04 July 2010

~Mengenang Sumur Yempat Bersiram~


Alhamdulillah, petang semalam sempat jalan-jalan di sungai tok. Kami memanggilnya sungai tok sebab letaknha berhampiran rumah nenek aku walaupun bukan nenek aku punya sungai tu...

Hmmm..

Rasa macam nampak lagi zaman dulu-dulu aku, kakak-kakak, sepupu-sepapat dan kadang dengan kawan-kawan berkawan dengan sungai ni... Kami akan mandi, berkelah ramai-ramai.. bawa makanan dari rumah dan makan kat sana.. memang best..

Waktu tu sungai masih dalam, sekarang dah jangkat *cetek*. Nak mandi rasa tiada selera. Tambahan dah terbiar sebab orang sekarang dah membesar dan berkurang kanak-kanak yang suka merayap macam kami dulu..

Ah, indhanya zaman kanak-kanak!

No comments: