28 May 2010

Papadom

Bismillah...

Kalian pernah menonton filem Papadom? Semalam, aku menonton filem ini di youtube dan ternyata ceritanya sangat menyentuh perasaan dan memberi pengajaran bagi seorang yang bergelar anak kepada ayah. Baiklah, aku bukannya mahu becerita tentang sinopsis atau tentang filem ini, sekadar berkongsi dapatan setelah menonton filem lakonan Afdlin Shauki ini. Cerita cinta? Cinta seorang ayah kepada anaknya...

Kalian pernah bayangkan seorang ayah yang sangat menjaga anaknya hingga anak itu terasa tidak bebas dan terkongkong. Ya, anak remaja sentiasa mahukan kebebasan. Namun ada sebab si ayah berbuat demikian. Aku terkedu dengan dialog sang ayah yang maksudnya hampir begini:

"Biasalah kita lelaki tak reti nak tunjuk sangat dengan kata-kata. Jadi Pak Cik buat dengan perbuatan. Pak Cik harap suatu hari dia akan faham."

Sayangnya seorang ayah ini sampaikan sang ayah menunggu anaknya ketika di sekolah.. Sediakan makanan ketika rehat, menunggu setiap hari tanpa JEMU. Hal ini kerana sang ayah insaf setelah kematian isterinya. Kerana terlalu sibuk mencari wang si isteri terabai dan sang anak dahaga kasih sayang. Sang Ayah mahu menebus kesalahan dengan menatang anak bagai menatang minyak yang penuh.

Kehidupan di universiti bermula. Kita sedar atau tidak sebenarnya ayah kita sangat bimbangkan kita yang jauh di mata mereka. Dalam Malaysia sahaja sudah melangit bimbangnya, apatah lagi di seberang laut. Jadi, kita hendaklah berjaga-jaga dan sentiasa mengawasi diri sendiri supaya tidak terjebak dalam kancah dunia gelap. Naudzubillah...

Walaupun kalimat ayah terbatas, perbuatan mereka menceritakan kasih sayang. Mereka tidak akan pernah meolak jika kita meminta wang untuk membeli itu ini. Mereka akan sediakan apa yang kita mahu. Sampai kadang-kadang kita meminta sesuatu yang luar kemampuan mereka. Ayah tetap akan tunaikan..

Ayah,hanya seorang ayah dalam hidup kita. Marilah kita hargai mereka selagi mereka ada di sini mereka. Walau bagaimana sekalipun mereka melayan kita, sayangnya pada kita tetap tebal, anaknya. Mereka mahu menjadi pelindung kepada setiap anak mereka...

Ayah, kasihnya berkorban apa sahaja.

p/s: Cerita ini tentang ayah, jadi tiada cerita tentang kasih dan pengorbanan Mak. Cubalah tonton 'Papadom' dan nikmati hikmah yang tersembunyi di balik cerita.

27 May 2010

JALAN-JALAN: KE MDEC, CYBERJAYA

Hati nekad untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan Ma'ruf Club ke MDEC.Bas mula bertolak pada 2.30 petang dan sampai kembali di UIAM pada 8.30 malam. Delegasi kami diwakili 5 jejaka dan tidak sampai 20 orang kuntuman mawar harum di taman. Alhamdulillah, kerana aku dapat belajar perkara baru hari + jalan-jalan di Multimedia Universiti + sampai Cyberjaya. Walaupun aku tidak faham sepenuhnya apa yang diterangkan, sekurang-kurangnya ada idea kasar dalam kepala.

Dunia tanpa sempadan hari ini memerlukan kita menajdi celik IT. Namun sebagai pelajar universiti, bukan hanya perlu tahu, tapi berfikir di luar kepompong. Lihat sahaja sudah ramai yang menghasilkan produk sendiri untuk dipasarkan. Dan tugas MDEC sebenarnya adalah untuk membantu golongan ini samada daripada sudut kewangan, kursus, atau tapak dan sebagainya.

Memang IT sememangnya menarik dan memberi faedah yang besar dalam dunia hari ini. Mengapa? Sebab hari ini semua orang mahu cepat. Maka, teknologi yang ada membantu untuk kita bertindak lebih pantas dengan segala inovasi yang dibangunkan.

Kami dibentangkan dengan contoh inovasi berasaskan IT yang sudah dijalankan samada di sekolah, perkampungan orang asli, perladangan juga perbankan...

Ya, setiap perkara ada pro dan kontranya, namun tidak salah jika mereka yang pandai IT memanfaatkannya untuk memandaikan orang Islam. Sememangnya kita perlukan satu medium untuk mendidik umat yang makin terdedah dengan keburukan. Kita mahukan para bijak IT yang cuba membangunkan perisian yang membantu orang memahami dan mengetahui indahnya Islam.

Peluang sebenarnya terbuka luas di depan kita. Jika kalian berminat dengan IT dan punya kecenderungan, mari kita fikirkan sesuaatu yang besar. Sesuatu yang dapat membantu umat. Bukan merosakkan mereka dengan sesuatu yang tidak memberi manfaat.

Wah, hari ini dapat tengok inkubator yang menempatkan java, microsoft.. teruja dapat tahu!!!

Ya, perjalanan hari ini sedikit sebanyak membuat aku terfikir, sebenarnya aku berminatkah dengan dunia IT? Dapatkah aku bersabar jika ditakdirkan aku menjadi pelajar ICT? Aku teringat kata-kata puan tadi, untuk jadi programmer kena minat dan sabar.

Ya, jika minat semua jadi!!!

24 May 2010

APA YANG AKU CARI SEBENARNYA?


Perjalanan hidup yang panjang ini kadang-kadang terasa seperti banyak yang aku persiakan. Banyak perkara yang patut dicapai aku hanya buat tidka endah. Banyak peluang terbentang depan mata, namun aku hanya buat tidak tahu.

Aku.

Selalunya ku menjadi aku, hanya ada ketika aku menjadi manusia lain. Aku cuba dan sengaja mahu bertukar karakter dan watak. Hanya mereka yang mendekati dan selalu bersama dapat membezakan mungkin antara aku sendiri dan aku yang menjadi orang lain.

Perjalanan hidup aku banyak tercorak oleh pengalaman dan pemerhatian aku. Dia aku kadang tin kosong, namun ada masa aku cuba juga berfikir sejenak hakikat aku dan diri sendiri serta orang sekeliling. Walaupun aku selalu tidak dapat 'masuk' dengan orang lain, aku berusaha untuk menjadi diri sendiri.

PERKARA PALING MANIS IALAH MENJADI DIRI SENDIRI.

Aku tidak tahu apa yang aku cari. Dahulu aku jelas, sekarang kabur-kabur. Aku hanya takut matlamat itu akan hilang dan aku hidup dalam bayang-bayang.

:(

Yang Pertama itu Niat

Bismillah, doaku semoga hari-hari kita yang dilalui ada ilmu baru yang dipelajari..

Diari bersidang hari ini dengan tema hadith, jadi aku mahu nukil dan kongsikan di sini sebuah hadith yang kita sama-sama maklum dan ramai sudah yang mengetahui lafaznya… Hadith pertama dalam hadith 40 karangan Imam Nawawi… hadith berkaitan dengan niat...
Menyebut tentang niat, kita tentu ingat kata-kata motivasi, anda adalah apa yang anda fikirkan! Baik dan positif pemikiran kita, baiklah natijahnya, namun jika hanya negatif, keputusannya juga begitu. Setiap amalan yang disertakan niat kerana ALLAH akan mendapat pahala manakala dalam solat dan amalan-amalan teras agama yang lain, jika terlupa niat, maknanya sia-sialah amalan itu.

((عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر ابن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كان هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه))

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan Rasul-NYA, maka hijrahnya itu adalah bagi ALLAH dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kerana apa yang dia niatkan.”

Apakah sebabnya wurud –atau dilafazkan- hadith ini? Ada kisah seorang sahabat yang ingin berhijrah, tapi adalah kerana seorang perempuan yang mahu dinikahinya mensyaratkan beliau berhijrah untuk berkahwin dengannya... Imam at-Tabrani teelah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabiir dengan rantaian perawinya yang thiqah, daripada Ibnu Mas’ud r.a beliau berkata: “Terdapat kalangan kami seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama Ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai penghijrah Ummu Qais.

Lihat, sejak zaman nabi, baginda amat menitik beratkan tentang niat. Niat adalah tunjang segala amalan dan penentu sama ada amalan kita diterima atau tidak. Maka, kita selaku umat yang sayangkan nabi –Allahumma salli ala muhammad- haruslah dan mesti mengamalkan sunnah ini. Mulakan setiap amalan dengan niat lillahi taala. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Ada pula yang bertanya, jika mahu buat maksiat bagaimana. Aku nak kawan dengan lelaki tu kerana ALLAH... Itu salah menggunakan niat namanya. Ingatlah jika itu yang terbit dari hari, hanyalah gangguan syaitan yang mahu menyesatkan!

Semoga hari kita lebih ceria dan diberkati apabila amalan kita bermula dengan niat kerana ALLAH.

Wallahu’alam.

VT

TAJUK: VT
PENGARANG: HILAL ASYRAF ABD RAZAK

Melihat muka suratnya sebanyak 511 muka, aku seakan tak sanggup nak menghabiskan VT. Tapi komen daripada teman-teman, buku ini baik dan meninggalkan kesan dalam diri. Setelah empat bulan berlalu, barulah VT aku miliki. Segan mahu meminjam daripada orang lain. Takut merosakkan buku orang. Buku sendiri buatlah apa sahaja. Memang tabiat suka membeli buku sendiri untuk dibaca.

Berbalik pada VT. Kononnya mahu dibaca ketika cuti raya. Bila buku sudah di tangan, hati mula tertarik untuk membaca bab 1. Subhanallah! Menarik buku ini rupanya. Tak sedar sehari sudah aku khatam. (tapi aku baca secara tebuk, belum menghayati perjalanna ceritanya.) Patutlah sahabat dan teman aku begitu asyik mahu membaca.

Kisah pasukan bola tampar MATRI, sebuah sekolah agama rakyat kampung di Perlis. Mengisahkan bagaimana seorang coach cuba mengembalikan kegemilangan sukan bola tampar MATRI yang malap sejak 10 tahun lalu. Bagaimana beliau berusaha menaikkan kembali maruah sekolah dengan berjaya mengembalikan pingat emas kepada MATRI melalui didikan kepada anak-anak muridnya. Bagaimana dia mendidik? Perlu dapatkan VT untuk mengetahui jawapannya.

Bagi aku, memang patut membaca VT,terutamanya bagi para remaja di luar sana. Memberi suntikan motivasi dan tatacara seorang muslim sepatutnya. Kita tidak dilarang bersukan, tapi kita ada untuk bersukan. Bukan mengikut acuan barat.

Warna muka depannya menarik! Oren + hitam. Warna kegemaran anak muda sekarang! Mungkin melihat tajuknya anda tertanya-tanya apakah itu VT, tapi jawapannya anda dapat setelah besama Asyraf dan kawan-kawannya dalam novel ini.

Cuma mungkin yang tidak berminat sukan, anda akan sedikit bosan ketika pengarang menerangkan tentang sukan bola tampar yang menjadi tunjang cerita. Jangan risau, kamu boleh sahaja baca, supaya bertambah ilmu baru! Menarik sebenarnya!

Buku ini menawarkan dakwah secara santai melalui sukan, tapi bisa menusuk jiwa. Cara coach mendidik anak-anak buahnya dapat dijadikan contoh! Menggerakkan hati untuk menghidupkan diri.

Syabas buat penulis kerana menghasilkan sebuah novel yang memberi erti buat aku dan ramai pembacanya. Semoga ia menjadi satu rantaian amal yang tak terputus selagi masih ada yang menatap VT.Insya ALLAH.

2 September 2009
8:23p.m
Mahalah Safiyyah, E-1-3, UIAM

22 May 2010

PERKONGSIAN: BENGKEL TEMUDUGA & MENULIS RESUME

Bismillah...

Pagi ini cuaca cerah. Penghulu hari saya mulakan dengan lafaz syukur atas izinnya memberi nafas dan denyut nadi yang belum terhenti.Berapa ramai saudara kita yang menghadap Penciptanya hari ini? Allah berikan pula saya kesempatan dan ruang untuk sama-sama mengikuti bengkel penulisan resume dan temuduga anjuran ICT Society IIUM.


Bengkel selama hampir 3 jam setengah  berlangsung lancar dan perasaan saya yang bercampur antara suka, mengantuk, teruja dengan ilmu dan gelisah. Semuanya ada sampai majlis ditutup.

PENCERAMAH: Erant Fatiehah & Emysyerna Azlin dari Kelly Services

Aku turunkan sahaja di sini isi-isi yang saya dapat pada hari ini. :) Selamat membaca...

SEKTOR TUMPUAN MASA KINI.
-Engineering
-Medik
-IT
-Sales
-Outsourcing
-Islamic Banking/financial
-Consulting
-Call Centre
-Telekomunikasi
-Education


CABARAN MAJIKAN KETIKA MENEMUDUGA CALON PEKERJA
-Meminta gaji yang tidak realistik
-Tidak tahu atau punya sedikit maklumat tentang syarikat
-Mempunyai kemahiran komunikasi yang tidak memuaskan.


CALON YANG DICARI MAJIKAN
-Discipline-specific knowledge
-Positive attitude
-Desired Soft Skills
-Strong work ethics
-Have relevant work experiences


SIKAT YANG PERLU ADA PADA CALON YANG MENGHADIRI TEMUDUGA
-Ada semangat untuk belajar
-Punya semangat berpasukan
-Dapat menguruskan stres
-Punya kemahiran pemasaran -ketika temuduga, kita sedang menjual diri dan bakat-
-Beri perhatian kepada semua perkara
-Boleh masuk dengan sesiapa sahaja dan fleksibel
-Punya motivasi tinggi
-Attitud yang positif.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADIRI SEBARANG TEMUDUGA
-Mendapatkan maklumat awal tentang syarikat
-Bersedia dengan sijil dan semua dokumen
-Bersedia mental dan emosi
-Fizikal yang sihat.

BEBERAPA SOALAN BOCOR KETIKA DITEMUDUGA!!!
-Tentang diri (sebutkan tentang pendidikan, pengalaman bekerja, sedikit maklumat keluarga, dan minat)
-Kelemahan diri
-Kegagalan yang pernah dialami dan bagaimana kamu menghadapinya.
-Sasaran masa depan
-Bagaimana mengahdapi krisis yang ada depan mata kamu
-Pencapaian
-Kemahiran diri
-Matlamat

Inilah sedikit sebanyak yang dikongsikan oleh penceramah tadi... Semoga ada manfaatnya perkongsian kecil ini terutamanya kepada yang akan menghadapi temuduga..

Wassalam.

18 May 2010

SEMUA KITA PERLU BERHIBUR

Kedukaan yang bertamu adalah kurniaan Alllah supaya hamba sentiasa ingat DIA. Maklumlah, manusia selalu teringat pada Pencipta dengan amat sangat dalam kesusahan dan kesedihan. Jadi, penyelesaiannya, manusia perlukan hiburan.

Namun, "wahai hati, apakah jenis kesukaan yang kamu mahukan."

Maka dijawabnya hati: "Aku dambakan zikir yang berterusan meniti di bibir tuanku. Aku mahukan seorang tuan yang sentiasa berdoa dan menyerahkan diri kepada Tuhannya. Aku perlukan seorang tuan yang sentiasa bersolat dan bersabar."

Hanya itu! Diri secara fitrah mahukan kebaikan bukannya kerosakan. Hanya desakan syaitan dan dorongan persekitaran mengubah seseorang menjadi tidak baik.

Hiburan yang diperlukan sang hati yang bersih bukanlah pesta-pesta hiburan, lagu-lagu yang melalalikan dan hubungan tanpa batas yang membawa kemudaratan.

Maka. wahai diri, ingatkah kalian bahawa nabi juga melalui kesedihan? Saat dakwahnya ditolak, baginda menjadi sangat duka. Namun Allah adalah pentarbiah baginda. Maka diberitakan khabar gembira dengan ayat-ayat al-Quran yang menghiburkan baginda. Sesungguhnya baginda hanya manusia.

Kita, apatah lagi. Namun hiburan kita perlulah yang baik-baik sahaja. Jangan ditambah titik hitam dalam hati yang merosak jasmani.

Jom islah diri! Berhibur dengan batas yang digaris Ilahi.

Wassalam.

DIARI JAMILAH: KISAH SHORT SEM 1

Sudah masuk minggu keempat untuk short sem kali pertama semenjak aku di IIUM Gombak. Alhamdulillah kerana Allah gerakkan hati untuk mengharungi short sem walaupun kerana satu alasan: aku tak mahu lama-lama di rumah. Aku akan bosan dan tidak ketahuan.

Walaupun hanya satu subjek, insya Allah, aku akan cuba yang terbaik. Rasa berbaloi kerana ada banyak program yang diadakan dan aku boleh belajar sesuatu. Aku sedang dalam proses mengubah diri. Bukan menjadi orang lain, namun aku cuba menjadi lebih baik. Walaupun tidka kepada orang lain sekurang-kurangnya kepada diri sendiri. Aku jadi takut andai maut datang sebelum aku sempat bertaubat dan bersedia menghadapinya.

Naudzubillah...

Banyak perkara terjadi. SAku sedar atau tidak, aku sengaja atau buat tidak endah, semuanya ada signifikan dan punya kesan dalam hidup aku. Aku jadi makin kenal dengan perangai sendiri walaupun aku belum berjaya memahami diri orang lain.

Kita semua ada potensi hanya kita yang menutup pintu-pintu peluang yang ada.

Allah, semoga short sem ini meninggalkan memori indah sebagaimana aku lalui di Nilai. Semuanya ada kisah dan pengajajaran yang banyak untuk aku. Doakan perjalanan novel aku berjalan lancar dan dapat dipasarkan sebagaimana impian aku...

Sahabat, terima kasih sentiasa ada bersama-sama saya walaupun saya bukanlah sahabat yang baik untuk kalian. Saya hanyalah manusia biasa yang banyak berbuat salah..

Titik.

17 May 2010

BERPERSATUAN

Aku sudah mendengar tentang perkara ini banyak kali. Tetapi semuanya ibarat mencurah angin ke daun keladi. Macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sememangnya kehidupan sebagi mahasiswa memerlukan diri yang cekal dan berdikari. Jika tidak, tinggallah kamu di belakang, hanya menghabiskan pengajian tanpa dapat mengcungkil bakat atau memperbaiki diri sendiri dan orang lain.

Justeru, kehidupan selaku mahasiswa punya cabaran dan mehnah yang dilalui semua mahasiswa, cuma cara dan bilakah seseorang diuji yang membezakan. Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.

Aku teringat kata-kata seorang alumni UIAM bernama ustaz Hafiz... Beliau berkongsi beberapa cabaran yang dilalui mahasiswa.



PERTAMA:Cabaran Kehidupan Setelah Bekerja.
Jika kita di unviversiti malas mengambil bahagian dalam aktiviti, hanya kelas dan tidur di katil, maka lahirnya pekerja yang bekerja hanya untuk menunggu gaji hujung bulan. Jika dalam persatuan ada exco dan sekreteriat yang hanya mengarah dan tidak membuat kerja, begitulah dunia luar. Kehidupan dalam dunia kampus boleh menjadi cermin pada kehidupan kita kelak.

Jadi, carilah sempada diri. Terobos sempadan diri dan kejutkan gergasi malas yang sedang tidur dalam diri. Bangkit dan lakukan sesuatu kerana kita pemimpin masa depan.


KEDUA: Kemahiran atau Soft Skill
Arus kehidupan hari ini tidak hanya mementingkan A dalam slip peperiksaan namun apakah nilai tambah yang ada dalam diri seseorang mahasiswa. Tidak kiralah dalam bidang keusahawanan, penulisan, percakapan umum atau bidang lain. Semuanya menjadi bonus setelah graduasi kelak.

Saya percaya bahawa di unversiti punya banyak peluang dan ruang yang cukup untuk kita mencungkil bakat dan kelebihan yang Allah berikan. Ketahuilah bahawa setiap kita dilahirkan dengan BAKAT dan KELEBIHAN. Cuma perlu dicari.

KETIGA: Cinta Enta Enti.
Saya masih ingat ketika di tingkatan empat saya membaca entri tentang ini yang ditulis oleh Ustaz Maszlee Malik. Gejala ini boleh menjadi barah yang menyebabkan orang memandang serong kepada sosok-sosok yang terlibat dalam dunia dakwah. Mereka yang sepatutnya menjadi qudwah hasanah perlu bijak mengawal diri dan pergaulan.

Bukan bermakna jalan perlu tunduk tanah hingga terlanggar tiang! Namun Allah sudah gariskan batas antara lelaki dan perempuan. Saya sendiri kadang gagal terutama di alam maya.

Ketahuilah hai saudara saudariku, kalian sosok dakwah yang dipandang oleh bukan seorang namun ramai, terutama mereka yang mencari jalan pulang. Sedikit kita berbuat salah orang sudah nampak.

Sekian, banyak pula aku menconteng. Sekadar meluah apa yang mahu terbit daripada hati. Isi utama adalah kata-kata Ustaz Hafiz, namun penerangan adalah olahan saya sendiri.

Titik.

[ entri bergambar] the Power of Ink

Aku di bengkel ini selama 5 jam.. berbaloi dengan bayaran 5 ringgit. Padat dan banyak ilmu dikongsi sis Zabrina.. Aku akan kongsikan.

Sis Zabrina tekankan yang kita perlu menulis daripada hati dan menjadi diri kita. Jangan jadi orang lain.

Antara para peserta: Brothers kebanyakannya foreigner dan sisters ada juga wajah-wajah melayu. Yang penting penuh Mini Auditorium dengan peserta... ALhamdulillah..

Beliau membentangkan cerita yang dibuat. Sambung ayat menjadi cerita dan dibuat secara berpasangan.. Menarik dan membantu sebagai latihan menulis. :)

GAMBAR BERBICARA: TALK BERSAMA DR ABDULLAH MAROUF & PERSEMBAHAN MUADZ

Persembahan Puisi (sonnete) oleh Bro Aladdin, seorang pelajar PhD di IIUM

 
Talk oleh Dr Abdullah Marof, pensyarah jemputan di UM, merupakan rakyat Palestin dan mengkaji tentang ISrael.

In Heart mengiringi lagu yang dinyanyikan Muadz.. Dua buah lagu yang aku tak ingat tajuk.. berkisar tentang Palestin

Persembahan drama oleh foreigner IIUM... Kisahnya adalah bagaimana Zionis mula-mula mahu merampas Palestin, namun akhirnya tumbang kerana Islam bersatu.. Itulah janji Allah.. Jika bersatu, kita menang.
Walaupun drama ini ada lucunya kerana drama bisu, pengajarannya sarat dan masuk dalam jiwa.


*Maaf dengan gambar yang kurang menarik kerana kamera saya punya sedikit masalah..

Bling! bling!

~ saya minta maaf~

Assalamualaikum...

Ada banyak perkara untuk dikongsi di sini, namun beberapa halangan menyebabkan aku tidak dapat mengemaskini blog ini dalam masa yang ditetapkan... Bukannya sibuk, namun aku sengaja tidak mencelah masa yang ada untuk menukil di sini.. Maaf...

Komputer riba saya buat hal dan sudah diletak di atas almari tinggi. Kuarantin selama beberapa hari supaya dia kembali normal.

My love sudah dimasukkan dalam kotak kerana sakit setelah jatuh usai menonton konsert tempoh hari...

Aku tetap akan tuliskan juga peristiwa yang terjadi di sini kerana ada banyak perkara untuk dikongsi, hanya aku memerlukan sedikit ruang masa..

Terima kasih buat yang sudi singgah di sini..

Salam ukhuwah...

14 May 2010

CLOSING CEREMONY PALESTINE WEEK

Semalam telah berlangsungnya majlis penutup Palestine Week selama seminggu anjuran Masjid UIAM dan beberapa persatuan di sini. Alhamdulillah, kami diberi penerangan oleh seorang aktivis aqsa as-shariff dan dihidangkan dengan nyanyian nasyid oleh Izzatuna yang didatangkan khas daripada Indonesia.


Memang mereka menyampaikan nasyid dengan penuh bersemangat dan panas... Terasa walaupun tanpa iringan muzik rancak namun punya auranya. Ditambah dengan aksi si cilik anak-anak mereka dengan pelbagai aksi...


Semoga dengan berakhirnya minggu palestina, tidak bermakna kita lupa...


BOIKOT, DOA, SEBARKAN PERKEMBANGAN TERKINI SAUDARA KITA.

TIBA SAAT DAN WAKTU

Kematian adalah janji Allah yang tidak mungkin diinjak walaupun hanya stau detik. Maka aku adalah seorang hamba yang tidak tahu bilakah tarikh dan waktunya. Sudah ada sahabat dan teman yang aku kenali menemui Tuhan sebelum aku. Sudah ramai ahli keluarga yang meninggalkan aku. Mereka pergi kerana janji itu sudah sampai kepada mereka. Sedang aku?

Aku pernah beberapa kali terbayang yang maut sudah seperti berada depan mataku. Ketika itulah baru terasa yang diri sangat tidak bersedia untuk menemui sebuah kematian. Adakah kamu belum mahu emngambil pengajaran dengan pemergian mereka yang kau sayang?

Andainya waktu itu terlalu hampir, adakah aku sudah ebrsedia untuk menghadapinya? Sednag aku sedar yang kantung amal itu masih sedikit... Dosa pula dilakukan saban hati tanpa teriring solat Taubah. Hamba apakah ini?

Aku ada melawat beberapa blog mereka yang sudah meninggal dunia. Semoga tulisan-tulisan mereka yang memberi manfaat dapat disebarkan kepada orang lain supaya sahamnya sampai kepada mereka. Dan itulah juga yang aku harapkan aku pergi dahulu sebelum orang lain..

Jika ada tulisan-tulisan aku yang berguna, gunakanlah ia untuk kebaikan... Aku tiada harta yang banyak, tiada bekal yang cukup, namun apabila kita berkongsi sesuatu yang baik, maka sahamnya tetap ada.

Titik.

13 May 2010

WARKAH UNTUK KAMU 1

Kalau sudah aku katakan yang kamu perlu berhati-hati dengan diri sendiri, kamu hanya memandang sepi. Kalaulah kamu tahu apakah sebenarnya yang terjadi antara kita, kamu akan menyesal dengan perlakuan kamu pada suatu hari itu. Kamu hanya perasan faham perasaan kawan kamu namun apakah sebenarnya kamu memahami dirinya.

