31 July 2009


Friday, July 31, 2009

Malam ini aku berbicara,
Pada diri dan sanubari,
Apa amalannya aku hari ini,
Bertambah atau makin dikurangi.

Menyelak diari hari ini,
Dosa telah ku kurangi,
Ada amalan tambahan meniti hari,
Senyuman manis menguntum dalam hati.

Kebahagiaan yang aku cari,
Mewarnai saban masa,
Aku dibawa menemui Ilahi,

Tahukah bila masanya ajal itu?
Datangnya tanpa sebarang mimpi.


No comments: