Skip to main content

...conteng-conteng


Assalamualaikum,
Ada beberapa peristiwa yang aku mahu coretkan.. Gembira, terharu, sedih, geram... Semuanya bergaul menjadi satu rasa hingga mata ini enggan terlelap walaupun kepala mula berpusing.
Dalam kelas Nahw, akulah pelajar yang tidak memahami apa yang diajar oleh Ustaz. Mengapa? Kerana aku seorang yang malas mengulangkaji. Hanya berangan untuk lulus tapi tidak berusaha. Sejuk dalam kelas itu yang mencucuk tulang antara yang mencuri perhatian aku. (Aku memang suka mencari alasan, bukan mencari jalan) Apabila ustaz bertanya aku gagal menjawab. Ustaz, maafkan aku atas apa yang terjadi hari ini dan hari-hari semalam... Aku sedar apa yang aku lakukan Cuma tak berusaha untuk mengubahnya.
Kelas BMW.. Lebih bersemangat daripada semalam. Ah, semalam yang sangat melesukan. Entah ke mana tenagaku hilang? Gara-gara ‘minyak’ dalam badan tak diisi dalam kuantiti yang mencukupi. Lumrah bagi aku jika kurang air dalam badan, rasa panas dalam badan dan lesu. Tak perlu ke klinik, Cuma perlu minum air masak. (moral: minumlah air masak pada kadar yang diperlukan badan agar matamu tak lagi kepanasan dan dapat belajar dengan selesa) Hari terakhir belajar. Ustaz ajarkan tentang observation.. Tapi aku tak belajar research report.. Rasa kosong sebenarnya apa yang aku belajar sebelum ini.. Aku ini murid yang tak tahu mengenang jasa seorang guru...
Ustaz berikan aku dan MCD tugas baru.. Kena siapkan presentation hari Selasa dan perlu bentangkan pada Ustaz. Ingin mengeluh, tapi apa ustaz nasihatkan selepas itu? Antara maksudnya:
“Saya sudah empat belas tahun di sini, dan melihat pelajar yang gagal bukanlah disebabkan dia bodoh, tapi dua faktor iaitu malas dan kurang keyakinan diri.”
Sengaja aku mencoret di sini sebagai panduan jika aku terasa putus asa.. Sekurangnya apabila aku belek-belek apa yang telah aku tulis, semangat itu boleh datang semula... Aku bukan bodoh Cuma tak lakukan yang terbaik...
Malamnya pada jam 9 malam, ada exam mid-sem Nahw.. Aku tak baca, tabiat buruk.. Lagi dekat exam, lagi tak sentuh buku.. Innalillah.. Aku tak dapat jawab hampir separuh... (tak mahu cakap apa-apalah, faham setakat mana usaha aku). Nak tahu apa yang terjadi sebenarnya? Sehari dua ini, aku banyak menghabiskan masa dengan tidur. Semalam, jam 9, aku sudah tidur dengan badan yang separuh bernyawa... Bangun mata merah + sembab kerana tidur.. Kononnya mahu melihat kali terakhir sebelum menduduki exam Nahw, tempatnya sangat stategik. Atas katil.. (aku pantang belajar atas katil, tidurlah jawbnya). Baru beberapa minit aku sendiri tak sedar bila aku terlena, mimpi dan tiba-tiba aku tersedar. Masya ALLAH, dah pukul 9:06 minit (jam aku). Melihat telefon genggam, ada panggilan tak dijawab daripada Kak Ema, ada mesej daripada Sarah. Bingkas bangun, hanya basuh muka, dan bergegas untuk bersiap. Rokiah telefon. Katanya ustaz mula bertanya di manakah gerangan Jamilah ini? Aku katakan padanya aku tertidur..
Ke peperiksaan dengan dada berdebar, otak yang mula kosong, tangan yang terketar-ketar, selamba masuk ke kelas.
Aku: Assalamualaikum, ustaz.
Ustaz: Waalaikumussalam..
Aku: Maaf Ustaz, lewat (dengan muka tak bersalah walaupun sangat malu)
Ustaz: Panjang wirid, mentang-mentanglah saya tak solat lagi..
Hehe, aku tak ambil pusing apa yang mahu ustaz katakan, semangat nak menjawab memang tak ada. Masih ada pengaruh tidur.
Aku menjawab soalan dengan langsung tanpa perasaan nak berjaya,tanpa ingat apa yang telah dipelajari, tanpa segalanya. Seakan hanya jasad yang di kelas sedangkan roh aku melayang entah di mana. Memang tak perlu diberitahu, aku dah tahu markah yang akan diperoleh.... FAILED @ RASIB.. Biarlah peristiwa hari ini aku simpan sebagai salah satu entri di sini agar tak hilang dari memori.
Pada Ainul, jika kamu membaca entri ini, lihatlah kawanmu yang belum serius mahu melakukan sesuatu. Aku seakan lupa orang yang menanti penuh harapan di kampung. Pengorbanan lecturer dan perhatian semua orang.INDIVUDUALISTIK!!!
Okey, sekadar mahu menyuarakan perasaan. Semakin aku bermasalah, makin laju pula pena jemari ini berjoging di papan kekunci yang sudah hilang kekunci SHIFTnya ini...
Wassalam.. Aku mahu sambung cerita suka pula.. Pesta buku siri kedua...,
23/04/2009 2:07:31

****

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub