12 July 2010

Aku Pada Hari Pertama Semester Ini.

Hari pertama semester ini lebih sibuk berbanding semester lepas. Aku nampak lebih banyak manusia di kawasan IRKHS disebabkan ramai yang tidak dapat membuat pertukaran ke Edu. Jadilah suasana yang aku rasakan dua semester yang lalu.

Aku sudah lupa-lupa-ingat pengalaman pertama aku di semester ini. Yang pasti sesat-sesat jugalah walaupun sudah membuat pencarian kelas sebelum bermulanya hari pertama. Dan suasana begitu akan berulang pada setiap semester dan aku masih seperti itu. Tidak tahu membalas dalam bahasa antarabangsa jika ditanyakan arah. Aku boleh nak bawa mereka tunjukkan tempat, tapi bila minta aku terangkan.. er.. er.. er.. akhirnya jawapan selamat I don't know.. haha, itulah yang aku jawab tadi apabila ada foreigner tanya di manakah Department al-Quran & Sunnah. Ah... betapa kurangnya perbendaharaan kata walaupun setiap semester ada pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Titik. Habis membebel. Aku hanya mahu mencoret pengalaman hari pertama aku semester ini supaya aku ingat. Supaya aku dapat ketawa apabila aku graduasi kelak membaca catatan pengalaman ini walaupun tiada apa yang menarik. Sementara akal mahu mengeluarkan kata-kata dan jemari rancak mahu bercerita eloklah aku menulis...

***
Tidur ditemani radio yang terpasang memudahkan aku untuk terjaga. Mujur sahaja aku sudah bangun apabila ada mesej seorang sahabat aku masuk. Kak Husni memberitahu yang beliau sudah tiba dan mahu menginap seketika di bilik aku. Tafaddhal.. Aku baru sahaja buka mata dan sudah tidak terasa mahu tidur. Ketika azan berkumandang memenuhi segenap bumi UIAM, beliau sampai di pintu mahalah Safiyyah. Alhamdulillah. Maafkan aku tidak  melayan akak dengan baik pun....

Belum 8 setengah, kami sudah melangkah keluar memulakan kembara hari pertama. Ada urusan subjek yang belum diselesaikan. Maka, kami bergerak untuk menguruskannya. Opps... Aku hanya mengikut tanpa membantu pun. Alkisahnya, ramailah wajah-wajah anak-anak Nilai yang kelihatan di mana-mana kerana kebanyakannya sudah menjejak bumi UIAM. Terasa mahu sembunyikan wajah di balik mana-mana tembok. Tembok kesombongan yang belum kamu runtuhkan itu. Ah!

Betapa! Terasa benar yang aku belum reti dan sangat tidak reti berkomunikasi dengan betul dan baik. Ketika bertemu Dr Abdel Aziz Berghout, aku boleh terdiam apabila beliau tanyakan kenapa aku di pejabat itu? Hendak menjawab aku menemani kawan pun sudah hilang perkataan. Akhirnya, soalan itu beliau sendiri yang jawab sendiri. Ah, Jamilah! Jamilah! Belum berubah rupanya.

Alhamdulillah, ketika tadi (malam ini) aku memeriksa conformation slip, sudah tertera semua subjek yang aku mahu ambil semester ini. Terima kasih Rokiah dan Kak Ema yang membantu aku menyelesaikannya dan menyudahkan kerja yang aku tinggalkan separuh jalan. Dan esok akan bermulanya kelas aku. .

No comments: