03 April 2010

Desa Melambai [catatan 2]

 Aktiviti hujung semester: Angkat barang ke stor

Ini catatan pertama tentang kesukaan aku untuk pulang ke kampung. 

Jika manusia lain sibuk berbicara tentang peperiksaan dan ujian kehidupan, aku mahu mencoret tentang keterujaan seorang aku untuk pulang ke kampung. Walaupun sebenarnya bukanlah terlalu mahu pulang ke kampung, aku dengan penuh energi telah menjadi orang pertama yang menyimpan barang di stor blok. Qamar Lu'luah sudah kosong. Hanya yang tinggal barang untuk dibawa pulang dan untuk dipakai dalam tempoh waktu berbaki.

Sehari dua ini banyak perkara terjadi: kejutan demi kejutan yang sangat perlu kau perhatikan -kematian demi kematian orang di sekeliling kamu supaya kamu beringat- Satu persoalan yang sangat perlu aku ingat dan ingat: jika tiba waktu itu atas kamu, apakah persediaanmu?

Alhamdulillah, semangat untuk berkarya tercas semula. Selain blog aku jadikan tempat mencurah rasa dan rapuan, tenaga aku kembali untuk berani menghantar karya ke majalah. Tidak penting tersiar atau tidak, yang pasti berusaha untuk MENGHANTAR... Aku dapat semangat itu setelah melihat teman-teman MPR 2009 yang gigih berkarya. Saban bulan ada karya mantan 2009 menembusi pasaran, sedangkan aku yang lebih senior? Allah, berilah aku kekuatan dan keberanian...


Menanti 6.4.2010
3-4-2010
12:57p.m
Qamar Lu'luah

2 comments:

alifnunalif said...

jelesnya..dia nak balik dah..
wah naek tren..!!! balik elok2..

saynag j..

insyaAllah satu hari nanti nama jamilah norddin akan masyhur di pasaran..aku yakin itu..

Jamilah said...

alifnunalif...

Huuu... Sebenarnya tak pasti lagi pasal train tu.. hehe, J ikut kakak.. Cam tak jaid sebenarnya...

Sayang Ainul juga..

Amin.. Doakan. Semoga kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi... Bukan kemahsyuran yang diimpi, tapi mahu berkongsi.. :)