Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010
Cuti sudah masuk fasa kedua. Minggu pertama tamat dengan bacaan beberapa buah novel yang belum dihadam. Ah, semuanya novel remaja yang sepatutnya dibaca oleh pelajar sekolah menengah. Namun apa aku peduli, asal sahaja aku beroleh sesuatu untuk dibaca. Menunggu untuk dibaca buku-buku ilmiah memang lambat walaupun ada juga yang dibeli.

Fasa kedua adalah untuk menulis. Insya Allah. Lamanya aku tidak menghantar ke mana-mana penerbitan. Sememangnya jika tidak menghantar tiada karya yang akan tersiar. Itulah yang perlu aku sendiri maklum. Tahun ini hanya pada awalnya aku ada menghantar beberapa nukilan ke majalah, kemudian senyap. Aku seperti hilang kekuatan untuk kembali menulis.

Namun fikirkan wahai Jamilah, jika kamu berhenti hari ini, mungkin ada rezeki kamu pada hari esok. Seorang penulis tidak akan tahu potensi dirinya jika hanya menyimpan apa yang ditulis. Biarlah apa yang kita buat jadi bekal sekiranya maut menjemput kiuta terlebih dahulu.

Ya, aku bukan seorang yang aktif bekerja di…

CINTA KERA DAN BUNGA

*Artikel ini ditulis pada 25 Muharam 1427 menggunakan bahasa D- untuk bahasa Melayu... Sebuah catatan lama yang sengaja ditulis semula. :)



BICARA CINTA II
Aku ada baca majalah I bulan Febuari 2006 satu hari tu. Nak tahu story apa? Menarik sangat. "Cinta Enta-Enti." Tengok-tengok pun dah teruja, aku fotostat artikel tu. Aku nak kongsi dengan kengkawan semua. Nak dengar tak?



Penulis tu kata orang dah tukar trend cinta ni. Betul... Aku sokong 200%. Tengok dia, ehem-ehem- tudung labuh, tapi sayang dah pandai couple pun. Bukan aku anti lelaki, tapi kata orang benda tu bakal jadi pencemar agama. Korang setuju? Ini pendapat aku ajer. Terpulang, betul terima, tak betul tegurlah aku.

Nak tau, yang sebenarnya tak elok walaupun kita cinta guna SMS ke, emel ke... kan dah ada ayat "jangan hampiri zina". Penulis artikel tu kata lagi benda-benda tu memang mula-mula bagi tazkirah, pastu sms, perjumpaan naqib-naqibah, last-last tukar teddy bear, hadiah dan macam-macam lagi. Ingat ba…

RESENSI: ARCA KASIH & TIGA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI

Sejak bercuti tiada entri menarik untuk aku kongsikan melainkan bercerita satu dua perenggan tentang apa yang aku baca. Dan aku mencatatkan dalam diari ini saban hari supaya aku tidak lupa yang aku sebenarnya pernah membaca novel itu...

Ah, aku mudah menghabiskan novel namun sangat berat membaca buku bersifat ilmiah dan dipenuhi fakta... Bilakah aku dapat mengubah tabiat ini? Bukankah aku perlu membaca semua buku yang boleh supaya aku tidak hanya nampak satu jalan tanpa tahu jalan-jalan lain.

***

ARCA KASIH:
Arca kasih yang aku mulakan pembacaannya sejak semalam baru aku tamatkan pagi tadi. Ya, sebuah cerita cinta klise yang mana bertemu buat kali pertama- tak suka-terjadi kejadian yang buat mereka gaduh- baik-gaduh-baik semula.

Ketika bersekolah dahulu memang aku melayan novel cinta tak berkesudahan ini...

Aku beli novel ini sebab nak dapatkan tandatangan pengarangnya dan ada tulisan Pak Samad pada kulit belakang bukunya.. Ya, sebuah buku yang buatkan kita ke awangan bersama watak-watak na…

The King of Torts

alhamdulillah, dapat juga aku menghabiskan The King of Torts (terjemahan) yang ditulis John Grisham. Nak dibaca versi asal dalam bahasa Inggeris, mungkin sebulan tidak juga aku tamatkan pembacaan. Alkisahnya, aku beli buku ini kerana tertarik dengan tajuknya walaupun aku bukannya seorang pengamal undang-undang atau tahu banyak tentang perundangan.

Baiklah, beralih kepada buku ini. Dua hari juga aku ambil masa untuk membacanya... Sejak pagi semalam aku berperang dengan buku ini... Petang ini barulah aku dapat menghabiskannya..

Hm, apakah yang aku rasa setelah membaca buku ini. Aku tidak pernah membaca novel sebegini sebelum ini. Mungkin aku sedikit terganggu dengan typing error yang ada, namun tidak terlalu menjejaskan pembacaan.

Cerita seorang peguam, -Clay- yang pada mulanya hanya peguam bergaji rendah dan bekerja dengan kerajaan. Clay ditemukan dengan kes pembunuhan yang melibatkan remaja jalanan dan beliau menjadi peguam belanya. Setelah maklumat ditemui dan dia mahu meneruskan pem…

IMPIANA II

Tajuk: Impiana II
Pengarang: ain maisarah

Alhamdulillah, setelah menghabiskan pembacaan Chronicle 301 semester pertama, aku terus melangkah ke novel remaja seterusnya.. Impiana II. Aku berhajat menyudahkan bacaan Impiana II dalam satu malam namun disebabkan membaca sambil kepala sudah terlentuk atas bantal, aku yang terlena. Maka, pagi ini aku menyambung dan menyudahkan bacaan sebelum meneruskan lena sebentar.. Hm...

Setelah membaca Impiana, memang tertanya-tanya juga apakah nasib mereka yang terlibat dengan Syarikat Impiana ini. Nampaknya Ain Maisarah belum mahu menamatkan cerita apabila kini mereka mula mengetahui rahsia di balik syarikat Impiana. Malangnya, hanya ikan bilis yang ditangkap, sedangkan jerung sebenar masih berlegar-legar dalam lautan luas.

Ya, banyak juga ulangan dalam Impiana dalam Impiana II. Namun mungkin ini strategi Ain Maisarah supaya pembaca tidak lupa peristiwa yang terjadi kepada watak-watak..

Fasha sudah pulang dan bertudung.
Nana masuk penjara.
Farah sudah mendapa…

CHRONICLE 301 Semester Satu

Bismillah..

Alih-alih entri resensi buku juga yang menyusul dalam diari ini. Mana tidaknya aku cuba menghabiskan cuti yang berbaki dengan melangsaikan hutang membaca buku yang belum disentuh walaupun sudah lama berada dalam tangan. Buku yang dapat aku tamatkan hari ini bertajuk: Chronicle 301 Semester 1. Novel remaja yang dikarang oleh 4 orang penulis.

1.anis adlyana
2.ana nadia
3.Qayyum Nur
4.Ney joehan

Menceritakan kisah rakan sekamar yang memulakan pengajian semester pertama mereka di UNITI. Novel ini sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah yang bakal menjejakkan kaki ke universiti. Aku baca juga walaupun sudah di universiti

Jujurnya aku beli buku ini kerana tertarik dengan muka depan novel ini yang menarik. Namun, belum berkesempatan membacanya hinggalah semalam. Lama juga aku membaca kerana semalam sibuk melepak hingga hanya sedikit masa diperuntukkan untuk menelaah novel ini.

Bagi aku novel ini biasa namun istimewanya kerana terletak pada susunan watak yang mewakili setiap ahli dala…

IMPIANA

Tajuk: Impiana
Pengarang: ain maisarah

Alhamdulillah dapat juga menyudahkan pembacaan buku yang kedua untuk hari ini. Ya, sebuah novel yang sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah sebenarnya.. Namun tidak menghalang aku menjadi salah seorang peminat penulis cilik Ain Maisarah...

Impiana adalah novel pertama Ain Maisarah yang aku baca. Sebelum ini aku tidak pernah pun membaca walau suka melihat muka depan bukunya yang menarik. Impiana aku beli atas saranan Bib dan beliau yang terlebih dahulu baca sebelum aku.. (tak sempat baca) Adakah aku akan menjadi pengumpul koleksi novel Ain Maisarah???

Dengan jaringan internet selambat kura-kura berlari, aku rasa molek juga habiskan cuti dengan membaca stok buku yang dibawa pulang tempoh hari. Banyak juga yang perlu aku sudahkan pembacaannya. Apa guna beli jika tidak baca,betul tak? Hehe... sampai bila Jamilah puasa beli novel???

Aku suka membaca kisah sebenarnya yang terjadi sebelum Ain Maisarah menulis buku ini. Semuanya bermula dengan mimpi cik …

Perindu Pelangi

Tajuk: Perindu Pelangi.
Penulis: Munirah Abdul Rasyid

Dedikasi buat Ainul yang meminjamkan "perindu pelangi." Almaklumlah, sedang berpuasa daripada beli buku...

"Perindu Pelangi." Membacanya seakan-akan kita dibawa ke negara China. Mengikut Ahmad Mutawakkil yang mengikuti ayah angkatnya ke luar negara. Seorang anak yang tidak mendapat pelajaran sempurna namun tahu erti hidup. Suatu pelajaran yang sangat bermakna.

Diksi-diksi yang Kak Munirah juga dapat digunakan sebagai uslub dakwah dalam dunia realiti. Cerita-cerita yang dilampirkan dalam perindu pelangi boleh menjadi modal tazkirah atau sekadar bual-bicara bersama rakan-rakan... Memang buah tangan sulung kak Munirah ini tidak sia-sia. Punya seribu makna dan kita akan menyoal, pernahkah penulis ini ke China? Kata beliau, hanya berdasar kajian yang beliau buat..

Hm... Kagum dengan kematangan ceritanya. Seakan tidak percaya yang beliau hanya setahun tua daripada aku.

Tahniah, Kak Munirah! Saya menanti buku seterusny…

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah. Akhirnya tahun ini tiga orang sahabat aku bergelar isteri. Barakallahulakunna... Nampaknya hanya satu majlis perkahwinan yang sempat aku hadiri daripada tiga majlis perkahwinan itu. Apa-apa pun, semoga kalian bahagia hingga khir hayat..

Amin.

1. Syahirah Azmi.

Beliau merupakan sahabat aku di sekolah rendah. Walaupun tidak sekampung, kami merupakan rakan sekelas selama beberapa tahun. Kadang-kadang berbasikal bersama untuk pulang dari sekolah. Mungkin tidak banyak kenangan tercipta antara kami namun namanya sentiasa di ingatan aku. Beliau menamatkan zaman bujangnya April lalu bersama pasangannya, seorang jejaka dari kampung aku. Tahniah, Syirah.. Semoga Allah rahmati perkahwinan kamu.


Gambar pengantin yang diambil di Facebook.
2.Kak Syidah.
Beliau merupakan rakan yang aku kenali di MPR 2007. Walaupun sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama-sama pada hari perkahwinannya, selamat pengantin baru saya ucapkan Kak Syidah.. Sudah bergelar isteri pun akak.. Semoga bahagia di…

CERPEN: LAGU KEMATIAN

Lagu dari laptop aku biarkan menemani aku petang ini. Detik kematian nyanyian In-Team selalu menjadi peneman aku sejak Asad dijemput Ilahi sepekan lalu. Pemergiannya bukan aku tangisi namun mengajak pula diri untuk lebih banyak menyoal jasad ini supaya melakukan persediaan menuju dunia baru.

Aku halakan pandangan ke luar jendela. Burung beterbangan dengan gaya tersendiri. Pepohon sebaris di laman melenggok lembut dihembus bayu. Semuanya ada cara sendiri bertasbih pada penciptanya. Melihat hari-hari semalam yang telah aku lalui dan membuat percaturan tentang apa yang seharusnya aku lakukan untuk menghadapi kematian. Rintik hujan yang bernyanyi seakan memahami perasaan aku tika ini. Aku reda dengan pemergian sahabat yang aku sayang. Pasrah aku bahawa hanya DIA yang menciptakan aku dan dia. Rahsia maut, jodoh dan rezeki adalah rahsia ALLAH yang kit atidak ketahui.

Kubur Asad masih merah, pokok puding yang aku pacak mula meluruhkan daun, mahu bertunas pucuk-pucuk baru. Sesunggunya aku tak i…

ALKISAH TAMATNYA SEMESTER PENDEK

Bismillah...

Malam ini hanya berteman laptop dan diri sendiri. Sahabat-sahabat sudah kembali ke kampung setelah sebulan lebih bersama-sama dalam semester pendek 2009/2010. Sungguh! Semester pendek sentiasa menjanjikan kenangan terindah buat aku sendiri.

Dua kali berpengalaman semeter pendek di Nilai, aku diberikan peluang bersama-sama pensyarah yang sangat memahami. Kenangan mengulang tiga subjek pada semester pendek adalah sesuatu yang tidak dapat aku lupakan. MANIS dalam KEPAHITAn.

Dan kali ini aku melalui peristiwa-peristiwa yang sebenarnya adalah untuk membina diri sendiri. mungkin  hanya aku yang sengaja buat-buat tidak sedar atau tidak peduli dengan amaran, nasihat dan teguran yang sampai..

Ya, Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat dan teman yang ada di sisiku suka dan duka. Senyum dan tangis. Walaupun mungkin aku tidak dapat membuat kalian senyum dan ketawa seindah pelangi, aku harapkan aku bukanlah seorang yang menyebabkan kamu menangis...

Terima kasih kalian...

FORUM: KAMI BERSAMAMU PELESTIN

Assalamualaikum, diari...

Semalam aku berkesempatan bersama-sama dalam sebuah forum di Main Auditorium yang membawakan Encik Shamsul Akmar Musa Kamal, seorang wartawan yang sama-sama dalam Rachell Corrie sebagai panelis.

Aku tidak mahu berceloteh panjang, sekadar mahu berkongsi beberapa isi yang sempat aku catatkan supaya aku tidak lupa dan menjadi sebuah perkongsian.

1. Patut atau tidak Zionis menyerang kapal-kapal kemanusiaan itu?
TIDAK!!! 

2.Tapi, adakah Zionis faham tindak balas yang diberikan masyarakat antarabangsa kali ini?
TIDAK!!! Malah mereka makin gemuk.

3.Apakah medium lain yang boleh digunkaan belia selain bersama-sama turun berdemonstrasi?
Gunakan medium sesawang.(Aku tertarik apabila ada seorang pelajar bangkit berkongsi ilmu dengan mengatakan bahawa sebenarnya dalam dunia maya ada satu golongan yang tugas mereka sampaikan propaganda Zionis ini mereka dibayar atas setiap pendapat atau komen yang dilontar. Mereka berjumlah ribuan dan  merupakan antara cerdik pandai dan hanya men…

RAMADHAN MELAMBAI

Subhanallah...

Memang pantas benar masa yang bergerak meninggalkan aku hinggakan tidak sedar yang sebenarnya hari ini(14-6-2010) sudah memasuki bulan Rejab...

Maknanya Ramadhan semakin menggamit. Bersediakah aku untuk melalui fatrah tarbiyah ini?

Mari kita berdoa dengan doa ini.. Semoga hari-hari kita diredhai.

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “
[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]
titik .

TALK ON PALESTINE

Semalam aku berkesempatan menghadiri talk yang dianjurkan oleh Aqsa Society, Turkish society dan beberapa persatuan lagi... Talk yang berkisar tentang isu Palestin juga, namun berdasarkan dua persoalan utama.

1.Kenapa Israel serang Mavi Marmara yang mana dalamnya ada orang Turki?
2.Mengapa Turki yang menjadi sasaran dan bukan negara lain.

Mungkin subjek sejarah tidak banyak dan terlalu sedikit yang didalami aku sendiri.Namun sedikit sebanyak aku dapat juga mengikut isi yang diucap oleh penceramah semalam...

Kita harus ingat yang setelah Turki menjadi negara sekular setelah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah. Turki adalah antara negara yang awal emngiktiraf Israel. Bermacam perkara yang telah mereka lakukan untuk menghilangkan Islam di Turki. Lama.. Hanya beberapa tahun ini Islam kembali nampak di Turki.

Maka, Zionis takut sokongan Turki meluntur setelah mereka mahu kembali kepada Islam. Dan kepimipinan di Turki yang sedar peluang mereka untuk menegakkan Islam hanya datang sekali dalam 100 …

KANAK-KANAK SYURGA

Aku pernah mendengar filem iran bagus buatannya namun belum pernah sekali menonton filemnya. Hari ini aku berpeluang menonton filem bertajuk "Children Of Heaven" Temanya kecil namun impaknya besar. Persoalan kecil yang diangkat memberi satu pengajaran yang perlu kita hayati. Kisah kehidupan. Jangan ditanya pula salinan filem ini kerana aku hanya menonton melalui youtube.

Filem ini bermula apabila Ali, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun ke kedai kasut untuk membaiki kasut adiknya. Namun ketika singgah di kedai lain untuk membeli kentang, kasut itu hilang kerana telah diangkut oleh tukang angkat sampah. Ali cuba mencarinya namun tidak ketemu.

Di sinilah bermula kisah apabila adiknya marah kerana peristiwa ini, Bagaimana Fatma (adik ALi) akan ke sekolah tanpa kasut nan sepasang itu? Atas rasa kasih dan sedar akan kesusahan keluarga, Ali meminjamkan kasut kepada adiknya yang bersekolah pada sebelah pagi. Mereka bergilir-gilir menggunakan kasut yang sama saban hari.

Kemuncak perist…

AMBANG NIHAIE

Bismillah...

Bicaraku tercertus lagi di sini. Melalui minggu-minggu terakhir tanpa kelas mungkin membosankan namun hati perlu berusaha untuk positif... Walaupun masa untuk di alam maya lebih panjang berbanding menatap buku QPT yang tidak pernah dihadam, terasa tidak sabar melalui peperiksaan kali ini. 16.Jun.2010 akan berakhirnya semester 3 yang mencatat banyak cerita dan kisah buat aku sendiri,

Terima kasih untuk ustaz HAnafi yang sangat baik dan tidak sahaja mengajar QPT, malahan selalu menyedarkan pelajarnya tentang kepentingan untuk cakna tentang isu semasa. Setiap kali kelas tentang tidak terlepas memaklumkan kepada kami tentang isu semasa..Kisah sensasi yang terjadi dalam negara..

Ada sesuatu yang sangat perlu aku perhatikan sebelum menghadapi peperiksaan kali ini. Perkara yang aku sangat takut ia berubah. NIAT AKU BELAJAR SEMESTER INI!!!

Ustaz HAnafi yang sangat pemurah markah. Memang aku suka, namun setiap perkara ada dua sisi. Baik dan Buruk. Aku khuatir akan mengambil kesemp…

SELAMAT HARI LAHIR, AYAH!!!!

10 Jun 2010.

Sempena hari yang berbahagia buat seorang ayah, saya nukilkan entri ini buatnya.. Walaupun saya tahu beliau tidak akan membacanya... :)

Ayah,
Selamat hari lahir adik ucapkan. Walaupun adik sedar yang adik tidak pernah sekalipun menulis atau mengucapkan kata-kata ucapan selamat hari lahir atau selamat apa sekalipun, kali ini adik nak ucapkan sanah hilwa ayahku.. Semoga Allah panjangkan usia ayah dalam kebahagiaan dan lindungan Yang Esa serta kesihatan yang baik.

Ayah,
Dalam keluarga kita, akhirnya semua anak-anak ayah sudah tamat belajar melainkan adik. Tahniah, Ayah! Walaupun anak-anak ayah tidak bekerja dalam jabatan yang hebat dan gah, namun ayah berjaya mendidik anak-anak ayah sampai takat ini. Semuanya sampai satu tahap yang membolehkan mereka menyumbang sesuatu kepada orang lain. Pekerjaan ustazah dan jururawat sangat mulia, dan ayah tentu mendapat sahamnya juga kerana mendidik kami.

Terima kasih ayah.

