Kelas tarikh adab hari ini berbicara tentang syurga, rasul dan macam-macam-macam lagi. Walaupun tiada dalam silibus aku memang suka lecturer yang mengajar sesuatu yang luar silibus. Rasa bahagia sebab tidak terikat dengan apa yang dipelajari dalam buku...
Hm..
Hari ini kami hanya belajar tentang satu bait syair oleh Zuhair bin Abi Salma yang menceritakan maksud adab pada zaman jahili. Ustaz mahu memberitahu yang mana maksud adab pada zaman Jahiliah bukan hanya maksudnya orang yang mengundang orang makan, namun juga maknanya suluk atau akhlak. Mereka pada zaman jahiliah tidak hanya berbicara sesuatu yang baik namun tetap mementingkan perkataan yang baik dalam syair mereka.
Jujurnya, aku bukanlah dapat menangkap dan mengingat semua cerita ustaz, jadi aku hanya menulis apa yang aku ingat.... Secara kurang tersusun...
Ustaz seorang yang minat dan suka membaca dan mengambil tahu tentang rentetan peristiwa -urutan peristiwa yang melibatkan tarikh-
Ada satu nasihat ustaz yang aku ingat. Ustaz kata kalau kita lihat orang buat maksiat, jangan cepat-cepat kata kamu jahat, kamu penzina, kamu itu, kamu ini. Nasihat hendaklah menggunakan hikmah kerana kita tidak perlu membuka aib diri sendiri apatah lagi membuka aib orang lain. Kemungkinan dosa yang dilakukan seperti zina atau apa sahaja dosa yang dia lakukan menjadi satu turning point untuk dia berubah suatu hari nanti. Bukankah taubat itu milik kita dengan Allah. Jadi kita tak perlukan hebahkan maksiat yang kita buat.
"Aku berzina di bulan puasa"
"Aku minum 40 botol arak."
Berdiamlah dengan dosa yang kita lakukan daripada menghebahkan kepada orang ramai.. kecualilah untuk kaunselor...
Aku tertarik dengan cerita yang ustaz kisahkan pada kelas yang lalu.
Bagaimana seorang yang punya 36 juta dalam bank boleh menghabiskan duitnya itu dalam masa beberapa tahun. Judi, chatting dengan aweks LA, Las Vegas, bawa kawan-kawan ke sana.. Sampai akhirnya muflis.. Akhirnya Allah berikan sakit batu karang, bedah berkali-kali, keluarkan 40 biji batu karang... Allah, semuanya milik Dia untuk tunjukkan kepada kita supaya berubah..
Kata, ustaz tak perlulah bercerita tentang dosa itu, bertaubatlah sesungguh hati dengan Allah dan jangan ulangi kesilapan lalu...
Kemudian ustaz bercerita tentang bagaimana bagaimana ada peristiwa yang tidak dapat dijangkau masa. Cuba bayangkan, kita mahu ke Marikh dengan kelajuan bunyi memerlukan masa 4 tahun pergi dan 4 tahun kembali ke bumi semula. Rasulullah diisrak dan mikraj dalam satu malam. Inilah mukjizat.
Ustaz berkata lagi tentang tuan guru, kalau kita nak tahu hebat atau tidak seseorang kena lihat kepada tuan gurunya. Ustaz berikan contoh. Tok Kenali berguru dengan Syeikh Patani. Kemudian, ada orang tanya, siapakah guru RAsulullah???
Guru kepada Rasulullah itu malaikat Jibril. Jibril itu guru guru kepada nabi Adam hingga Nabi Isa, sampai kepada Nabi Muhammad.. Subhanallah.. lihatlah...
Ustaz juga berkongsi kata-kata Said Nursi,
"Sangkaan orang Alim itu lebih benar dan betul dibandingkan keyakinan orang jahil"
rEnung-renungkan..
Titik.
Ini dahulu yang aku ingat untuk dikongsi kali ini. Hanya nak tulis untuk ingatkan diri sendiri...

Comments