30 March 2009

Catatan Tanpa Tajuk

 "Kita punya sebab tersendiri untuk mempertahankan sesuatu, Walau ada masa pendirian yang tak menentu, Adakah diri aku begitu? Hanya membisu walaupun tahu." 

Assalamualaikum,

Tiada entri menarik untuk aku coretkan hari ini..  Belek-belek blog, ramainya yang membicarakan perihal tiga pilihan raya yang bakal berlaku serentak..

 Doaku yang benar akan menang..

Amin.. Yang benar akan beroleh kemenangan.

 Teruja melihat penyokong-penyokong di Bukit Gantang. Sangat ramai.. Semoga kita memperoleh kemenangan. Khabarkan khilaf pada diri, Sebelum maut pengganti diri, Hanya muhasabah pengubat matinya hati, Taubat pengukuh iman di hati. Sehari dua ni, aku asyik memperihalkan hal-hal manusia lain, dan agaknya termasuk dalam mengumpat peribadi orang yang kami bicarakan. Tak salah berbicara kebaikannya, tapi membicarakan keburukannya, kenapa aku terlalu lemah untuk menegur. Sama-sama kita kunci mulut kita untuk bicarakan orang lain. Tapi bukan bermakna kita individualistik. Tapi tidak memburuk-burukkan mereka walaupun mereka musuh kita. Wallhu'alam.

29 March 2009

Muhasabah

Assalamualaikum,

Ku tanyakan pada diri,
Cukupkan muhasabah saban hari,
Ataukah hanya menghitung belakang hari,
Aku buat-buat tak mengerti.

Banyak pula aku kisahkan perihal manusia,
Lupa seakan aku tak punya dosa,
Sedangkan saban hari berulam noda,
Mengata jadi adat biasa.

Tuhan berikan aku kekuatan,
Aku melihat hidup aku minggu ini di short sem. Contact hour tak banyak, tapi aku langsung tak manfaatkan masa, boleh aku melepak di bilik kawan... Masya ALLAH...

Begitulah manusia yang tak sedar akan hakikat penciptaan diri sendiri. Tak cakna tujuan aku diciptakan di muka bumi..
Tujuan manusia dicipta adalah untuk mengabdikan diri dan memakmurkan bumi... Setiap apa yang Tuhan lakuakn ada tujuannya. Dan selaku hamba yang punya akal fikir semestinya kena berusaha untuk membaiki diri sendiri.. bukan hanya pandai berkata dan menulis dengan pena, yang penting praktikkan dalam kehidupan. Tapi tak salah aku mencoret sebagai ingatan pada diri sendiri.
aku kata tak cukup masa, sedangkan banyak masa aku habiskan depan laptop, Aku kata kurang duit untuk menderma, banyak pula duit membeli buku cerita.
Diriku, Jamilah, kurang-kurangkan ketawa, belajarlah ilmu agama, dan lakukan tugas sebenarnya kau di sini. Ingatlah mak ayah yang sedang kejayaan kau dan mahukan anaknya ini mendoakannya di alam baru.

28 March 2009

Tip-tip Menjadi Tetamu Allah


Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH.
TAJUK: Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH
PENGARANG: Ridzwan Bakar (ridzwan-bakar.blogspot.com)
PENERBIT: PTS ISLAMIKA (PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.)
BILANGAN CETAKAN: Kedua, 2009

Buku ini aku miliki kerana tertarik pada tajuknya. Aku pasti setiap kita muda atau tua, ada perancangandan sangat teringin untuk menunaikan haji. Masalah biasa yang timbul adalah kekurangan sumber kewangan. Terutamanya yang masih bergelar pelajar seperti aku. Istimewanya, melalui buku ini aku mengenali Professor Mohd Kamil Ibrahim yang terkenal dengan buku travelog haji mengubah sempadan iman.

Apa kata pengarang?
 “Buku ini ditulis bagi mengisi alternatif buku-buku haji yang sedia ada. Ianya adalah pelengkap buku travelog haji: Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Professor Muhd Kamil Ibrahim. Anda sebaik-baiknya terlebih dahulu membaca dan membeli buku itu sebelum mengulang kaji buku ini.”-Daripada pengarang.

Tapi aku baca buku ini sebelum membaca travelog Professor Muhd Kamil. Tiada masalah. Pengisian dalam buku ini dipecahkan kepada: Sebelum berangkat, Madinah Al-Munawwarah, Cabaran di Mekah, Arafah dan Mina, dan Pascahaji: Cabaran dan panduan. Sekurangnya aku nampak gambaran sebelum aku menganyam impian untuk ke sana.

Gaya penceritaan pula lebih kepada penceritaan. Ini yang lagi menarik perhatian anak-anak muda berbanding kitab yang mengandungi ayat berjela-jela dan penuh fakta. Pengarang memberi panduan kewangan, perkongsian pengalaman dan amanat kepada bakal haji dan hajah.

Nak tahu berbaloi atau tidak, kena miliki buku ini dahulu. Hasil tangan graduan UIAM Gombak dalam bidang perakaunan (1991) dan memperoleh sarjana di UK. Merupakan pegawai kanan di sebuah syarikat ternama berkaitan kerajaan (GLC).

Jumaat, 27/03/2009 13:57
D-3-3
MUSA, UIAM, NILAI

Tip-tip Menjadi Tetamu Allah


Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH.
TAJUK: Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH
PENGARANG: Ridzwan Bakar (ridzwan-bakar.blogspot.com)
PENERBIT: PTS ISLAMIKA (PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.)
BILANGAN CETAKAN: Kedua, 2009

Buku ini aku miliki kerana tertarik pada tajuknya. Aku pasti setiap kita muda atau tua, ada perancangandan sangat teringin untuk menunaikan haji. Masalah biasa yang timbul adalah kekurangan sumber kewangan. Terutamanya yang masih bergelar pelajar seperti aku. Istimewanya, melalui buku ini aku mengenali Professor Mohd Kamil Ibrahim yang terkenal dengan buku travelog haji mengubah sempadan iman.

Apa kata pengarang?
 “Buku ini ditulis bagi mengisi alternatif buku-buku haji yang sedia ada. Ianya adalah pelengkap buku travelog haji: Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Professor Muhd Kamil Ibrahim. Anda sebaik-baiknya terlebih dahulu membaca dan membeli buku itu sebelum mengulang kaji buku ini.”-Daripada pengarang.

Tapi aku baca buku ini sebelum membaca travelog Professor Muhd Kamil. Tiada masalah. Pengisian dalam buku ini dipecahkan kepada: Sebelum berangkat, Madinah Al-Munawwarah, Cabaran di Mekah, Arafah dan Mina, dan Pascahaji: Cabaran dan panduan. Sekurangnya aku nampak gambaran sebelum aku menganyam impian untuk ke sana.

Gaya penceritaan pula lebih kepada penceritaan. Ini yang lagi menarik perhatian anak-anak muda berbanding kitab yang mengandungi ayat berjela-jela dan penuh fakta. Pengarang memberi panduan kewangan, perkongsian pengalaman dan amanat kepada bakal haji dan hajah.

Nak tahu berbaloi atau tidak, kena miliki buku ini dahulu. Hasil tangan graduan UIAM Gombak dalam bidang perakaunan (1991) dan memperoleh sarjana di UK. Merupakan pegawai kanan di sebuah syarikat ternama berkaitan kerajaan (GLC).

Jumaat, 27/03/2009 13:57
D-3-3
MUSA, UIAM, NILAI

27 March 2009

diari Seorang Guru

DIARI SEORANG GURU, S.HAWA

Assalamualaikum, Kali ini aku mahu berkongsi cerita menarik yang aku baca kali pertama di tingkatan 4. Dan buku inilah antara buku aku yang dirampas oleh pihak sekolah, tapi oleh kerana sangat mempunyai nilai sentimental bagi aku, aku beli yang baru.

Tentang buku ini:
Tajuk: Diari Seorang Guru
 Pengarang: S.Hawa
 Bilangan cetakan: 5 kali
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad

Kisahnya kisah biasa. Guru yang baru keluar maktab dan dapat bekerja di tempatnya sendiri. Tapi dalam apa jua pembacaan yang penting adalah isinya, bukan terlalu mementingkan watak atau jalan ceritanya. Tentang cikgu Kamaliah. Kelebihannya di sini adalah dari segi cara penyampaian. Diari... Memang seronok dan teruja apabila dapat membaca diari orang lain (bagi akulah, kerana di situlah letaknya suara hati yang tidak disuarakan pada orang lain) Aku seolah sedang membaca diari milik cg Kamaliah dan dapat mengetahui kepayahan dan kesabaran beliau sebagai seorang guru. Menghadapi murid nakal adalah perkara biasa.

Dikelilingi guru yang ada sudah berusia dan pelbagai cara berbeza. Semua perlukan kesabaran. Kata kawan aku, buku ini dapat menghilangkan rasa 'tension' dan dapat pula ketawa walaupun hakikatnya dia sedang bersedih.

 Dari segi cetakan, novel ini sudah dicetak 5 kali, walaupun terbitan pertamanya pada 1997, namun pada tahun 2003-2005, cetakannya diulang pada setiap tahun. Memang buku yang mengujakan aku yang dahulunya berangan untuk menjadi seorang guru. (sekarang tak lagi, dah ada cita-cita lain, insya ALLAH).

 Milikilah buku yang amat murah ini. Hanya RM11.00.. Amat berbaloi...

Sedarlah Duhai Diriku ...

Selalu aku nampak hanya buruk dalam diri, Lupa kemudahan ALLAH beri, Mensyukuri jarang sekali, Selalu aku nikmat dikufur. Bilanglah dengan jari, Berapa banyak nikmat hingga hari ini, Subhanallah, Tak terhitung walau berhari. Semuanya diberi percuma, Bagaimana jika ada yuran perlu diserta? Tuhan yang mencipta kita, Menberi supaya kita sedar hanya kerdil di bumi melata. Aduhai diri, usah terlalu memandang kurangnya diri, Lumrah insani, Kurang dan lebih pelengkap kita di sini. Seandainya masih ragu, Sedarlah selalu, Ramai yang lebih banyak diuji dari kamu, Duka dan sendu...
Maktabah,
27 Mac 2009 12:09

Lagu Kematian

 Lagu dari laptop aku biarkan menemani aku petang ini. Detik kematian nyanyian In-Team selalu menjadi peneman aku sejak Lukluah dijemput Ilahi sepekan lalu. Pemergiannya bukan aku tangisi namun mengajak pula diri untuk lebih banyak menyoal jasad ini supaya melakukan persediaan menuju dunia baru. Aku merenung ke luar jendela. Burung berterbagan riang.

Pepohon sebaris di laman melenggok lembut dihembus bayu. Semuanya ada cara sendiri bertasbih pada penciptanya. Melihat hari-hari semalam yang telah aku lalui dan membuat percaturan tentang apa yang seharusnya aku lakukan untuk menghadapi kematian. Rintik hujan yang bernyanyi seakan memahami perasaan aku tika ini. Aku reda dengan pemergian dia yang aku sayang. Pasrah aku bahawa hanya DIA yang menciptakan aku dan mengetahui bilakah tarikh kematianku menyusul arwah yang telah pergi dulu.

 Kubur dia masih merah, dan aku tak ingin melihat dia sendu di alam sana melihat kesedihan aku.Teringat apa yang Ustazah Rasyidah katakan tempoh hari, sebelum kita lahir lagi, semua takdir buat kita sudah tercatat. Namun hanya kita yang tak diberitahu dan perlu banyakkan berdoa semoga terhindar daripada perkara-perkara tak baik.Tuhan tahu ajal, jodoh, dan segalanya tentang aku. Tanyakan pada sesiapa sahaja, tentu mahukan umur yang panjang. Tapi berapa banyak nyawa yang dijemput pulang walaupun baru berusia sehari. Meninggal dalam kandungan Ibu.

 Hakikatnya, usia aku sentiasa berkurang dari sehari ke sehari. Persediaan yang membezakan setiap jiwa yang pulang menghadap penciptanya. Kembali kepada kisah kawanku, lukluah. Ingin aku khabarkan akan kematiannya sebagai peringatan buat diri. Jemari mencapai sebuah fail yang di meja kopi. SuratLukluah. Aku baca satu persatu bersama deraian air mata dan hujan yang turut bersatu.Betapa dia bijak menyembunyi kesedihan dan kesengsaraan.

 Gambarnya aku renung sayu. Assalamualaikum, sahabat Dunia Akhiratku.. Nur. Maafkan saya kerana mencoret di dini. Terbuka hati ini setelah sekian lama kita berkenalan untuk saya luahkan perasaan saya yang sebenar. Mengapa saya makin menjauhkan diri... Mengapa saya suka bermenung...

 Dan sebab-sebab saya menyisihkan diri. Ketahuilah Nur bahawa ujian itu sentiasa mendatangi setiap yang bernama hamba walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Tentulah saya tak terkecuali walaupun ujian ini hanya ujian kecil. Tidak sehebat ujian terhadap sahabat-sahabat kita yang lain. Mungkin Nur dapat mengagak apa yang saya akan tuliskan seterusnya... Kita akan diuji mengikut kadar kemampuan kita sebagai hamba. Saya amat sedar.

 ALLAH mahu menguji saya dengan memberi saya satu penyakit yang setakat ini belum ditemui ubatnya. Biarlah hanya saya dan ALLAH yang tahu apakah penyakitnya. Namun, menurut doktor, harapan untuk saya hidup lebih lama terlalu tipis. Tapi saya tak peduli. Kematian bukannya di tangan doktor, tapi ALLAH yang tentukan. Saya teruskan hari-hari walaupun dalam kepayahan melawan sakit ini. Kerana itu saya sakitkan hati semua orang. Saya jauhkan diri. Saya banyak termenung. Sebenarnya ia berlaku di luar kawalan saya. Saya hilang kekuatan untuk menahan diri daripada tidak marah.

Maafkan saya, Nur. Bukan niat saya untuk menipu Nur apabila saya katakan saya akan berpindah ke rumah baru. Sebenarnya saya terpaksa menghabiskan banyak masa di sini (HUKM) untuk meneruskan rawatan. Saya tak ingin melihat air mata kawan saya menitis di depan saya sendiri. Apabila saya diuji dengan sakit ini, barulah saya dapat merasakan nikmat sihat. Ya, manusia sememangnya begitu. Menghargai sesuatu apabila ia hilang daripada hidup kita. Saya banyak melakukan muhasabah, solat taubat, menangis.. Bukan sedih, hanya teringat kelalaian diri. Doakan saya diterima Tuhan. Esok adalah hari perjuangan bagi saya dalam menghadapi sakit ini. Saya akan disorong ke dewan bedah.. Entah mengapa, saya langsung tak terasa sedih seperti ketika mula-mula saya diberitahu saya menghidap penyakit ini setahun yang lalu. Saya terasa Tuhan terlalu dekat dengan saya. Amat hampir. Saya ingin cepat menemui Tuhan. Saya sertakan bait disini daripada lagu Detik kematian nyanyian In-Team yang menjadi halwa telinga sebelum saya lelapkan mata.. “sakit dirasa tidak terkata tika dipisahkan jiwa dari jasadnya hanya amalan bisa redakan bebanan derita di ambang kematian” Saya tak dapat bayangkan bagaimana nyawa saya akan tercabut. Sedangkan rasul yang maksum itu ingin menanggung kematian umatnya, inikan saya manusia kerdil dan biasa. Cuma biarlah kematian saya tidak ditangisi mereka yang menyayangi saya. Nur, doakan saya selamat dan kita dapat bertemu lagi.. Jika Nur sayangkan saya, usah tangisi kematian saya, Cuma doakan saya bahagia di dunia baru. Saya mengantuk, doakan saya selamat menjalani pembedahan. Assalamualaikum. Sayang, Nur. Sahabatmu, LuKLUAH Lukluah akhirnya pergi bersama sakit yang ditanggung. Sampai sekarang ianya menjadi rahsia. Ingin dikorek daripada Ibunya, beliau masih bersedih. Akhirnya aku biarkan ianya rahsia. Cuma aku sentiasa doakan kebahagiannya, tenang di alam baru yang setiap jiwa akan turut ke sana. Jarang aku memuhasabah diri, bertanya tentang kematian yang menjenguk aku saban hari. Tapi setelah kematian Lukluah, aku cuba mengislah diri. Sesungguhnya kematian tak mengira masa, tapi bersediakah aku untuk menghadapinya dengan diri yang masih bergelumang dosa? Setiap insan itu melakukan dosa, tapi sebaik-baik orang yang melakukan dosa itu adalah yang cepat bertaubat. Longlai kaki ketika menerima panggilan kematiannya. Seawal 4 pagi, aku menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak aku kenali. Rupa-rupanya itulah Ibu Lukluah. Memberitakan kematian Lukluah dengan suara yang sangat tenang. Katanya biarlah Lukluah djiemput Ilahi, tak sanggup melihat dia menahan sakit.Aku terkedu. Tertulis kematian pada suratan kehidupan Namun hanya allah yang tahu Bilakah ajal bakal bertamu Detik yang menghampiri Tanpa petanda yang menanti Bila tiba saatnya nanti Tak siapa dapat melarikan diri Itu hakikat dan kepastian hadirnya tidak pernah kita alunkan tua dan muda miskin dan kaya semua insan pasti melaluinya Menitis juga air mataku sambil jemari mencoret di sini. Mendengar pula lagu detik kematian yang mengingatkan lagi aku pada arwah. Semoga beliau tenang di alam baru. Ameen... Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia atau darjat. Hanya kita diminta bersedia. 27/03/2009 16:42 D-3-3 MUSA ..SEDARLAH DUHAI DIRIKU... Selalu aku nampak hanya buruk dalam diri, Lupa kemudahan ALLAH beri, Mensyukuri jarang sekali, Selalu aku nikmat dikufur. Bilanglah dengan jari, Berapa banyak nikmat hingga hari ini, Subhanallah, Tak terhitung walau berhari. Semuanya diberi percuma, Bagaimana jika ada yuran perlu diserta? Tuhan yang mencipta kita, Menberi supaya kita sedar hanya kerdil di bumi melata. Aduhai diri, usah terlalu memandang kurangnya diri, Lumrah insani, Kurang dan lebih pelengkap kita di sini. Seandainya masih ragu, Sedarlah selalu, Ramai yang lebih banyak diuji dari kamu, Duka dan sendu... Maktabah, 27 Mac 2009 12:09 DIARI SEORANG GURU, S.HAWA Assalamualaikum, Kali ini aku mahu berkongsi cerita menarik yang aku baca kali pertama di tingkatan 4. Dan buku inilah antara buku aku yang dirampas oleh pihak sekolah, tapi oleh kerana sangat mempunyai nilai sentimental bagi aku, aku beli yang baru. Tentang buku ini: Tajuk: Diari Seorang Guru Pengarang: S.Hawa Bilangan cetakan: 5 kali Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad Kisahnya kisah biasa. Guru yang baru keluar maktab dan dapat bekerja di tempatnya sendiri. Tapi dalam apa jua pembacaan yang penting adalah isinya, bukan terlalu mementingkan watak atau jalan ceritanya. Tentang cikgu Kamaliah. Kelebihannya di sini adalah dari segi cara penyampaian. Diari... Memang seronok dan teruja apabila dapat membaca diari orang lain (bagi akulah, kerana di situlah letaknya suara hati yang tidak disuarakan pada orang lain) Aku seolah sedang membaca diari milik cg Kamaliah dan dapat mengetahui kepayahan dan kesabaran beliau sebagai seorang guru. Menghadapi murid nakal adalah perkara biasa. Dikelilingi guru yang ada sudah berusia dan pelbagai cara berbeza. Semua perlukan kesabaran. Kata kawan aku, buku ini dapat menghilangkan rasa 'tension' dan dapat pula ketawa walaupun hakikatnya dia sedang bersedih. Dari segi cetakan, novel ini sudah dicetak 5 kali, walaupun terbitan pertamanya pada 1997, namun pada tahun 2003-2005, cetakannya diulang pada setiap tahun. Memang buku yang mengujakan aku yang dahulunya berangan untuk menjadi seorang guru. (sekarang tak lagi, dah ada cita-cita lain, insya ALLAH). Milikilah buku yang amat murah ini. Hanya RM11.00.. Amat berbaloi...

26 March 2009

Aku Masih di CFS IIUM

• Dalam mood short sem yang aku rasa akan meninggalkan kesan dalam diri
• Ada tiga subjek yang akan aku belajar
• Hati sedang suka
• Aku tengah fikir bagaimana nak gerakkan pena yang dah berkarat. Hanya mampu mengarang

Zikir Rindu - Azizi Hj Abdullah

ZIKIR RINDU- AZIZI HJ ABDULLAH

Aku ada baca buku terbaru Azizi Abdullah.. Tajuknya zikir rindu... Sangat seronok pada mulanya aku teraba-raba untuk faham... Mula-mula baca rasakan seolah-olah Pak Azizi sedang bercerita tentang seorang tua yang tak sedar diri mahu bercinta dengan orang muda..

Aku benci untuk teruskan pembacaan. Tapi entah mengapa, aku sekarang tertarik pada tulisan Azizi Abdullah yang banyak mengulas isu semasa.. Aku teruskan membaca hinggalah samapi ke segmen ilmu yang dimuatkan dalam novel tersebut.

Barulah aku faham jalan ceritanya..

Nak tahu apa cerita sebenarnya, kena dapatkan novel ini, terbitan alaf21.

Coretan ...


Assalamualaikum,

Lama dan jemari aku seakan kaku untuk kembali menulis sajak di sini. Bukan sibuk, masa 24 jam terlalu cukup malahan masih banyak yang dibazirkan.

Aku amat bersyukur Tuhan gerakkan aku untuk kembali di sini, ambil short sem dan Insya ALLAH habiskan sem ini. Semuanya perlu ada kekuatan dan kemahuan. Aku suka ingatkan pada diri sendiri... Tuhan bersama sangkaan hambanya. Betul tak?

Belek-belek paper di library:
1. Semalam aku tengok berita Nik Nor Madihah dapat pergi umrah, alhamdulillah, berusaha dahulu, bersenang kemudian
2. Paper hari ini, mengumumkan yang KJ jadi ketua pemuda UMNO.. Ya ALLAH satukan hati orang Melayu terutamanya supaya nampak kebenaran dan tak takut pada kebatilan.
Aku tak tahu nak mencoret apa sebenarnya cuma mahu melatih jemari juga supaya tak kaku dan jadi makin malas menulis...
Tak ada modal nak mencoret lagi, cumanya semoga kita sentiasa beringat yang apa jua berlaku ada hikmah dan rahmat buat diri kita. Sabar dan doa, kita akan rasa nikmat di kemudian hari...

23 March 2009

...conteng-conteng


Assalamualaikum,
Ada beberapa peristiwa yang aku mahu coretkan.. Gembira, terharu, sedih, geram... Semuanya bergaul menjadi satu rasa hingga mata ini enggan terlelap walaupun kepala mula berpusing.
Dalam kelas Nahw, akulah pelajar yang tidak memahami apa yang diajar oleh Ustaz. Mengapa? Kerana aku seorang yang malas mengulangkaji. Hanya berangan untuk lulus tapi tidak berusaha. Sejuk dalam kelas itu yang mencucuk tulang antara yang mencuri perhatian aku. (Aku memang suka mencari alasan, bukan mencari jalan) Apabila ustaz bertanya aku gagal menjawab. Ustaz, maafkan aku atas apa yang terjadi hari ini dan hari-hari semalam... Aku sedar apa yang aku lakukan Cuma tak berusaha untuk mengubahnya.
Kelas BMW.. Lebih bersemangat daripada semalam. Ah, semalam yang sangat melesukan. Entah ke mana tenagaku hilang? Gara-gara ‘minyak’ dalam badan tak diisi dalam kuantiti yang mencukupi. Lumrah bagi aku jika kurang air dalam badan, rasa panas dalam badan dan lesu. Tak perlu ke klinik, Cuma perlu minum air masak. (moral: minumlah air masak pada kadar yang diperlukan badan agar matamu tak lagi kepanasan dan dapat belajar dengan selesa) Hari terakhir belajar. Ustaz ajarkan tentang observation.. Tapi aku tak belajar research report.. Rasa kosong sebenarnya apa yang aku belajar sebelum ini.. Aku ini murid yang tak tahu mengenang jasa seorang guru...
Ustaz berikan aku dan MCD tugas baru.. Kena siapkan presentation hari Selasa dan perlu bentangkan pada Ustaz. Ingin mengeluh, tapi apa ustaz nasihatkan selepas itu? Antara maksudnya:
“Saya sudah empat belas tahun di sini, dan melihat pelajar yang gagal bukanlah disebabkan dia bodoh, tapi dua faktor iaitu malas dan kurang keyakinan diri.”
Sengaja aku mencoret di sini sebagai panduan jika aku terasa putus asa.. Sekurangnya apabila aku belek-belek apa yang telah aku tulis, semangat itu boleh datang semula... Aku bukan bodoh Cuma tak lakukan yang terbaik...
Malamnya pada jam 9 malam, ada exam mid-sem Nahw.. Aku tak baca, tabiat buruk.. Lagi dekat exam, lagi tak sentuh buku.. Innalillah.. Aku tak dapat jawab hampir separuh... (tak mahu cakap apa-apalah, faham setakat mana usaha aku). Nak tahu apa yang terjadi sebenarnya? Sehari dua ini, aku banyak menghabiskan masa dengan tidur. Semalam, jam 9, aku sudah tidur dengan badan yang separuh bernyawa... Bangun mata merah + sembab kerana tidur.. Kononnya mahu melihat kali terakhir sebelum menduduki exam Nahw, tempatnya sangat stategik. Atas katil.. (aku pantang belajar atas katil, tidurlah jawbnya). Baru beberapa minit aku sendiri tak sedar bila aku terlena, mimpi dan tiba-tiba aku tersedar. Masya ALLAH, dah pukul 9:06 minit (jam aku). Melihat telefon genggam, ada panggilan tak dijawab daripada Kak Ema, ada mesej daripada Sarah. Bingkas bangun, hanya basuh muka, dan bergegas untuk bersiap. Rokiah telefon. Katanya ustaz mula bertanya di manakah gerangan Jamilah ini? Aku katakan padanya aku tertidur..
Ke peperiksaan dengan dada berdebar, otak yang mula kosong, tangan yang terketar-ketar, selamba masuk ke kelas.
Aku: Assalamualaikum, ustaz.
Ustaz: Waalaikumussalam..
Aku: Maaf Ustaz, lewat (dengan muka tak bersalah walaupun sangat malu)
Ustaz: Panjang wirid, mentang-mentanglah saya tak solat lagi..
Hehe, aku tak ambil pusing apa yang mahu ustaz katakan, semangat nak menjawab memang tak ada. Masih ada pengaruh tidur.
Aku menjawab soalan dengan langsung tanpa perasaan nak berjaya,tanpa ingat apa yang telah dipelajari, tanpa segalanya. Seakan hanya jasad yang di kelas sedangkan roh aku melayang entah di mana. Memang tak perlu diberitahu, aku dah tahu markah yang akan diperoleh.... FAILED @ RASIB.. Biarlah peristiwa hari ini aku simpan sebagai salah satu entri di sini agar tak hilang dari memori.
Pada Ainul, jika kamu membaca entri ini, lihatlah kawanmu yang belum serius mahu melakukan sesuatu. Aku seakan lupa orang yang menanti penuh harapan di kampung. Pengorbanan lecturer dan perhatian semua orang.INDIVUDUALISTIK!!!
Okey, sekadar mahu menyuarakan perasaan. Semakin aku bermasalah, makin laju pula pena jemari ini berjoging di papan kekunci yang sudah hilang kekunci SHIFTnya ini...
Wassalam.. Aku mahu sambung cerita suka pula.. Pesta buku siri kedua...,
23/04/2009 2:07:31

****

...kerana pesta buku... siri 2


Assalamualaikum, 

Datang kesempatan untuk menulis. Saat mata enggan terpejam setelah apa yang aku hadapi hari ini. Biarlah aku mencoret seketika di sini. Setelah aku ke book fair Ahad lalu, rasa tidak puas hati masih ada. Tambahan duit dalam bank masih berbaki. Namun tak ada niat untuk ke sana secepat itu (Isnin). Tengahari itu berhajat ke maktabah.. online.

Di pertengahan jalan, terserempak pula Kak Husni dan Masthura yang baru menyelesaikan tugasan sebelum meninggalkan bumi Nilai ini.

