11 July 2009

...AKU KINI DI GOMBAK...


Assalamualaikum,

alhamdulillah aku dapat kembali mencoret sesuatu di dada blog yang sudah lebih sebulan aku tinggalkan. Di rumah, langsung tak mendengar khabar semasa, hanya bangun, tidur tanpa faedah...

AKHIRNYA...

Aku menjadi sebahagian pelajar UIAM, Insya ALLAH...sebagai pelajar ARAB... pelajar minoriti di sini. Almaklumlah ramai yang dapat edu.. bakal cikgulah nampaknya, tapi hati ini tetap mencintai bahasa arab walaupun bukan pelajar yang pandai dalam bahasa ini.

Jika diperhatikan, hanya tinggal mereka yang mantap dan mempunyai keputusan yang baik kekal sebagai pelajar Arab, namun aku tetap mahu mempertaruhkan kehidupan aku di sini.. Insya ALLAH..

Apa yang penting, lupakan segala yang lalu.. mulakan hidup baru sebagai pelajar UIAM... taman ilmu dan budi..

Kelas belum bermula, hanya meninjau kawasan dan dalam proses mengenali dan mencintai UIAM...

Jika ada kesempatan akan aku coretkan tentang kehidupan aku di sin i... Insya ALLAH...

Doakan aku.. kawan-kawan aku dan semua umat islam...

No comments: