Untuk cuti kali ini ada tiga power point yang perlu disiapkan dan dibuat:
1. Kitabah-Risalah, ringkaskan nota dari buku (5 Markah)
2. BMW - Bab Pertama -tentang asalib al-Bahs al-'ilmi. (10 Markah)
3. Keluarkan isi dalam buku BMW dalam bentuk power point... Semuanya sekali. (40 Markah)
Minta-minta tak termuntahlah aku mengadap power point setiap hari..
Teringat kata Ustaz Maad.. We must learn to be someone new. Terima kesusahan sebagai cabaran. Yang penting kena lakukan walaupun kita katakan yang kita tak tahu...
Bila dapat apa yang aku suka, seakan menganak tirikan pula Nahw... Jarang nak buka buku dah.. Tapi baguslah ustaz ajar aku nampak juga, cuma tak ulang, ia senang-senang akan hilang...
Sekarang aku hanya banyak katakan pada diri, kalau ustaz boleh banyak berkorban untuk anak muridnya kenapa aku tak boleh nak berkorban untuk diri sendiri..
Aku ini walaupun kata ada kerja, online tetap aku tak lupakan... Menjenguk blog, meredakan rasa sunyi dalam diri dengan melihat blog kawan-kawan, melihat kemantapan mereka menulis..
Cuti Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin belum tentu lagi ke mana kaki mahu merayap. Ada PC fair di KLCC, tapi pitis pula kering nak pergi... Gaji masuk, tentu aku merayap.. (psst:Ini istilah aku; merayap dan merapu) -maksudnya balaghi, bukan merayap betul-. Nak tahu kena belajar balaghah.
Panjang pula aku merapu di sini.. Okey, jumpa nanti, sekadar mahu berkongsi bicara dengan diri sendiri.
Comments