Skip to main content

talk ...



Assalamualaikum, buat diri dan pembaca blog aku sekalian. Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan mendengar ceramah @talk tentang “How to Develope Positive Thinking.” Talk yang mencatat sejarah dalam diari ceramah yang aku hadiri (Aku pun jarang dengar ceramah@talk)..

Kenapa aku kata begitu?

Pendengarnya hanya enam orang muslimat + 4 commitee muslimat.. Muslimin pula bilangannya hampir sama. Lebih kurang 10 orang. Aku bandingkan talk berkenaan apabila baju melayu bertemu baju kurung yang aku ulas beberapa hari yang lalu, mencatat bilangan penonton yang ramai (padat dewan).. Bukan mahu membebel, hanya memberitahu realiti.

Baiklah, ilmu sedikit yang aku dapat semalam suka aku kongsikan bersama para pembaca yang aku hormati..

Siapakah penceramahnya?

Anak negeri aku.. Brother Elyas Ismail, pernah menuntut di Maktab Mahmud, menyambung pelajaran di KUIS, kemudian ke Universiti Al-Azhar seterusnya berhajat menyambung master di UKM... Motivator di E-Class Training dan telah menjelajah seluruh Malaysia untuk berceramah hatta ke Singapura.
Beliau mula dengan membacakan ayat ini..

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

Kemudian dibacakan hadith yang aku tak ingat matannya, antara maksudnya, jadilah orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar orang mengajar atau orang yang menyintai orang yang belajar, dan jangan jadi orang yang kelima.
Aku agak penceramah agak kecewa dengan bilangan penonton yang amat sedikit, lalu memberi kiasan bahawa ramainya penonton hingga ke kerusi belakang tapi kita tak nampak...

Beliau lebih banyak menggunakan pendekatan bercerita... Ada pengajaran dalam jenakanya..

Beliau tunjukkan gambar piramid, bagaimana umat zaman Firaun membina piramid itu, dan sebenarnya arkitek yang ditugaskan membina piramid dibunuh setelah piramid usai dibina. Pergi pula kepada unta, yang dapat hidup dalam satu tempoh tanpa minum air kerana bonggol yang ada di belakangnya mampu menampung bekalan air untuk dirinya. Seterusnya lihat pula dob (biawak padang pasir) hanya kencing setitik dalam tempoh 40 hari.. Subhanallah, pujian hanya layak buat ALLAH yang menciptakan setiap sesuatu dengan pelbagai keistimewaan.

Apabila ditanya tentang pokok kelapa, ramailah yang memberitahu betapa banyaknya fungsi pokok kelapa, namun bila ditanya, apa peranan saya kepada masyarakat sekeliling, aku terdiam.. Jawapannya dapat kurang daripada empat... Persoalan yang perlu dikoreksi semula. Adakah pokok kelapa lebih baik daripada aku???
Beliau masuk kepada tajuk. Membina pemikiran positif menggunakan kaedah PSE. Apakah itu? Maksudnya transformasi fiziakl, spritual dan emosi yang didasari kehendak Tuhan.

من عرف نفسه فقد عرف ربه-
Imam Ghazali

Kita selalu lupa nikmat yang ALLAH beri. Lupa untuk berfikir tentang hikmat sesuatu yang terjadi pada kita atau sekeliling kita. Lihat jari, bayngkan bagaimana kita hanya ada tangan tanpa jari, bagaimana mahu menghantar sms, pegang pen dan sebagainya. Dan jika tangan kita tanpa sendi untuk dibengkokkan, agaknya bagaimana kita dapat makan dengan sempurna??? Persoalan pada aku...

Jadi, bersyukurlah apa yang kita miliki, jangan hanya tahu mengeluh... Ya, Jamilah.
Kita selalu memberi makan pada jasmani dan akal, namun adakah kita juga tak lupa memberi makanan pada rohani? Ibadah kita bagaimana?
Peratus keberhasilan hidup
IQ = 20%
EQ=80%
SQ=1/0 =∞

Itulah yang beliau katakan.

“Kalaulah ada seorang wanita ini mahu perkenalkan kepada suami kepada ayahnya. Seorang yang punya rupa dan ada pula honda-city, umur 23 sudah ada master, Kemudian diajak lelaki itu ke rumahnya. Berbicara tentang diri, tentang pelajaran dan sebagainya. Namun hobi si ayah perempuan tadi adalah mengumpul barangan antik. Sedang berbicara, maka berkatalah lelaki itu. Pak cik simpan barang-barang antik ni, macam orang kuno. Adakah pada waktu itu berguna ilmu dan hartanya yang banyak? Kerana itu IQ, EQ, dan SQ perlu diseimbangkan.”

Versi olahan aku.
Ada satu kisahnya yang menyentuh hati aku. Mulanya beliau bercerita tentang warga Oman (tak silap aku) yang apabila kuburnya digali setelah tiga jam dikebumi, seperti orang tua.. Sedangkan usianya 18 tahun.. Baik, itu kisah yang agak jauh daripada penceramah. Beliau berkisah lagi.

“Satu hari, kawan saya, Zul(bukan nama sebenar) mengajak saya untuk ke Tasik Cleopatra untuk bermandi manda, tapi saya perlu mengajar pelajar tahun satu pada malam itu. Hati berhajat untuk pergi namun ada keutamaan lain. Saya katakan padanya, kalau nak pergi ajaklah orang lain. Dipendekkan cerita, malam itu Zul ke tasik Cleopatra bersama seorang teman yang lain. Sesudah saya mengajar, dan pulang ke rumah. Ada panggilan masuk dan amat meyentap hati saya. Zul kemalangan bersama rakannya dalam perjalanan ke Tasik Cleopatra... Saya bersama rakan menguruskan jenazah, mandikan, kapan, kemudian terlintas di hati, kenapa wajah Zul masam mencuka?

Saya senyap, tak mahu membuka keaiban sahabat yang sudah meninggal. Esoknya di kelas, ada kawn buka cerita. Saya katakan, biasa saja, orang mati memang muka macam tu. “Hang tak perasan ke yang muka dia masam mencuka?” Saya tersentak. Bukan hanya saya yang punya perasaan itu. Dia seolah tidak rela nyawanya diambil ketika itu, dan seakan nampak apa yang terjadi padanya sesuatu yang tak baik. Dan apabila saya terfikir, apakah yang Zul terima sekarang, kebaikan atau kemurkaan, saya insaf, apa tujuan saya di sini. Kisah kematian sahabat saya ini benar-benar memberi kesan dalam kehidupan saya hari ini.”

Subhanallah, kematian itu tak mengenal siapa dan usia. Sampai masa dicabut juga roh daripada jasad, terbujur kita di situ.

Kita teruskan, Hidup tanpa matlamat seperti bermain bola sepak tanpa gol atau bermain golf tanpa bola itu sendiri. Tak jadi apa-apa.

DARI MANA (roh) <<<<<>>>>KE MANA (Akhirat, syurga @Neraka?)

Terakhirnya, apakah hasil yang patut kita dapat daripada pemikiran positif?
1. Jujur
2. Peka
3. Tanggungjawab
4. Disiplin
5. Kerjasama
6. Adil
7. (tak catat)
8.
Talk diakhiri dengan dua buah lagu, berkorban apa saja dan Demi Matahari (SNADA) yang diiringi tarian gerakan sufi..

Waallahu’alam. Semoga perkongsian kecil ini memberi manfaat kepada semua yang tidak berkesempatan mendengar ceramah semalam. Ilmu sedikit yang dimanfaat lebih baik daripada banyak ilmu namun tak beramal dengannya....

06:19a.m

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub