Skip to main content

Hilal Asyraf Pada Kaca Mata Jamilah

 Tempat: Qamar Cinta 1-1 Safiyyah, IIUM
Masa: 0758-0817
jamilahtulissikit: Mengambil semangat dengan bercerita tentang penulis yang berjaya (Hilal kata penulis itu doktor yang mampu menyembuhkan penyakit jahiliah pembaca dengan tulisannya... )

Bismillah, Aku Mulakan Penulisan Pagi Ini Dengan Nama-Mu, Ya Allah.

Sesiapa yang pernah baca karya Hilal Asyrah tentu mengenali sekujur sosok muda itu. Seorang remaja yang berusia 21 tahun dan masih menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin ini merupakan seorang pengarang yang sudah menghasilkan lima buah novel dan dua buah buku motivasi yang diterbitkan dalam tempoh DUA TAHUN. Aku merasakan ia sebuah pemncapaian yang harus dicontohi dan menunujukkan bahawa dengan kemahuan, Istiqamah dan kerajinan seseorang menulis mampu memberikan sebuah pulangan kepada penulis sendiri dan pembacanya.

Bagaimana mulanya aku mengenali penulisan Hilal Asyraf.
Aku tidak pernah mengenali Hilal Asyraf, hanya menegetahui tentang beliau menulis setiap penulisan yang beliau hasilkan sama ada buku, blog atau facebooknya. Aku diperkenalkan oleh seorang sahabat bernama Umairah Shafei (bakal penulis berbahasa Arab pada masa depan). yang mengatakan Hilal Asyraf ini kawan aku yang akan menerbitkan buku ke? Kebetulan ketika itu Kak Muizzah (teman MPR 2007) akan menerbitkan buku sulungnya. Maka bermulalah perkenalan aku dengan langitilahi.com.

Aku jika sudah meminati gaya penulisan dan buku seseorang penulis aku akan dapatkan penulisannya. Maka, aku mula menjadi pengumpul karya Hilal Asyraf sebagaimana aku mengumpul buku-buku Faisal Tehrani, Nisah Haron dan terkini Ilham Hamdani.

Kamu pernah baca buku Hlovate? Dengan gaya bahasa basahnya yang santai dan diterima anak muda, ada nuansa Islam yang diselitkan, ia seakan menjadi sebuah fenomena sampai hari ini. Aku mungkin terlewat mengenali tentang Hlovate kerana baru mengetahui tentang beliau pada 2009, namun ia membuahkan satu pengalaman manis. Begitu juga dengan Hilal Asyraf. Bermula dengan VT yang mengetengahkan tentang sukan yang diadun dengan terbiah Islam, ia menjadi antara buku yang menjadi sebutan kini.

Namun apa kata pengarangnya? Yang penting adalah membumikan apa yang dibaca.

Titik.

Itulah yang perlu ditekan dalam diri. Baca sepuluh buah buku sehari namun tidak mengamalkan juga tak ada makna. :)

Begitulah sedikit sebanyak tentang Hilal Asyraf pada pandangan  seorang Jamilah. Beliau menjadi anak muda yang mana semangatnya menulis perlu dicontohi. Kita tak tahu berapa panjang hidup kita lagi, jadi apa yang kita tinggalkan dalam penulisan boleh menjadi saham yang sentiasa berjalan. (menulis perkara baiklah). Bayangkan ia adalah rantai saham yang tidak pernah putus.

Hilal Asyraf, teruslah menghasilkan buku-buku motivasi dan novel yang bukan hanya dibaca namun dibumikan isinya dalam kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub