23 April 2009

Lu'lu'



Menggunakan indeks yang terdapat dalam software mawar, memudahkan aku mencari ayat yang aku inginkan dalam al-Quran, dan ini yang aku peroleh.
Ada 6 tempat yang menyatakan perkataan lu’lu’. Ada yang maknanya haqiqi dan majoritinya makna majazi.

Dan aku mula menggunakan nama lukluahnurjamilah ketika di sekolah menengah. Terpengaruh dengan novel cinta yang aku baca dan sebenarnya ia watak salah satu cerita yang aku nukil. Apakah maknanya jika aku gunakan nama ini? Mutiara cahaya cantik... Dan aku terpaut pada nama. Tiada lagi rasanya yang mempunyai nama ini. Jika miftahul Jamilah, jawapannya ya.

Teringat pula yang ustaz ajarkan tempoh hari. Penerangan tentang lu’lu’. Jika kita hanya berfikir biasa kita tak nampak cantiknya mutiara itu. Apakah mutiara? IA tersimpan dalam cengkerang (shell) yang hanya akan didapati di dasar laut. Antara semua cengkerang yang ada hanya sedikit yang mengandungi mutiara. (teringat cerita the pearl). Mutiara ini tidak dapat dibeli dengan seratus ringgit, malahan lebih mahal.

Apa kaitannya dengan nama tadi.. Teringat apa yang Kak Ummu Hani tulis pada autografnya, semoga secantik namanya. Aku ada nama yang baik, namun aku tak bangga dengan nama itu, tak berusaha untuk menampakkan aku seperti makna nama aku. Bukan cantik lahiriah yang dimaksudkan, tapi kecantikan akhlak dan dalaman. Jika selesai dalam, ianya akan terzahir di luar. Hakikat yang perlu sentiasa aku renungkan dalam-dalam.

J
A
M
I
L
A
H

Hanya ada tujuh perkataan namun ada makna yang perlu memberi erti buat diri aku dan aku perlu manfaatkan untuk masyarakat sekitar aku. Tapi aku suka bersembunyi dalam bilik. Aku sedikit tersentuh jika ada yang bernama Jamilah adalah pelakon atau digunakan untuk mewakili watak yang kurang baik. Namun jika ada yang aku jumpanya insan bernama JAMILAH, berjaya, aku tumpang gembira.. Dan ada juga penulis yang aku lihat bernama JAMILAH...

Dan aku selitkan di celah-celah entri ini apa yang rasya monologkan dalam blognya. Boleh baca dengan menggunakan akal dan hati. Pentingnya nama buat setiap makhluk. Subhanallah.


23. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh ke Dalam syurga Yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka Dihiaskan di situ Dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

33. (balasan mereka ialah) syurga - syurga " Adn ", Yang mereka akan masukinya; mereka Dihiaskan di dalamnya Dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.

24. dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki Yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara Yang tersimpan Dengan sebaik-baiknya.

22. dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

23. seperti mutiara Yang tersimpan Dengan sebaik-baiknya.

19. dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki Yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), Yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila Engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya Engkau menyangkanya mutiara Yang bertaburan.

Entri ini adalah perkongsian rasa aku. Harapan dan cita-cita seorang manusia bernama JAMILAH.. Menambah pada nama sendiri lukluah nur... Semoga diri ini secantik namanya bukan pada paras namun akal budi.
Aku mahu jadi mutiara yang tersimpan di lautan dalam, namun jika berjaya dicungkil, ianya berjaya memberi sinaran dan menggembirakan semua...
Wallahu’alam

***

No comments: