26 July 2009

...CONTENG-CONTENG SIRI 7...


Assalamualaikum…



Semalam aku ke rumah bapa saudara untuk mengambil barang.. menaiki komuter.. Hujung minggu, tentu sahaja komuter akan dipenuhi manusia yang mungkin ingin berlibur atau bercuti bersama yang tersayang. Almaklumlah hari cuti…

Bukan itu yang aku mahu ceritakan, tapi tentng kepekaan kita pada golongan yang lebih tua dan lemah. Dalam suasana amat sesak, kita akan dapat lihat jika ada anak muda yang duduk, dia tak akan berganjak jika ada seorang tua yang sedang terketar-ketar memaut pada tempat pemegang. Situasi ini mengingatkan aku pada kata-kata cikgu Razman, Malaysia berada dalam tingkat bawah dalam aspek budi bahasa… Bukankah kita banyak kempen budi bahasa? Agaknya inilah didikan yang diterapkan dalam masyarakat sekarang. Kita hanya diajar mengumpul wang tapi tak diajar beradab sopan…

Bercakap tentang budi bahasa, kita bukan hanya pelru berbudi pada orang lain, namun juga pada persekitaran dan diri sendiri.. Kerana itu dalam Islam ada larangan merosakkan tumbuhan dan makhluk lain ketika peperangan.. Islam meraikan semua yang ada di bumi… Dapatkah kita lihat satu agama selengkap Islam… Islam yang menyediakan panduan untuk umatnya bermula dari sekecil hal membasuh kencing hinggalah hukum hudud yang menjaga manusia sebenarnya.. Tentu sahaja orang takut untuk berbuat jahat jika ada hukuman berat yang menanti…

Kita punya hak yang perlu ditunaikan pada diri sendiri…. Sewajibnya kita mengetahui akan hak-hak pada diri sendiri.. Menjaga diri daripada api neraka. Bagaimana mahu menjaga diri daripada api neraka yang amat dahsyat keadaanya. 70 kali ganda api dunia. Sedangkan api terpecik sedikit sudah pucat muka kita, bagaimana di sana?

Renung-renung dan fikir-fikirkan…




No comments: