20 July 2010

Titik Mula Menulis.

Assalamualaikum…


“Wah, kamu baca buku Hlovate. Sempoi gila bahasa dia. Tapi ada makna.”

“Safuan, semalam aku belajar tentang ukhuwah dalam Sinergi yang ditulis Hilal Asyraf.”

“Marziah, aku dah hadam Tuhan Manusia tulisan Faisal Tehrani. Mantap dan padat.”


Saya percaya kamu tentu pernah mendengar nama-nama ini yang sudah tidak asing dalam dunia penulisan dewasa ini. Mereka tidak menulis sebuah cerpen atau sebuah novel dan terus dikenali. Mereka sudah melalui sebuah perjalanan penulisan sebelum menjadi seperti hari ini.

Faisal Tehrani.

Baru-baru ini saya mendengar di Youtube rakaman mhi di mana beliau menceritakan detik mula beliau menulis.

“Setelah mendapat nombor telefon Pak Samad, saya menelefonnya dan beliau mahu berjumpa di masjid Negara usai Jumaat. Setelah bertemu saya katakana yang saya mahu belajar menulis. Pak Samad ada petua?

Apa jawab Pak Samad?

Ada lima perkara: baca, baca, baca, baca dan tulis.”

Jika yang kelima juga baca, maka kamu jadi pembaca bukan penulis.


Hilal Asyraf.

Beliau memegang prinsip menulis untuk ummah dan menajdikan karya Hlovate juga sebagai inspirasi menulis.


"Saya ada satu formula. Yang ini sering saya cuba usahakan.

Formula saya adalah seperti berikut:

Penulis———————-Allah———————-Pembaca

Pada saya, hendak menghasilkan penulisan yang menyentuh hati pembaca, maka seorang penulis itu mestilah menjaga hubungannya dengan Yang Mampu Membolak Balikkan Hati pembaca.” –dipetik dari laman langitilahi.com


Menurut beliau lagi, untuk menulis ada dua perkara yang penting iaitu minat dan latihan. Ada dua-dua perkar ini maka, kita boleh menulis dengan baik.


Ilmu + pengalaman hidup + angan-angan + cita-cita + semangat + rasa ingin berkongsi + matlamat yang jelas = cerita.


Catatan ringkas: Untuk perjalanan yang panjang memerlukan langkah pertama, maka, ambil pen dan tulislah untuk berkongsi ilmumu dengan orang lain. Ilmu bukan seperti harta yang makin dibelanja makin susut. Ilmu akan bertambah dan makin lekat dengan diri.

5 comments:

aZLiNa aZiZ said...

salam ziarah. menarik tajuk ni. sukaaa ;p ada ilmu yg dikongsi di situ. terima kasih atas perkongsian itu ;p

-hazen said...

dan hlovate nya masih rahsia kan.

huu.

-hazen said...

dan hlovate nya masih rahsia kan.

huu.

Jamilah said...

aZLiNa aZiZ,

Wassalam.. alhamdulillah, ada yang mendapat sesuatu daripada apa yang ditulis..

;)

Jamilah said...

hazen,

banyak tentangnya masih rahsia kerana beliau tidak mahu diketahui identiti sebenarnya.. khuatir tidak bisa menulis seperti sekarang..

ceritanya memang superb.. lain daripada cerita biasa..