Dalam renyai, dalam gelora, panas terik, ayahlah orang yang setia mend…

MENUTUP SUPAYA DITUTUP

Alkisahnya aku ini seorang yang suka bercerita tentang perkara yang aku tahu kepada teman sekamarku. Semua yang aku tahu tentang kawan aku akan aku ceritakan pada dia. Bagi aku, ia bukan satu kesalahan kerana dia adalah kawan rapatku.

Adakah salah jika aku ceritakan pada dia?

Perkataan seperti Ghibah, mengumpat dan seumpamanya biasa kita dengar. Tidak semua perkara perlu dan dapat kita ceritakan kepada orang lain. Ada ketikanya boleh mengundang dosa pula. Perkara yang letaknya pada status 'sulit dan persendirian' tidak wajar didedahkan kepada pihak ketiga biarpun kepada ayah dan mak kita sendiri. Kerana ada perkara yang tidak dapat dikongsi dengan orang lain.

Apa pula yang Jamilah mahu catatkan kali ini? Hm... Sekadar berkongsi rasa hati tentang status 'sulit dan persendirian' yang perlu kita jaga. Perkara yang susah adalah menjaga rahsia kerana mulut kita tidak dapat diselotep untuk tidak bercerita perkara yang kita tahu kepada orang lain.

Aku pernah terdengar orang …

APAKAH YANG AKU MAHU TULIS SEBENARNYA???

APAKAH YANG AKU MAHU TULIS SEBENARNYA???

Soalan ini aku lontarkan kepada diri aku sendiri. Aku yang saban hari mencatat namun tidak faham apa yang dicatat. Aku yang setiap hari membaca namun ada ketikanya sesat dalam  bacaan sendiri. Aku yang diberi nikmat Allah tanpa terhitung, tidak setimpal balasan kesyukurannya.

Titik.

Tanyakan kepada sesiapa yang menulis, pasti akan dijawabnya ada tujuan dia menulis. Maka, aku mahu soalkan kepada diri sendiri.. dan aku mahu tuliskan di sini satu kenyataan yang mungkin bersifat persoalan yang aku temukan di facebook... lebih kurang begini...

"Selain menulis puisi dan mengarang cerpen tentang Palestin, apa lagi seorang penulis lakukan." (merujuk isu palestin sekarang)
Kenyataan sebaris itu mampu menyentak akal warasku selama ini. Apakah sebenarnya yang telah aku berikan. Namun suka untuk aku nyatakan, yang walaupun seorang penulis itu walaupun dia hanya menyumbang sebuah puisi pendek atau cerpen tiga muka surat, bukankah itu juga satu satu…

CERITA ATOK NENEK!!

"Cu, petang ni atok nak cerita cerita tenggang."

Mungkin bagi yang biasa bersama nenek atau datuk di kampung biasa dihiburkan dengan cerita teladan orang Melayu yang sebenarnya banyak terkandung pengajaran dan hikmat yang mahu dilampirkan bersama cerita. Hikayatnya tidak bersifat selapis namun punya makna yang perlu disingkap bagi yang mahu memahami.

Anak-anak kini lebih banyak dihidangkan dengan kartun-kartun pelbagai yang kadang-kadang hanya memberi keseronokan semata. Malah,lebih teruk, mereka akan mengaplikasikan dialog dan perlakuan yang dilihat dalam kehidupan seharian. Jika positif aksinya memang dapat diterima namun kadang-kadang... (sambung sendiri ayat ini...) Sangatlah kasihan jika begini generasi kita dididik kerana mereka adalah pemimpin akan datang datang!

Baik, berbalik kepada cerita asal... Aku pasti kalian biasa mendengar cerita-cerita melayu seperti bawang putih bawang merah, Si Tenggang, Pak Pandir dan banyak lagi cerita Melayu untuk disenaraikan. Dan aku per…

Kupinang Engkau Dengan al-Quran

Kupinang Engkau Dengan Al Quran
Album : Kupinang Engkau Dengan Al Quran
Munsyid : Gradasi
http://liriknasyid.com


Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
Arungi bersama samudra dunia

Reff :
Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya

Bridge :
Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Arungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya

aku copy di sini.