30 December 2010

Derma.



Sejak di CFS saya teringin untuk menderma darah. Namun setiap kali ada sesi menderma saya jadi gementar. Sedangkan badan sihat walafiat.

Gembira mendengar khabar kawan-kawan yang menderma darah..

teringin.

Tapi takut.

Lama saya simpan hasrat itu. Namun setiap kali ada panggilan derma darah saya tidak berani.

Minggu ini ada lagi. Saya juga kebetulan punya kelas di Masjid. Tempat untuk menderma darah di perkarangan masjid juga.

Selasa. Ainul katakan mahu temankan namun saya tolak.

Rabu. Terfikir-fikir untuk menderma. Jika tidak sekarang bila lagi. Bukankah jika benda lain tidak mahu diderma cukuplah dengan menderma darah?

Khamis. Selesai kelas Tilawah.

"Ainul, jom teman kami derma darah."

Daftar, akhirnya layak untuk menderma.

Ketika sedang diperiksa tekanan darah.

"kamu nervous ke?"

Haha, mana tidaknya saya nervous. Saya memang begitu sudah. Sedikit sahaja sudah nervous. Bagaimana ya mahu kurangkan rasa nervous tu?

Wah, ambil masa setengah jam juga untuk penuhkan satu kantung darah. Ada seorang brothers yang datang lambat sedikit daripada saya, namun hanya beberapa minit sudah penuh. haha..

Alhamdulillah.

Akhirnya sebelum saya tamatkan pengajian di sini sekurangnya saya ada pengalaman menderma darah. huhu. Bukan mudah untuk saya ikutkan hati untuk melakukan ini. Banyak sahaja ulahnya hinggalah hari ini terasa mahu menderma juga... huhu.

10.30p.m/ITD Taman Ilmu dan Budi

29 December 2010

.Dia Yang Menggerakkan Hati.




Contengan dalam kelas Ethics. haha.




Dia bangun pagi bukannya untuk solat Tahajud tapi makan. Sangatlah tidak senonoh manusia ini. kata orang bangunlah di awal pagi supaya pintu rezeki terbuka lebih luas dna kita dapat menghirup udara segar. Entah perasaan apakah yang telah menghasut dirinya hingga terjaga sahaja pagi terus bangkit daripada katil. Mujur sahaja tidak terjun daripada katil yang letaknya di tingkat atas itu.



"Ah, malasnya mahu ke kelas."



Oh, perasaan jahat sudah mula menyelubungi dia. Selesai makan roti sandwich berintikan tuna, dia termenung. Sehelai demi sehelai dikeluarkan lalu diconteng... Akhirnya penuh tiga muka surat. Solat Subuh belum pula dikerjakan.



"orang baik tunaikan solat di awal waktu."



Sejuknya mahu ke bilik air. Leka melayan perasaan sambil menconteng kertas. Bukannya dia pandai melukis, hanya conteng dan conteng. Akhirnya sudah 6.30 pagi barulah bergerak ke bilik air.



Menconteng lagi hingga akhirnya terlena setelah usai mandi. Almaklumlah kelas bermula setiap hari jam 8 dan 8.30 pagi. Buruk sangat tidur lepas Subuh namun bila ada peluang memang dia suka tidur lepas Subuh. Kononnya mengantuk walaupun awal dia tidur semalam. Pulang kelas 'Arud, terus masuk tidur. (Oh, saya tidak jadi menonton semalam. Lebih baik saya lena)



Bangun setelah beberapa minit. Oh, sudah jam 8 pagi.



Kelas bermula jam 8.30 pagi. Memang sedikit kalut. Mana tidaknya sampai dia langsung dia bawa walau sebatang pen. Hanya buku untuk mencatat. (nota: sebelum ke kelas bersedialah lebih awal.)



Alhamdulillah, seronok pula saya belajar hari ini. Apa tidaknya, ustazah terang satu demi satu dan ramai yang suka bertanya soalan. Saya diam. Seperti biasa.



Oh, dalam kumpulan saya saya seorang lelaki. kumpulan paling diam saya kira. Bersama senior. Entah terbalik apa akal saya suka benar kelas bersama senior namun nanti akan belajar nahw dan sorf bersama junior.. 



Apa kaitan entri dengan tajuk? Saya sekadar menconteng di sini sebenarnya. Namun apa yang mahu saya katakan ialah Allah selalu menggerakkan hati kita ke arah yang paling baik untuk kita. seperti tadi, saya terasa seperti mahu ponteng namun Allah lorongkan hati ini untuk mandi, seterika pakaian dan bergerak ke kelas. Perasaan jahat itu kalah.



Okey, cukuplah saya membebel pagi ini. Selepas ini kelas bahasa Melayu. Meneruskan topik komunikasi.



=]



10.38a.m

ITD Taman Ilmu dan Budi.

~Alhamdulillah~ 

 

28 December 2010

.AGM Ma'ruf Club.




Bahagia kala mencurah dengan tulisan di sini!
Semalam perjalanan yang panjang untuk mencari tiket. Dalam kelas bersemangat sebab petangnya akan ke Stesen KTM Kuala Lumpur untuk mencari tiket. Saya perlu mendapatkan tiket awal sebelum fikiran saya berubah kepada TIDAK MAHU BALIK RUMAH. Apa sekalipun saya mahu pulang kerana merasakan yang locker saya makin sesak dengan buku-buku yang tiada kaitan dengan pelajaran.



Oh, sangatlah tidak bagus apabila tujuan pulang bukannya yang utama untuk bertemu ayah, mak cik dan keluarga tetapi untuk membawa pulang buku. Ya, mahu juga saya melihat anak-anak saudara yang akan ke sekolah.



Hm, usai kelas terus bergerak ke destinasi dengan diri sendiri. Mesej dia bertanyakan ada apa-apa yang mahu dipesan. Tidak mahu dimarah lagi sebab keluar senyap-senyap.  Jangan marah..



Selesai mendapatkan tiket pergi balik ke Kulim dan Kuala Lumpur saya bergerak ke Mydin.



Sudahlah! Apabila saya berbelanja seorang diri memang saya capai apa yang mahu dicapai terutamanya alat tulis. Entahlah! Saya suka membeli buku tulis, file dan apa-apalah yang berkaitan dengan alat tulis. Macam kanak-kanak pun ada. Selesai membeli, lihat bil..



Ya Allah!!!!



Memang saya berbelanja besar!



(oh, dah dapat bola jaring untuk dia.. =] )



Selesai, saya terus ke Pasar Seni untuk pulang ke Taman Ilmu dan Budi. Sungguh saya bernasib baik kerana bas sudah mahu bergerak sebenarnya dan saya dengan barang penuh kiri kanan terus naik dna duduk. Gasaklah tepi siapa sekalipun. Yang penting mata saya sudah tidak melihat kiri kanan.



Hm.



Pulang dan terkocoh-kocoh untuk solat Maghrib. Mana tidaknya lapan lima belas minit. Habis solat beberapa minit, azan Isyak kedengaran.



Semalam ada AGM Ma'ruf Club. Semester lepas saya tidak pergi. Teringin pula mahu ke sana. Telefon Mysharah beritahu yang saya mahu ikut. Entahlah, saya bukannya mahu menjadi ahli sekadar menyertai AGM yang mereka anjurkan.. haha.



Apa kata saya tentang AGM itu?



Tiada komen. Sebagai orang luar saya memandang dengan pelik. Namun saya faham dengan apa yang berlaku bagi memastikan kelancaran majlis. Dan saya tahu sememangnya orang sudah diatur untuk berkata itu ini dan untuk menjadi itu ini. Oh, saya orang luar yang hanya pandai berkata! Mungkin hanya sesi soal jawab yang dibuka kepada semua orang.



Saya melihat muka-muka baru. Subhanallah! Semoga MC lebih gemilang selepas ini. Saya tahu untuk gerakkan benda baik banyak halangannya.



Oh, saya hanya orang luar! Outsider! Manusia yang berdiri di tepi dan memerhati apa yang berlaku dan diam!



Entahlah! Semalam tiada zuuq sangat seperti perasaan yang saya hadir dua semester yang lalu. Mungkin kerana ketika itu saya melihat kakak saya ada di atas itu, maka perasaan itu lain. Sekarang saya melihat kawan saya bersama-sama di atas itu. Subhanallah!



Sungguh semoga bumi Taman Ilmu dan Budi makin disimbahi barakah dengan adanya mereka yang baik di sini.. Alhamdulillah!



Oh, saya tiada selera mahu menangkap walaupun hanya sekeping gambar. Entahlah! Saya hanya menangkap subjek yang saya rasa ia penting untuk saya. Oh!





Tentang AGM itu hanya subjek kecil yang mahu saya cerita, namun sengaja saya jadikan ia tajuk.



Haha, sudahlah saya merapu pagi ini. Kelas 'Arud ditangguh hingga malam ini. Maka saya ada masa lapang sekarang.

27 December 2010

tidak dapat bertenang.




Kamera inilah saya jatuhkan. [gambar carian di google]
Kisah ini kisah semalam. Ya, sekarang saya menulis kisah yang sudah berlalu. Almaklumlah saya hanya berkesempatan menulis apabila berada di tempat-tempat yang punya internet. Semalam saya mahu menulis namun internet di CC Safiyyah punya masalah lalu saya pendam hingga hari ini.



Ya, saya mahu menulis juga biar terlepas rasa itu...



Kisah semalam. Semalam yang saya ingat. Semalam yang saya dapat lihat dia tersenyum. Semalam yang buat saya takut. Semalam yang buat saya menangis dalam bilik air.



Ah, kisah semalam...



Petang kejadian ini berlaku. Ketika saya melihat dia berkayak. Seperti biasa saya tidak mahu menyertai apa-apa aktiviti dan melihat hanya daripada jauh. Walaupun saya tahu ia sesuatu yang mengujakan kerana ia perkara baru yang perlu saya cuba.



Sebelum itu, saya melihat dia bersama mereka. Saya diam. Saya sangat diam kerana saya sangat segan dengan mereka.



Subhanallah.



Saya ini alien yang bersama mereka. Saya malu sangat-sangat. Melihat bicara mereka, perawakan mereka yang islami.. Saya terasa benar seperti seorang asing yang turun ke bumi.



Asing.



Saya tahu saya tidak perlu ada rasa begitu kerana kita sesama manusia hakikatnya jasad yang satu. Titik.



Saya suka melihat dia tersenyum. Saya senang melihat kegembiraan dia. Saya senyum dalam hati namun saya benar-benar kaku dan segan. Sangat segan. Saya diam. Betul-betul diam hingga saya tidak berkata walau sepatah. Biarlah orang cakap saya sombong atau apa.



Saya hanya menangkap beberapa keping gambar dan merakam aksi dia bermain badminton. Saya senang melihat dia riang begitu.



Saya sedih. Dalam diri. Saya tidak boleh berlama di situ. Ada sebak datang. Ada air yang mahu tumpah daripada takungan.



"Kak Husni, saya mahu jalan di sana."



Saya tidak mahu berlama di situ. Nanti saya menangis.



Lalu saya melangkah. Dia mengikut. Kami ke tempat kayak dan di sinilah kejadian berlaku...



Saya menunggu di atas sementara dia dan seorang lagi sahabatnya turun bermain kayak. Sempat juga saya rakam sedikit dan menangkap gambar. Biarlah tidak cantik, saya mahu merakam dan menangkap foto dia.



Mereka sudah kembali. Mahu naik. Saya mahu menaikkan pendayung. Saya mahu bangun. Saya tidak sedar yang kamera ada di atas ribaan bukannya dalam poket jaket.



Blurpppp... benda jatuh dalam air. Saya lihat. Saya tergamama. Panik.



"Kak Husni... kameraaaaa..." Saya terkaku.



Dia yang turun untuk menyelamatkan kamera. Rasa saya lebih seminit juga ia terendam dalam air.Saya terketar-ketar. Dia juga. Saya tahu perasaan apabila benda yang kita sayang jadi begitu. kamera saya rosak kerana terhempas atas lantai. Itu tidak kisahlah kerana perlakuan saya sendiri.



Kamera Kak Husni sudah saya rendam dalam air dengan selamatnya.



Saya takut.



Saya sedih.



Saya mahu menangis.



Saya mhu menulis...



Akhirnya saya diam lagi. Petang semalam memang saya diam sangat-sangat. Sudah tiada rasa mahu melakukan benda lain.



Saya takut.......



"Kenapa Jamilah nampak risau sangat."



Ah, mana boleh saya tidak risau. Ditekan sedikit sahaja jantung saya seperti mahu terkeluar, dimarah sedikit saya sudah terketar-ketar, takut sedikit saya sudah kesejukan bagaikan mayat... Ah, saya memang begitu..



Hakikat yang  cuba saya sembunyi depan orang, namun apabila bersendiri saya lepaskan rasa itu.



haha. habis semua kelemahan saya tuliskan dalam blog ini. Biarlah!



"kak husni, kamera tu kalau rosak beritahu saya.. Saya tahu kak husni sayangkan kamera tu. Salah saya yang tidak berhati-hati... Saya tahu ia sangat bermakna untuk Kak Husni... Saya minta maaf sangat-sangat."



lega.



Saya hanya mahu menulis  di sini. Saya takut. Saya bimbang ia rosak. Sebab itu salah saya. Itu saya yang buat.



"kak husni, saya suka melihat kak husni gembira. Maafkan saya jika wajah saya yang toya dan diamnya saya membuatkan rasa tidak selesa. Saya segan sangat dengan mereka. Mereka semua islamik. Saya biasa-biasa saja. Rasa seperti orang asing pun ada sebenarnya... Saya malu.. malu.. malu........................................"



melontar semunya.

10.48a.m

ITD Taman Ilmu dan Budi.- 

 

26 December 2010

Tiada Apa Yang Tinggal.




K.O.S.O.N.G.








Apakah yang perlu disesalkan pada masa yang berlalu sedangkan hari ini sepatutnya saya lalui dengan penuh kesyukuran. Siapakah yang dapat menduga hari ini memang masih ada untuknya. Siapakah yang dapat menjamin saya tidak akan mati hari ini? Semuanya ada dalam perkiraan Allah sedang saya manusia biasa yang sering terlupa yang sebenarnya saya seorang manusia.



Baik, sebenarnya saya tidak ada cerita yang mahu dikongsia justeru saya biarkan akal, hati dan jemari bekerjasama menjadi sebuah tulisan yang entahapaapa. Saya memang tidak pandai menulis.



Saya tahu saya bukan manusia baik. Namun adakah manusia yang tidak baik selamanya menjadi tidak baik. Oh, saya jarang berada dalam dunia realiti dan membuat sesuatu yang biasa dilakukan oleh seorang manusia.  Bolehlah dikatakan saya seperti seorang alien yang datang dan tidak memahami fungsi seorang manusia lalu saya bertindak sesuka hati saya. Ya, saya buat apa saya suka dan tinggal apa yang saya tidak suka. Titik.



Sesungguhnya keinginan untuk menjadi baik akan ada dalam diri sesiapa sahaja. Sesiapa sahaja. Diulangi. Sesiapa sahaja.



Titik.



idea terhenti di sini sahaja, maka tiada sambungan rapuan ini...



26.12.2010/8.02a.m./Asma' E2.5

25 December 2010

Pesta Buku Kanak-Kanak 2010 PWTC

Ini cerita semalam. Kisah manusia bernama saya dan dia. Kami ditakdirkan bersama-sama ke Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010. Semuanya berlaku tanpa dirancang dan mengikut gerak kaki.



Paginya, selama tiga jam bertapa untuk belajar 'Arud. Sungguh saya bukannya dapat semua yang ustaz ajarkan itu. Semakin hari makin payah mencerna perkara yang diterima akal dan kadang menjadi lambat respon. Orang katakan perkara lain saya faham lain. Akhirnya berlaku salah faham.



(selingan rapuan)



Malas mahu bercerita.



Berjumpa dengan Imaen dan seorang lagi penulis Jemari Seni, Bahruddin Bekri, Ustaz Zahiruddin Zabidi, Kak Noor Suraya..



Haha, maaflah, saya teruja dan 'lupa daratan' sikit apabila bertemu dengan para penulis yang kenal wajah mereka itu. Ketika itu dengarlah saya celoteh itu ini.



Okey, biarlah gambar ini yang bicara.






Mengisi perut dahulu agar hati senang! [The Mall]





Pesta buku ini kecil sahaja.





Hasil carian! Haha, pesta buku kanak-kanak, saya cari buku kanak-kanaklah.





Tiga buah diari





Buku sulung Hlovate untuk kanak-kanak. Seronok! Dah habis baca.





Sambungan Impiana dan Impiana II oleh Ain Maisarah. [saya tersilap beli dua set]





Antologi cerpen Dr Faisal Tehrani. Terbaru!





Beli sebab ada penulisnya di situ. Ustaz Zahiruddin Zabidi. (kalamkhalifah.blogspot.com)
Berada di sini memang membuatkan saya sedikit gila dengan banyaknya buku di gerai PTS. Haha, saya tidak terasa sudah mahu membeli novel. Seronok juga baca buku untuk pelajar sekolah menengah.. Suka benar saya membeli buku yang menggunakan uslub diari. Ya, selepas ini saya mahu kumpul buku dalam kategori ini pula. Jika orang lain suka baca komik dan sebagainya saya suka baca diari. (siapa tahu, nanti saya pula yang menulis diari. Haha.)



Melihat Behruddin Bekri dari jauh, entah semangat apa hadir dalam diri hingga membuatkan saya menegur beliau untuk meminta autograf. Tak malu. Rasa rugil pula jika saya lepaskan peluang ini. Saya suka dan sangat sayang buku yang ada autograf penulisnya.






Autograf Behruddin Bekri (selamat bertemu lelaki baik. haha.)


Di gerai Jemari Seni, saya tersenyum melihat Imaen ada di situ. Entahlah, saya tidak reti mahu bersembang. Ah, Imaen masih ingat yang saya datang daripada UIAM. Katanya tiada lagi persatuan di UIAM yang menjemput mereka membuka booth di sana. Ha, jika ada mahu membuat book fair, jemputlah sama Jemari Seni. Serius saya suka baca buku-buku JS. Manalah saya tahu ada penulisnya di situ. Saya beli buku Terima kasih, cikgu. Oh, rupanya ada penulisnya. Maka, saya dedikasikan buku itu untuk si Aqilah.




Bukan untuk saya!


Ha, nampak ustaz Zahiruddin. Ish, kena beli lagi buku. Maka, saya belilah buku beliau.. untuk minta autograf.. Haha, niat keji!






daripada ustaz Zahiruddin. (cik puan!)






 Haha, cukuplah saya menconteng malam ini... Langsung tidak ada kebosanan membeli buku, membaca sedikit payah, dan mengamalkan paling sukar. ha, ambik kau!



(psst.. nak puasa beli buku. Baru minggu pertama ada sebelas buah.. yang seterusnya? Nak balik rumah.. huwa...)



Sekian.





10.15p.m

Asma E2.5, 

Taman Ilmu & Budi.

23 December 2010

penulis dan politikus.

Saya perasan perkara ini namun saya tidak tahulah adakah ia satu kebenaran yang tertulis atau hanya saya perasan begini.



Suatu hari, ketika kelas modern poetry class ustaz mengatakan yang dia tidak suka bidang politik. Ustaz ini merupakan seorang penyair zaman moden kerana beliau ada diwan sendiri.



Saya pernah membaca sedikit tentang Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang pernah menjadi wakil rakyat namun rasa saya tidak lama...



Saya melihat senario seorang politikus dan seorang penulis itu adalah dua dunia yang berbeza.



Jarang dilihat seorang penulis yang menjadi politikus (mungkin ada)



Dan seorang politikus yang sangat pintar menulis.. (lainlah bercakap.)



Saya sendiri secara jujur walaupun kadang suka melihat senario politik negara kadang menjadi rimas dengan dunia politik yang terasa tidak kena dengan diri. Mungkin bagi orang lain saya seorang yang lari daripada perjuangan dan MALAS serta TAKUT, namun saya tidak dapat bertahan.. Entahlah.



Seorang penulis boleh menulis tentang politikus namun rasa saya dia agar sukar untuk masuk dalam dunia politik.



Entahlah!



Serasa mahu melontarkan juga tentang ini, setelah saya peramkan berhari-hari.



Bagi anda yang terbaca entri ini, apa kata anda? Bolehkah seorang politikus dan penulis itu selari?



Saya melihat dunia poltik dan penulisan itu sebagai dunia yang lain...



Wassalam.



Fuh! Puas. tertulis akhirnya.

10.38p.m/23.12.2010.

Taman Ilmu dan Budi.

Perihal Syair.




Muallaqat Sab'ah pun saya tidak ingat!
Hari pertama dalam kelas 'Arud wal Qafiyah. Permulaan yang baik sebenarnya apabila saya belajar sesuatu yang belum pernah saya belajar sebelum ini. Sebelum ini hanya sekali dua mendengar kalimah 'Arud namun belum pernah tahu apakah isinya.



Panjang lebar ustaz terangkan tentang keistimewaan syair yang menyebabkan syair itu kekal hingga hari ini. Lihatlah, manakah yang lebih kita senang ingat? Puisi dan lagu atau cerpen dan novel? Pasti jawapannya puisi/syair/lagu.



Cuba lihat, syair yang ditulis ketika zaman Jahiliah masih kita nikmati hari ini kerana walaupun masyarakat ketika itu tidak tahu membaca dan menulis, mereka mudah untuk mengingat syair itu. Mungkin sahaja memang keistimewaan masyarakat dahulu yang dikenali sebagai mereka yang tajam akalnya, namun lihatlah pada sihir yang ada pada syair hingga mampu membuatkan para pendengar menangkap bait yang diucapkan penyair walaupun hanya dengan sekali ucap.



Subhanallah.



Kerana itulah mereka terpesona dengan ayat-ayat al-Quran yang mana susunan kata dan maknanya tidak ditemui dalam syair. Indahnya syair indah lagi al-Quran yang diturunkan oleh Allah Yang Memberikan Ilham kepada penyair.





Ustaz berkongsi dua buah kisah yang mengkhabarkan tentang magisnya syair pada zaman dahulu. Saya hanya mahu kongsikan sebuah kisah.



Cerita bagaimana Amru ibn Kalthum (salah seorang muallaqat al-sab'ah) pada suatu hari mendatangi suuq al-Ukkaz dengan menunggang kuda lalu menghunuskan pedang ke tanah lalu mendendangkan qasidahnya.



100 bait jumlah qasidahnya.



Dan masyarakat arab yang mengerumuni beliau hanya dengan sekali dengar terus dapat menghafalnya dan dapat pula kita nikmati hingga hari ini.



Lihat, sebenarnya betapa magisnya syair hingga membuatkan hati mereka terus tertarik dengan sekali dengar. Bukan khutbah atau syarahan, tetapi syair.



Dan syairlah kata-kata yang dijadikan dalil dan rujukan untuk mengetahui tatacara arab, masyarakat arab dan tentang arab jahiliah.



Subhanallah..



Sungguh saya tidak pernah sedar sebelum ini...



Bukankah naluri seorang manusia itu lebih mudah tertarik kepada muzik dan irama berbanding kata-kata. Muzik asli yang terdapat dalam syair boleh digunakan untuk apa-apa juga syair. Itulah bezanya syair arab dengan lagu Melayu dan Inggeris.



Lagu kita didatangkan dengan muzik kemudiannya barulah hadir kata-kata. Sedangkan syair itu bermula dengan kata-kata dan hadirnya irama yang dinyanyikan.



Sekian, sedikit perkongsian pelajaran saya hari ini.



tetaplah di jalan ini,

5.21p.m/23.12.2010/ITD Taman Ilmu dan Budi. 

22 December 2010

Cerita Saya Hari Ini.





Apabila ada terluang akan saya contengkan sesuatu untuk kepuasan diri sendiri. Bersyukur sangat sudah potong broadband sebenarnya sebab saya tidaklah terlalu asyik berada di alam maya. Akhirnya saya ada masa untuk berada dalam dunia realiti. Bayangkan jika saya bersama broadband itu, tentunya saban hari dan masa saya singgah di alam maya hingga enggan kembali ke alam realiti.



Tadi petang saya ke Ong Tai Kim untuk membeli charger untuk laptop IBM itu, malangnya tiada. Almaklumlah, laptop versi 90-an bukannya edisi terkini. Jalan seorang diri dalam keadaan diri sedikit cuak sebenarnya. Saya jalan seperti bukan seorang gadis sudah. Hanya menuju tempat biasa membaiki laptop dan bertanya keadaan charger saya itu. Apabila jawapannya negatif saya terus pulang setelah membeli coklat. (haha, perlukah saya cerita? Biarlah.)



Saya berharap adalah chargernya jika dicari di Low Yatt. Bukannya sayangkan sangat laptop namun isi dalamnya membuatkan saya menangis jika hanya ada dalam itu.



Gambar kenangan saya dan mereka...

Kisah saya dan dot.dot.

Lagu, nasyid, cerita.. haha..



Em, sebenarnya saya tidak kisah sangat pun.. Kadang sebenarnya rasa bahagia juga tiada laptop. Saya kurang menaip namun sebenarnya sunyi tetap hadir. Apabila bukan depan pc lah saya terasa mahu menulis sebenarnya.. huhu.. alasan. Masalahnya adalah apabila saya sangat mahu menulis dan ada assignment menggunakan tulisan jawi.



Hari ini berada dalam kelas modern poetry texts dalam keadaan gelisah. Entah apa dosa saya lakukan hari ini hingga terasa ilmu terhijab daripada pandangan. Raut wajah gelisah saya mungkin ustaz perasan. Asyik memandang jam tangan dan langsung tidak dapat beri tumpuan. 10 peratus pun tidak saya tumpu. Rasa mengantuk dan resah yang tidak terkawal. Haha. Akhirnya saya bersyukur apabila kelas ditamatkan. Namun saya seperti langsung tidak belajar melainkan dalam kelas bahasa Melayu tadi.



Sama juga dua hari lalu ketika saya sampai lambat ke kelas traditional critism. Saya jadi macam kucing baru lepas beranak yang tidak senang duduk. Ustaz terangkan maksud naqd namun saya langsung tidak faham.



Kata ustaz Omran, orang yang faham akan bertanya. Diam. Makanya sebenarnya saya tidka faham. huhu.  Kata ustaz Omran lagi, bahasa itu perlu diguna jika tidak ia hilang. Ah, benar sekali. Saya hilang kata walaupun tadi foreigner itu hanya bicara soalan mudah. Saya hanya ingat perkataan yes, no, i don't know. 



Hm, maafkan saya menulis hanya contengan di sini. Saya mahu luahkan juga supaya saya tidak terbeban dengan rasa ini. Bukannya untuk siapa-siapa, hanya supaya saya bebas. Jiwa saya kembali merdeka. Saya tidak pandai mahu bercakap maka saya selesa melontarkan semuanya. Mungkin selepas ini cerita saya tentang kehidupan harian makin detail, makin apa entahlah..



Saya cuma rasa bahagia dapat melontarkan semua kata.



Ah, tiba-tiba rindukan broadband. Namun ini janji saya dengan diri. Semester ini saya mahu hidup tanpa broadband. Tanpa beli novel baru. (ah, dapatkah saya bertahan. Hlovate ada buku ada. *ishh..*





Selesai.



10.14p.m/ITD Taman Ilmu dan Budi.

.

duit dah masuk,
Senarai kena buat.

Utamakah yang utama.

Jangan ulang semester lepas!

Kamu boleh.

Wajib Yang Rasa Berat.




Hakikatnya kita saling memerlukan.


Dalam kelas bahasa Melayu selalu disuntik dengan kata-kata dan cerita cikgu Roslimna. Sungguh rasa jadi  asyik mendengar cerita-cerita dan perkongsian cikgu.


(maaf cerita sedikit bercelaru, hanya tulis yang terlintas di kepala.)


Hari ini ketika bercerita tentang kenapa kita perlu berkomunikasi, saya tertarik dengan kisah cikgu semasa bekerja di Sekolah Menengah.


kata cikgu, cikgu selalu dapat kelas hujung (huh, macam kelas saya dulu). 


Okey, ceritanya begini..


Kita tahu kan banyak benda yang wajib dalam kehidupan kita. Tidak terhitung...


Termasuklah belajar dan solat.


Pernahkah kita rasa seperti malas mahu solat? Macam solat itu berat? Seolah-olah kita ambil banyak masa untuk solat.


Astagfirullah...


Sedangkan ketika menjelang peperiksaan ada seorang budak cina bertemu cikgu dan katanya minta pada Tuhan Cikgu untuk bagi saya berjaya dalam peperiksaan.


Lihat! Adakah anak Melayu yang begini?


belajar pula. Bukankah itu suatu kewajipan pada kita?


Selalukah rasa malas mahu belajar? Seperti sangat berat buka buku?


Hah! Banyak sebenarnya perkara wajib kita rasa sangat berat..


Sedangkan dosa rasa ringan...


Buka tudung.. Katanya rimas berpakaian. Tak moden...


Ketahuilah yang susah itulah akan memudahkan yang kita rasa senang kadang akhirnya menyusahkan.


Dan kita kena ingat yang kita berkomukasi bukan sahaja-sahaja. Allah jadikan kita bukan hanya kita namun supaya kita saling kenal.
Ah.


Yang terakhir, jangan terima sesuatu secara bulat-bulat atau terus menolaknya secara total.
Ketahuilah dalam pahitnya ubat ada penawar.


Wassalam.




cik anon dapat duit




Hidup bukan sehari.


Dalam kepala sudah terbayang buku-buku yang mahu dibeli.



Wayar komputer yang perlu diganti baru.



Itu ini... Ah, semuanya macam tayangan wayang gambar dalam kepala.



TETAPI.


  1. Selesaikan hutang, hutang dan hutang kepada kawan,

  2. Bayar yuran semester ini.

  3. Beli buku pelajaran.

  4. Simpan dalam Tabung Haji.

  5. Beri pinjam kepada Kak Su?

Cik Anon, sebelum kamu gunakan duit itu untuk tujuan lain, maka ingatalah lima perkara yang tercatat di atas. Jangan bermimpi mahu beli itu ini jika yang itu sahaja belum selesai lagi.



Tidak salah mahu membeli buku, namun jangan lupa janjimu, mahu membeli buku bahasa Arab bukannya novel. Ada lagi buku yang belum kamu belek. Buat apa ada banyak duit namun tidak pandai gunakan.



Hm, benar saya pandai menguruskan wang dalam jumlah yang kecil bukannya dalam jumlah besar.



Sekian.



Contengan Jamilah pagi ini.



  

 Berhemahlah.

9.57p.m, 22.12.2010

ITD, Taman Ilmu dan Budi. 

muncul lagi.

Cantik bulan semalam.
Semalam,
Hadirnya kamu membuatkanku tersenyum,
Kala kau ada,
Aku ria,
Bila kau  terselindung,
Aku durja.

Alhamdulillah,
Semalam kau masih ada.

Aku bahagia.

21 December 2010

Kisah Seorang Perempuan Yang Terlambat Ke Kelas.




Separuh nafasku terbang hari ini.


Budak ini tidak bernama atau lebih mudah dipanggil anonimus. Hari ini dia ada kelas pada jam 3.30 petang setelah kelasnya untuk sesi pagi berakhir pada jam 12.40 tengahari.



Sampai sahaja di kamar dan makan, matanya mula layu. -Peringatan! Lebih baik kurangkan makan apabila ada kelas sesi petang. Ia boleh menjadikan anda mengantuk.



Lena punya lena, alarm pada telefon bimbit berbunyi.



"Sedapnya tidur." Syaitan berbisik di telinga hingga membuatkan dia kembali lena.



Sambung tidur.



Tersentak. Pandang jam. 3.25 petang. Sedangkan kelas akan bermula pada jam 3.30 petang. Sudahlah kelas letaknya di hujung dunia   penjuru universiti.



Bersiap ala kadar.



Sarung baju dan tudung.



Terus capai beg. Hanya bawa apa yang tercapai.



Langkah laju-laju. Hilang kesantunan gadis melayu.



Ada pula orang menegur di pertengahan jalan.



Berhenti sebentar.



"bla,bla, bla.." Terus berjalan dengan laju. Nafas yang makin pendek tidak dihirau.



Edu LR 4.



Ketuk pintu.



"Assalamualaikum." Muka toya. Beri salam.



Terus ambil tempat duduk paling belakang.



Mujur sahaja ustaz belum memulakan kelas Traditional Critism hari ini.



=)



Demikianlah cerita seorang anon yang terlambat ke kelas hari ini.



Pengajaran: Berpadalah tidur. Ingatkan kelas sama. Bukankah tidak mahu lagi ponteng? Banyak tidur itu mengurangkan keberkatan usia.



Update lagi.

7.01p.m

ITD Taman Ilmu dan Budi. 

ISLAM: SEJARAH NATRAH DAN MELAYU.




Penonton.





Pertemuan kali kedua dengan Datin Fatini Yaacob.


Alhamdulillah, Allah lapangkan kaki saya untuk melangkah ke Maktabah al-Hikmah pagi ini bagi mendengar ceramah Datin Fatini Tentang Peristiwa Natrah. Bukan sekadar sebuah cerita seorang individu namun kebangkitan orang Melayu kerana adanya peristiwa yang melibatkan Natrah.



CINTAMU NATRAH


Duka tidak tertahan

tangis tidak terhenti

resah tidak menjanjikan

bahgia nan abadi



Sinar di hujung mimpi

mentari terus menyepi

mengharap suatu yang tak pasti

terhimpunlah pasrah dihati



Aduhai Natrah, kau menyedarkan kami

Aduhai Natrah, kau satukan jiwa kami

Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami

tapi dirimu terpenjara

Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami

sedang kami bebas merdeka

Moga yang ada kini

tak diulit mimpi lagi

Moga yang ada kini

tidak lagi menyepi



Kini kau telah pergi

tidak akan kembali lagi

derita dan lara cintamu

memahat kenangan sedih.



Puisi: Fatini & Ahmad



Lagu: Ahmad Ramli

[sumber: blog Ahmad Ramli]


Datin memulakan kata-katanya pagi tadi dengan lagu Cintamu Natrah ini. Justeru saya mulakan penulisan ini juga dengan lagu yang mengundang pelbagai rasa apabila menatap satu demi satu baris lagu ini.


Baik, saya sekadar mahu berkongsi dapatan saya selama hanya sejam mengikuti ceramah Datin Fatini disebabkan kekangan kelas. 


Pertana sekali, Datin menegur tentang perkataan yang kita gunakan ketika peristiwa Natrah itu: RUSUHAN. Menurut beliau RUSUHAN itu diterjemah daripada perkataan RIOT dalam perkataan bahasa Inggeris. Sedangkan perkataan yang lebih sesuai ialah KEBANGKITAN. KEBANGKITAN orang Melayu daripada lena yang panjang.


NATRAH. CINTA. AIR MATA  dan RUSUHAN. 




Buku ini patut dibaca oleh kita untuk mengetahui kisah sebenar yang berlaku. Benar sekali, apabila sudah mulakan pembacaan, seperti enaknya mengulit novel hingga membuatkan mahu membacanya hingga usai. Sedangkan ia adalah sebuah cerita benar berdasarkan fakta yang betul tentunya.


PERISTIWA DALAM KALENDAR MELAYU.


Sebelum 1511-Islam gemilangkan orang Melayu [Zaman Kegemilangan Melaka]


1511-Penjajahan BIUS Melayu -Penjajah menghina Islam-


    -dibina sekolah Kristian, Menggunakan dasar pecah dan perintah, Menguatkuasakan undang-undang Inggeris dan berbangga dengan bangsa mereka.


1950-Natrah jadi alat kebangkita orang Melayu.
(disebabkan akhbar penjajah menghina Islam bukan kerana keputusan mahkamah membawa pulang Natrah ke Belanda)
 (melumpuhkan Pusat Tadbir British Asia Tenggara)


1957-Melayu MERDEKA, Islam TERPENJARA. 
(jasad tanah Melayu sudah merdeka namun tanpa roh di dalamnya. Maka, orang Melayu berhutang dengan Islam.)


2008-Melayu Merdeka, Islam belum terbela.


Demikianlah sedikit perkongsian yang sempat saya dengar daripada ceramah yang disampaikan oleh Datin Fatini sempena client Day IIUM Library. Alhamdulillah, ini kali kedua saya berpeluang mendengar dan bertemu mata denagn beliau.


Buat kalian, bacalah buku tentang Natrah itu. Kerana ia bukan hanya sebuah cerita tentang Natrah namun kebangkitan MELAYU.


Melayu itu bukankah sinonim dengan Islam?


Sedikit perkongsian. 
6.28p.m./21.12.2010
ITD Taman Ilmu dan Budi. 
 






 

..buat-buat tidak nampak...




Buat macam tidak nampak buku pun! Hidu cukup!
Tutup mata sahaja dan buat tidak nampak pada kumpulan buku yang ada depan mata. Musim krisis ekonomi apabila PTPTN lambat masuk adalah duduk diam-diam dan jangan pergi ke mana-mana kedai buku. Biar teruja mana sekalipun, pandanglah hanya daripada jauh. Paling canggih dekatilah dan hanya ambil baunya dan hidu aroma buku itu.



Ah, terasa sakit juga tiada pitis dalam tangan sedangkan minggu ini ada deretan kedai buku yang dibuka di Taman Ilmu dan Budi ini. Bagus juga tiada duit kerana saya hanay pandang daripada jauh dan buat tidak nampak pada buku yang aku suka sekalipun. Sudah lupakah ada berkotak buku yang kamu belum baca?



Sebenarnya baca buku lebih penting daripada membeli buku. Maktabah itu ada banyak buku yang tidak terbaca. masih suka membeli buku lagi.



Jadi minggu ini saya hanya akan buat tidak nampak pada deretan buku yang ada dalam Taman Ilmu dan Budi ini.



=)








Nak buku baru!!!


Perasaan.

1.28p.m/21.12.2010/ITD

Taman Ilmu dan Budi

Adakah Kau Ingat?



Rasulullah itu selangnya antara lapar dan kenyang,
Pernah diikat batu pada perut menahan kelaparan,
Kata sahabat kami lapar,
Lalu diunjukkan perut yang diikat batu.
Subhanallah!
Pada Rasulullah dua biji batu diikat pada tali pinggangnya,
Betapa Rasulullah tidak mengeluh!

Sedang kita!

Makanan penuh meja,
Makan sentiasa ada,
Masih belum bersyukur,
Alhamdulillah kadang lupa.

Keberkatan Guru.




Psst.. ada orang kata duduk belakang boleh nampak yang depan. 
"Ketika guru mengajar lihat pada gerak bibir guru itu dan lihat apa yang beliau perkatakan. Di situlah adanya keberkatan".-ustaz isfandiya, ustaz Tilawah II yang sangat baik.


Hm, kerana itulah jika belajar talaqqi dengan guru lebih mudah terhadam daripada duduk di penjuru dinding ketika dalam kelas.
Dalam kelas duduklah depan! 
Kata orang lagi dekat dengan guru lagi cepat ilmu masuk. Yang duduk belakang dapatnya tempias sahaja.


Curi masa, asal ada perkongsian./
21.12.2010/10.06a.m/
ITD Taman Ilmu dan Budi

20 December 2010

Motivasi Dalam Kelas.




Senyuman kanak-kanak paling ikhlas.


Hari ini bertempat di CELPAD Lab 3 merupakan kelas bahasa Melayu kerjaya saya yang pertama untuk semester ini. Setelah saya gagal menghabiskan subjek ini dua semester yang lalu, saya memulakannya kembali.



Cikgu Roslimna.



Saya tidak pernah mengenal susuk cikgu ini.Namun, subhanallah.. Setiap katanya bagai tertusuk dalam diri hingga membuatkan saya tersenyum dan terasa sendiri. Gayanya yang bercerita bagaikan seorang kakak yang memberikan nasihat kepada adik-adiknya..



Saya suka cara cikgu menyampaikan pengajarannya. Alhamdulillah. Maka, suka benar untuk saya kongsikan bersama-sama intipati yang saya belajar pada hari ini.



Bagaimanaa menjadi individu menarik?

  • Cara berjalan.

    • Berjalanlah dengan postur yang menunjukkan keyakinan diri dan bukannya bongkak mendada.
  • Senyum.

    • Senyuman itu perlu hadir daripada hati. Apabila kita tersenyum ikhlas daripada dalam diri, maka yang menerima juga akan merasa gembira dengan senyuman kita. Begitulah jika kita melemparkan senyuman sinis. 

    • Kenapa Rasulullah katakan yang senyuman itu sedekah? Kerana senyuman yang hadir daripada jiwa itu menggembirakan hati penerima dan bukankah itu menggembirakan hati orang lain itu suatu kebaikan?
  • Terima kasih.

    • Ucapan yang nampak sangat ringkas namun tidak ramai -termasuklah saya- yang menjadikan ia satu amalan dalam kehidupan seharian.

    • Satu contoh, apabila kita melihat mak cik cleaner sedang menyapu sampah, bagaimanakah reaksi kita? Adakah kita ucapkan terima kasih apabila selesai membayar ketika di kaunter?

    • Jika kita gembirakan orang, Allahlah yang akan gembirakan kita.
  • Kemahiran berbual.

    • Haruslah kita tahu bahawa antara kawan baik dan orang yang dipercayai itu tidak sama. Mungki kita bersahabat baik dengan dia, namun tidak semestinya kita percaya dia. Di sinilah pentingnya kemahiran berbual.

    • Masukkan perasaan dalam setiap kata-kata yang kita ucapkan. Lazimnya kita orang Melayu sangat susah untuk mengkritik berbanding memuji. Contohnya, apabila makanan tidak sedap kita akan kata, bolehlah..

    • Kemahiran berbual yang betul akan menjadikan kita senang didekati dan orang lain selesa.
  • merendah diri.

    • Sekurangnya membiasakan diri mengucapkan terima kasih.

    • "Sesungguhnya jika kita merendahkan diri, Allah akan meninggikan darjat kita."

    • Satu perkongsian cikgu yang saya rasa sangat tersentuh kerana ia sering berlaku pada diri saya sendiri. :Dalam tangan kita ketika itu hanya RM10.00, sedangkan kita masih perlu menunggu duit PTPTN masuk.. Dengan tidak disangkan datanglah seorang mak cik menghulurkan kepada kita surah Yasin dan berkata yang dia menjual surah Yasin ini sebagai tambang untuk pulang ke Alor Star. lalu kita berkata yang sudah banyak surah Yasin yang kita punya. Pergilah kepada orang lain! Sedangkan siapakah yang lebih berhak ketika itu? Jika tiada duit mahu makan, duduk sahaja di kafe, pasti ada rezeki yang datang. [ini memang tak boleh disangkal ideanya..] =)
  • Jangan menjadi terlalu sempurna.

    • Kadang, kita terlalu inginkan diri yang terlalu sempurna. Hinggakan kita tidak senang dengan kelebihan orang lain. 

    • Sedangkan kita tidak sedar yang orang lain menerima kita kerana kekurangan dan ketidaksempurnaan yang ada pada diri kita

    • Bukankah manusia itu sifatnya saling melengkapi.

    • Kita terima kelemahan orang lain, orang lain pula melengkapi kekurangan kita.

    • Indah susunan kehidupan yang Allah aturkan buat kita...

    •  Itulah sedikit sebanyak pelajaran bahasa Melayu yang saya belajar hari ini. Terasa baik juga saya panjangkan isi pengajian itu kepada semua buat muhasabah untuk diri dan semua.


Ayat cikgu ini membuatkan saya tersentuh



. "Allah jadikan pada kita itu sudah terbaik untuk kita."


Alhamdulillah kerana Allah berikan saya peluang ini...



Bekongsi pelajaran, 6.54p.m/ITD Taman Ilmu dan Budi.

.pelangi.


warnakan hidup,
Biar seperti pelangi,
Bukan hanya hitam putih.

.Berangan-angan.




Warna warni kehidupan! [kredit gambar: deviantart.com]


Saya tidak akan berhenti memasang angan-angan kerana satu tahu angan-angan itu percuma dan tidak perlu dibayar walau sesen pun. Jadi rasa saya tidak salah untuk saya terus mengukir impian selagi saya masih berdiri sebagai saya.


Saya tahu yang saya banyak kali terjatuh dan terjatuh lagi dalam lubang yang sama. Namun saya masih percaya yang saya belum kecundang selagi saya ada rasa percaya dengan diri saya.


Justeru saya akan terus menanam tekad untuk bertahan selagi saya bergelar seorang pelajar di Taman Ilmu dan Budi. Saya tahu selagi saya positifkan diri saya akan dapat juga mencapai apa yang saya ingini.


Saya ini walaupun bukan seorang sahabat yang baik apatah lagi teman sebilik yang baik, saya harapkan ada sinar dalam perhubungan kami. Saya kasihan juga melihat sahabat saya yang saya tinggalkan, namun saya berharap sahabat saya masih sudi menerima saya dalam dirinya. 




Saya sentiasa percaya yang setiap cita-cita yang besar bermula hanya dengan sebuah angan. Mungkin pada mulanya ia hanya sebuah anganan biasa, namun apabila ia ditanam dalam diri dan disemai, ia akan terus mekar. Hanya saya yang tidak boleh berhenti menyemai angan menjadi pohon cita-cita.



Ya, saya mahu terus berangan-angan dan bercita untuk graduasi daripada Taman Ilmu dan Budi pada 2013. Mungkin lambat daripada orang lain, saya redha. Saya suka melalui jalan jauh. Ya, itu sebenarnya.



hm, kekok menulis sudah.

20.12.2010.

ITD Taman Ilmu dan Budi





18 December 2010

Allah sudah menjemput Mas Afzal.




Allahyarham Mas Afzal [Gambar daripada google]




Tamatnya perjalanan seorang yang bernama Mas Afzal,
Sungguh saya tidak mengenal beliau,
Hanya membaca kata-katanya yang memberi inspirasi, 
Namun ketabahannya melawan kanser menyedarkan saya,
Kehidupan ini adalah pinjaman yang perlu dimanfaatkan,
Sampai masa Allah menarik pinjaman itu.


Al-Fatihah buat Mas Afzal. [boleh baca catatan beliau dalam blognya di sini.]


Berita tentang pemergian beliau catatan seorang blogger tentang Mas Afzal boleh dibaca di blog joegrimjow.


Sesungguhnya setiap manusia pasangannya kematian... Innalillah buat beliau.


Kembara beliau tamatlah sudah. Kita bilakah masanya?
Tiada siapa tahu tarikh ajalnya...

17 December 2010

Saya Biarkan Kata Bebas Tertulis.




Mencari cahaya. [gambar kredit kepada deviantart.com]
Saya tiada teman untuk bersembang, justeru saya hanya menconteng di sini. Walaupun saya sedar tiada yang membaca sekurangnya saya puas dapat bercerita apa yang saya mahu katakan.



Semalam, kakak saya telefon mengkhabarkan satu perkara. Saya terkedu. Mahu saya selesaikan masalah itu sendiri.



Alih-alih, hari ini kakak itu menelefon lagi dan mengatakan yang dia mahu meyelesaikan masalah itu bagi pihak saya.



Saya terdiam.



Ah, saya rasakan yang makin hari saya makin menyusahkan orang sekeliling saya. Saya tidak gembirakan keluarga dengan keputusan semester lepas saya. Saya sudah menambah beban atas bahu mereka.



Kadang, saya terfikir, adik apakah saya ini? Anak bagaimanakah saya ini?



Dengan keluarga sendiri saya gagal memainkan peranan. Kerana itu saya sangat takut dan tidak berani terjun dalam dunia persatuan dan sosial. Saya tahu saya bersalah dalam hal ini. Saya tahu saya bukan seorang yang berani kerana tidak membuang perangai ini walaupun saya makin tua.



tetapi..



Entahlah.



saya tidak tahu bilakah saya akan bersedia. Saya tahu dan tahu namun sekadar tahu dan ambil tahu. Selesai. Saya bukan seorang yang bekerja.



Ah, malam minggu juga saya boleh membebel. Biarlah! Saya mahu bebaskan kata itu.



Walaupun saya tahu saya bukannya ada masalah besar. Saya hanya berjalan atas garis lurus.



Ya Allah....

Saya Tidak Pandai Menulis Haiku.




Contoh haiku.


Sudah besar begini barulah saya dengar tentang haiku. (nampak sangat kurang membaca.)
Kemudiannya saya cuba membaca tentang haiku.


Haiku terkenal dalam kalangan masyarakat Jepun.
Perkataan yang digunakan berkait dengan alam dan musim sepanjang tahun.
Ia seperti sajak pendek.
Biasanya tiga baris.
Tidak menggunakan tatabahasa yang betul.


Bagi penulis haiku adalah perkongsian pemerhatiannya dengan pembaca.
Bagi pembaca pula, dengan membaca haiku mereka bukan hanya membaca pengalaman penulis namun mengimbau kenangan sendiri.


Mahu tahu lebih lanjut tentang haiku, google sahaja..






Contoh haiku 2



Contoh haiku 3



Contoh haiku 4  



Contoh haiku 5  


[contoh haiku hasil carian di Deviantart.com]



Contoh haiku dalam bahasa Melayu.

oleh: TabirAlam:



 "hujan tengkujuh 

 gunung yang kian lembut 

tidak berjumpa". 



[saya salin daripada sini.] 



oleh Halela:



Kumpulan sadin

berkejaran di langit

egonya tinggi.


[sumber; sini] 



Baca kata penulis muda ini, Zulfazlan Jumrah tentang pengalamannya menulis haiku.



Bolehlah mencuba menulis haiku jika mahu menyusun idea-idea supaya terikat dengan kata-kata yang pendek namun padat dengan makna.



Cukuplah. Sedikit perkongsian saya tentang pengalaman orang lain menulis haiku.

Boleh mencuba.


OIC Intervarsity Debating Championship 2010



Hari ini saya buat pertama kali -walaupun sudah dua tahun di Taman Ilmu dan Budi- menonton pertandingan debat yang dianjurkan oleh IIUM dan OIC. Terima kasih untuk Kak Husni kerana mengajak saya ke CAC hari ini. =] Suka, suka, suka! 




Pertandingan Akhir ini melibatkan tuan rumah -IIUM- dan wakil Bangladesh -saya tidak ingat nama uniersitinya- dan menyaksikan IIUM tumbang kepada wakil Bangladesh.


Namun IIUM tetap membawa pulang piala bagi peserta terbaik keseluruhan melalui wakilnya, Khalidah Nazihah, pelajar Tahun Akhir Bisnes yang merupakan antara pendebat terbaik IIUM.  Baca tentang beliau di di blog ini. Dua orang lagi ialah Meor Alif, pelajar Sains Politik dan seorang lagi pelajar luar negara yang saya lupa namanya.


Ah, saya bukannya pandai menonton debat-debat begini. Kiranya dapat juga saya pengalaman baru hari ini apabila saya berpeluang menyaksikan pertandingan ini. Suka benar melihat orang dengan penuh keyakinan bercakap.




Mungkin nanti dan nanti saya berpeluang menyaksikan debat dalam bahasa Arab pula. Ah, cari di Youtube dan internet kan banyak. Haha, malas mahu mencarinya. Agak malang pula jika saya sebagai pelajar IIUM tidak pernah menyaksikan debat. Haha, walaupun saya tidak pernah berminat untuk menyertai debat, namun menontonnya juga saya dapat belajar sesuatu.


Untuk mendapatkan sesuatu perlu dengan usaha kuat. Kalah atau menang itu adat pertandingan, namun apabila sudah berada di atas pentas itu bermakna mereka sudah menang. Menang dengan orang lain yang kurang berani.


Ya.




16 December 2010

tersenyum mendengar kalimah syair.




Berkongsi itu indah! [kredit gambar: deviantart.com]
Apabila kita dihadapkan dengan sesuatu yang kita suka, tidak perlu dipaksa-paksa bibir secara spontan mengukir senyum ria .Disebabkan hati bahagia mendengar kalimah 'syair' saya bisa tersenyum sendiri kala ustaz menuturkan kalimah ini ketika dalam kelas 'Modern Poetry texts' dan 'traditional critism'.



***


Saya bukannya faham semua apa yang ustaz lafazkan, namun sedikit sebanyak saya belajar juga tentang syair. Malangnya, saya belum cukup kriteria dan punya kekuatan untuk menulis syair. Kata Ustaz Nasr El-Din, untuk melengkapkan diri untuk menulis syair perlu belajar 'arud wa qifayah'. Saya belum belajar dan takut untuk mengambil subjek ini sebenarnya.



kata ustaz Omran, untuk belajar syair sepatutnya dimulakan dengan zaman sekarang [asr al-hadith] bukannya zaman jahili. Apakah itu zaman Jahili? mereka bukannya jahil daripada segi ilmu pengetahuan lantaran mereka pakar dalam bahasa dan syair mereka mantap, namun mereka dikatakan Jahiliah kerana mereka tidak memahami tentang agama. Mereka menulis syair tentang Kebanggaan terhadap kaum, kecintaan kepada arak, kekasih hati dan sebagainya.. Sedangkan Islam mengajar ada batasnya untuk menulis syair. Syair haruslah menjurus kepada pembaikan akhlak dan pembinaan ummah.



Syair berkait rapat dengan perasaan [dalam bahasa Arab Syuur atau Ihsas]. Ustaz berikan contoh yang rasa saya ditulisnya secara spontan namun saya tidak sempat menangkapnya. Tentang contoh syair kecintaan kepada kekasih [al-ghazal]...



Umum mengetahui yang banyak sebenarnya Syair Jahili yang memuji kekasih mereka termasuklah oleh Tarafah bin al-Abd, Umru Qais dan Zuhair bin Abi Salma.



Ustaz memberikan contoh bagaimana pencarian seorang lelaki mencari 'mata airnya' yang bernama Nurul Uyuni. Dalam kampus ini si jejaka bertemu dengan ramai perempuan yang cantik dan punya pekerti yang baik namun pada pandangan si jejaka semuanya biasa. Kemudiannya, si jejaka terlihat seorang perempuan bernama Nurul Uyuni dan dia merasakan yang jantungnya seakan mahu terkeluar. Pada pandangannya Nurul Uyuni ini seperti bulan, cantik dan tiada tandingan oleh orang lain. Begitulah terjadinya syair yang biasanya rapat dengan perasaan seseorang individu.



Syair itu bukan hanya dalam bentuk yang kita kenali dekad ini namun ada juga yang dipanggil 'syair qadim'. Syair lama yang mementingkan Jinas dalam syair mereka. [Jinas sebahagian daripada pelajaran dalam Ilmu Badi'].



"Ismail Sobri 'ila Sobri''


Ini contoh yang diberikan unstaz. Walaupun perkataaanya sama, maksudnya sama sekali berbeza.

  1. Ila Sobri = Nama orang

  2. 'ila sobri= sudah letih menunggu.
Syair zaman dahulu lebih mementingkan bentuk dan perasaannya tidak mendalam. Kita baca juga sudah dapat mengetahui akan hal ini. Apa tidaknya, jika syair itu dinukil dengan perasaan yang mendalam, kita yang membacanya akan turut 'terbuai' dan bersama-sama syair yang dibaca. Mungkin tersenyum dan tanpa sedar boleh mengalirkan air mata membaca sesebuah syair.



Sekadar perkongsian sedikit yang saya belajar tentang syair, Saya tidak pandai menerangkan dalam bahasa Arab, justerus rasa saya baiklah juga saya kongsikan bersama pembaca yang singgah di sini. Semoga sedikit yang saya belajar, bukan hanya untuk peperiksaan namun saya dapat sesuatu daripada pelajaran ini. Saya akan mencatat lagi dan lagi nanti tentang pelajaran yang saya belajar. Untuk diri saya dan yang membaca juga.



Ada salah saya mohon kalian betulkan...



Wassalam.



Rasa mahu berkongsi apa saya belajar, 

ITD,

6.36p.m

surat peguam sampai rumah.

huwa..
dapat surat daripada peguam sebab tak bayar duit bb tu.
Ambik aku kena sebijik.
ish.
takut dan cuak sebenarnya,
tapi maintain senyum.

tulip itu akan terus mekar.



 Apabila saya lihat kanak-kanak ini, saya membayangkan yang sayalah yang berdiri di situ dan memetik kuntum-kuntum tulip yang kelopaknya menggiurkan hati saya itu. Benar kuntum tulip itu seperti hanya bunga biasa yang entah mengapa saya jadi sangat tertarik untuk terus dan terus menatapnya. Ada sahaja gambar tulip seperti mahu simpan simpan semuanya dan jadikan koleksi saya.


Tulip mungkin hanya bunga biasa bagi orang lain namun saya tidak! Saya lebih senang dengan kuntum tulip ini walaupun  mawar dan rose itu lebih harum, bunga-bunga lain lebih cantik.. 


Ya, saya suka melihat kuntuman tulip itu.




Tidak kisahlah walau apa sekalipun warna kuntuman tulip itu tetap akan saya tatap dan minati. Benar sesungguhnya saya sudah menggilai kuntuman-kuntuman ini.. Subhanallah...  


Saya tahu, kuntuman tulip ini bukanlah setanding mawar, kemboja, cempaka, melur, melati dan semua jenis tumbuhan yang ada di Malaysia...


Saya sayangkan kuntuman tulip ini.. Biar bagaimana keadaannya, walau apa pun rupanya..


=] 






Tulip dan awan. Dua subjek yang sangat saya suka. Melihatnya mendekatkan saya dengan alam. Walau hanya potret yang dapat saya tatap, cukuplah! Saya pandang awan tinggi, saya nampak harapan untuk saya meniti hari. Saya lihat dan memesrai gambar-gambar tulip itu, saya seakan tenggelam dalam dunia sendiri dan melupakan dunia sebelah lain.


Saya tidak berharap untuk melihat tulip yang sebenar. Cukuplah saya memandang potret-potret tulip ini. Sudah bisa buatkan saya tersenyum sendiri..


Subhanallah..


Baik.Cukup saya merapu pagi ini.




Saya rindukan kuntuman tulip...  
9.40a.m/ITD Taman Ilmu dan Budi. 


Sesungguhnya pada setiap penciptaan ada kebaikan dan hikmah tersembunyi.

15 December 2010

Doaku...


Impianku,
Satu hari kelak,
Dapat diri melihat anak ini petah berbicara,
Pandai membaca dan menulis segala,
Baik akhlaknya,
Pemurah dirinya,

Anak saudaraku,
Zamanmu kelak bukan seperti Acu,
Dindingkan diri agama dan ilmu,
Selamat selalu.

Bingkisan Acu untuk Syafiqah,
15.12.2010/9 Muharam 1432.
IIUM, Gombak.

mula pecut.

kelas dah mula,
Tunggang terbalik nak faham apa lecturer kata.

Chaiyok! Jamilah kena teruskan selagi kaki boleh emlangkah.

Hoyeehh,,

6.33p.m/15.12.2010/dalam laut

:Benarkah Saya Serius?:




Banyak berangan!


Dalam kelas ustaz ulang sekali lagi,
Perlu fikir dalam bahasa Arab, kamu pelajar bahasa Arab.


bahasa itu perlu dipraktis bukan hanya takat baca dan tulis!



Dush! 


Terasa kena ketuk di kepala.


nak belajar bahasa Melayu, cakap bahasa Melayu, fikir bahasa Melayu.


Kamu pelajar bahasa Arab, bahasa al-Quran.



bagaimana?


Timbul di ingatan secara spontan, benarkah saya serius belajar bahasa Arab?
Sedang Nahw dan Sorf seakan menjadi subjek fobia saya,
Pernah saya katakan, 
habis subjek Adab saya mahu lari.


Terfikir saya,
Bertahun saya belajar bahasa Arab,
Agaknya keberkatan itu langsung tiada,
lantas saya sepertinya tidak belajar apa-apa,
Dalam kelas menjadi pendengar bisu,
Kadang faham kadang tiada.


Saya masih ada rasa,
Mendengar kalimah syair dan qasidah seakan satu ubat pula buat jiwa,
Yang bisa buatkan saya senyum sentiasa.


bagaimana jika saya tidak faham sebenarnya apa yang saya baca.
Saya mahu menjauhi nahw dan sorf yang menjadi tunjang bahasa Arab.


benarkah saya serius untuk belajar adab?


Semester lepas juga saya main-main walaupun saya katakan yang saya minat belajar Adab.


huh.


Saya seperti tidak serius untuk belajar bahasa Arab.
Saya hanya mahu belajar Adab.
huhu.



Niatkah yang belum saya perbaharui? 


Wassalam.



Saya tidak pula baca buku bahasa Arab.


Di manakah jasadku kini?
5.05p.m/15.12.2010/ITD Taman Ilmu dan Budi 

Hlovate Kembali...



Oh,
Ini buku baru Hlovate yang akan diterbitkan ketika pesta Buku Kanak-Kanak Kuala lumpur 2010 minggu depan.


Ini buku kana-kanak.


Tidak salah kan orang dewasa juga membacanya?