“J, jom ke pesta buku.”

Mataku mula bersinar. Hati melonjak ria.. Untuk ke sana, tidak perlu paksaan. Pendekkan cerita, aku, Mas dan Kak Husni ke sana dengan tajaan Mas (Syukran ya Ukhti, moga dipermudahkan menghafal dan pembelajaran di DQ). Hari bekerja, perjalanan agak lancar. Suka.. Kenangan terindah.. Banyak memori.. Itulah yang dapat aku ringkaskan di sini.

Apa yang mahu aku nukilkan adalah peristiwa di sana. Target pertama adalah Syarikat BLUE-T lantaran Mas mencari t-shirt labuh buat adiknya. Aku dan Kak Husni ke Gerai Jundi Resources.. Ternampak Ustaz Riduan Mohd Nor di situ.. Peluang keemasan ini. Mahu mencari hadiah kecil buat Mas tersayang. Pusing kembali, Mas lesap.

Parah! Hati mula risau kami berdua dan dia seorang. Ke galeri ilmu, tiada.. Pusing hampir keseluruhan booth yang terdapat di situ. Cuma belum ke kaunter pertanyaan, buat pengumuman kawan hilang. Hm, di pesta buku juga ada kanak-kanak yang tercicir ditinggalkan ibu bapa. Penat, aku mengambil keputusan ke surau. Mana tahu Mas ada di sana.. usai solat, meninjau pula di tingkat dua, khuatir dia ada di situ. Melihat Syarikat al-Ameen, ternampak FT, tunjukkan pada Kak Husni.. Nampak penulis yang aku kenal, aku perkenalkan pada Kak Husni.. Penat! Risau!

Tambahan pula telefon bimbit Mas ada pada Kak Husni. Berbagai andaian muncul. Tak mengapa, berpatah semula ke tingkat satu. Singgah ke Gerai PTS, Kak Husni beli Salju Sakinah.. Guna Kad Matrik, dapat diskaun 25%, memang menarik... Dapat beg yang membuatkan aku sangat cemburu...


DI situ, terima panggilan daripada Mas yang menggunakan telefon awam. Bergegas kami ke tempat yang dikatakan Mas..

Rupanya beliau ke ATM untuk cucuk duit.. Subhanallah...

Aku hanya terfikir tapi tak tergerak hati untuk ke sana. Kami bersatu kembali... Senang hati... Sama-sama membelek buku.. Mencari buku.. aku menghabiskan duit.. Terpisah, kami bertemu semula kerana ada telefon bimbit untuk berhubungan.

Lihat Khair Ngadiron.. Dua tiga kali juga berpusing di situ.

Tiada istilah puas dalam membelek buku. Gila melihatnya. Hobi aku bukankah mengumpul buku? Ada cuti sebulan untuk menghabiskan 9 buah novel ini. Apa-apa pun ini pengalaman yang manis buat aku bersama dua insan yang aku kasihi, Kak Husni dan Mas...

Hampir jam enam kami bertolakn pulang. Mas ke KL Central meneruskan perjalanan ke perlis dan aku dan Kak Husni kembali ke Nilai. Jika ada kesempatan, sangat nak ke sana lagi, tapi duit dalam bank juga sudah kering... Ada yang mahu menaja? Aku sedia menerima...
Antara penulis yang aku lihat:
*Abu Hassan Morad
*FT
*Kak Ummu HANi
*Ustaz Zahazan
*Ustaz Riduan Mohd Nor
*Imaen
*Dr Kamariah Kamarudin
*Mungkin aku tak kenal...

04 March 2009

Catatan Keronyok II

Beberapa soalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab...

1. Bilakah kau akan berdamai dengan diri kamu sendiri?
2. Adakah aku menjalankan tugas sebagai hamba?
3. Adakah aku menghargai diri sendiri?
4. Adakah aku menjalankan amanah Ayah hantar aku untuk belajar?
5. Adakah aku kerap menghubungi Ayah?
6. Adakah aku mula berbaik dengan Mak Cik?
7. Bilakah aku akan dipanggil?
8. Sampai bila aku sihat?
9. Belajarku selama ini kerana apa?
10. Solat, puasa, segala yang aku lakukan adakah khusyuk dan tandan aku seorang hamba?
11. Benarkah langsung tiada riya' dan takbur dalam diri?
12. Siapakah aku di sisi Tuhanku?
13. Aku baikkah?

Cukuplah yang aku senaraikan di sini, sebagai renungan aku pagi ini..

1,2,3, Alif, Ba, Ta

1
2
3
A
B
C
ALIF
BA
TA
Semua punya maksud berbeza
Nilailah bukan dengan mata
atau bicara

Suara Seorang Jamilah

Senyumku menyuarakan hasrat hati,
Menyembunyi duka tersembunyi,
Tangisku di malam hari,
Membasuh dosa menginsafi diri.
Kini,
Tangisku tak mengira masa,
Senduku mendukakan muka,
Kelatnya wajah seakan berbicara,
Ada masalah yang kedekut tak diberita.
Kataku belajar bukan untuk periksa,
Tapi buku langsung tak ku buka,
Bila periksa hentam semata,
Dapat keputusan padan muka.
Ria tampang yang berjaya,
Ku sunyi tak bersuara,
Mereka melangkah ke taman budi mara,
Ku di Nilai menghitung masa.
Tak ku salah Ayah bonda,
Hanya aku tersalah kira,
Mengikut diri hisabnya tiada,
Terimalah ini akibatnya.
Sabarlah duhai sayangku,
Kita betulkan satu-satu,
Diri dulu,
Jadikan pelajaran depan macam dulu.
Aku lambat mengikut kamu,
Namun kerana aku mahu mengatur langkah baru,
Pergilah kalian ke taman budi dan ilmu,
Panjang usia kita ketemu.
Siapa jangka maut menjemput aku dahulu,
Buka jodoh kita di situ,
mati bukan kerana sakit atau sendu,
Ketentuan DIA kita redha tentu.
Bukan mengarut atau merapu,
luahan ikhlas dari qalb,
Jamilah moncoret dada sebu,
melihat diri yang masih tak tentu.

5:12am
Katil Aku-A3-12-
3 Mac 2009

03 March 2009

Coretan Pagi Selasa

Assalamualaikum,

Aku gunakan kesempatan masa yang tinggal dengan membelek blog menarik dan berinformasi yang berjaya mencetus dan mencabar diri aku sendiri. Kagum dengan pengisian mereka...Dan dalam aku melayari laman-laman ini terjumpa blog anak-anak SMKAB yang sentiasa dalam hati aku...

• blog umi (isteri ustaz Syam)
• Senior-senior
• Kawan-kawan

Ya, mungkin banyak lgi sebenanrnya yang aku jumpa...

Terbaca kisah arwah Hazwan Wafiy di blog sahabatnya.. Ya, kisah sedih dan pemergiannya yang tak terduga.. Al-Fatihah...
Ya, kematian.. Subjek yang sentiasa ada isu untuk diperkatakan.
• Bila
• Di mana
• Bagaimana

Tak siapa yang tahu dan menjangka. pasti harap aku dimatikan dalam keadaan menyembah Allah.. Amin. Beradalah kamu walau dalam benteng seteguh mana sekalipun, jika datang jemputan maut daripada ALLAH, tak mampu dihalang.

Bermacam jenis kematian(keadaannya)
• dalam solat
• kemalangan
• terkejut
• dalam tidur.

Hanya sekadar beberapa situasi.. Kesempatan usia bonus yang Tuhan beri, kesihatan yang Tuhan kurniakan pada aku, adakah telah aku syukuri? Atau aku masih meminta yang tak mampu aku capai.. Tuhan, jahilnya hamba...

Dulu, aku teringat usia baru mencecah 9 tahun, aku gemar mendengar cerita orang sakit. Membaca buku cerita sedih-sedih.. Dan, astagfirullah, meminta aku diberi ujian sakit.. Astagfirullah, ampunkan khilaf bicara hamba.. Dan sekarang, meniti usia remaja, baru aku sedar akan nikmat kesihatan yang tak mampu kita beli di mana-mana. Rasa penat sedikit sudah mengeluh.. Astagfirullah..

Melihat teman diuji perlbagai sakit, aku insaf. Aku bukanlah sekuat mereka untuk diberi ujian begitu. ALLAH berikan apa yang aku mampu hadapi. Alhamdulillah.. Tetapkan kaki ini atas jalan iman, Ya ALLAH...

02 March 2009

Catatan Keronyok

• Secara rasminya peperiksaan akhir untuk sem ini tamat
• Belum terfikir untuk balik ke Kedah, nak merayap sepuas hati sebelum aku pulang berehat di rumah
• Terfikir mampukah aku menyiapkan segala yang aku rancang setelah berada di rumah, keadaan yang jauh berbeza, takut aku yang kecundang
• Barang belm dihantar ke stor untuk disimpan. TAk sabar nak susahkan kawan-kawan mengangkat novel-novel dan buku yang aku angkut dari rumah.. Ada empat kotak semuanya.
• Perlu merayap dan melepak di Gombak.. Ambil angin
• Banyak benda tertangguh yang perlu dibereskan..
• Tak sabar nak jumpa Ustaz Fuad... Rindu mendengar nasihatnya...
• Nak jumpa Aqilah... Dah darjah satu makin pintar tentunya... Ingat lagi katanya.. "Qilah banyak fikir, tak tahu nak jawab macamana." Semoga beliau menjadi ank solehah kebanggan mak ayah..
• Syauqi, Acu akan balik, kita boleh tidur sama-sama.. Syauqi tentu rindu nak tidur di rumah Wan..