Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Aku Sudah Bertunang.

... entri ini adalah kata-kata Jamilah Mohd Norddin untuk dirinya... Semoga kalian mendapat sesuatu.
Kehidupan macam ombak dan laut. Ada tenang dan gelora
Ya Allah, aku tidak mengenali dia yang Kau jemput semalam. Namun hati tetap gerimis membaca coretan teman-temannya tentang beliau. Aku terasa dan TERSENTAK juga dengan pemergiannya, walaupun dia tidak aku kenali. Dia juga saudara seakidahku.. Al Fatihah...

Pagi ini, aku menulis entri di blog lukluahnurjamilah bertajuk PENDEK. Tak sangka, rupa-rupa dalam aku menulis sajak pendek itu, ada rakan satu universiti yang baru menghadap-Mu... Kemudian, aku menutup laptop, memberi ruang kepada diri untuk membaca seketika. Namun, dek rasa bosan aku kembali melayari internet. Sebuah blog yang dimiliki seseorang menukilkan tentang kematian sahabatnya itu... Innalillah...

Engkaulah yang menyayangi Dia melebihi kasih sayang sahabat-sahabatnya...


Maka, aku turut merasakan pemergian itu... Jauh di sudut hati.

Ya, aku amat takut kepada sebuah kehilang…

Sinergi

Penulis Sinergi -Hilal Asyraf- dan novelnya. (Gambar dari facebook beliau)
Tajuk: Sinergi
Pengarang: Hilal Asyraf
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Harga:RM19.55 (Harga asal RM23.00)
Komen Jamilah: Masuk senarai kena baca, banyak yang dipelajari daripada novel ini.-keimanan itu paksi-
Alhamdulillah, saya mengambil masa tiga hari untuk menghadam novel setebal 500 muka surat ini. Walaupun terasa mahu menghabiskan segera, tugas lain juga perlu dilaksanakan. Maka dua hari pertama, saya membaca 100 muka sehari dan menghabiskannya pada hari ketiga.

Sebagai salah seorang pembaca testimonial sinergi, saya dapat 'menangkap' banyak perbezaan daripada edisi asal dan edisi bercetak yang ada di tangan saya sekarang. Ternyata, edisi bercetak sinergi yang terhasil setelah ditulis semula jauh lebih baik.
Kata Hilal, sinergi lebih berharga daripada VT. Beliau mahu menjadikan  sinergi sesuatu yang antara yang terbaik!
Ya, beliau berjaya menyentuh hati-hati pembaca dengan sinergi. 
Dengan tema sine…

[AWAN, LANGIT, BULAN]

Assalamualaikum..


Aku kembali ke situasi lama. Mencoret dalam diari ini menggunakan ganti nama aku. Terasa seperti orang skema apabila menggunakan ganti diri saya... 


Awan, langit, dan bumi.
Sengaja aku menulis tajuknya entrinya begitu.... Sebenarnya aku sendiri ketandusan kata-kata untuk dinukilkan, namun hati seperti meronta-ronta untuk menulis...


Ciptaan Allah adalah anugerah percuma yang Dia berikan untuk aku dan kamu semua. Bukan sekadar untuk dilihat dengan mata kasar namun direnung dan tenung dan muhasabah dengan mata hati. Melihat menggunakan qalbu yang Allah pinjamkan untuk kita. Mensyukuri nikmat alam yang Allah pinjamkan bukan hanya untuk manusia, namun untuk semua makhluk-Nya.



Melihat awan, langit dan bulan...
Spontan aku akan tersenyum sendiri. Jika aku rasa kesunyian, jendela Qamar Lu'luah menjadi sasaran. Memandang langit biru dan awan mampu meredakan rasa gusar. Magisnya ciptaan Allah.. Sesunggunya Dialah yang Maha Mengetahui Hikmah atas setiap kejadian.


Bulan.
Ada orang k…

Diri, terus menulis!

Coretan saya kali ini adalah untuk memotivasikan diri sendiri... Diri yang makin jarang mencoret dalam diari, menukil sajak, menghantar karya, membaca buku. Hanya yang saya tahu, saya makin rajin  membeli buku-buku untuk kanak-kanak sekolah menengah.

Walaupun berulang kali saya tuliskan perkara yang sama, sama masih juga mahu mengulang dan ulang di sini.

"Semua orang boleh menulis, maka saya juga boleh menulis."

"Ramai orang tak sedar dia boleh menulis, maka saya sedar yang saya mampu menulis."


"Tak semua orang berani menghntar karya ke  majalah, maka saya adalah seorang yang berani."
Jika dahulu, setiap hujung tahun pasti akan ada karya yang saya hantarkan ke majalah. Sejak saya di bangku sekolah rendah, saya suka melakukan rutin ini. Sampai tahun ini, -2010- saya langsung tidak mengepos atau meghantar mel elektronik walaupu  satu ke majalah tempatan. Apakah yang terjadi kepada dunia penulisan saya?

"Apa dah jadi dengan penulisan?" "Teruskan …

Diari Mat Despatch

Tajuk: Diari Mat Despatch
Pengarang: Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS O.N.E Sdn Bhd
Harga:RM7.00 (Harga asal RM9.90)
Komen Jamilah: Santai tapi ada makna





Alhamdulillah! Akhirnya saya telah menyudahkan pembacaan "Diari Mat Despatch." Ceritanya mudah. Seorang anak muda yang lepasan univeristi yang tiada pekerjaan kemudian menjadi Mat Despatch. Dia bahagia dengan kerjanya hingga sanggup menolak tawaran bos untuk menjadi pegawai pemasaran. Masalahnya, beliau senang jatuh hati, namun sangat pemalu.. Dia mahu berubah menjadi lebih baik dan menjadikan diari sebagai bahan untuk memuhasabah diri.Memang saya meminati cerita berbentuk diari. Siapakah yang tidak suka jika dapat membaca diari orang lain? Di situlah kita akan mengetahui rahdia besar pemiliknya. :)


Ikutilah rentetan kehidupan seorang Mat Despatch yang menggunakan nama samaran Idlan Rayyan bin Zahid Hamidi. Tujuannya supaya jika diarinya ditemui sesiapa rahsianya tidak terbongkar.

PETIKAN DARIPADA DIARI MAT DESPATCH:

"...pertanya…

BUDAK BAIK

Usai menyerabutkan kepala dengan membaca novel Hlovate yang menggunakan bahasa becampur campur yang saya tidak-boleh-tidak -baca- :VERSUS: saya terfikirkan sesuatu. BUDAK BAIK! Senangkah ingin menjadi budak yang lain?

"Kalau kita pakai tudung labuh namun tak solat, itu belum cukup baik. Begitu juga solat cukup namun tidak cukup baik." Begitulah saya memetik + edit daripada tulisan Hlovate dalam Versus.

Bagaimana mahu menjadi budak yang baik?



"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka."

"Tidaklah Allah membebankan seseorang melainkan dengan perkara yang dapat dipikulnya."

Semuanya perlu bermula dengan diri kita sendiri. Diri saya. Diri Kamu. Diri Kita Semua. Tiada maknanya sekadar bercakap berdegar-degar saya mahu jadi baik, namun solat masih di hujung waktu, pakaiannya belum cukup kain, cakapnya ada umpatan dan kejian. Astagfirullah...

Perjuangan untuk menjadi seorang budak baik bukanlah mudah. Dalam erti kata l…

TRAVELOG: KEMBARA KE PBAKL PUSINGAN 3

Bismillah...

kembalinya saya semalam, petangnya terbaca yang Sinergi  sudah berada di booth Galeri Ilmu. Ketika di sana pagi semalam, sinergi belum menunjukkan muka. Hati walang walaupun tahu tidak lari buku dikejar. Keputusan segera diambil. Esok perlu ke sana lagi. Alhamdulillah, berbaloi-baloi-baloi.

Apakah yang saya lakukan di sana?


1. BERTEMU KAK LILY HASLINA NASIR
Saya pernah membuat ulasan tentang "Menunggu Cinta Tuhan" yang sangat saya minati. Dan hari ini mendengar beliau berbicara dalam chit chat bersama penulis PTS bersana Hana Qistina... Hari ini saya membeli novel "Aku Dia & Gosip" semata-mata untuk mendapatkan tandatangan beliau. Ketika beliau berehat seketika, saya memberanikan diri naik ke pentas, lalu menyerahkan novel itu kepada beliau.

"Nama siapa?"

"Jamilah"

"Nama mak akak..."

Wah, nama saya memang klasik... Nama Mak Kak Lily, nama ibu Sifu Azmah Nordin..

Bagi saya, tandatangan seorang penulis itu mahal harganya. Walaupu…

FOTO BERBICARA: PBAKL 10

Kali pertama ke sana, saya bersama teman-teman.. Ada adegan hilang-menghilang,  Hanya dapat Tunas Cipta Mac 2010. Tiada wang dalam poket ketika ini.

Kali kedua, saya seorang diri ke sana Terserempak Ustaz Azlan, Mendengar bicara Sofa Putih bersama Faisal Tehrani, Pusing-pusing.. Tengahari aku sudah pulang.
Tangkapan hari ketiga.  Aku hanya bersendirian dan berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Lebih ramai penulis. Ditanya kak Salina: "Apa dah jadi dengan penulisan?" Autograf yang bermakna.. :) 
Berjalan dari pagi sampai pukul empat petang.
PUAS!!!

[ entri bergambar] PBAKL 10

Kali pertama ke sana, saya bersama teman-teman.. Ada adegan hilang-menghilang, Hanya dapat Tunas Cipta Mac 2010. Tiada wang dalam poket ketika ini.

Kali kedua, saya seorang diri ke sana Terserempak Ustaz Azlan, Mendengar bicara Sofa Putih bersama Faisal Tehrani, Pusing-pusing.. Tengahari aku sudah pulang.
Tangkapan hari ketiga. Aku hanya bersendirian dan berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Lebih ramai penulis. Ditanya kak Salina: "Apa dah jadi dengan penulisan?" Autograf yang bermakna.. :)
Berjalan dari pagi sampai pukul empat petang.
PUAS!!!

KEMBARA KE PBAKL '10 PUSINGAN 2

Buku-buku yang disambar tahun lepas.
Alhamdulillah, pemilik diri ini mengizinkan saya menjejakkan kaki ke PWTC lagi. Bersama energi penuh dan senyuman yang sentiasa meniti bibir, saya melangkah sendirian ketika pagi masih muda, sedang matahari masih malu-malu menunjukkan diri. Saya dalam sut kurung berwarna hijau menapak tangkas ke perhentian bas ke-9 UIAM, perhentian SAFIYYAH...

Sebuah bas berlalu.. U12..

"Ah, itu bukan bas sepatutnya yang saya naik." Lalu saya biarkan asap bas meninggalkan saya.

"Ini bas 91, boleh naik..Cuma lambat nak sampai Masjid Jamek." Saya megomel seorang diri.

Bas keempat barulah U231.. Bas ke Perhentian Putra.. Saya melangkah masuk..

Setelah memasukkan fulus ke dalam kotaknya, saya menunggu tiket. Memerhati pemandu bas seperti anak-anak menagih ais krim daripada ibu.

"Tiket tak ada, dik!"

Saya menuju ke kerusi.. Ada seorang yang saya seperti kenal, namun saya buat-buat tak kenal... Saya pasti tujuannya sama seperti saya. Sepanj…