Skip to main content

Aku Sudah Bertunang.

... entri ini adalah kata-kata Jamilah Mohd Norddin untuk dirinya... Semoga kalian mendapat sesuatu.

 Kehidupan macam ombak dan laut. Ada tenang dan gelora

Ya Allah, aku tidak mengenali dia yang Kau jemput semalam. Namun hati tetap gerimis membaca coretan teman-temannya tentang beliau. Aku terasa dan TERSENTAK juga dengan pemergiannya, walaupun dia tidak aku kenali. Dia juga saudara seakidahku.. Al Fatihah...

Pagi ini, aku menulis entri di blog lukluahnurjamilah bertajuk PENDEK. Tak sangka, rupa-rupa dalam aku menulis sajak pendek itu, ada rakan satu universiti yang baru menghadap-Mu... Kemudian, aku menutup laptop, memberi ruang kepada diri untuk membaca seketika. Namun, dek rasa bosan aku kembali melayari internet. Sebuah blog yang dimiliki seseorang menukilkan tentang kematian sahabatnya itu... Innalillah...

Engkaulah yang menyayangi Dia melebihi kasih sayang sahabat-sahabatnya...


Maka, aku turut merasakan pemergian itu... Jauh di sudut hati.

Ya, aku amat takut kepada sebuah kehilangan setelah aku melaluinya selama beberapa tahun berturut-turut... Maka, aku seakan-akan dapat merasakan kepedihan itu. Namun, orang yang kita sayang hanyalah pinjaman, manakan dapat dibandingkan kasih sayang DIA Yang Maha Agung.

Maka, aku terbayang-bayang bagaimanakah aku yang berada di situasi dia... Aku jujurnya takut untuk melalui.. Ya, hidup perlu diteruskan, namun mengambil masa untuk melupakan. Aku masak dengan situasi itu.

Adakah aku akan menjadi seorang sahabat yang hanya menghargai sahabatnya setelah beliau pergi... Allah, janganlah aku berada dalam golongan ini..Janganlah hendaknya aku hanya menjadi orang yang menyesal. Walaupun sahabatku hanya dapat dibilang dengan jari, hendaknya aku bukanlah sahabat yang menzalimi sahabatnya...

Pesanan seorang ustazah yang aku terbaca dalam satu blog tadi menyentuh hati...

"Dalam kekalutan kita menghadapi final, jangan dilupa teman sebilik, kawan-kawan." Lebih kurang begitulah.. Panjang lagi sebenarnya...

Sahabat,
Andai ada antara kita yang lebih disayangi-Nya,
Terimalah dengan redha,
Itulah perhentian terakhir kita,
Hanya doa berterusan yang perlu dihantar,
Semoga perjalanannya tenang..

Sahabat,
Tangisan kita pada hari kehilangan sahabat tersayang,
Jangan hanya hari ini,
Simpan dia dalam hati,
Gantikan dengan doa saban hari...

Sahabat,
Jika ada kita terdengar mereka perlukan kita,
Semoga kita bukanlah si egois yang pentingkan diri,

Aku sibuk,
Aku tak ada masa,
Aku penat...

Semoga aku bukanlah sahabat begini....

Aduhai sahabat,
Semoga kasih yang disemai,
Melorong jalan menuju cinta Ilahi...

p/s: aku teringat cerpen yang ditunjukkan kak husni... Menarik sangat. Bagaimana seorang yang sudah tahu ajalnya makin hampir-sakit- masih amat tenang. Orang lain hanya mengetaui setelah beliau meninggal dunia... Cerita dia yang ditunangkan dengan kematian.. Begitu juga kita. Cuma bilakah tarikh pernikahannya? Janya DIA Yang Tahu

30-3-2010
09:13p.m
~Lagu iringan: Gerimis: Far East~ 
Al Fatihah untuk Mak, Tok, Che, kak Nor, Mustaqim dan semua yang mendahului aku.. Semoga kalian tenang. 

Comments

musafir said…
salam...
sungguh la...
mati itu tidak kenal tua atau muda, sihat atau sakit... kita yg masih bernyawa ni x tau bila Malaikat Maut akan menjemput.
Takutttttt.....
Lalu apa persiapan yg diri dh buat?
Hm.. sama2 koreksi IMAN
~Smoga Allah Redha (ayat HA)
Jamilah said…
Wassalam,
Ya...
Bukankah mati mengejut dan mati beramai-ramai itu tanda akhir zaman juga?
Semoga kita hidup dan pergi dengan keimanan.. Amin.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub