17 April 2009

conteng-conteng ketika mengantuk


Assalamualaikum… Di penghulu hari ini, aku berpeluang mencoret sepatah dua kata… Menyuarakan idea yang berbaris untuk diluahkan. Cuma ada kalanya, ia hanya tersekat di minda. Berlegar-legar dalam imaginasi yang belum digunakan sebaiknya.Tidak terketik di sini…
KELAS NAHW
Hari ini kena tadbiq apa yang dipelajari dalam topik Inna dan akhowatiha.. Tercabar pengetahuan cetek ini.. Hahaha, barulah terasa sedar diri yang aku sebenarnya tak banyak dan tak rajin membaca. Buat malu kaum.. Belajar di library.. Cari ayat dalam buku dan ‘irab sikit.. Dapat markah. Sering aku ingatkan pada diri, usah kisahkan sangat berapa ustaz nak beri, yang penting aku kena lakukan yang terbaik sem ini, Insya ALLAH..
Ustaz ajarkan aku satu kata-kata arab..Insya ALLAH, akan aku simpan dalam lipatan hati kata-kata ini.. Dalam dan kena batang hidung maksudnya.. Terima kasih, ustaz.. Aku ingatkan apalah yang ustaz mahu katakan pada aku.. Diminta aku ambil kamus dan cari perkataan ini.. Ustaz memang tak lokek berkongsi dan aku mahu panjangkan pada kalian…
"يبصر أحد لقذى في عين أخيه ويعمى عن الجذع"
Seseorang itu nampak tahi mata saudarany, tapi tak nampak batang kayu depan matanya.
@
Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.
Asalnya hikmah ini daripada Abu Hurairah… Ada juga aku lihat perumpamaan lebih kurang begini tapi telah digubah menjadi cerita dalam Cogito ALLAH Sumo.. menarik buku ini, Cuma tak terlalu ingat jalan ceritanya untuk aku coretkan di sini…
SELAK-SELAK METRO
Dua hari sudah, aku ada juga terbaca akan penderitaan seorang insan yang mengalami lebihan berat badan yang melampau. Masya ALLAH.. Kau uji hambamu atas kadar yang dia mampu hadapi… Simpati menyelirat urat nadi aku.. Dan apabila aku lihat METRO hari ini (16 April 2009), beliau sudah meninggal.. Berakhirlah persinggahan beliau di dunia.. Tersedu dengar cerita ibunya yang anaknya itu berkata beberapa jam sebelum kematiannya beliau menyeru memanggil ayahnya yang sudah meninggal. katanya beliau rindukan ayahnya.. Al-Fatihah, semoga beliau ditempatkan bersama solihin dan hilanglah penderitaan beliau do alam baru..
KITABAH CLASS
Belajar wasf (deskriptif) untuk kali kedua.. Cuba mengimbau apa tips dan petua yang ustaz bekalkan.. Kepada yang pernah belajar boleh refreash semua ilmu ini…
Sesungguhnya orang Arab amat mementingkan wasf walau dalam apa jua sekalipun. Syair, menerangkan sesuatu, ringkasnya dalam semua situasi.. Cuba kita perhatikan al-Quran,
apakah surah permulaan dalam al-Quran?
Surah Al-Fatihah…
Apakah ayat pertamanya?
بسم الله الرحمن الرحيم
Maknanya? dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah algi Maha Mengasihani…
Itu adalah sifat ALLAH, betul kan? Okey, ini adalah wasf.
Surah terakhir dalam al-Quran?
Surah Annas
Lihat antara terjemahannya. Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan Manusia.. Raja Manusia.. Ini juga sifat tuhan.. Wasf lagi..
Jika dalam syair juga banyak, tak ingat contoh yang ustaz beriakan..
Kata ustaz, sebelum ini beliau paksa diri untuk berimaginasi dan sekarag beliau boleh ceritakan apa sahaja secara spontan dan wasf sebenarnya salah satu cara meningkatkan kemampuan bahasa seseorang.. Inilah yang membezakan taraf bahasa seseorang itu. Tidak kiralah bahasa apa sekalipun.
AYAHKU SAYANG
Teringatkan ayah yang pelik kerana aku katakan yang aku bercuti tiga bulan.. Belum puas, aku sudah kembali ke Nilai.. Maafkan anakmu yang nakal ini, ayah.. Adik sayang ayah…
KAKAK-KAKAKKU TERCINTA
Kalian telah banyak menabur jasa pada berkorban untuk adikmu ini.. Seinfiniti ucapan terima kasih buat kalian.. Balasannya hanya ALLAH yang layak berikan. Aku hanya mendoakan kebahagiaan kalian daripada jauh. Walaupun kalian tidak membaca entri ini, ketahuilah yang adikmu sayang pada kalian dan mengharapkan kalian dan diri ini sentiasa dalam lindungan Maha Pencipta. Kalian bersabar dengan kenakalan dan aku harapkan kalian tegurlah langkah pincang adikmu ini…
4/17/2009 1:35:38 AM

No comments: