20 June 2010

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah. Akhirnya tahun ini tiga orang sahabat aku bergelar isteri. Barakallahulakunna... Nampaknya hanya satu majlis perkahwinan yang sempat aku hadiri daripada tiga majlis perkahwinan itu. Apa-apa pun, semoga kalian bahagia hingga khir hayat..

Amin.

1. Syahirah Azmi.

Beliau merupakan sahabat aku di sekolah rendah. Walaupun tidak sekampung, kami merupakan rakan sekelas selama beberapa tahun. Kadang-kadang berbasikal bersama untuk pulang dari sekolah. Mungkin tidak banyak kenangan tercipta antara kami namun namanya sentiasa di ingatan aku. Beliau menamatkan zaman bujangnya April lalu bersama pasangannya, seorang jejaka dari kampung aku. Tahniah, Syirah.. Semoga Allah rahmati perkahwinan kamu.


Gambar pengantin yang diambil di Facebook.

2.Kak Syidah.
Beliau merupakan rakan yang aku kenali di MPR 2007. Walaupun sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama-sama pada hari perkahwinannya, selamat pengantin baru saya ucapkan Kak Syidah.. Sudah bergelar isteri pun akak.. Semoga bahagia di samping suami dan dikurniakan pewaris soleh dan solehah.

3.Norihan + Syafei.
Mereka merupakan rakan sekelas ketika di CFS. Alhamdulillah, aku berkesempatan ke perkahwinan mereka di PJ bersama Ainul Salasiah. Aku suka melihat perkahwinan mereka yang nampak ringkas dan tenang.. Ya, suka dan tidak semak aku melihatnya. Tahniah buat kalian. Aku doakan kalian bahagia hingga akir hayat.. Amin.

Alhamdulillah, jodoh mereka sudah sampai... Semoga perjalanan yang mereka tempuh diredhai Allah dan dikurniakan mawaddah dan rahmah yang berpanjangan.

"Perkahwinan adalah untuk saling melengkapi dan membina bukan hanya ikatan dua hati tetapi dua keluarga."

No comments: