Skip to main content

Coretan Siswi 1: Bersediakah aku?

Bismillah..

Seketika saat kaki masih di perkampungan nan aman, aku teringatkan aliran sungai Gombak yang kelihatan seperti teh susu itu. Hati tidak sabar untuk kembali. Seakan-akan katil di C1-1 memanggil untuk aku kembali memesrainya.

Oh, rupa-rupanya jodohku denganmu hanya seketika cuma. Aku kembali berada di tingkat atas. Tempat bersemayam orang tinggi-tinggi tentunya di atas, bukannya di bawah. Aku rela dan bukannya terpaksa. Titik.

Aku melihat sesuatu dalam diri hari ini. Perkara yang sama sejak aku berada di sekolah sampai tangga sekarang orang kata aku berada di menara gading. Ah, sebenarnya aku masih terasa seperti berada di sekolah.

Perangaiku yang lama.
Penampilanku masih yang dulu.
Pergaulanku tetap begitu.

Ah, kadang-kadang syaitan itu suka benar menghasut dengan menanam persoalan dalam diri.

"Dapatkah aku habiskan pengajian di bumi UIAM?"

"Mampukah diri ini bertahan sampai titik akhir."

Sesungguhnya hanya Allah yang tahu perasaan aku yang sebenarnya. Aku hanyalah manusia biasa yang suka berperang dengan perasaan sendiri namun tewas akhirnya.

Ah, aku hanya manusia biasa-biasa yang mungkin senang berkata ya. YA. Bagi aku selagi aku mampu tunaikan tidak perlulah aku berkata tidak kerana ruang untuk aku menolong orang sedikit. Peluang untuk aku berbakti tidak terbuka luas. Aku bukannya manusia besar.

Sebenarnya adakah aku menapak ke bumi UIAM dengan sekarung persediaan dan sekuntum harapan. Atau aku datang dengan tangan kosong, bersama kemarahan keluarga yang tidak terluah, dengan rasa tidak puas hati. Diri, bersediakah kamu?

Jika benar kamu kata kamu bersedia, adakah persediaan itu cukup untuk kamu bertahan selama tiga tahun berbaki? Dapatkah bekalan itu membawa kamu ke mercu kejayaan satu hari nanti. Adakah kejayaan itu hakiki atau sekadar berjaya pada pandangan manusia. Amal nihil semata.

Wahai diri yang bergelar siswi, jika kamu tidak bersedia, adakah kamu perlu berpatah balik ke belakang?

Tidak! Teruskan perjalanan yang sudah kamu rintis.Tidak cepat, lambat laun kamu akan sampai ke hujung sebuah perjalanan yang sedang kamu lalui.

Subhanallah>

Sesungguhnya segala aturan Allah itulah yang terbaik!

Titik.




Jamilah cakap sikit: malam pertama semester tahun kedua., level 1.Rasa nak menulis. Jika aku berada dalam keramaian, ada sahaja yang mahu dinukil, saat aku sendiri, seperti tangan turut mati....

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub