Skip to main content

Pesanan Buat Diri Pada Awal Semester

Ada satu perkara yang kena betul pada awal-awal semester begini.Jangan sampai hujung semester menyesal kerana salah niat dan tidak kena pula tindakan yang dilakukan. Subhanallah. Sesungguhnya pemberian Allah kepada aku setiap semester membolehkan aku terus berjuang sampai hari ini. Biarlah larianku tidak segagah orang lain, jalanku masih pincang aku belum rebah. Akan aku terus berjuang, Insya Allah...

Aku sudah melalui pengalaman semester pertama dengan gagal dalam dua subjek penting. Memulakan pengajian dengan CGPA hanya dengan dua point somenthing. Aku sudah mendapat surat amaran kerana tidak hadir ke kelas selama dua minggu berturut-turut yang kemudiannya aku withdrawal dengan bayaran sebanyak RM300.00. Aku biasa mendapat markah rendah dalam mid-term dan CAM... Ah, baru dua semester aku di sini, aku sudah merasakan pengalaman itu. Mungkin hanya kegagalan kecil kerana aku pasti setiap manusia berbeza nasibnya.

Aku sengaja menulis di sini supaya aku ingat. Agar kawan-kawan yang ada di luar tidak meniru aku yang tidak serius belajar. Final aku main-main. Malam exam aku boleh layan cerita @ main internet sedangkan buku banyak tidak dibaca. Alhamdulillah, lecturer aku banyak yang baik-baik dan Allah banyak menolong aku memberi rasa kasihan mungkin kepada lecturer supaya pelajar ini lulus juga akhirnya.

Akhir kalam, niatkan belajar kerana Allah, pasti akan dapat yang lain juga, Bukan untuk exam, lecturer hensem atau ikut balak atau mak we.. Kerana Dia kerana kita pelru belajar selagi terdaya..

Kata ustaz Yasir, selagi kita tak lupa solat Dhuha, sekurangnya buat solat witir... USAHA dan BERDOA, kita akan nampak hasilnya pada masa depan.. INsya Allah.

Tititk

Jamilahcakapnsikit: ada kelas pukul 2.00 sampai lima.. Terus berjuang.Aku.rindu.dia.

Meja belajar, Qamar Cantik Jamilah 1-1
13:10

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub