03 February 2009

PERBENTANGAN KENA BATANG HIDUNG AKU



Assalamualaikum. Semalam aku dihidangkan dengan dengan perbentangan yang menarik daripada rakan-rakan daripada kumpulan 10 CCT. Tajuknya tak ingat tapi berkaitan perbelanjaan dalam kalangan pelajar CFS IIUM, adakah mereka pemboros atau tidak. Keputusan yang agak memberangsangkan kerana dikatakan lelaki yang lebih banyak belanjanya kerana belanja baiki motosikal + isi semula kredit telefon dan lain-lain... Aku senyum dalam hati kerana tajuk ini membawa ingatan aku pada diri sendiri. Ya, aku memang suka berkisah tentang diri, almaklumlah...

Tajuk ini mengundang diri aku untuk melihat kembali perbelanjaan aku sem ini dan sem-sem sebelumnya. YA, AKU SEORANG YANG SANGAT BOROS. Nak tahu tak, sem ini aku langsaikan duit wang saku aku dalam masa satu bulan lebih Cuma. Dan kini dalam bank, hanya angka kosong yang tercatat. Begitulah alkisahnya betapa boros seorang yang bernama JAMILAH. Anak yang terlalu dimanjakankah??? Aku bukan anak orang senang tapi aku tak sedar diri sendiri!!!

Mari pula lihat sedikit sebanyak wang yang aku gunakan sem ini... Hanya secara kasar, tak ingat keseluruhan perbelanjaan aku.

1. Beli buku – sekali beli mungkin mencecah RM60 dan ke atas, seingat aku balik sebanayk 4 kali, anggaran yang aku gunakan untuk buku sem ini mungkin mencecah RM500 (ditambah dengan majalah, surat khabar, belanja ke kedai buku)
2. Tiket bas –aku balik raya haji, mid-sem, Khamis lalu... Sekali balik anggaran belanja aku RM100. Campur makan, tambang pergi balik, maknanya di sini mungkin habis RM300.
3. Langgan Tunas Cipta –RM48
4. Hutang kakak RM150
5. Beli dakwat pencetak, pendrive yang kerap hilang (dah empat sem ini), alatan menulis. –RM88 + RM50
6. Pakaian –beli t-shirt labuh RM19 X2= 38 + baju RM32
7. Makanan – Mungkin hanya RM150 untuk sepanjang sem ini kerana aku sedikit berkira dalam soal ini.
8. Keperluan lain-RM200
9. Format laptop-RM50
Lihat pada angka-angka yang tertera, lihatlah betapa borosnya insan yang bernama aku ini. Tak ingat Ayah yang berpenat memberi wang, kakak yang menyumbang.... Aku spesis yang tak boleh ada duit dalam tangan. Duit lesap, aku senyap tak bersuara, barulah puas hati aku kini. Ya, sahabatku yang prihatin sering menasihati, buatlah simpanan. Untuk masa terdesak, aku dengarkah pada nasihat orang??? Aku tetap ikut kepala sendiri. Masya ALLAH, duhai diri yang diberi nama JAMILAH.

Masya ALLAH, liatnya diri untuk tunduk pada nasihat. Tetap tak dapat mengawal nafsu untuk berbelanja. Mungkin dalam ramai-ramai pelajar CFS UIAM NILAI yang permai ini, hanya aku yang punya perangai tak sedar diri begini. Lihat sahabat-sahabat aku, mereka semua pandai mnyimpan, bukannya macam aku yang pemboros.... TAHNIAH SAHABAT.

Sem-sem lepas juga lebih kurang begini. Duit aku habis, aku minta pada kakak. Semestinya bukan pada Ayah lagi kerana aku mengerti Ayah juga kesempitan wang. Aku tak sanggup pula bebankan Ayah. Kalau sem Dua 2007/2008. aku beli laptop terpakai, sem lepas banayk duit aku dihabiskan untuk beli barang tak berguna MP4... Beli buku yang jadi idaman walaupun tak habis baca.. Aku ingat lagi sem lepas. Dapat sahaja biasiswa, terus aku membuat permohonan untuk emmbeli buku di Ujana Ilmu.. Hampir seratus juga aku habiskan... Dan duit habis sebelum tiba masanya...

Okeylah, letih pula jemari berkisah akan diri sendiri. Buat panduan pada sahabat, jangan jadi macam aku, jadi macam sahabat-sahabat aku yang bijak mengurus wang dan segalanya.. Sahabat yang kuat, sahabat yang tersenyum dalam duka. Wassalam.

No comments: