ter'kantoi' dengan saya.. Saya lihat kamu seperti sedang membalut sesuatu... Hihihi... Saya berlalu seperti tidak nampak, Macam tidak tahu.

Solat Asar..

Okey..

Kamu hulurkan bungkusan.. Berbalut putih. Warna yang menggambarkan kesucian isinya.. Saya seperti dapat agak apa dia.. Kamu peluk saya.. Hati saya merenyai.. Kamu ucap selamat hari lahir.. Kamu doakan saya.. karya saya... terima kasih sahabat...

Balik bilik saya tidak sabar mahu buka... Lihat apa kau beri...

Allahuakbar!!!

Kamu beri sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Sesuatu yang tidak tertanding seisi dunia.. Kamu berikan aku senaskah al-Quran.. Subhanallah...

Semanis madu pemberian itu.. Seindah pelagi hati saya apabila membuka helaian yang kamu lekatkan ucapan teman dan sahabat.. Saya tersenyum melihat! Saya tersedu membaca!

Kreatiflah, kamu Ainull...

Allah, terima kasih berikan aku seorang Ainul Salasiah... Semoga pemberian yang bermanfaat ini memberi saham buat diri beliau juga...

Syukran!!!

KAMI: {TERHARU HINGGA TERSENDU...}

Tarikh: 20-08-2010
Masa Ditulis: 0246
Tempat Kejadian: Dalam Hati.
Emosi: Terima kasih atas doa dan kejutan kalian... =)

*Entri ke-200 pada 20 Ogos 2010 bersamaan hari lahir ke 21, malam Jumaat dan malam Ramadhan ke-10.. Hari terakhir fasa pertama Ramadhan.. 

Bagaimana aku mahu mulakan penulisan ini?

Kalimah Alhamdulillah adalah yang paling wajar. Keduanya, terima kasih dengan sesuatu yang manis malam ini dan ketiga, terima kasih juga atas doa-doa dan kata-kata kalian...

Saya tidak tahu bagaimana mahu mencoret perasaan itu. Cuma mahu melahirkan rasa terharu. Meluahkan rasa syukur yang tidak mampu saya lafazkan dengan kata-kata... Dengan pemberian Ainul yang membuatkan hati merenyai tanpa dipinta dan tersenyum dalam hujan, Kek Tiramisu yang sangat sedap. Kak Husni, Rokiah, Bib yang meluangkan masa hingga jam 12 dan menyediakan kek dan pemberian yang sangat manis... Maafkan saya tidak pandai menyusun kata memberi bicara, Hanya sebaris kata yang lahir daripada jiwa.. =)

Ah, hilang kata!

Kata-kata kalian menusuk...  Zuup... Kena dalam diri.. Allah, terima kasih mengurniakan sahabat-sahabat kepada saya.. Syukur Ya Allah...

Saya pohon maaf jika kelihatan seperti tiada perasaan. Selama 21 tahun saya dilahirkan, kalian orang kedua yang menyambut kelahiran saya begini. Mungkin saya tidak biasa, namun ketahuilah saya tidak tahu bagaimana menzahirkan perasaan itu. Maaf jika saya kelihatan hambar...

Titik.

Tiada lagi kata-kata dapat saya susun.. Maaf dan terima kasih.....

Kalian memang best!!!

p/s: pemberian yang paling bermakna ialah persahabatan ini.. Terima kasih atas segalanya dan hadiah yang membuatkan saya tersenyum sendiri melihatnya... =)

19 August 2010

Cerpen: Warkah Buat Segumpal Darah dalam DIri

WARKAH BUAT SEKEPING QALB

Assalamualaikum, segumpal darah yang mendiami diri ini. Duhai seketul darah yang bernama hati, bagaimanakah keadaanmu sekarang? Tenangkah kamu mendiami batang tubuh ini? Adakah seputih dan sejernih seperti aku dihadirkan di dunia fana ini 19 tahun lalu, atau titik-titik hitam terlalu mewarnai hinggakan putih itu terbenam. Warna apakah kau sekarang? Seingat akal dangkalku, usia kecilku, tak pernah aku rasa resah gelisah, kegembiraan melakar segenap kehidupanku, aku bahagia walaupun aku tak mengerti segala perlakuan manusia di sekelilingku. Aku mampu tersenyum walaupun dicubit, digomol, digigit, aku relakan semuanya.

Menginjak remaja, mengapa tiada lagi perasaan seperti itu? Mengapa hanya resah yang aku rasa? Mengapa dada ini tak setenang masa jagungku. Seakan-akan ketenangan dulu telah dicabut daripada kehidupanku.

Duhai hati, tiba-tiba aku teringat yang sebenarnya aku banyak mengabaikan kau selama ini. Aku tak siramimu dengan bacaan al-Quran. Bonda pernah menasihatiku, banyakkan berzikir nescaya hati akan menjadi tenang. Zikir bukan hanya di tikar solat, tapi semasa berbaring, berdiri, sekalipun mahu tidur. Kita mengingat apa yang kita lakukan dan menghisab diri sendiri. Berasa beruntung berbanding mereka yang lebih tidak bernasib baik. Aku teringat pesan seorang ustaz, kita makin dipandang orang yang lebih dalam soal dunia, selamanya hati tak akan tanang. Benarkah begitu, duhai hati?

Aku jarang memberi kau makan. Aku teringat kata-kata guru agamaku, jika mahu badan yang sihat dan ceria sepanjang masa, jagalah hatimu, hati yang bersih akan terserlah dengan penampilan yang menenangkan. Orang lain akan senang bersamanya dan wajahnya akan berseri-seri serta bibir akan sentiasa menguntum senyum. Itulah tanda hati yang bersih. Patutlah wajah aku sentiasa masam mencuka. Maafkan aku duhai hati, aku kotorimu dengan makanan syubhah. Duit faedah hasil akaun yang aku tutup di bank konvensional itu tidak aku serahkan pada baitulmal. Aku gunakan untuk diri sendiri. Maafkan aku, hati. Tentu masih ada ruang untuk aku betulkan keadaan ini.

Aku calarkan jasadmu dengan membantah cakap Ibu Ayah. Aku hanya mendengar jika ianya memberi untung pada aku. Jika tidak, cakap mereka aku sanggah. Betapa tidak malunya aku.

Aku bangkang keinginanmu yang mahukan ilmu agama, sebaliknya aku berikan kau hiburan melalaikan. Aku tinggalkan solat, aku abaikan ayah, aku lupa mendoakan kesejahteraan orang Islam. Maafkan aku duhai hati. Berikan aku peluang untuk menebus kesalahan ini.

Duhai hati, jarang kau bisikkan kejahatan untukku, namun aku lebih mengikut bicara nafsu lawwamah yang sering mengajak aku mengotorkanmu dengan macam-macam acara yang pada zahirnya amat mengujakan fizikal dan diri mudaku. Aku tak hiraukan bisikan yang kau cetuskan.

“Jauhkan dirimu daripada kemusnahan!”

“Jauhkan dirimu daripada kecelakaan!”

“Ingatlah wahai diri, kematian itu menjengukmu saban masa, menanti ajal yang telah tercatat di loh mahfuz.”

***

Hari-hari semalam telah aku cacatkan engkau dengan keingkaran pada Ayah. Hilang hormat pada guru. Hatta langsung tak mengerti perasaan seorang sahabat. Aku mengerti akan pergolakan yang melanda ketika itu, namun kata hati tetap nombor satu. Aku tak peduli akan segala nasihat iman yang hadir saat diri mahu melakukan pernderhakaan. Aku langgar bahu Ayah pada satu hari dengan sengaja. Ayah tersungkur. Ayah, usianya yang lanjut tinggal dua dekad mencapai satu abad terkaku. Anak yang diasuh sekian banayk ilmu agama sanggup sekasar dan bertinak sejauh ini? Akal hitam menguasai. Hati itu sudah bertukar warna.

Hari yang berlalu aku biarkan berlalu.


***
ALLAH memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki. Sendirian di rantau, jauh daripada Ibu Ayah, menyedarkan aku akan hakikat sesuatu. Jika aku tidak mengubah diri sendiri, selamanya aku akan di alam kejahilan. ALLAH berikan al-Quran sebagai panduan terlengkap untuk mereka yang mahu belajar. Belum terlambat untuk aku balikkan diri ke jalan kebenaran. Cuma aku perlukan kekuatan. Duhai hati, bertahanlah engkau pada jalan yang aku pilih ini. Aku hanyalah seorang insan yang masa silamnya penuh luka kerana perbuatan tangan ini sendiri.

Aku sedar amat ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hambanya mengalirkan air mata taubat. Sedangkan saban malam DIA sentiasa mengabulkan permintaan mereka yang memohon pasanya dengan sepenuh hati.

Hati, akan aku selak lembar sejarah baru buatmu. Menyuci karat-karat dosa yang masih bertampuk di sini. Aku sedar masih banyak kesalahan yang perlu aku betuli, aku sedang dan akan meneruskan usaha ini. Biar semua karat kembali nampak sinarnya hingga aku mampu menyerap ilmu yang dipelajari ke dalam hati seterusnya jadi amalan.

***
Duhai hati, walaupun telah aku kotorkan dirimu dengan terlalu banyak maksiat, berikan aku peluang, duhai hati. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Penerima Taubat dan rindukan rintihan hamba-NYA. Usah kau merajuk lagi, bimbinglah aku dan nafsu yang sentiasa bersamaku agar sentiasa di jalan agamamu. Kau tahu segala yang aku lakukan meski tak siapa melihat. Kau tetapkan diri ini pada jalan kebaikan.

Aku harapkan warkah ini merupakan detik mula persahabatan kita yang lebih akrab. Berilah aku peringatan jika aku terlupa dan marahlah, pukullah aku jika aku melanggar suruhan Pencipta kita. Aku takut pada hari di mana manusia tak mampu berkata-kata, tangan terbelenggu, diri ditenggelami peluh sendiri, kau hadir dalam keadaan teramat kelam, sehitam arang bakaran. Maafkan salah aku duhai hati, terima kasih kerana setia menjadi sebahagian tubuh ini yang banyak melakukan salah.

Durrah Nur Aqilah: ^Secubit Rasa yang Hampir Mati^

Jangan suka memandang sesuatu dengan pandangan buruk. Lihat yang positif. Bersikap optimis. Melalui kehidupan dengan senyum dan penuh kegembiraan. Walaupun tahu apa yang berlaku tidak menyenangkan hati, laluinya dengan rasa lapang dada.

Rasa seperti diri ini pesimistik. Mungkin kerana diri ini suka memandang sesuatu tanpa mengambil 'ibrah. Membiarkan orang hebat di sekeliling tanpa cuba dekati. Menjauhi guru yang sepatutnya menjadi murabbi...

Khilaf diri kadang menghambat sampai dalam mimpi. Namun aku sekadar berkata di sini. Tiada apa-apa yang aku lakukan.. Seperti tidak tahu untuk bertindak.

Aku tahu tidak wajar aku terus membuang semua kenangan. Namun itulah yang aku lakukan. Seakan-akan aku tidak mengenali semua itu dan aku suka jika mereka melupakan aku... Kata ustaz Adli, sahabat maya kamu itu bukannya dapat menolong ketika kamu susah. Tetapi saya suka bersahabat tanpa berjumpa, kenal hati walaupun jauh daripada pandangan...

Aku bukan manusia pelik!!!

Aku bukannya baik sangat sampai tidak pernah mengata pada orang lain, mengutuk itu ini, namun hati ini jadi pedih juga apabila mendengar kata-kata orang. Aku tidak pandang orang hebat sempurna, namun sebagai orang biasa, tentunya aku mengharapkan teladan yang sangat baik mereka tonjolkan... Aku jadi hilang kehormatan kepada orang hebat.. Hm... sangat teruk pemikiran begini.. Aku tahu semua orang tidak sempurna macam aku yang banyak kekurangan dan khilaf...

Tetapi apakah perlu kita katakan yang tidak baik tentang guru? Tentang seseorang yang tiada di sebelah kita...

Aku menulis untuk peringatan diri sendiri. Mungkin ada masa atas sebab inilah ada ketika aku suka bersendiri. Supaya tidak banyak aku boleh berkongsi cerita tentang orang lain. Aku sedar aku juga cepat bercerita tentang orang lain.. Alasannya, berkongsi! Namun ada ketika perkongsian itu mengundang dosa!!!1

Diri, Ramadhan mulia jangan kamu penuhkan ladang dosa dengan tanaman baru. Begitu juga bulan-bulan lain! Ya, aku tidak memandang semua orang sempurna, namun...

Aku sedar dan sangat tahu yang aku bukannya kuat melalui kehidupan bermasyarakat yang rencam. Dan tidak keterlaluan aku katakan yang aku sangat tahu untuk berada di luar... Aku bukannya manusia sosial.. Aku manusia sendiri..

Aku sedar dengan bersosial aku akan lebih kuat. Lebih tahan dengan ujian. Lebih matang. Lebih tahu bermasyarakat. Namun aku bukan manusia begitu.. Aku tidak kuat melalui kenyataan....

Astagfirullah..

Titik.

Entah apalah aku merapu kali ini.. Aku hanya menulis apa yang mahu terbit daripada akal dan hati untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan..

18 August 2010

KAMI: {IFTOR CUKA}

Tarikh: 17-08-2010
Masa: 7.30-8.00 malam
Lokasi Kejadian: Cafe Zakiah, hati Jamilah.
Situasi: Kenapa aku jadi air sejuk?

Ini cerita semalam. Ini kisah seorang manusia si pemain emosi. Meski dia rindukan pertemuan itu, dia tega membiarkan liqa' itu sesuatu yang sangat hambar. Mengapa? Dia si pemain emosi yang ditarik nikmat senyum semalam.

Mengapa aku tidak senyum semalam? Mengapa hati merenyai semalanm walaupun aku sangat rindukan pertemuan seperti itu? Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Entahlah, aku tidak punya jawapan. Yang pasti aku suka apabila kami dapat iftor bersama-sama.

Kak Husni, Bib, Rokiah. Maafkan aku dalam bulan Ramadhan yang mulia, ketika kita sepatutnya gembira dapat iftor bersama-sama, aku menarik muka masam. Sangat masam aku rasa....

Aku tidak terasa. Aku tidak marahkan sesiapa. Aku sendiri tidak faham mainan emosi apakah yang berlagu dalam diri. Aku suka Allah aturkan pertemuan kita, tetapi aku...


Kak Husni, terima kasih atas undangan iftor bersama-sama. Maaf aku bersifat seperti anak kecil tidak dapat ais krim. Aku sebenarnya sangat ria apabila kita dapat bersama-sama empat orang. Adakah aku menyerabutkan perasaan Kak Husni, maafkan Jamilah, kak Husni... Tolong jangan kata saya terasa atau marah atau apa dengan kak husni, kerana saya tiada perasaan itu...

Dalam lelucon, aku hanya diam membatu, seperti kayu!

Rokiah, terima kasih atas mesej bermakna ini..

"Orang tersenyum tidak semestinya dia gembira... tetapi orang yang gembira pasti akan tersenyum. Namun kiranya dalam bersedih, kau masih mampu untuk mengukirkan senyuman. Itulah senjata paling ampuh dalam menyejukkan hati sendiri, kerana dari situ kau akan tahu, dukamu seolah-oleh tiada ertinya... tabahlah walau apa yang mengujimu. Jangan putus harapan pada-Nya. ~cinta Allah itu yang utama~ :-) senyumlah sahabatku, kurindui senyuman sahabatku ini."

Tepat jatuh atas kepala. Toing! Sakit.!!!

Bib, terima kasih dan terima kasih lagi kita dapat iftor bersama-sama. Mungkin lebih lama kamu bersama saya kamu akan nampak lebih banyak lompong dalam diri yang sederhana ini.. Saya manusia kecil cuma, Bib... 

Kalian, aku tahu mudah mengucapkan maaf, namun aku tetap mahu mengungkap kata-kata ini.. Maaf dengan kemasaman saya yang macam limau kerat lintang belakang rumah saya. Saya bersyukur diberi peluang berbuka bersama-sama kalian. Ia akan menjadi kenangan dalam diari Ramadhan 1431.

Iftor yang mana Jamilah buat perangai.

Titik.

~Entah apalah aku merapu ni. hmmmm.. Catatan Jamilah tentang iftor semalam. Aku buat perangai budak tak dapat ais krim.. Dosa apakah aku lakukan hingga urat senyum saya terputus? Maafkan aku teman~

17 August 2010

Tiada Zuuq

Ramadhan sudah masuk hari ketujuh namun diri ini masih sama. Bekalan yang tidak dikumpul ketika bulan-bulan lain menjadikan Ramadhan saya biasa. Sangat biasa. Mungkin lebih biasa daripada tahun lalu.

Saya suka melihat mereka yang sangat bersemangat menyambut Ramadhan. Pesta amal yang datang disambut kesyukuran dan dipenuhi rantaian ibadah tanpa henti. Sedangkan saya? Saya tiada zuuq menyambut Ramadhan kali ini. Lebih suka saya melayan perasaan sendiri daripada menghabiskan masa dengan menatap ayat-ayat cinta. Lebih rela saya berjaga depan lappy daripada mengalirkan air mata untuk Allah..

Tersentuh dengan perkongsian ustaz Adli hari ini. Allah bergerak ke arah kita sebagaimana kita bergerak ke arah. Kita berjalan Dia berlari. Kita merangkak Dia berjalan.. Allah, bagaimana saya??? Saya terasa masih lagha yang saya lakukan dalam Ramdhan ini.. Saya benar tidak terasa zuuq Ramadhan.

Benar saya tidak kisah juadah berbuka tetapi sehari dua saya mula kisah. Benar ketika belum datang Ramadhan saya berdoa dilanjutkan usia hingga bertemu dengannya, sudah tujuh hari, apakah yang saya lakukan???

Jamilah, mungkin ini Ramadhan terakhirnya buatmu.. Sebagaimana Ramadhan 1997 Ramadhan terakhir mak, Ramadhan 1998 Ramadhan terakhir untuk kakak.. mungkin ini Ramadhan terakhir buatmu, Jamilah..

Jamilah, bangun sayang.. Binalah zuuq dengan kepada-Nya. Bina jambatan hati yang mungkin mahu runtuh. Hubungkan sayang yang mungkin hanya dicanang..

Ramadhan, terakhir buatkukah kali ini??? Saya mahu melayanmu selayaknya,,


Amin, Ya Allah...

Jamilah Mohd Norddin
1819.
~Jaga hati~

Qamar Jamilah ~CFS ke IIUM Gombak.

PJ
Nilai

Sem 1 IIUM
Buku-buku di rak saya


Sem 2 IIUM




Geng Bilik Bacaan SMKAB: [Marziah, Mastura, Saadiah, Liyana,Alang]

Mereka adalah sahabat-sahabat yang masih berhubung dengan saya sampai hari ini. Rakan yang punya tempat istimewa dalam hati seorang manusia bernama Jamilah Mohd Norddin. Mereka adalah nama-nama yang ada bersama-sama saya suatu masa dahulu. Mereka sahabat-sahabat saya -ahli bilik bacaan- yang sama-sama berkongsi suka duka. Saya dedikasikan entri ini buat mereka sebelum saya pergi...

Marziah Mohamad Saad,
Lima tahun kan kita bersama. Tiga tahun dalam kelas yang sama, dan kemudiannya berpisah setelah Mar ke kelas Sains. Namun persahabatan kita bukanlah noktah walaupun ada koma sebelum bersambung kembali. Saya mungkin cemburu dengan kamu yang punya ramai kawan, tapi kita berbaik semula kan?

Mar, kamu antara sahabat yang saya pernah bermalam di rumah mereka selain Mas. Saya hargai pengalaman itu. Mak Mar sangat baik...

Mar, saya sayangkan kamu... Kamu ada di sisi saya dahulu sampai hari ini. Kamu setia mendengar masalah saya.. Saya ingat ketika satu hari saya dan Mas diserang demam yang teruk... Kamu setia menemani kami.. Terima kasih Mar atas segala kebaikan..

Mar, dalam semua kita kamu punya kelebihan melukis. Alhamdulillah, bakat itu makin tajam apabila kamu lanjutkan pengajian dalam bidang seni. Cikgu Marziah... Itulah kamu sekarang.. Bakal seorang guru pendidikan Seni...

Saya bersyukur Allah temukan saya dengan kamu...

Mastura.
Si kecil manis yang sudah tamat pengajian diploma.. Kita juga bersama sekelas tiga tahun.. Kamu sang bendahari yang setia.. mengutip wang.. Kamu baik, mas.. Kita sama-sama ahli bilik bacaan.. Kamu tentu tak lupa kan pengalaman kita demam tu??? huhu.. kita ada sahabat yang baik untuk menemani.. Sekarang bulan Ogos.. harapnya kamu tidak demam ye..

Mas, peramah dan si gadis cilik yang lincah.. Kadang terasa seperti mahu buli kamu.. Kamu seorang yang sangat sabar melayan kerenah sahabatmu nan seorang ini.. Rindu untuk bertemu kamu lagi... Kalau kamu ke England kelak, jangan lupakan Jamilah di sini.. Saya sayang Aci Mas..

Aci MAs yang punya banyak energi lari jarak jauh.. =) Sekarang kamu tidak berlari lagikah??

Mas, saya doakan mama kamu sihat....

Saadiah,
Dia seorang peminat cerita korea dan berkongsi kegilaan meminati karya Faisal Tehrani. Tidak salah kalau saya katakan dia mendorong saya menyukai karya FT. DI sekolah kami suka berkongsi novel, dia dengan cerita jepunnya.. Dia seorang sahabat yang istimewa bagi saya..

Hm, satu fakta ialah aadiah ini pemantun sekolah hingga tingkatan Lima.. Bahagianya ada sahabat yang punya bakat pelbagai.. Kami kadang-kadang berkongsi otak gila-gila yang sama.. Layan kepala saya yang kadang-kadang tak boleh pakai, saya suka dengar celoteh dia.. Saya suka berkongsi cerita dengan dia...

Saadiah juga bakal cikgi seni.. Hm.. sahabat saya ini semuanya bakal pendidik anak bangsa...

S, cepat terbitkan buku, saya nak beli. =)

Liyana,
Lama sudah kamu tidak menelefon saya. Dia suka bercerita dengan saya dan saya suka mendengar. Dia seorang punya banyak idea dan suka bertanya.. Dia punya akal yang sentiasa bekerja.. Sungguh! Saya kagum dengan dia.. Kami sana-sama belajar dengan cikgu Zaini.. Dia belajar BM dengan cikgu dan Cikgu Zaini guru Ekonomi Asas saya.Lalu, selalulah kami berkongsi cerita cikgu... hihi..

Liyana ini bakal cikgu KH.. Seorang yang punya wawasan dan tegas bagi aku. Dia suka mempertahankan apa yang dia rasa betul -yang baiklah-. Saya kagum dengan dia.. Bakal motivator, Insya Allah..

Liyana, terus melangkah..

Alang,
Kami panggil dia Alang sejak sekolah. Sekelas tingakatan empat dan lima.. Pelari sekolah. Ahli bilik bacaan.

Sekarang alang di UPM, setelah tama STPM.. ambil ekonomi..

Hm, aku tak tahu nak cerita apa tentang Alang... Dia sahabat yang aku senang dengan dia. Sekali sekala jadi teman pulang, hanya aku lama tidak bertemunya.. Saya rindu.. =)

Alang, bertahan!

Titik. Sengaja aku mahu imbau sedikit demi sedikit cerita kami ahli bilik bacaan... Aku sayangkan persahabatan itu... Untuk pengetahuan, sahabat aku ini semuanya peramah... Jauh benar seprti peribadi saya.. Itulah uniknya persahabatan ini..

Alhamdulillah..

Cerita Ustaz Wan Fadzli

Tadi siang ustaz Wan Fadzli -ustaz Tilawah- bercerita pengalaman beliau belajar di Bumi Kinanah...

Kagum dengan kesungguhan beliau yang mampu menyimpan duit pinjaman yang kemudiannya menjadi biasiswa untuk pergi haji. Ustaz buat bajet setiap bulan dan bakinya jika terlebih bajet ustaz akan puasa. Hingga akhirnya beliau ke Makkah dengan duit sendiri.. Subhanallah...

Kesungguhan ustaz menyimpan duit  mengagumkan aku. Jika aku belum separuh semester duit sudah lesap. Ustaz pula siap boleh beli buku yang sampai boleh jadi perpustakaan mini di rumah beliau..

Kata ustaz beliau sebenarnya meminjam wang namun menjadi biasiswa kerana tamat belajar dalam tempoh. -tentu ustaz berjaya-

Aku teringat lagi ustaz kata kalau nak hafal al-Quran, nak uji kelancaran, uji dengan dua perkara ini. Tulis atau baca dalam solat.. Kalau berjaya maknanya kamu ingat...

titik.

hm.. malu benar dengan ustaz, surah an-Naba' pun tak dapat tulis dengan lancar. =(

16 August 2010

Tetamu Istimewa

Masa Kejadian: 11pagi-1 tengahari
Lokasi berlakunya perkara ini: CAC dan Dalam Diri Jamilah
Perasaan: Wah, seronoknya!

Pagi ini terasa malas untuk bergerak ke mana-mana. Surah An-Naba' tidak sempurna dihafal sedangkan petang ini perlu menulis surah ini.. Hm.. Tangan masih pada kekunci laptop... Layan!

Pukul 11 lebih kurang, ada panggilan masuk. Opss.. Kak Dayah MPR. Tidak pernah pula dia menelefon aku. Katanya ada di UIAM. Maka kami bolehlah kalau nak jumpa.. Rindunya aku dengna dia.. Dengan semua keluarga MPR 2007 walaupun ramai yang aku tak berhubung dengan mereka... Seminggu bersama sehayat terasa..

ALhamdulillah..

Alkisahnya aku ambil masa yang panjang untuk cari Kak Dayah. Dari Azman Hashim Complex hingga ke CAC barulah jumpa.. Nasib baik, ada juga jodoh aku dengan kak Dayah hari ini. Alhamdulillah...

Kak Dayah dengan Kak Fas dan Kak Di. Aku tak kenal pun, rakan UITM dia. Kami jalan-jakan di sekitar masjid sebentar kerana kebetulan mereka mahu menjemput seseorang untuk ke UITM.

Adam nama lelaki ini. Beliau memeluk Islam dan perbelanjaan tersekat. Jadi beliau menulis buku sebagai satu cara mencari wang.. Oh, rupanya aku pernah terserempak dengan dia di Cafe HS.. Bukannya student UIAM namun meminta Kak Dayah dan kawannya menunggu di sini. Bagus juga, aku bolehlah bertemu dengan Kak Dayah setelah kali terakhir bertemu di Book Fair tahun lepas.. =)

Kak Dayah. Tarikh lahirnya 21-8-1988... Hari Sabtu ni dah kot... Hm..

Seronok sangat Allah pertemukan kami. Bawa je kamera tapi tak tertangkap sekeping pun gambar...

Alhamdulillah, syukur ya Allah..

titik.

Lu'luah>Jamilah: La Tahzan.

Buatmu Jamilah,
Jangan terlalu sensitif...
La Tahzan..

Datangaya sedih, risau, malas, hidup dalam hutang,
Sebab kau lupakan tanggungjawab..
Tak ingat hubungan dengan Allah
Ukhuwah dengan manusia...

Gembirakan hati orang supaya kamu gembira,
Jangan cepat tarik muka..
Nanti cepat tua.

huh...

Jamilah,
Kamu sedang menuju alam baru,
Jadi perlu banyak sabar
Kena yakin dengan ketentuan Allah.

Kamu sabar kamu berjaya.

Jangan simpan kesedihan dan terlalu sensitif..

Pesan Lu'luah buat Jamilah.. =)

15 August 2010

Random Rant 7

 Tarikh Terfikir: 15-08-2010
Masa: 1904
Lokasi kejadian: dalam fikiran

kenapa ye aku suka blogging? sebab aku boleh tulis apa aku nak tulis tak kiralah betul atau tak. Aku main hentam nak post berapa entri sehati. Nak cuti berapa lama.. ikut suka hati aku.

Aku suka tulis blog sebab aku suka baca tulisan orang. Tulisan yang boleh buat aku senyum, aku sedih, aku ketawa, aku ceria.. Aku suka baca blog orang lain.. Aku tahu benda aku tak tahu.. Tapi aku suka baca blog yang guna bahasa bersopan... tak best baca blog yang ada bahasa kesat walaupun aku baca, tapi aku sangat takut terpengaruh dengan penulisan begitu.. Aku layan je sebanarnya..

Bib ajar aku kenal blogger luar negara. Sebelum ini aku layan blogger tempatan je. Sekarang dah international le kiranya...

Umairah Shafei ajar aku baca blog langit Ilahi. Dulu, aku tak kenal pun sapa dia.. Lani, suma buku dia aku simpan.

Azimah Rupilen ada saham kenalkan aku dengan Azmah Nordin. Siapkan satu manuskrip kemudian aku senyap...

Titik

Saja nak conteng sambil tunggu buka puasa...

Aku sangat gembira hari ini.d


. :) :) :) :) :) :):) :) :) :) :) :):) :) :) :) :) :):) :) :) :) :) :):) :) :) :) :) :):) :) :) :) :) :):) :) :) :) :) :):) :) :) :) :) :)

MISI BERJAYA: Tiket Sudah Di Tangan

Hari ini aku, Bib dan Kak Ema berbincang lagi tentang An-Naqd At-Tarikhi yang menjadi tajuk perbentangan kami pada minggu depan. Ya, walaupun sedikit punya makna. Bukan senang untuk faham satu demi satu aksara yang tertulis... huh..

Habis berbincang aku sempat tercongok depan tivi menonton cerita Melayu.. Ah, cerita budak sekolah memang aku suka.. Kemudian balik bilik terus bersiap dan pergi ke KTM lama KL.

Dalam perjalanan aku snap sedikit gambar dari tingkap bas. 5 hari puasa macam dah nak dekat raya. Para peniaga mula kira untung hari-hari. Hmmm...

Sampai di sana terus beli tiket dan balik.. Snap gambar grafitti yang bagi aku sangat kreatif.. Aku suka..

Titik..

Jalanseorangpunjadilah! Adaakukisah.

BLING! BLING 5

Macamana ek nak konsisten membaca. Aku sejak sekolah rendah suka gunakan duit untuk beli buku, tapin sangat susah nak baca. Kalau novel aku boleh baca. Tapi kalau buku ilmiah atau sedikit berat aku sedikit payah.. Baca sikit, pastu benti, tak reti nak sambung dah..

Jeles tengok orang banyak ilmu. Suka dengar ilmu. suka pi majlis ilmu. Aku ni? seminggu kali pun payah.. Aku memilih kan?? Udahlah malas, suka pulak tidor je dalam bilik..

Bib, maaf ye, semalam.. Ada krisis dalaman, tu yang malas tu.. semalam dua kali kami mungkir janji dengan ang. Udahlah kerja tu tak siap lagi.. sangat-sangat minta maaf dengan khilaf. huh! senang sangat nak ucap maaf.

Semalam aku memang lena memanjang, jadi satu kerja tak buat.Tapi blog sempat update lagi. Heh.. =)

Entahlah, selalu aku selalu update nanti datang le rasa cemuih.. aku benti jap sebelum sambung lagi. Yang penting aku tulis apa yang aku nak tulis je.. Aku tak harap orang baca, sebab kadang aku tak faham apa yang aku tulis, asal aku menulis-menulis dan menconteng di sini..

Aku jadi macam lepaskan beban diri sendiri. Aku jadi bahagia menulis.. Aku suka jugak blogwalking, tapi jarang nak komen... entah! suka jadi anon kot.. heh..

orang kata jadi budak BAR ni sibuk. Tapi aku lari dari kesibukan itu walaupun aku tahu aku tetap akan sibuk.. Hari tu akak kelas adab islami kata belajar literature kena banyak fikir sebab nak faham satu-satu benda baru kita belajar. TAk macam linguistik yang belajar benda sama.. Huh! Aku nak ambil adab sebab aku nak tahu sastera arab.. Aku tak boleh nak terima prosedur2 dalam nahw, sorf.. huh!!! Kalaulah boleh aku tak ambil subjek tu ganti dengan subjek adab, aku rela


Berangan pulak aku ni.. Benda tu kan tetap kena harungi...

Aku tak tahu tahun bila akan habis. Mungkin sama dengan diorang mungkin aku grad lambat, mungkin tak sempat grad.. haha..

titik.

Random Rant 6

Macamana ek nak konsisten membaca. Aku sejak sekolah rendah suka gunakan duit untuk beli buku, tapin sangat susah nak baca. Kalau novel aku boleh baca. Tapi kalau buku ilmiah atau sedikit berat aku sedikit payah.. Baca sikit, pastu benti, tak reti nak sambung dah..

Jeles tengok orang banyak ilmu. Suka dengar ilmu. suka pi majlis ilmu. Aku ni? seminggu kali pun payah.. Aku memilih kan?? Udahlah malas, suka pulak tidor je dalam bilik..

Bib, maaf ye, semalam.. Ada krisis dalaman, tu yang malas tu.. semalam dua kali kami mungkir janji dengan ang. Udahlah kerja tu tak siap lagi.. sangat-sangat minta maaf dengan khilaf. huh! senang sangat nak ucap maaf.

Semalam aku memang lena memanjang, jadi satu kerja tak buat.Tapi blog sempat update lagi. Heh.. =)

Entahlah, selalu aku selalu update nanti datang le rasa cemuih.. aku benti jap sebelum sambung lagi. Yang penting aku tulis apa yang aku nak tulis je.. Aku tak harap orang baca, sebab kadang aku tak faham apa yang aku tulis, asal aku menulis-menulis dan menconteng di sini..

Aku jadi macam lepaskan beban diri sendiri. Aku jadi bahagia menulis.. Aku suka jugak blogwalking, tapi jarang nak komen... entah! suka jadi anon kot.. heh..

orang kata jadi budak BAR ni sibuk. Tapi aku lari dari kesibukan itu walaupun aku tahu aku tetap akan sibuk.. Hari tu akak kelas adab islami kata belajar literature kena banyak fikir sebab nak faham satu-satu benda baru kita belajar. TAk macam linguistik yang belajar benda sama.. Huh! Aku nak ambil adab sebab aku nak tahu sastera arab.. Aku tak boleh nak terima prosedur2 dalam nahw, sorf.. huh!!! Kalaulah boleh aku tak ambil subjek tu ganti dengan subjek adab, aku rela


Berangan pulak aku ni.. Benda tu kan tetap kena harungi...

Aku tak tahu tahun bila akan habis. Mungkin sama dengan diorang mungkin aku grad lambat, mungkin tak sempat grad.. haha..

titik.

SEMOGA PANJANG USIA KAK SU

15 Ogos 2010.

Duapuluhempat tahu lalu, kau lahir dalam kemeriahan hari raya haji hingga kau suka menggunakan nama Suraya Haji... Hari ini, tarikh itu berulamg lagi dalam Ramadhan yang membawa erti..

Kak Su, selamat hari lahir adik ucapkan.Adik tiada hadiah untuk dihulur, tiada kad untuk dititip. Adik cuma nak ucapkan semoga Allah lanjutkan usia kak su dan iman dan amal..

Kak Su, orang akan persoalkan kalau kata adik ni adik kak su.. sebab wajah kita memang berbeza. Namun moga hati kita satu. Walaupun suatu masa kita selalu bergaduh kerana adikmu ini si anak bongsu yang kamu kata manja. Namun masa itu sudha jadi sejarah.

Kak Su dah grad. Nak lalui satu fatrah pengajian sebelum kata kak su nak sambung master. Adik doakan kak su berjaya dunia akhirat...

Walau bagaimana berbeza kita sejauh rumput dan pokok tinggi, adik hargai kehadiran seorang kak su..

Semoga kak su bahagia dunia akhirat..

~Sanah Helwa ke-24...~

*tahun ni takder kad.....
*tak pernah beli hadiah
*lambat ucap...


Kak Su, maafkan adikmu yang seorang ini.. Kita berbeza namun dari satu rahim Mak.....

Melentur Semangat Dalam Diri

Salam Ramadhan....

Cepat benar tetamu Ramadhan meninggalkan kita sehari demi sehari. Meninggalkan lembaran yang apabila berkurangnya detik ke satu detik menjadi sejarah. Ramadhan yang berlalu semalam tidak dapat dipanggil semula. Tetamu itu akan pergi minit demi minit. Bagaimana jika kita tidak menggunakan ruang dan peluang yang Allah berikan dalam Ramadhan ini dengan sebaiknya???

Wahai diri,
Mengapakah kamu anggap Ramdhan sama seperti hari-hari biasa? Seolah-olah batu pembezanya dengan bulan lain hanyalah kamu tidak makan di siang hari. Harimu tetap sama seperti Syaaban, Rejab dan bulan-bulan lain. Mengapa wahai diri? Adakah roh Ramadhan tidak berjaya kamu dapatkan.Kata seseorang jika tiad zuuq. satu kerja tidak jadi. Begitukah kamu melayan Ramadhan???

Bagaimanakah kamu melayan Ramadhan, wahai Jamilah?
Tetamu mulia yang Allah berikan kesempatan untuk kamu lalui ini bukan selamananya milik kamu. Andai tarikh luput usia kamu 10.00 pagi hari ini maknanya semalam solat tarawih terakhirmu. Semalam iftor terakhirmu. Semalam kesempatan terakhirmu menikmati Ramadhan..

Sesungguhnya hanya dunia tempat kita beramal untuk sebuah kehidupan abadi.

Maka, wahai diri, wahai diri, wahai diri... Jangan sampai kamu sudah di alam Barzakh, kamu katakan kepada Allah: Aku mahu kembali ke dunia, amalanku tidak cukup.....

Allah, saat itu langsung tiada guna lagi..

Menyesal.. tidak apa yang dapat kamu lakukan...

Justeru wahai diri, kesempatan Ramadhan tahun ini mungkin terakhir, mungkin ada lagi Ramadhan seterusnya untuk kamu.. Didiklah wahai diri, Ramadhan yang kamu lalui itu adalah natijah amalanmu di bulan-bulan lain...

Bukalah mata hati, wahai Jamilah Mohd Norddin...

14 August 2010

MISI YANG GAGAL: Lain Pula Yang Aku Dapat

Tarikh: 14 Ogos 2010
Masa: 1627-1845
Lokasi Kejadian: Masjid Jamek (ditulis di Qamar Jamilah)

Hari ini aku perlu mencari tiket untuk pulang ke kampung. Aku yang mengaku dengan kak su untuk ke Stesen KTM Lama untuk membeli tiket plusliner pulang ke kampung Aidilfitri nanti. Bersemangatlah aku pukul 8.30 siudah bergerak keluar dengan menahan bas 91 yang kebetulan tiba saat aku sampai di Hentian Safiyyah IIUM. Memikirkan mungkin kaunter tiket belum dibuka, aku ke Masjid Jamek. Maka di sinilah kejadian berlaku.

Aku sampai 9.30, sudah mula ramai orang di Masjid Jamek. Di ChowKit aku tengok memang penuh dengan payung pasar, dan aku dapat jangkakan yang suasana menjadi sangat sesak menjelang petang. Maka, aku tidak mahu ke sana. Jauhi kesesakan!!! tidak mahu lagi ke Masjid Jamek sampai balik kampung. Aku lemas berada dalam kesesakan melampau. =( Macam dah lama puasa hingga ada yang menjual ketupat bagai... kedai makan ada yang bertudung jaga.. air dijual di tepi jalan.. sungguh aku tak faham!

Aku bukan menuju ke kedai baju jika ke Jalan TAR itu. Ada kedai buku Mu'min yang lebih menarik hati aku daripada melihat deretan pakaian yang bergantungan dan aksesori wanita yang pelbagai itu. Target aku hanyalah untuk mencari sebuah Tunas Cipta keluaran Ogos. Turun sahaja bas aku menuju ke destinasi. Begitulah jika aku 'berpeleseran' di luar seorang diri. Mencari kedai buku yang boleh aku kunjungi dan pasti akan membawa peluang walaupun hanya sebuah buku. Huh.. baca entah bila.

Alamak! TC tak ada. Makin susah nampaknya aku nak nampak wajah TC di pasaran. Di kulim juga sudah tiada. Maka, aku ternampak buku yang diidam kerana Cikgu Zaini menganjurkan aku membaca buku ini: "Sun Tzu's Art Of War" Wah. Memang aku teruja untuk membeli walaupun sedar duit hanya cukup untuk membeli tiket. Lupakan seketika tiket, beli buku.. haha..

Aku capai juga Fort Margherita yang mana mengumpulkan cerpen yang memenagi hadiah sastera utusan 2009. Juga Pelita Bahasa dan Adikku sayang untuk si comel Aqilah. (Semoga dia membesar dengan membaca. Aku suka dia pandai mereka cerita sekarang)

Aku teruskan kembara ke kedai buku Mu'min juga lagi sebuah. Mencari Plai Jane. Kedai buku yang memang padat dengan pelbagai buku hingga payah untuk mencari. Huh.. Seronok ada kedai buku. Aku akhirnya hanya mencapai Angkatan Baru oleh HAMKA. Nampaknya ustaz Adli sudah mencetus rasa MAHU untuk aku membaca karya HAMKA. 

Aku ke Wisma Yakin dan terjumpa sebuah kedai buku yang menjual buku-buku Indonesia. Mencari dan melihat buku, aku teringat yang kak husni ada mencari Fiqh Sirah 1. Kebetulan aku melihat ada banyak buku haraki di situ, jadi aku segera menghantar mesej singkat kepada beliau. Ya, beli lagi buku di situ. Teruja melihat banyak buku yang diterbitkan di Indonesia ada terjual di situ. Aku teingin ke Gramedia, siapa mahu temankan???

Selesai membeli aku terus ke stesen LRT untuk pulang ke UIAM. Poket sudah susut untuk aku membeli tiket pulang ke kampung. Kad bank pula ada di bilik. Nampaknya misi aku untuk membeli tiket Plusliner gagal diganti dengan pembelian buku lagi. huhu..

p/s: buku hadiah hari lahir untuk diri sendiri.. haha.. =) Buang tebiat pulak aku tahun ni.. hehe.