Skip to main content

Lagu Kematian

 Lagu dari laptop aku biarkan menemani aku petang ini. Detik kematian nyanyian In-Team selalu menjadi peneman aku sejak Lukluah dijemput Ilahi sepekan lalu. Pemergiannya bukan aku tangisi namun mengajak pula diri untuk lebih banyak menyoal jasad ini supaya melakukan persediaan menuju dunia baru. Aku merenung ke luar jendela. Burung berterbagan riang.

Pepohon sebaris di laman melenggok lembut dihembus bayu. Semuanya ada cara sendiri bertasbih pada penciptanya. Melihat hari-hari semalam yang telah aku lalui dan membuat percaturan tentang apa yang seharusnya aku lakukan untuk menghadapi kematian. Rintik hujan yang bernyanyi seakan memahami perasaan aku tika ini. Aku reda dengan pemergian dia yang aku sayang. Pasrah aku bahawa hanya DIA yang menciptakan aku dan mengetahui bilakah tarikh kematianku menyusul arwah yang telah pergi dulu.

 Kubur dia masih merah, dan aku tak ingin melihat dia sendu di alam sana melihat kesedihan aku.Teringat apa yang Ustazah Rasyidah katakan tempoh hari, sebelum kita lahir lagi, semua takdir buat kita sudah tercatat. Namun hanya kita yang tak diberitahu dan perlu banyakkan berdoa semoga terhindar daripada perkara-perkara tak baik.Tuhan tahu ajal, jodoh, dan segalanya tentang aku. Tanyakan pada sesiapa sahaja, tentu mahukan umur yang panjang. Tapi berapa banyak nyawa yang dijemput pulang walaupun baru berusia sehari. Meninggal dalam kandungan Ibu.

 Hakikatnya, usia aku sentiasa berkurang dari sehari ke sehari. Persediaan yang membezakan setiap jiwa yang pulang menghadap penciptanya. Kembali kepada kisah kawanku, lukluah. Ingin aku khabarkan akan kematiannya sebagai peringatan buat diri. Jemari mencapai sebuah fail yang di meja kopi. SuratLukluah. Aku baca satu persatu bersama deraian air mata dan hujan yang turut bersatu.Betapa dia bijak menyembunyi kesedihan dan kesengsaraan.

 Gambarnya aku renung sayu. Assalamualaikum, sahabat Dunia Akhiratku.. Nur. Maafkan saya kerana mencoret di dini. Terbuka hati ini setelah sekian lama kita berkenalan untuk saya luahkan perasaan saya yang sebenar. Mengapa saya makin menjauhkan diri... Mengapa saya suka bermenung...

 Dan sebab-sebab saya menyisihkan diri. Ketahuilah Nur bahawa ujian itu sentiasa mendatangi setiap yang bernama hamba walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Tentulah saya tak terkecuali walaupun ujian ini hanya ujian kecil. Tidak sehebat ujian terhadap sahabat-sahabat kita yang lain. Mungkin Nur dapat mengagak apa yang saya akan tuliskan seterusnya... Kita akan diuji mengikut kadar kemampuan kita sebagai hamba. Saya amat sedar.

 ALLAH mahu menguji saya dengan memberi saya satu penyakit yang setakat ini belum ditemui ubatnya. Biarlah hanya saya dan ALLAH yang tahu apakah penyakitnya. Namun, menurut doktor, harapan untuk saya hidup lebih lama terlalu tipis. Tapi saya tak peduli. Kematian bukannya di tangan doktor, tapi ALLAH yang tentukan. Saya teruskan hari-hari walaupun dalam kepayahan melawan sakit ini. Kerana itu saya sakitkan hati semua orang. Saya jauhkan diri. Saya banyak termenung. Sebenarnya ia berlaku di luar kawalan saya. Saya hilang kekuatan untuk menahan diri daripada tidak marah.

Maafkan saya, Nur. Bukan niat saya untuk menipu Nur apabila saya katakan saya akan berpindah ke rumah baru. Sebenarnya saya terpaksa menghabiskan banyak masa di sini (HUKM) untuk meneruskan rawatan. Saya tak ingin melihat air mata kawan saya menitis di depan saya sendiri. Apabila saya diuji dengan sakit ini, barulah saya dapat merasakan nikmat sihat. Ya, manusia sememangnya begitu. Menghargai sesuatu apabila ia hilang daripada hidup kita. Saya banyak melakukan muhasabah, solat taubat, menangis.. Bukan sedih, hanya teringat kelalaian diri. Doakan saya diterima Tuhan. Esok adalah hari perjuangan bagi saya dalam menghadapi sakit ini. Saya akan disorong ke dewan bedah.. Entah mengapa, saya langsung tak terasa sedih seperti ketika mula-mula saya diberitahu saya menghidap penyakit ini setahun yang lalu. Saya terasa Tuhan terlalu dekat dengan saya. Amat hampir. Saya ingin cepat menemui Tuhan. Saya sertakan bait disini daripada lagu Detik kematian nyanyian In-Team yang menjadi halwa telinga sebelum saya lelapkan mata.. “sakit dirasa tidak terkata tika dipisahkan jiwa dari jasadnya hanya amalan bisa redakan bebanan derita di ambang kematian” Saya tak dapat bayangkan bagaimana nyawa saya akan tercabut. Sedangkan rasul yang maksum itu ingin menanggung kematian umatnya, inikan saya manusia kerdil dan biasa. Cuma biarlah kematian saya tidak ditangisi mereka yang menyayangi saya. Nur, doakan saya selamat dan kita dapat bertemu lagi.. Jika Nur sayangkan saya, usah tangisi kematian saya, Cuma doakan saya bahagia di dunia baru. Saya mengantuk, doakan saya selamat menjalani pembedahan. Assalamualaikum. Sayang, Nur. Sahabatmu, LuKLUAH Lukluah akhirnya pergi bersama sakit yang ditanggung. Sampai sekarang ianya menjadi rahsia. Ingin dikorek daripada Ibunya, beliau masih bersedih. Akhirnya aku biarkan ianya rahsia. Cuma aku sentiasa doakan kebahagiannya, tenang di alam baru yang setiap jiwa akan turut ke sana. Jarang aku memuhasabah diri, bertanya tentang kematian yang menjenguk aku saban hari. Tapi setelah kematian Lukluah, aku cuba mengislah diri. Sesungguhnya kematian tak mengira masa, tapi bersediakah aku untuk menghadapinya dengan diri yang masih bergelumang dosa? Setiap insan itu melakukan dosa, tapi sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu adalah yang cepat bertaubat. Longlai kaki ketika menerima panggilan kematiannya. Seawal 4 pagi, aku menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak aku kenali. Rupa-rupanya itulah Ibu Lukluah. Memberitakan kematian Lukluah dengan suara yang sangat tenang. Katanya biarlah Lukluah djiemput Ilahi, tak sanggup melihat dia menahan sakit.Aku terkedu. Tertulis kematian pada suratan kehidupan Namun hanya allah yang tahu Bilakah ajal bakal bertamu Detik yang menghampiri Tanpa petanda yang menanti Bila tiba saatnya nanti Tak siapa dapat melarikan diri Itu hakikat dan kepastian hadirnya tidak pernah kita alunkan tua dan muda miskin dan kaya semua insan pasti melaluinya Menitis juga air mataku sambil jemari mencoret di sini. Mendengar pula lagu detik kematian yang mengingatkan lagi aku pada arwah. Semoga beliau tenang di alam baru. Ameen... Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia atau darjat. Hanya kita diminta bersedia. 27/03/2009 16:42 D-3-3 MUSA ..SEDARLAH DUHAI DIRIKU... Selalu aku nampak hanya buruk dalam diri, Lupa kemudahan ALLAH beri, Mensyukuri jarang sekali, Selalu aku nikmat dikufur. Bilanglah dengan jari, Berapa banyak nikmat hingga hari ini, Subhanallah, Tak terhitung walau berhari. Semuanya diberi percuma, Bagaimana jika ada yuran perlu diserta? Tuhan yang mencipta kita, Menberi supaya kita sedar hanya kerdil di bumi melata. Aduhai diri, usah terlalu memandang kurangnya diri, Lumrah insani, Kurang dan lebih pelengkap kita di sini. Seandainya masih ragu, Sedarlah selalu, Ramai yang lebih banyak diuji dari kamu, Duka dan sendu... Maktabah, 27 Mac 2009 12:09 DIARI SEORANG GURU, S.HAWA Assalamualaikum, Kali ini aku mahu berkongsi cerita menarik yang aku baca kali pertama di tingkatan 4. Dan buku inilah antara buku aku yang dirampas oleh pihak sekolah, tapi oleh kerana sangat mempunyai nilai sentimental bagi aku, aku beli yang baru. Tentang buku ini: Tajuk: Diari Seorang Guru Pengarang: S.Hawa Bilangan cetakan: 5 kali Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad Kisahnya kisah biasa. Guru yang baru keluar maktab dan dapat bekerja di tempatnya sendiri. Tapi dalam apa jua pembacaan yang penting adalah isinya, bukan terlalu mementingkan watak atau jalan ceritanya. Tentang cikgu Kamaliah. Kelebihannya di sini adalah dari segi cara penyampaian. Diari... Memang seronok dan teruja apabila dapat membaca diari orang lain (bagi akulah, kerana di situlah letaknya suara hati yang tidak disuarakan pada orang lain) Aku seolah sedang membaca diari milik cg Kamaliah dan dapat mengetahui kepayahan dan kesabaran beliau sebagai seorang guru. Menghadapi murid nakal adalah perkara biasa. Dikelilingi guru yang ada sudah berusia dan pelbagai cara berbeza. Semua perlukan kesabaran. Kata kawan aku, buku ini dapat menghilangkan rasa 'tension' dan dapat pula ketawa walaupun hakikatnya dia sedang bersedih. Dari segi cetakan, novel ini sudah dicetak 5 kali, walaupun terbitan pertamanya pada 1997, namun pada tahun 2003-2005, cetakannya diulang pada setiap tahun. Memang buku yang mengujakan aku yang dahulunya berangan untuk menjadi seorang guru. (sekarang tak lagi, dah ada cita-cita lain, insya ALLAH). Milikilah buku yang amat murah ini. Hanya RM11.00.. Amat berbaloi...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub