Bismillah...
kembalinya saya semalam, petangnya terbaca yang Sinergi sudah berada di booth Galeri Ilmu. Ketika di sana pagi semalam, sinergi belum menunjukkan muka. Hati walang walaupun tahu tidak lari buku dikejar. Keputusan segera diambil. Esok perlu ke sana lagi. Alhamdulillah, berbaloi-baloi-baloi.
1. BERTEMU KAK LILY HASLINA NASIR
Saya pernah membuat ulasan tentang "Menunggu Cinta Tuhan" yang sangat saya minati. Dan hari ini mendengar beliau berbicara dalam chit chat bersama penulis PTS bersana Hana Qistina... Hari ini saya membeli novel "Aku Dia & Gosip" semata-mata untuk mendapatkan tandatangan beliau. Ketika beliau berehat seketika, saya memberanikan diri naik ke pentas, lalu menyerahkan novel itu kepada beliau.
"Nama siapa?"
"Jamilah"
"Nama mak akak..."
Wah, nama saya memang klasik... Nama Mak Kak Lily, nama ibu Sifu Azmah Nordin..
Bagi saya, tandatangan seorang penulis itu mahal harganya. Walaupun bagi sesetengah orang autograf itu biasa, namun saya berpendapat ia ada makna yang dalam. Menunjukkan saya pernah bersemuka dengan beliau dan ini dapat memberi semangat kepada diri sendiri...
2.BERKENALAN DENGAN BUKU BADRUDDIN BEKRI
Seorang penulis yang banyak saya lihat bukunya, namun tidak tergerak hati untuk membelinya. Namun tajuk buku ini menarik hati saya. "Diari Mat Despatch." Saya berpeluang bertentang mata dengan penulisnya. Beliau memulakan nyanyian lagu dan sesi bersamanya sangat santai dan bagi saya belia seorang yang sempoi.
"Saya seorang yang sederhana. Dari dulu sampai sekarang sederhana. Saya suarakan kekesalan dalam buku-buku saya."
Memang menarik! Saya memang suka membaca buku dalam bentuk diari. Alhamdulillah...
3.BERTEMU KAK SALINA IBRAHIM
Sengaja saya masuk ke Dewan yang menempatkan Kedai milik KARANGKRAF & ALAF 21. Wah, Cinta Sufi dah keluar! Namun saya timbang-timbangkan dahulu sebelum beli. Saya hanya membayar untuk "Setenang Cahaya Hati" kerana mahu mendapatkan tandatangan penulisnya, Kak Salina.
Saya memperkenalkan diri dan telah ditembak dengan pertanyaan... "APA DAH JADI DENGAN PENULISAN?" Nasib baik saya tidka pengsan dibidik peluru tajam itu.
4. IN-TEAM & UNIQUE
Sengaja saya tidak mahu pulang awal. Kebetulan ada persembahan In Team + UNIQUE + SUHAIMI yang mempromosi album baru Nur Muhammad...
Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar dan hujan benar-benar turun dengan lebat setelah saya pulang ke UIAM. Terima kasih Allah...
KESIMPULAN
Melihat penulis menandatangi autograf dan buku yang pelbagai judul dan genre, satu pertanyaan muncul dalam fikiran.
"Bila saya akan melihat buku sendiri di rak kedai buku?"
Angan + Mahu = Tulis
Tulis + Hantar kepada penerbit= :)
26 Mac 2010
04:32a.m
E1-3 Safiyyah
¬Menulis walaupun hanya berhenti sehari, penat untuk dimulakan semula... Fikirkan!¬

Apakah yang saya lakukan di sana?

Comments
umy yg jd separuh gila tgk buku2 yg j beli.
nak jerit pn ada. eheh. :P
jelesss.hehe. :]
ramainye yg j knal. moga smgt mereka trus mengalir dlm diri j. dan smgt j akan melimpah plak pd umy.. amin. :)
Huhu, buku kanak-kanak yang J belinya...
Jeritlah.. Biar sampai pada J di Safiyyah.. =]
Hehe.. Kalau nak baca boleh jah pinjam.. :)
Kenal melalui bengkel dan diperkenalkan oleh promoter.. Tak ramai yang kenal, ramai lagi yang J tak kenal, atau kenal tapi segan nak tegur..
Umy, Insya Allah, semangat itu pasti akan terus sampai ke dalam diri sahabat J ini juga... Tak lamalah J nak menanti kelahiran buku sahabat J yang seorang ini.. Amin..