Kamu bukannya budak yang baik yang dapat mengukir senyum pada bibir sahabat kamu. Mungkin kamlah manusia yang telah emngukir duka pada sekujur wajah mereka. Kamu hanya tahu mehusahkan mereka dan menggunakan mereka saat kamu perlukan mereka. Namun adakah kamu sedar yang perlakuan itu memakan diri kamu?

Kalau kamu orang baik dengan kamu,  kamu perlu berbuat baik dengan semua orang. Sifir kehidupan begini.

Kamu dapat apa yang kamu beri.

Adakah kamu hanya mahu menjadi seseorang yang menjadi perindu apabila semuanya sudah tiada lagi? kamu tahu tak yang kamu sebenarnya orang yang sangat tidak ebrhati perut. Kamu sanggup seksa perasaan dia yang tidak bersalah. Kamu calarkan hati dia.. Kamu etruk..

Titik

Cukup aku merapu kepada kamu..

Beringat Wahai Empunya Diri

Kalau sudah aku katakan yang kamu perlu berhati-hati dengan diri sendiri, kamu hanya memandang sepi. Kalaulah kamu tahu apakah sebenarnya yang terjadi antara kita, kamu akan menyesal dengan perlakuan kamu pada suatu hari itu. Kamu hanya perasan faham perasaan kawan kamu namun apakah sebenarnya kamu memahami dirinya.

Kamu bukannya budak yang baik yang dapat mengukir senyum pada bibir sahabat kamu. Mungkin kamlah manusia yang telah emngukir duka pada sekujur wajah mereka. Kamu hanya tahu mehusahkan mereka dan menggunakan mereka saat kamu perlukan mereka. Namun adakah kamu sedar yang perlakuan itu memakan diri kamu?

Kalau kamu orang baik dengan kamu,  kamu perlu berbuat baik dengan semua orang. Sifir kehidupan begini.

Kamu dapat apa yang kamu beri.

Adakah kamu hanya mahu menjadi seseorang yang menjadi perindu apabila semuanya sudah tiada lagi? kamu tahu tak yang kamu sebenarnya orang yang sangat tidak ebrhati perut. Kamu sanggup seksa perasaan dia yang tidak bersalah. Kamu calarkan hati dia.. Kamu teruk..

Titik

Cukup aku merapu kepada kamu..

12 May 2010

SAYA.SAYANG.CIKGU.



Bismillah...

Saya sayang cikgu. Saya sayang semua cikgu yang pernah dan sedang mengajar. Mereka adalah insan-insan yang banayk berkorban untuk saya sehingga saya menjadi hari ini. Semua cikgu saya baik dan tidak pernah berbuat tidak baik kepada saya. Semua cikgu baik dan tiada cikgu yang tidak baik. Cikgu mendenda kerana kita salah. Cikgu rotan kerana kita nakal. Cikgu menegur kerana mahu kita jadi pandai.

MAK.
Selama lebih lapan tahun saya menjadi anak murid Mak. Mak mengajara saya solat, mengajak saya ke masjid, didik saya jadi anak yang baik. Mak insan paling berjasa dalam hidup saya. Semoga Allah tempatkan Mak bersama dengan kalangan para solehah...

"Mak, terima kasih ajarkan adik jadi seorang anak.. Nasihat mak akan adik simpan. Walaupun adik pernah sampai tidak ingat wajah mak, namun adik tidak akan lupa berdoa untuk mak. Semoga mak aman di dunia sana... Adik sayang mak."

CIKGU TADIKA
Cikgu Sarimah. Di sini aku belajar tulis  dan baca. Menjadi anak nakal yang sedang meningkat naik tentu ada kisah. Pernah sekali ada kawan saya diletakkan dalam stor kerana nakal, sempat lagi dia makan kismis yang ada dalam stor kerana itu stor makanan... Ini cikgu ketika saya selepas mak dan keluarga,

CIKGU SEKOLAH RENDAH
Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mahang. Memang aku pendiam ketika di sekolah. Dalam aku menikmati hari-hari, saban tahun, aku ada seorang guru kesayangan. Setiap hari balik sekolah aku akan bercerita tentang mereka.

TAHUN 1: Cikgu Siti Rahah
TAHUN 2:Cikgu Siti Rahah
TAHUN 3: Ustazah Norhani Ramli
TAHUN 4: Cikgu Mohd Noor Awang Kechik
TAHUN 5:Cikgu Bashri
TAHUN 6: Cikgu Bashri.

Ya, setiap guru saya sayangi, namun mereka banyak kenangan dengan aku. Pernah dijemur di tengah panas untuk belajar matematik, dirotan dan dicubit.. Semuanya kenangan terindah sebagai seorang pelajar. Kerana cikgu mendidik, dengan izin Allah, saya di sini. ALhamdulillah.

CIKGU SEKOLAH MENENGAH
Bilangan cikgu makin bertambah. Maka, bilangan cikgu kesayangan makin bertambah. Namun ada dua orang cikgu yang saya sentiasa ingat. ustaz Fuad Ahmad dan Cikgu Mat Zaini Abdullah. Mereka saya rasakan dekat dengan hati dan saya simpan nama mereka dalam hati. Entahlah, mereka ada aura yang menjadikan saya sentiasa rindukan kata-kata mereka.

PUSAT ASASI UIAM
Di sini, hanya satu semester bertemu dengan pensyarah yang bertukar semester demi semester. Aku paling terkesan dengan kata-kata Ustaz Azlan ketika malam perpisahan semester pendek kami.

Terima kasih untuk semua pensyarah yang mengajar saya.

UIAM GOMBAK
Dua sem saya di sini, bermacam-macam pensyarah yang mengajar saya. yang penting mereka ada cara tersendiri yang membuatkan kita terkesan. Setiap cikgu dan pensyarah punya keistimewaannya.

PENUTUP.
Jasa cikgu tidak mampu saya bayar kerana terlalu mahal. Mereka hanya mengharapkan kejayaan anak murid mereka bukan kegagalan. Tiada guru mahukan anak murid mereka gagal dalam apa jua yang mereka lakukan.

Entri ini sempena Hari Guru pada 16 Mei. Aku tidak mahu menunggu hari itu kerana kita boleh sahaja meraikannya pada bila-bila masa.

SAJAK UNTUK CIKGU OLEH UTHMAN AWANG.. HAYATI SETIAP BARISNYA...

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Titik.

AKU.BENGKEL.PENULISAN.



Aku mula berjinak-jinak dengan penulisan fiksyen sejak di sekolah menengah. Mungkin disebabkan aku suka membaca buku-buku kakak yang ada di rumah, maka aku menyimpan hasrat untuk menulis. Maka, aku cuba menghasilkan sajak dan cerpen eceran yang dihantar ke majalah tempatan seperti Dewan Siswa dan Fokus SPM yang sesuai dibaca pelajar sekolah menengah.

Ketika itu aku belum pernah menyertai mana-mana bengkel penulisan yang ada. Sekadar bergantung kepada pengalaman membaca novel orang lain, kemudian menulisnya kembali mengikut cara sendiri. Aku terus kepada praktikal bukan teori.

Tetapi, sekarang setelah aku menyertai beberapa siri bengkel penulisan, terasa aura menulis makin menurun. Benar, sesiapa sahaja boleh mencipta alasan. Alasan untuk tidak menulis. Apakan tidak, ramai yang boleh menulis dengan baik kerana usahaa yang berterusan dan tidak mengenal penat.

Baiklah, aku sekadar mahu berkongsi beberapa bengkel penulisan yang pernha disertai. Mungkin selepas ini kalian juga boleh mengikut jejak ini dan mendapat aura menulis bukan seperti aku yang makin menyertai bengkel makin menurun semangat. Apa yang penting KEMAHUAN dan TULIS.

1.PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA 2005
Pengalaman pertama menyertai bengkel penulisan. Di sini aku mendapat pendedahan secara formal tentang dunia penulisan dan dunia penerbitan. Berpeluang bertemu Puan Nisah Haron, A.Samad Said, Puan Mahaya Yasin dan beberapa orang lagi penulis adalah satu pengalaman berharga. Bertemu dengan pelajar-pelajar seluruh Malaysia yang menyertai perkampungan ini membuahkan satu pengalaman baru. Manakan tidak, sebuah negeri hanya 6 orang peserta terpilih.  

Masih aku ingat kami  menempuh perjalanan dari Kedah ke Negeri Sembilan menaiki van yang memuatkan enam orang pelajar dua orang guru. Bersama-sama menempuh pengalaman demi pengalaman bersama-sama dengan mereka yang belum pernah dikenali.

Untuk pengetahuan, bengkel ini diadakan secara konsisten oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terpilih tentang dunia penulisan. Di sana, kami perlu membuat perjanjian dengan KPM untuk menulis..  Namun, adakah janji itu dipenuhi atau pesertanya sekadar menggunakan masa untuk berkenalan sesama sendiri dan tidak menulis setelah menyertai perkampungan ini?

2.MINGGU PENULIS REMAJA 2007
Sudah beberapa kali aku menulis tentang bengkel ini. Seminggu berkampung di DBP untuk berguru dengan Faisal Tehrani, Kak Nisah Haron, Salina Ibrahim, Saifullizan Yahaya, Zaen Kasturi dan lain-lain  adalah pengalaman terindah.

Walaupun ada pahitnya, ia tetap satu memoir yang tidak akan lenyap daripada mandala ingatan. Mendapat kritikan daripada saudara FT dalam genre cerpen sedikit sebanyak mengubah gaya penulisan aku selepas itu. Memang kami lebih banyak didedahkan dengan teori, namun perkongsian para guru MPR banyak membantu untuk melancarkan penulisan.

MPR diadakan secara konsisten oleh DBP bertujuan melatih pelapis dalam dunia penulisan. SUdah ramai graduannya yang menyerlah dalam banyak genre penulisan. Apa yang penting sesudah bengkel perlu MENULIS dan MUNCUL DI MAJALAH atau TERBITKAN BUKU.

3.BENGKEL PENULISAN BERSAMA FATIMAH SYARHA
Beliau penulis yang terkenal dengan karya Tautan Hati yang sarat dengan unsur tarbiah. Mendengar merdu suaranya memberi penerangan,seperti seorang kakak sedang memberi nasihat kepada adik.

Kami ditekankan dengan niat untuk menulis dan menulis sesuatu yang syarak. Jadikan penulis sebagai saham menuju ke SANA.

Bengkel ini anjuran MAARUF CLUB IIUM . Semoga ia diteruskan denga menjemput penulis lain pula.

BENGKEL PENULISAN BERSAMA RIDUAN MOHAMAD NOOR
Beliau banyak menghasilkan buku-buku yang banyak memberi faedah dengan harga yang berpatutan. Pada tahun lalu, beliau mendapat peluang ke GAZA pada tahun lepas dan menceritakan pengalamannya kepada kami ketika bengkel itu. Beliau banyak memberikan cara menulis yang betul. 

Menulislah! 

4.BENGKEL PENULIS BEST SELLER ANJURAN PTS PUBLICATION
Aku membayar RM150 untuk bengkel ini yang diadakan sempena CONVEST 2009. Di sini kami didedahkan dengan rahsia-rahsia untuk menjadi penulis best seller.

Pengisian selama satu hari memberi banyak ilmu baru untuk dunia penulisan aku. Malangnya, tidak satu buku terhasil dengan bengkel yang MAHAL ini. Aku belum memancing walaupun sudah diberi kail.

5.BENGKEL BERSAMA ZABRINA A.BAKAR
Aktiviti Sabtu ini. Aku tidak tahu apa yang mahu beliau kongsikan namun aku mahu hadiri kerana aku dahagakan minuman dalam bengkel yang dapat mengenyangkan perut penulisan aku.


Untuk menulis, kita juga perlukan pengisian. Mungkin ada orang yang menulis dengan baik tanpa menyertai bengkel penulisan, namun ada sebahagiannya pula perlu menyertai bengkel untuk mendapat pendedahan. Walaupun nampak biasa, bengkel penulisan banyak membantu. Boleh berkenalan dengan rakan seangkatan dan mendapat suntikan semangat.

Jika kamu mendengar teman kamu sudah menghasilkan buku, tentu kamu juga akan teruja. Benar bukan?

Doaku semoga ilmu yang aku dapat dalam beberapa siri bengkel ini bukan hanya disimpan dalam kertas. Bilakah lagi mahu menulis???

11 May 2010

PALESTINE WEEK

Gabungan beberapa persatuan di UIAM sedang mengadakan Palestine Week bagi mengumpul dana dan satu cara yang menunjukkan rasa peduli kita kepada saudara seagama kita di Gaza.

Maka, semalam, bertempat di Main Auditorium IIUM telah berlangsung majlis perasmiannya yang telah disempurnakan oleh Dr Jamal Badi'.

Aku memetik sedikit kata-kata Dr Jamal Badi' sebagai perkongsian buat sahabat yang tidak berkesempatan ke sana semalam:

"Masjid al-Aqsa bukannya milik bangsa Palestin sahaja tetapi umat Islam seluruh dunia. 
Palestin bukan isu penduduk Gaza sahaja tetapi semua umat Islam.

INTI PERCAKAPAN DR JAMAL BADI'

-Yahudi sentiasa membenci orang Islam sejak dahulu hingga kini.

-Kita mesti kuasai ilmu. Sebagaimana Yahudi menguasai ilmu untuk menakluk dunia. Tanda kepedulian kita kepada saudara kita adalah dengan menguasai ilmu. Belajar untuk peperiksaan sahaja itu tidak wajar. Salah satu cara untuk membantu ummah adalah dengan menguasai ilmu.

-Bagaimana mahu tolong saudara kita di Gaza? Boikot selagi mampu. Adakah lagi??? Soalan untuk diri

-Bukan hanya setakat cakap kita kena boikot namun perlu menyediakan bahan alternatif untuk umat Islam. Kerana itulah kita sangat perlu menguasai ilmu supaya boleh disumbangkan kepada ummah. Terutamanya dalam bidang teknologi dan makanan yang mereka kuasai.

-Kita perlu menyelesai masalah bukan hanya menunggu. Ada segolongan manusia dan hanya mennati Imam Mahdi dan sebagainya. Namun umat dahulu berjaya kerana mereka berusaha menyelesai masalah. Kerana itulah munculnya pemuda seperti Salahuddin al Ayyubi. Tetapi kita?

Wassalam..

Sekian, sedikit perkongsian.

10 May 2010

AKU.CINTA ISLAMI.LOVE.

Aku pernah terdengar seseorang berkata yang usia baya aku adalah masa yang mana pemikirannya selalu berfikir untuk berkahwin dan mencari pasangan hidup. Namun ia akan berubah apabila usia kita menjengah 23 tahun. Sejauh mana kebenarannya, allhu 'alam. Aku? Kadang-kadang aku naik rimas juga apabila topik ini dibuka... Biasalah, budak belum matang.

Baik. Sebut tentang cari pasangan, maka kita akan berkenalan. DAlam ISlam, kita ada cara bermuamalat antara lelaki dan perempuan. Ajnabi dan Mahram. IA berbeza mengikut keadaan dan keperluan. Jadi, bagaimana jika kita melanggar fitrah itu? Wujudkah sebenarnya yang dinamakan islamic couple? Sebagaimana yang kita lihat dalam realiti seharian? Wajarkah kita menggunakan alasan kami akan berkahwin untuk menjalin perhubungan?

Ya, jika sudah bertunang memang kita perlu bertemu dengan pasangan untuk berbincang dan saling mengenali. Tidaklah bermakna aku terllau syadid dalam hal ini, namun secara peribadi, aku inginkan sebuah cinta seusai berkahwin. Kedengaran janggal dan tidak menarik, namun aku tertarik dengan kisah cinta Ummi Hani dan pasangannya. Mereka bercinta sesudah akad nikah dan ternyata kasih sayang bercambah dari hari ke hari kerana mereka perlu saling mengenali.

Bukankah begitu lebih mengujakan?

Memang, kesalahan lalu adalah sebuah kesilapan. Mempunyai rasa dan perasaan terhadap lawan jantina adalah fitrah. Kesalahan pula jika menyukai seseorang yang sama jantina. Tetapi bagaimana perasaan itu disalurkan.

Ini kisah kawan aku yang mahu aku ceritakan kembali. Kisah seorang budak 12 tahun yang menyukai lelaki dan sanggup menulis surat mahu berkenalan dengan si jejaka. Ada pula seorang lagi kawan aku yang mengusya lelaki yang dia sukai dan menuliskan dalam diari. Bukankah itu membawa kepada masalah hati? Bagi orang yang kuat tidak mengapa, tetapi harus diingat, syaitan sentiasa mengggoda. Berhati-hatilah.

Sahabat, aku bukan anti cinta atau terlalu bersikap ortodoks, namun ini pandangan aku secara peribadi. Biarlah kita merasa cinta yang manis sesudah akad nikah. Jagalah rasa malu dan makin mahal perempuan itu (menjaha diri) makin berharga dia untuk suaminya. Janganlah kita hanya suka pada hari ini, namun mudah jemu setelah berumah tangga. Kita perlu lihat jauh, bukan hanya suka pada hari ini.


Sahabat, aku hanya berkata apa yang aku rasa. Aku hanya manusia biasa yang berbicara dengan dengan apa yang mahu digerakkan jemari dengan izin Allah. Ini perkongsian aku untuk kamu kerana aku sayangkan kamu..


Wassalam.

09 May 2010

Pengalaman: Konvoi Untuk Gaza


Ada suatu malam, Kak Husni menghubungi aku mengajak untuk ke Stadium Melawati dan aku menolak. Namun pagi esoknya nama aku tetap sampai kepada urusetia... Alhamdulillah, Allah yang menggerakkan hati-hati kita untuk ke sana.

BERKONVOI.
Perjalanan kami dimulakan sejak awal pagi sampai hujung malam... Bagi aku ini satu momen manis yang hadir dalam diari hidup lantaran aku seorang yang jarang menyertai program.. Allah jualah yang menggerakkan hati dan langkahku. Alhamdulillah.

Malamnya ada konsert, namun sebelah siangnya kami singgah di sebuah flat perumahan di kawasan Subang dan perkampungan di situ yang aku lupa namanya... Tujuan kami adalah untuk mengutip derma untuk Gaza. Aku hanya mengikut kak Husni mengutip derma dan beliau yang menjadi jurucakap. Alhamdulillah, dapat juga sejumlah wang... Semoga Allah berkati mereka yang memberi..

Petangnya, kami singgah di sebuah taman perumahan di Shah Alam sebelum singgah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk program seterusnya dan solat Asar, berehat dan solat Maghrib sebelum bertolak ke Stadium Melawati...

Wah, kali ini aku ke konsert.. Sejak menjejakkan kaki di UIAM, inilah kali pertama aku merasakan pengalaman berada di sebuah konsert. Hm, biarlah gambar-gambar yang aku lampirkan bercerita...

Memang bersemangat dan penuh energi Shoutul Harakah menasyidkan lagu-lagu Jihad.. Raihan yang turut serta menyanyikan lagu Allah is Calling, Rayuan Rindu, dan Wahai kawan-kawan yang syahdu.. Muadz muncul dengan stand up yang rancak...

Yang penting, setelah selesai konsert, kita tidak selesai di situ... 17-5-2010 bakal mencatat sejarah apabila 20 buah kapal (bilangan yang disasarkan untuk ke sana, sekarang ada 9 buah yang tersdeia) akan bergerak ke Gaza melalui jalan laut untuk menghantar bekalan simen, ubata-ubatan dan sebagainya.. Subhanallah... Pertolongan Allahlah yang mmeberi mereka kekuatan. Maka, kita tidak boleh berhenti mendoakan mereka...

Orang Palestin tidak mengharapkan kita ke sana, namun doa-doa kita akan menguatkan mereka... Mereka tidak minta lahir di sana, sebagaimana kita tidak minta dilahirkan di sini, namun kehendak Allah ada sebabnya...

Mari kita terus berdoa untuk saudara-saudar kita...

Sebahagian gambar konvoi yang aku sertai semalam.. Biarlah gambar ini berbicara mewakili tulisan aku...

 Masjid di Subang.. Aktiviti mengutip derma dijalankan
Berehat di sini sebelum ke Stadium pada sebelah malamnya.

 Sebelum berarak masuk ke Stadium Melawati. Banner yang dibawa pelajar UIAM. Di sinilah konvoi kami bersama IIC.

 raihan


shoutul harakah

Durrah Nur Aqilah: Dia Itu Aku?

Semalam aku terfikirkan sesuatu. Tentang diri sendiri. Maka, aku cuba turunkan di sini,dalam diari ini.

Adakah aku punya apa yang dinamakan ‘inferiority complex’? Ketika merujuk kepada kamus, ia membawa maksud satu perasaan yang mana kamu rasakan kamu tidak bagus berbanding orang lain. Aku dapat merasakan jelmaan itu wujud dalam diri ini. Aku adalah manusia yang suka menjadi aku dan bukan orang lain. Malah, yang tidak bagusnya aku sukar untuk berpartisipasi dengan orang lain. Ada bisikan halus dan peperangan dengan diri sendiri yang menghalang aku untuk menonjolkan diri.

Jadi aku diam.

Bagi mereka yang mengenal aku secara lebih dekat, aku seorang yang punya ‘split personality.’ Aku seorang yang pendiam, dalam masa suatu masa lain boleh menjadi mulut murai, mulut laser, tidak tahu malu.. Aku boleh juga menjadi seseorang yang sukar untuk difahami kerana tingkah aku banyak berubah-ubah dan aku tidak punya karakter yang menu njukkan personaliti aku.

Aku diam. Aku perhati. Aku analisis.

Pergaulan aku dengan dunia luar terbatas kerana aku jenis manusia yang rimas berada dalam program. Program = majlis ilmu. Jika orang tidak suka majlis ilmu, maka dia adalah orang yang mati hatinya. Na’udzubillah... Aku suka menjadi pendengar majlis ilmu, namun boleh dikira dengan jari jumlah majlis ilmu yang aku hadiri... Betapa tidak aku syukuri nikmat lapang. Setiap kali aku hadiri majlis ilmu atau program, automatik mood akan berubah. Hati akan menangis secara tiba-tiba dan kadang-kadang lekat pada diri. Aku kehilangan cahaya.Aku PELARIAN. Akulah <<>>

Manusia sekeliling. Teman rapat. Orang yang tidak dikenal.

Keluarga mengenal aku sebagai orang lain. Mereka yang mengenal aku mengganggap aku begitu. Namun bagi sesiapa yang tidak pernah mengenali aku dan pertama kali bersua, akan ada satu perkataan hinggap di kepalanya... PENDIAM..

Lidah aku akan kelu apabila berada dalam khalayak. Terutama dalam kalangan orang yang hebat-hebat.Aku rasa rendah dan tidak punya apa-apa. Aku manusia biasa, sedang mereka hebat, maka ada satu perkataan lain muncul. SOMBONG.

Hati aku sendiri mengatakan yang aku sombong. Aku tidak sanggup bertegur sapa dengan senior, dengan orang yang baru aku kenali... Bukankah Mukmin itu bersaudara? Di manakah ikatan hati aku dan mereka? Hati akan cepat berdebar-debar dan aku hilang kata. Dalam beberapa program terhad yang aku hadiri, aku sedari perkara yang satu itu. Aku sukar memulakan perkenalan.

Aku tidak pernah minta ia hadir. Namun mulut hanya terkunci dan aku memerhati dalam diam pergaulan mereka. Aku lihat pergerakan mereka. Aku renung gerakan mata dan bualan mereka. Tapi aku akan diam dan diam. Aku mahu jadi pentafsir dalam diam dan menilai kerana aku tidak mampu bersuara.

Aku cemburu.

Ya, aku hanya seorang manusia yang punya diri sendiri. Aku tidak menyertai mana-mana persatuan untuk menggilap bakat. Aku tidak masuk mana-mana pertubuhan yang dapat mengajar aku kemahiran memimpin. Aku hanya ada diri aku. Aku telah MELARIKAN DIRI daripada sebuah kehidupan manis.

Cukuplah hati berbicara untuk hari ini. Aku.manusia.biasa.penumpang.bahtera.kehidupan.

08 May 2010

BACALAH HATI MEREKA JUGA

Ada dua hati yang perlu sangat-sangat kita jaga hatinya. Ada dua jiwa yang mengharap kita menjadi seorang soleh dan solehah. Mereka mengharapkan kita menjadi seseorang yang berbakti kepada agama dan bangsa. Mereka mahu kita jadi orang berjaya di Dunia dan Akhirat.

Itulah dua hati Mak dan Ayah.

Mereka tidak akan menceritakan gelodak rasa yang ditanggung. Jarang sekali bercerita tentang kesusahan membesarkan kita. Mana ada ibu yang asyik menyalahkan anak tanpa sebab. Tiada ayah yang akan menyalahkan anaknya jika dia ditimpa kesusahan ketika mencari rezeki.

Ada orang kata apabila kita menjadi ayah dan ibu barulah kita sedar berharganya seorang ibu dan ayah..

Usahlah kau biarkan diri kamu hanya menyesal ketika melihat mereka dibungkus kain kafan, lalu kamu meratap kerana kehilangan mereka.

Jagalah hati mereka. Ingatlah, walaupun mereka ibu angkatmu, ayah angkatmu, ibu tirimu, ayah tirimu, mereka tetap ada kedudukan di sisi kamu selaku anak. Jika kamu tidak menunaikan tanggungjawab, kamu pasti disoal.

Ibu dan ayah tiri juga ada perasaan. Mereka tentu mahu anak isteri atau suami mereka menyayangi dan menghargai mereka.

Marilah kita menjaga hati-hati mereka...

07 May 2010

TEKAD: PERKEMBANGAN

Hm, tiada perkataan untuk dicoretkan sebenarnya. Hanya mahu bercerita tentang perkembangan manuskrip yang sedang dihasilkan, Insya Allah.

Pagi tadi alhamdulillah aku dapat aura untuk menulis. Maka, usai Subuh sampai jam 11 aku tercatuk depan komputer riba sambil cuba membetulkan manuskrip yang sedang disiapkan. Secara kasarnya sudah hampir selesai cuma tiga bab yang belum diselesaikan. Mungkin aku jenis yang tidak mengikut aturan. Mulakan daripada awal, pengakhiran cerita, dan sekarang tergantung di tengah-tengah. Almaklumlah sekarang dalam fasa mengedit, maka, aku mulakan dengan yang aku dapat selesaikan dahulu, baru berpindah ke bab lain..

Doakan semoga impian aku mahu melihat buku sendiri tercapai.. Nantikan kemunculan TEKAD jika tiada  rintangan..

Haha, rumah belum siap, pahat sudah berbunyi.. Hanya mohon doa kalian semoga dipermudah segala...

Jom menulis!!!