Skip to main content

VT

TAJUK: VT
PENGARANG: HILAL ASYRAF ABD RAZAK

Melihat muka suratnya sebanyak 511 muka, aku seakan tak sanggup nak menghabiskan VT. Tapi komen daripada teman-teman, buku ini baik dan meninggalkan kesan dalam diri. Setelah empat bulan berlalu, barulah VT aku miliki. Segan mahu meminjam daripada orang lain. Takut merosakkan buku orang. Buku sendiri buatlah apa sahaja. Memang tabiat suka membeli buku sendiri untuk dibaca.

Berbalik pada VT. Kononnya mahu dibaca ketika cuti raya. Bila buku sudah di tangan, hati mula tertarik untuk membaca bab 1. Subhanallah! Menarik buku ini rupanya. Tak sedar sehari sudah aku khatam. (tapi aku baca secara tebuk, belum menghayati perjalanna ceritanya.) Patutlah sahabat dan teman aku begitu asyik mahu membaca.

Kisah pasukan bola tampar MATRI, sebuah sekolah agama rakyat kampung di Perlis. Mengisahkan bagaimana seorang coach cuba mengembalikan kegemilangan sukan bola tampar MATRI yang malap sejak 10 tahun lalu. Bagaimana beliau berusaha menaikkan kembali maruah sekolah dengan berjaya mengembalikan pingat emas kepada MATRI melalui didikan kepada anak-anak muridnya. Bagaimana dia mendidik? Perlu dapatkan VT untuk mengetahui jawapannya.

Bagi aku, memang patut membaca VT,terutamanya bagi para remaja di luar sana. Memberi suntikan motivasi dan tatacara seorang muslim sepatutnya. Kita tidak dilarang bersukan, tapi kita ada untuk bersukan. Bukan mengikut acuan barat.

Warna muka depannya menarik! Oren + hitam. Warna kegemaran anak muda sekarang! Mungkin melihat tajuknya anda tertanya-tanya apakah itu VT, tapi jawapannya anda dapat setelah besama Asyraf dan kawan-kawannya dalam novel ini.

Cuma mungkin yang tidak berminat sukan, anda akan sedikit bosan ketika pengarang menerangkan tentang sukan bola tampar yang menjadi tunjang cerita. Jangan risau, kamu boleh sahaja baca, supaya bertambah ilmu baru! Menarik sebenarnya!

Buku ini menawarkan dakwah secara santai melalui sukan, tapi bisa menusuk jiwa. Cara coach mendidik anak-anak buahnya dapat dijadikan contoh! Menggerakkan hati untuk menghidupkan diri.

Syabas buat penulis kerana menghasilkan sebuah novel yang memberi erti buat aku dan ramai pembacanya. Semoga ia menjadi satu rantaian amal yang tak terputus selagi masih ada yang menatap VT.Insya ALLAH.

2 September 2009
8:23p.m
Mahalah Safiyyah, E-1-3, UIAM

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub