22 April 2010

JOM JADI ANAK KAMPUNG!!!

Assalamualaikum...

Nampaknya hanya berbaki beberapa hari berbaki sebelum aku kembali ke taman ilmu dan budi. Teringat pula kisah-kisah zaman budak hingusan aku dahulu yang penuh warna-warni sebagai anak kampung yang bersahabat dengan alam... Aku sekadar mahu mengimbau beberapa memori supaya ia akan menjadi kenangan terindah apabila aku menatapnya kembali..

Antara aktiviti aku ketika di bangku sekolah rendah. Status aku sebagai pelajar berasrama menjadikan aku tidak lagi menjadi anak kampung sepenuh masa...

# Sungai adalah sahabat yang akan menjadi sasaran kami mandi dan berkelah untuk makan tengahari. Sungai yang letaknya hanya bertentangan dengan rumah sering menjadi sasaran. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan mandi bersama-sama. Berenang, besenda-gurau... Manisnya saat itu, sampai saat ini terdengar jeritan kawan-kawan yang bersama-sama aku ketika itu. Ada kalanya, kami akan singgah di rumah Tok yang letaknya berhampiran sungai untuk menyalin baju. Ada juga kawan-kawan yang sempat aku kenalkan dengan Tok.

Sekarang sungai jangkat (cetek). Tidak seronok lagi untuk berenang di dalamnya.. Aku sendiri sudah lama tidak bertandang ke sana. Hanya riang melihat gambar anak-anak saudara yang juga suka mandi sungai di hadapan rumah mereka.

#Hutan adalah tempat untuk yang mesti dituju. Aku sudah lupa apa yang kami cari di sana, tapi selalu juga aku dan kawan-kawan masuk ke dalam hutan yang letaknya di sebelah rumah aku. Lagi satu, hutan tersebut merupakan short cut ke rumah sahabat aku. Kadang-kadang, ada pokok yang menjadi sasaran kami melepak. Aku masih ingat pokok di tepi sawah yang letaknya tidak jauh dengan rumah aku sering menjadi sasaran kami. Main jual-jual, masak-masak, borak-borak... Ah, zamaan anak-anak yang sangat manis untuk aku nukilkan di sini.

#Permainan aku dulu macam anak-anak kampung lain juga. Polis-polis, masak-masak, jual-jual, main getah, guli, congkak, batu seremban, dan apabila menjengah darjah lima sudah pandai bermain badminton... Ketika itu semuanya jadi kawan. Gelak ketawa, gaduh, semuanya sama-sama. Selagi tidak petang ada sahaja yang mahu dimainkan.

Tapi semua cerita-cerita ini hanyalah sedikit kisah aku sebagai anak jati kampung. Seronok sangat menjadi anak kampung yang bersahabat dengan alam, yang berpeluang masuk hutan, meredah sungai, panjat bukit, masuk kebun, panjat pokok...

Kini semuanya hanya kenangan yang tidak berulang. Sungai hanya aku pandang sepi. Hutan di sebelah rumah dipandang tanpa perasaan. Kawan-kawan sudah ada kehidupan sendiri. Semua memori hanya boleh disimpan dalam hati. Kehidupan aku kini dan dahulu sudah banyak berubah. Hati aku yang dahulu sudah tiada... Namun jiwaku masih ada pada kampung. Aku bangga menjadi anak kampung.

p/s: Anak-anak sekarang tidak seperti aku dahulu. Mereka lebih mengenal games, televisyen, kartun... Tidak ramai lagi yang merasa nikmat kehidupan kampung. Kampung juga sudah tidak seperti dulu... SUnyi...

Wassalam...

-Jamilah Mohd Norddin-
Kenangan terindah di KAmpung Bukit KAbu
22-4-2010:
0913am

5 comments:

terry bogart said...

tahniah..dah gaya pemikiran macam ibu2..

pernah terpikir gak, cam ne la nanti nak educate anak2 zaman moden nanti

jamilah said...

terry bogart,

Adakah?

Betul2.. Anak-anak sekarang kecil-kecil dah kenal teknologi dan perlukan cara paling baik untuk mendidik mereka.

Jom fikir untuk didik bakal generasi kita.. :)

Anonymous said...

betul tu bakal generasi pewaris makin hilang idenditi bangsa sdri

wan said...

perlu didikan sedari awal lg

Jamilah said...

wan,

benar,

apabila sudah jadi buluh, susah untuk dilentur.