Skip to main content

catatan Short Sem, Asalin Kitabah, Ceramah Ustazah Fatma


WEDNESDAY, APRIL 08, 2009
CATATAN SHORT SEM-SIRI 2
Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita di laman ini. Sekadar contengan mahu bercerita kisah aku tiga minggu di short sem. Ya, banyak hikmahnya yang aku dapat rasa dan belum rasa.

Sebagaimana sebelum ini, aku pernah nukilkan di sini yang aku amat berat untuk datang ke cfs iium untuk mengambil short sem. Tapi kerana bosan, aku tetap datang. Sudah tiga minggu rupanya. Dan minggu depan mid-sem untuk Nahw... Doakan aku rajin belajar dan ilmu diberkati.

TADBIQI NAHW
Kali ini aku diajar oleh Ustaz Majid. Kelasnya 3 kumbang dan dikelilingi 15 kuntum bunga yang sedang mekar... Mulanya pesimis juga, apakah yang akan diajar ustaz. Tapi pengalaman memberitahu ada cara tersendiri ustaz mengajar kami.

Hari pertama belajar di multimedia lab. Ustaz minta kami buat facebook. Diajar oleh Nik Hanis. Kami ada group untuk membincangkan tentang bicara akademik, khususnya An-Nahw. Gambar yang dimasukkan perlulah gambar yang menunjukkn bijak bestari.. Tagline ustaz sem ini, bijak berstari... Alhamdulillah, ustaz terangkan satu-satu, boleh juga tangkap walaupun bila dah lama akal aku sudah keluar daripada kelas. Tahap fokus aku mungkin hanya sejam pertama...

Dan sekarang aku nampak juga apa yang aku sedang pelajari.. Tak terlalu teraba, Cuma kena muraja’ah untuk menytapkan lagi. Haha. Alhamdulillah ‘ala kullihal.

Doakan aku dan sahabat-sahabat di sini melakukan yang terbaik dan dapat bersama yang lain di Gombak, Insya ALLAH.


ASALIB AL_KITABAH
Subjek ini kononya aku mahu drop sem ini, nak ambil sem depan. Nasib baiklah sahabat aku nasihatkan aku minta pandangan ustazah. Dan aku ambil juga bersama seorang lagi sahabat, atikah mohd fadhil. Tapi beliau bukan repeat, Cuma aku pelajar istimewa yang belajar dua kali.

Sangat seronok rupanya bila kelas hanya berdua. Ustaz memang fokuskan pada kita. Ingat nama kita. Tak segan. Barulah aku nak buat kerja dan sentiasa datang kelas...

Hari pertama ustaz dah berikan assignment. APAKAH ASSIGNMENT ITU? Kena sediakan power point tajuk ‘alamatul Tarqim. Tersenyum lebarlah aku apabila diminta buat power point. Dah terbayang laptop Sarah, nak pinjam guna microsoft Office Powerpoint 2007.

Apabila belajar, alhamdulillah tak terlalu ‘blur’ walaupun kami sedikit menghadapi masalah komunikasi. Bolehlah nak cakap syukran, na’am.. hehe... Cakap english pun berterabur, perlu pula ustaz cuba fahamkan apa sebenarnya yang aku mahu katakan. Tapi ini pengalaman...

Sekarang dah nak masuk tajuk risalah... Belajar buat surat. Walaupun dah pernah belajar, aku dapat refresh otak yang mungkin dah nak berkarat. Terang sikit bila diulang. Betul kan? Berbalik pada Assignment, bila kita dapat apa yang kita suka, memang seonok nak buat. Empat hari juga aku ambil masa nak siapkan... Syukur juga ustaz terima dan kami belajar menggunakan power point itu.. Baru lepas satu assignment, ada lagi empat yang menanti. (surat rasmi, surat tak rasmi, deskriktif, iklan).

Kelas kami di blok B. Mahallah lelaki. Memang setiap hari aku kan ke sana... Berbeza benar pelajar dalam satu kelas yang ramai dan belajar hanya berdua. 

Basic Method Writing
Besar salahku pada Ustaz Yunus.. Aku tak pergi periksa final yang lepas. Dengar-dengar beliau dah balik ke China.

Dalam kelas ini aku dan Madihah, tapi beliau tak belajar lagi. Bagusnya ustaz ajar dalam BI. Baguskah? Terbelit juga nak faham terma sebab sebelum ini belajar dalam arab. Sekarang baru permulaan, nampak jugalah apa yang akan aku pelajari.

Assignment untuk kali ini semuanya ustaz minta buat dalam bentuk power point. Kena buat power point untuk sebuah buku BMW. Markahnya 50 markah.. Banyak kan? Tak ada khuttoh yang aku malas nak fikirkan tajuk itu lagi.. Kata ustaz, kerana ini short sem, beliau bagi pilihan. Jika tidak, kena buat khuttoh, tiada pilihan.

Ada tiga minggu lagi untuk siapkan, tapi memang kena buat yang terbaik. Ustaz terlalu banyak membantu. Bila lagi nak tolong diri sendiri???

Baru tiga minggu, sudah hampir tiga ratus duit yang dibelanjakan. Entah apa yang aku beli, tak aku senaraikan. Makan? Banyak, tapi rasa seperti banyak lagi yang aku gunakan untuk beli benda lain. Janganlah aku kecewakan ayah lagi kali ini. Ayah tak tahu pun aku repeat sebenarnya. Bila aku kata ada short sem, langsung tak aku cerita yang sebenarnya aku repeat. Maafkan aku, ayah.

Satu pesananku buat sahabat yang seperti aku, ambil short sem...

“Jangan menyesal atau mengeluh kerana kita masih di sini. Orang yang belajar dua kali sepatutnya lebih faham daripada yang belajar satu kali. ALLAH bukan beri kita kegagalan, tapi ALLAH tangguhkan kejayaan buat kita, mungkin sebab kecuaian, kemalasan, ketidakfahaman. Kita usaha plus + doa + tawakkal, DIA akan bagi yang terbaik. Jangan dikira esok, esok, esok, tapi fikirkan apa yang boleh aku lakukan untuk mengubah NAHW aku supaya aku tersenyum di akhir short sem ini.”
-JAMILAH MOHD NORDDIN@Nasihat Buat Diri Yang Lupa

Setakat ini dahulu bicaraku tentang short sem terakhir di sini. Ada cerita menarik aku akan turunkan di sini. Sebagai kenangan dan supaya aku akan tersenyum bila mengenang kembali kisah aku di short sem 2008/2009 di Nilai.

08/04/2009 6:47


***
CERAMAH DATUK DR FATMA AZ-ZAHRAA
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Jumaat lalu aku berpeluang mendengar pengisian rohani daripada Dato’ Dr Fatma Az Zahraa. Walaupun hanya sejam pengisiannya namun banyak input yang boleh dikongsikan bersama..,
Aku kongsikan sedikit pengisian yang aku masih ingat, Insya ALLAH.. Sekadar perkongsian agar aku juga tak lupa.
Bukankah Nabi sudah berpesan بلغوا عني ولو آية. Beliau mulakan ceramah dengan menceritakan tentang akhlak Nabi. Apa kata baginda? Iman seseorang itu tidak sempurna hinggalah dia mengasihi aku melebihi cintanya pada ibu bapa, keluaga hatta diri sendiri. Maaflah sekiranya entri ini agak berterabur lantaran aku tulis berdasarkan apa yang aku ingat.
Baiklah, sekarang walaupun Rabiul Awwal sudah melabuhkan tirai, ia bukanlah alasan untuk kita melupakan perjuangan dan mengadakan majlis untuk memperingati junjungan besar kita Sallallahu alai hi wasallam. Kita beruntung kerana tidak sekadar menyambut Maulidur Rasul dengan selawat sahaja tapi ceramah untukl memperingati baginda.
Apabila ditanya kepada Aisyah, apakah akhlak rasul itu?
Jawab Saiditina A’isyah, Akhlak Nabi itu Al-Quran. Dan akhlak inilah yang ALLAH gariskan dalam surah Al-Mukminun ayat 1-6.
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki[994]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
Ustazah menerangkan apa yang terkandung dalam ayat di atas.
Kata ALLAH, beruntunglah orang yang beriman, tapi siapa orang yang beriman? Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.
• Menyebut tentang solat, Rasulullah amat mementingkan solat hatta saat sakaratul maut, apa yang baginda sebut? As-solah, as-solah, as-solah. Pada saat satu ketika selang dua hari hari sebelum kewafatan baginda, saat baginda gering dan tak mampu mengimamkan solat, apabila dibuka pintu dan melihat Saidina Abu Bakar mengimamkan solat, baginda tersenyum. Kita tentu berkata, susah nak khusyuk..
• Betapa pentingnya solat sehinggakan baginda berwasiat dengan solat
• Solatlah yang membezakan anatara Islam dan kafir.
• Ya, Rasulullah sendiri pernah bersabda yang mana ada seekor syaitan yang bernama Khinzab, tugasnya adalah mengganggu manusia yang mahu melaksanakan solat.
Bagaimana mahu menghindari gangguan si Khinzab?

1. *Ketika mahu solat, menghadap kiblat
*Baca ‘Auzubillah 3 kali
*Paling ke kiri
*Hembuskan sebanyak 3 kali
Amalkan seminggu, Insya ALLAH.. Yang penting istiqamah, insya ALLAH berkesan.
2. Ingat yang solat yang aku akan lakukan ini adalah solat yang terakhir.

Kedua, menunaikan zakat. Kita perlu ingat yang dalam harta kita ada bahagian ynag bukan menjadi hak kita yang perlu diserahkan pada yang berhak. Zakat untuk membersihkan harta.

Ketiga, jaga maruah. Umum mengetahui dalam surah An-Nur, ALLAH menukilkan yang kita jangan hampiri zina. Zina itu bolah berlaku dengan mulut, tangan, hatta hati sekalipin. Tapi yang akan dikira adalah zina, yang mana Tuhan kata jaga kemaluan kamu daripada perhubungan yang dilarang.
Sebagai isteri, kenalah kita bersiap yang terbaik untuk suami, sebab itulah lelaki tak boleh pulang ke rumah secara mengejut. Bagaimana jika si isteri belum bersedia dengan bedak sejuk penuh di muka? Tapi ia tak jadi sekiranya tiada kerjasama antara dua pihak.
Perempuan mudah masuk syurga sekiranya neninggal dalam keadaan suami meredainya...
Kata ustazah lagi, zina itu mulanya daripada perempuan. Kerana perempuan berhak untuk mengiakan atau menidakkan permintaan si lelaki. Lihat pula pada pakaian, adakah menyumbang kepada zina?
Ciri-ciri wanita yang baik:
1. wadud –manja, berlemah lembut dengan suami.
2. ‘aud -baik
3. walud-banyak beranak

Seterusnya, menjaga janji. Ada suatu cerita, baginda sudah berjanji dengan sahabat baginda untuk mencarikan pembantu rumah. Apabila sudah berjaya mendapatkannya, fatimah mengadu bahwa beliau penat melakukan kerja rumah, tambhan pula anak beliau masih kecil. Kata beliau, berikan sahaja pembantu itu padanya. Tapi Rasullah bersabda, aku cari pembantu rumah ini untuk sahabat kerana aku sudah berjanji dengannya.

Betapa Rasulullah seorang yang sangat menjaga janji yang Baginda lakukan. Pernah suatu ketika, baginda tidur sambil menggenggam sebiji tamar dengan erat. Apabila Aisyah bertanya tentang perkara itu, sabda baginda:”Tamar ini adalah dari baitulmal. Aku takut cucu aku ambil dan makan.” Batapa, bukan seratus, seribu, sejuta, tapi hanya sebutir tamar.
Terakhir, jaga waktu solat. Bukannya solat di akhir waktu. Dia tak dilalaikan dengan rancangan televisyen yang memang mengarut banyaknya.
Terakhirnya, Dato’ menggariskan hak-hak muslim atas muslimnya yang lain:
1. Apabila bertemu, memberi salam –kenal atau tidak bukan alasan.
2. Apabila ada sahabat mengundang, perlu pergi
3. Apabila bersin ucapkan yarhamkallah
4. Apabila sakit lawat
5. Iringi apabila beliau meninggal.

Sedikit-sebanyak pengisian yang aku dapat.. Semoga memberi sedikit manfaat pada sesiapa yang membaca dan tak berpeluang mendengar secara direct talk oleh Datuk Dr Fatma Az-Zahraa.

Wallahu’alam.
08/04/2009 5:49:25

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub