Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Catatan Tanpa Tajuk

 "Kita punya sebab tersendiri untuk mempertahankan sesuatu, Walau ada masa pendirian yang tak menentu, Adakah diri aku begitu? Hanya membisu walaupun tahu."  Assalamualaikum, Tiada entri menarik untuk aku coretkan hari ini..  Belek-belek blog, ramainya yang membicarakan perihal tiga pilihan raya yang bakal berlaku serentak..  Doaku yang benar akan menang.. Amin.. Yang benar akan beroleh kemenangan.  Teruja melihat penyokong-penyokong di Bukit Gantang. Sangat ramai.. Semoga kita memperoleh kemenangan. Khabarkan khilaf pada diri, Sebelum maut pengganti diri, Hanya muhasabah pengubat matinya hati, Taubat pengukuh iman di hati. Sehari dua ni, aku asyik memperihalkan hal-hal manusia lain, dan agaknya termasuk dalam mengumpat peribadi orang yang kami bicarakan. Tak salah berbicara kebaikannya, tapi membicarakan keburukannya, kenapa aku terlalu lemah untuk menegur. Sama-sama kita kunci mulut kita untuk bicarakan orang lain. Tapi bukan bermakna kita individualistik. Tapi

Muhasabah

Assalamualaikum, Ku tanyakan pada diri, Cukupkan muhasabah saban hari, Ataukah hanya menghitung belakang hari, Aku buat-buat tak mengerti. Banyak pula aku kisahkan perihal manusia, Lupa seakan aku tak punya dosa, Sedangkan saban hari berulam noda, Mengata jadi adat biasa. Tuhan berikan aku kekuatan, Aku melihat hidup aku minggu ini di short sem. Contact hour tak banyak, tapi aku langsung tak manfaatkan masa, boleh aku melepak di bilik kawan... Masya ALLAH... Begitulah manusia yang tak sedar akan hakikat penciptaan diri sendiri. Tak cakna tujuan aku diciptakan di muka bumi.. Tujuan manusia dicipta adalah untuk mengabdikan diri dan memakmurkan bumi... Setiap apa yang Tuhan lakuakn ada tujuannya. Dan selaku hamba yang punya akal fikir semestinya kena berusaha untuk membaiki diri sendiri.. bukan hanya pandai berkata dan menulis dengan pena, yang penting praktikkan dalam kehidupan. Tapi tak salah aku mencoret sebagai ingatan pada diri sendiri. aku kata tak cukup masa, sedan

Tip-tip Menjadi Tetamu Allah

Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH. TAJUK: Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH PENGARANG: Ridzwan Bakar (ridzwan-bakar.blogspot.com) PENERBIT: PTS ISLAMIKA (PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.) BILANGAN CETAKAN: Kedua, 2009 Buku ini aku miliki kerana tertarik pada tajuknya. Aku pasti setiap kita muda atau tua, ada perancangandan sangat teringin untuk menunaikan haji. Masalah biasa yang timbul adalah kekurangan sumber kewangan. Terutamanya yang masih bergelar pelajar seperti aku. Istimewanya, melalui buku ini aku mengenali Professor Mohd Kamil Ibrahim yang terkenal dengan buku travelog haji mengubah sempadan iman. Apa kata pengarang?  “Buku ini ditulis bagi mengisi alternatif buku-buku haji yang sedia ada. Ianya adalah pelengkap buku travelog haji: Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Professor Muhd Kamil Ibrahim. Anda sebaik-baiknya terlebih dahulu membaca dan membeli buku itu sebelum mengulang kaji buku ini.”-Daripada pengarang. Tapi aku baca buku i

Tip-tip Menjadi Tetamu Allah

Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH. TAJUK: Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH PENGARANG: Ridzwan Bakar (ridzwan-bakar.blogspot.com) PENERBIT: PTS ISLAMIKA (PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.) BILANGAN CETAKAN: Kedua, 2009 Buku ini aku miliki kerana tertarik pada tajuknya. Aku pasti setiap kita muda atau tua, ada perancangandan sangat teringin untuk menunaikan haji. Masalah biasa yang timbul adalah kekurangan sumber kewangan. Terutamanya yang masih bergelar pelajar seperti aku. Istimewanya, melalui buku ini aku mengenali Professor Mohd Kamil Ibrahim yang terkenal dengan buku travelog haji mengubah sempadan iman. Apa kata pengarang?  “Buku ini ditulis bagi mengisi alternatif buku-buku haji yang sedia ada. Ianya adalah pelengkap buku travelog haji: Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Professor Muhd Kamil Ibrahim. Anda sebaik-baiknya terlebih dahulu membaca dan membeli buku itu sebelum mengulang kaji buku ini.”-Daripada pengarang. Tapi aku baca buku i

diari Seorang Guru

DIARI SEORANG GURU, S.HAWA Assalamualaikum, Kali ini aku mahu berkongsi cerita menarik yang aku baca kali pertama di tingkatan 4. Dan buku inilah antara buku aku yang dirampas oleh pihak sekolah, tapi oleh kerana sangat mempunyai nilai sentimental bagi aku, aku beli yang baru. Tentang buku ini: Tajuk: Diari Seorang Guru  Pengarang: S.Hawa  Bilangan cetakan: 5 kali Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad Kisahnya kisah biasa. Guru yang baru keluar maktab dan dapat bekerja di tempatnya sendiri. Tapi dalam apa jua pembacaan yang penting adalah isinya, bukan terlalu mementingkan watak atau jalan ceritanya. Tentang cikgu Kamaliah. Kelebihannya di sini adalah dari segi cara penyampaian. Diari... Memang seronok dan teruja apabila dapat membaca diari orang lain (bagi akulah, kerana di situlah letaknya suara hati yang tidak disuarakan pada orang lain) Aku seolah sedang membaca diari milik cg Kamaliah dan dapat mengetahui kepayahan dan kesabaran beliau sebagai seorang guru. Menghadapi murid

Sedarlah Duhai Diriku ...

Selalu aku nampak hanya buruk dalam diri, Lupa kemudahan ALLAH beri, Mensyukuri jarang sekali, Selalu aku nikmat dikufur. Bilanglah dengan jari, Berapa banyak nikmat hingga hari ini, Subhanallah, Tak terhitung walau berhari. Semuanya diberi percuma, Bagaimana jika ada yuran perlu diserta? Tuhan yang mencipta kita, Menberi supaya kita sedar hanya kerdil di bumi melata. Aduhai diri, usah terlalu memandang kurangnya diri, Lumrah insani, Kurang dan lebih pelengkap kita di sini. Seandainya masih ragu, Sedarlah selalu, Ramai yang lebih banyak diuji dari kamu, Duka dan sendu... Maktabah, 27 Mac 2009 12:09

Lagu Kematian

 Lagu dari laptop aku biarkan menemani aku petang ini. Detik kematian nyanyian In-Team selalu menjadi peneman aku sejak Lukluah dijemput Ilahi sepekan lalu. Pemergiannya bukan aku tangisi namun mengajak pula diri untuk lebih banyak menyoal jasad ini supaya melakukan persediaan menuju dunia baru. Aku merenung ke luar jendela. Burung berterbagan riang. Pepohon sebaris di laman melenggok lembut dihembus bayu. Semuanya ada cara sendiri bertasbih pada penciptanya. Melihat hari-hari semalam yang telah aku lalui dan membuat percaturan tentang apa yang seharusnya aku lakukan untuk menghadapi kematian. Rintik hujan yang bernyanyi seakan memahami perasaan aku tika ini. Aku reda dengan pemergian dia yang aku sayang. Pasrah aku bahawa hanya DIA yang menciptakan aku dan mengetahui bilakah tarikh kematianku menyusul arwah yang telah pergi dulu.  Kubur dia masih merah, dan aku tak ingin melihat dia sendu di alam sana melihat kesedihan aku.Teringat apa yang Ustazah Rasyidah katakan tempoh hari, s

Aku Masih di CFS IIUM

• Dalam mood short sem yang aku rasa akan meninggalkan kesan dalam diri • Ada tiga subjek yang akan aku belajar • Hati sedang suka • Aku tengah fikir bagaimana nak gerakkan pena yang dah berkarat. Hanya mampu mengarang

Zikir Rindu - Azizi Hj Abdullah

ZIKIR RINDU- AZIZI HJ ABDULLAH Aku ada baca buku terbaru Azizi Abdullah.. Tajuknya zikir rindu... Sangat seronok pada mulanya aku teraba-raba untuk faham... Mula-mula baca rasakan seolah-olah Pak Azizi sedang bercerita tentang seorang tua yang tak sedar diri mahu bercinta dengan orang muda.. Aku benci untuk teruskan pembacaan. Tapi entah mengapa, aku sekarang tertarik pada tulisan Azizi Abdullah yang banyak mengulas isu semasa.. Aku teruskan membaca hinggalah samapi ke segmen ilmu yang dimuatkan dalam novel tersebut. Barulah aku faham jalan ceritanya.. Nak tahu apa cerita sebenarnya, kena dapatkan novel ini, terbitan alaf21.

Coretan ...

Assalamualaikum, Lama dan jemari aku seakan kaku untuk kembali menulis sajak di sini. Bukan sibuk, masa 24 jam terlalu cukup malahan masih banyak yang dibazirkan. Aku amat bersyukur Tuhan gerakkan aku untuk kembali di sini, ambil short sem dan Insya ALLAH habiskan sem ini. Semuanya perlu ada kekuatan dan kemahuan. Aku suka ingatkan pada diri sendiri... Tuhan bersama sangkaan hambanya. Betul tak? Belek-belek paper di library: 1. Semalam aku tengok berita Nik Nor Madihah dapat pergi umrah, alhamdulillah, berusaha dahulu, bersenang kemudian 2. Paper hari ini, mengumumkan yang KJ jadi ketua pemuda UMNO.. Ya ALLAH satukan hati orang Melayu terutamanya supaya nampak kebenaran dan tak takut pada kebatilan. Aku tak tahu nak mencoret apa sebenarnya cuma mahu melatih jemari juga supaya tak kaku dan jadi makin malas menulis... Tak ada modal nak mencoret lagi, cumanya semoga kita sentiasa beringat yang apa jua berlaku ada hikmah dan rahmat buat diri kita. Sabar dan doa, kita akan ra

...conteng-conteng

Assalamualaikum, Ada beberapa peristiwa yang aku mahu coretkan.. Gembira, terharu, sedih, geram... Semuanya bergaul menjadi satu rasa hingga mata ini enggan terlelap walaupun kepala mula berpusing. Dalam kelas Nahw, akulah pelajar yang tidak memahami apa yang diajar oleh Ustaz. Mengapa? Kerana aku seorang yang malas mengulangkaji. Hanya berangan untuk lulus tapi tidak berusaha. Sejuk dalam kelas itu yang mencucuk tulang antara yang mencuri perhatian aku. (Aku memang suka mencari alasan, bukan mencari jalan) Apabila ustaz bertanya aku gagal menjawab. Ustaz, maafkan aku atas apa yang terjadi hari ini dan hari-hari semalam... Aku sedar apa yang aku lakukan Cuma tak berusaha untuk mengubahnya. Kelas BMW.. Lebih bersemangat daripada semalam. Ah, semalam yang sangat melesukan. Entah ke mana tenagaku hilang? Gara-gara ‘minyak’ dalam badan tak diisi dalam kuantiti yang mencukupi. Lumrah bagi aku jika kurang air dalam badan, rasa panas dalam badan dan lesu. Tak perlu ke klinik, Cuma perlu m

...kerana pesta buku... siri 2

Assalamualaikum,  Datang kesempatan untuk menulis. Saat mata enggan terpejam setelah apa yang aku hadapi hari ini. Biarlah aku mencoret seketika di sini. Setelah aku ke book fair Ahad lalu, rasa tidak puas hati masih ada. Tambahan duit dalam bank masih berbaki. Namun tak ada niat untuk ke sana secepat itu (Isnin). Tengahari itu berhajat ke maktabah.. online. Di pertengahan jalan, terserempak pula Kak Husni dan Masthura yang baru menyelesaikan tugasan sebelum meninggalkan bumi Nilai ini. “J, jom ke pesta buku.” Mataku mula bersinar. Hati melonjak ria.. Untuk ke sana, tidak perlu paksaan. Pendekkan cerita, aku, Mas dan Kak Husni ke sana dengan tajaan Mas (Syukran ya Ukhti, moga dipermudahkan menghafal dan pembelajaran di DQ). Hari bekerja, perjalanan agak lancar. Suka.. Kenangan terindah.. Banyak memori.. Itulah yang dapat aku ringkaskan di sini. Apa yang mahu aku nukilkan adalah peristiwa di sana. Target pertama adalah Syarikat BLUE-T lantaran Mas mencari t-shirt labuh buat a

Catatan Keronyok II

Beberapa soalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab... 1. Bilakah kau akan berdamai dengan diri kamu sendiri? 2. Adakah aku menjalankan tugas sebagai hamba? 3. Adakah aku menghargai diri sendiri? 4. Adakah aku menjalankan amanah Ayah hantar aku untuk belajar? 5. Adakah aku kerap menghubungi Ayah? 6. Adakah aku mula berbaik dengan Mak Cik? 7. Bilakah aku akan dipanggil? 8. Sampai bila aku sihat? 9. Belajarku selama ini kerana apa? 10. Solat, puasa, segala yang aku lakukan adakah khusyuk dan tandan aku seorang hamba? 11. Benarkah langsung tiada riya' dan takbur dalam diri? 12. Siapakah aku di sisi Tuhanku? 13. Aku baikkah? Cukuplah yang aku senaraikan di sini, sebagai renungan aku pagi ini..

Suara Seorang Jamilah

Senyumku menyuarakan hasrat hati, Menyembunyi duka tersembunyi, Tangisku di malam hari, Membasuh dosa menginsafi diri. Kini, Tangisku tak mengira masa, Senduku mendukakan muka, Kelatnya wajah seakan berbicara, Ada masalah yang kedekut tak diberita. Kataku belajar bukan untuk periksa, Tapi buku langsung tak ku buka, Bila periksa hentam semata, Dapat keputusan padan muka. Ria tampang yang berjaya, Ku sunyi tak bersuara, Mereka melangkah ke taman budi mara, Ku di Nilai menghitung masa. Tak ku salah Ayah bonda, Hanya aku tersalah kira, Mengikut diri hisabnya tiada, Terimalah ini akibatnya. Sabarlah duhai sayangku, Kita betulkan satu-satu, Diri dulu, Jadikan pelajaran depan macam dulu. Aku lambat mengikut kamu, Namun kerana aku mahu mengatur langkah baru, Pergilah kalian ke taman budi dan ilmu, Panjang usia kita ketemu. Siapa jangka maut menjemput aku dahulu, Buka jodoh kita di situ, mati bukan kerana sakit atau sendu, Ketentuan DIA kita redha tentu. Bukan m

Coretan Pagi Selasa

Assalamualaikum, Aku gunakan kesempatan masa yang tinggal dengan membelek blog menarik dan berinformasi yang berjaya mencetus dan mencabar diri aku sendiri. Kagum dengan pengisian mereka...Dan dalam aku melayari laman-laman ini terjumpa blog anak-anak SMKAB yang sentiasa dalam hati aku... • blog umi (isteri ustaz Syam) • Senior-senior • Kawan-kawan Ya, mungkin banyak lgi sebenanrnya yang aku jumpa... Terbaca kisah arwah Hazwan Wafiy di blog sahabatnya.. Ya, kisah sedih dan pemergiannya yang tak terduga.. Al-Fatihah... Ya, kematian.. Subjek yang sentiasa ada isu untuk diperkatakan. • Bila • Di mana • Bagaimana Tak siapa yang tahu dan menjangka. pasti harap aku dimatikan dalam keadaan menyembah Allah.. Amin. Beradalah kamu walau dalam benteng seteguh mana sekalipun, jika datang jemputan maut daripada ALLAH, tak mampu dihalang. Bermacam jenis kematian(keadaannya) • dalam solat • kemalangan • terkejut • dalam tidur. Hanya sekadar beberapa situasi.. Kesempatan usia b

Catatan Keronyok

• Secara rasminya peperiksaan akhir untuk sem ini tamat • Belum terfikir untuk balik ke Kedah, nak merayap sepuas hati sebelum aku pulang berehat di rumah • Terfikir mampukah aku menyiapkan segala yang aku rancang setelah berada di rumah, keadaan yang jauh berbeza, takut aku yang kecundang • Barang belm dihantar ke stor untuk disimpan. TAk sabar nak susahkan kawan-kawan mengangkat novel-novel dan buku yang aku angkut dari rumah.. Ada empat kotak semuanya. • Perlu merayap dan melepak di Gombak.. Ambil angin • Banyak benda tertangguh yang perlu dibereskan.. • Tak sabar nak jumpa Ustaz Fuad... Rindu mendengar nasihatnya... • Nak jumpa Aqilah... Dah darjah satu makin pintar tentunya... Ingat lagi katanya.. "Qilah banyak fikir, tak tahu nak jawab macamana." Semoga beliau menjadi ank solehah kebanggan mak ayah.. • Syauqi, Acu akan balik, kita boleh tidur sama-sama.. Syauqi tentu rindu nak tidur di rumah Wan..