20 April 2010

Alhamdulillah

Allah mahu aku terus berada di UIAM dan menjadi seorang pelajar jurusan bahasa Arab seperti impian aku suatu masa dahulu. Berhenti berfikir untuk bertukar ke jurusan lain kerana kau tidak layak untuk memohon. Setelah melihat keputusan yang tertera pada sistem, aku terkedu seketika..

Maka, situasi gelisah aku ketika peperiksaan menjelang kembali melayang di ingatan...

Buat pertama kali aku buat hal keluar awal dalam kebanyakan subjek...

Alhamdulillah, keputusan yang aku dapat melayakkan aku terus berjuang di sini.. Memang Allah mahukan aku terus menjadi budak BARB..

Memang keputusan aku tidaklah sebagus buda-budak lain, namun cukup membuatkan aku malu dengan diri sendiri. Bandingkan semula dengan apa yang aku buat dengan apa yang Allah beri setiap sem, aku terdiam.

aku sedikit fobia apabila membuka sistem tadi, keraan fobia dengan sem lepas.. namun allahlah penentu segala keputusan..

Terima kasih ustaz-ustaz yang sangat-sangat-sangat membantu walaupun mendapat kertas peperiksaan aku yang lebih berdasarkan otak bukannya apa yang belajar...

Alhamdulillah... Teruskan melangkah, diri.

1 comment:

jamilah said...

umairah shafei,

Umy, terima kasih.. :)

p/s:huhu.. satu pun tak amik subjek arab ni... Amin... Sentiasa. Apa yang DIA beri itulah yang manis, walaupun dalam kepahitan.. :)