Skip to main content

Satu Hari Di Kedai Secret Recipe.

Ada dua sahabat bernama Da dan Lu’luah keluar outing ke JJ. Kononnya lu’luah mahu mencari sandal baru menggantikan sandalnya yang sudah mula mengeluarkan bunyi pelik. –menandakan akan tamat riwayat. Maka, setelah kelas koku, mereka bergerak keluar.. Misi: mencari sandal. (cerita lain)

Kasut belum berjaya ditemui. Mereka melalui sebuah kedai kek bernama cafe Secret Recipe.

“Jom kita makan kek nak?” Da memberi saranan dan Lu’luah hanya mengangguk.

“Jom!”

Mereka menuju ke Kedai secret Recipe yang menghidangkan pelbagai jenis kek yang tentunya sangat sedap. (huhu, benarkah semua sedap?) Mereka melihat kek-kek yang ada terpamer di situ. Ada berbentuk ladybird, gambar ultraman dan kek yang biasa kita lihat...

“Akak, nak kek yang ini. Black Forest.”

"Okey, makan atau bungkus." Da pandang Lu'luah.

Lu'luah kata: "Makan."

Setuju. Makan di cafe Secret Resipe.

"Okey, duduk dulu."

Malangnya Da dan Lu'luah kurang faham, lalu menuju ke kaunter.

"Duduk dulu..."

Hehe, Da dan Lu'luah kemudiannya mencari tempat duduk. Dalam cafe Secret Recipe itu hanya ada beberapa orang cina sedang makan, dan keluarga melayu yang mana anaknya sangat comel bertudung..

Peramusaji mendatangi meja.

"Nak menu?"

"Tidak mengapa. Terima kasih."

Tidak lama, kek sampai. Mereka seperti faham, ada dua sudu.. Maka Da dan Lu'luah mula menjamu kek black forest itu. Tapi, sebelum itu, snap gambar dulu...

Kek yang dimakan Da dan Jamilah


"Secret Recipe kedai ekslusif juga kan?"

Makan dengan tanpa perasaan. Habis sahaja, tentulah mereka nak membayar. Lu'luah tetap di kerusi, buat keras kepala. Oh, rupa-rupanya, waiter yang akan datang ke meja..

Ish.. mereka tidak tahu..

Peramusaji datang membawa bil. Letak wang sepuluh ringgit. Tunggu bil. Ambil baki terus balik..Oh.. bila tengok bil rupa-rupanya bayaran perkhidmatan. (rasa macam nak bawa balik fail yang diletakkan bil itu) Jadilah harganya begini.

"Kek -RM6.50
Servis hidangan-RM0.65
Tax: RM0.33"
 Mereka kemudiannya bergegas keluar dan kemudiannya sempat menangkap sekeping gambar lagi sebagai kenangan di Secret Recipe..

Secret Recipe JJ Wangsa Maju


pengajaran:
-K.husni, jamilah tak bagi kak husni makan KFC.. =) Maaf ye..
-Steady walau apa pun berlaku.. Semua itu akan jadi kenangan berharga.. :-) Peace!!!

jamilahcakapsikit: cerita orang tak pernah makan kat kafe macam secret recipe.... huhu...

Comments

Da said…
salam'alaik..

kenangan lucu & sangat berharga..

xpe xmkn kfc pun.. hehe..
kasut dapat..
huhu
Jamilah said…
Da,

Wassalam.

Nanti2 pun saya tak bagi kak husni makan KFC tau..

Boikot! huhu...

simpan dulu kasut tu.. Nak buat citer kasut plak...

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub